Gelang kaki berloceng

Assalamualaikum rakan2 fs..kak long 1st nak cerita pengalaman kak long sendiri kat fs ni. maaf kalau cerita kak long tak seram. Kisah ni terjadi tahun 2009 kak long kena berkursus di utara. Selepas seminggu berkursus kak long balik kl untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Masa tu kak long bujang lagi. Hari pertama selepas balik kursus ok lagi tak ada apa2 yang pelik.

Hari kedua selepas kak long selesai solat maghrib kak long dengar bunyi loceng gelang kaki dok bekerincing macam pelakon hindustan dok menari tu kat depan pintu bilik kak long. So kak long pun keluar la tengok kot2 kawan kak long nak tayang gelang kaki baru sebabnya housemate kak long memang suka pakai gelang kaki. Buka ja pintu bilik tak ada orang pun. Kak long pun abaikan je la. Malam tu kak long lepak2 tengok tv dengan housemate so kak long tanya dia..
Kak long :”ko ke yang datang depan bilik aku time magrib td?sebabnya aku dengar bunyi loceng kaki”
Housemate : “eh xde la..mane ade aku datang bilik ko lagipun aku tak pakai gelang kaki. Gelang kaki aku putus”

Telan air liur kak long dengar housemate cakap macam tu. Habis tu bunyi gelang kaki sape??? malas nak pikir dah sebab nanti mesti takut nak tido. Dah habis layan movie masing2 masuk bilik siap2 nak tido tapi kak long tak tido lagi dok buat relax dulu cuci muka lepas tu solat isyak. Selesai solat Kak long pun tutup lampu tepuk2 bantal tiba2 kak long dengar lagi sekali bunyi kerincing gelang kaki tu tapi bukan kat depan pintu dah bunyi dalam bilik kak long. Kebetulan suis lampu memang dekat katil kak long so terus kak long buka lampu..bunyi loceng gelang kaki hilang. Bila tutup lampu bunyi balik. Bunyi sebijik macam pelakon hindustan dok menari. Kak long ni dah la penakut so kak long decide buka lampu and terus ambik surah yasin yang kak long stanby bawah bantal.

Baru nak mula baca yasin bunyi lagi loceng gelang kaki tu macam orang menari..subhanallah teketaq2 baca yasin lagi kuat suara kak long baca yasin lagi rancak bunyi loceng gelang kaki tu. Last2 tak fokus kak long nak baca yasin terus lari tido dengan housemate kak long. Keesokanya housemate tanya kenapa kak long tido dengan dia semalam. Kak long tak cerita kat dia apa yang terjadi. Kak long bagitau bilik kak long panas sebab tu tido bilik dia.

Kalau cerita mau dia ajak pindah rumah malam tu jugak. Lepas maghrib kak long dok standby ja kot2 bunyi tu mai lagi tapi sampi nak tido tak dak bunyi loceng gelang kaki dah.Fuhhhh selamat dah tak dak bunyi dah. Kak long pun tido dengan tenangnya. Tengah nyenyak tido tiba2 kak long terkejut dengar suara garau jerkah atas kepala kak long. Kuat gila sampai begegar bilik kak long. Dalam keadaan separa sedar kak long nampak ada orang beselubung hitam dalam bilik kak long. Kak long nak bangun tapi tak boleh sebab rasa ada sesuatu peluk kak long kuat sangat.

Meronta2 kak long rasa macam sesak nafas sambil kak long dok sebut allahuakbar!! banyak2 kali. Last sekali kak long sebut allahu akbar tu kuat2 sampai la kak long tersedar. Bila dah sedar tu jadi bengong sat sebab kompius mimpi ke betul2. Terus kak long buka lampu bilik sampai ke pagi. Tido pun macam tido2 ayam ja. Lepas kejadian tu kak long p jumpa sorang ustaz area rumah kak long sewa tu sebab dah rasa hilang semangat. Bila time malam ja jadi takut nak tido. Ustaz tu bagitau ada sesuatu yang ikut kak long balik masa p kursus kat utara hari tu.

Dia bagitau kak long yang ikut kak long balik tu datang dari kuil hindu kat situ. Ya allah tekejut kak long n bertambah pelik lagi apa motif dia ikut kak long balik. Sampai hari ni tak dapat jawapan. Ustaz tu pun tak bgtau kenapa dia ikut kak long balik. Tapi kak long fikir balik mungkin ada mulut ni tercelupar tegur yang mana tak patut tegur kot..Huhuhu..sekian pengalaman kak long yang tak seram sangat ni..nanti kak long story lagi ye..next story pasal anak sulung kak long yang hijabnya tak tertutup lagi..bye..jumpa lagi…

Ps: jaga2 ada yang memerhati…

Kak Long

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

12 thoughts on “Gelang kaki berloceng”

  1. Lepas tu tergantung camtu ja..sekian sahaja cerita dari kak long…benda tu ngikut sampai bila, nak tau jugak…sebab takde pun dia cakap ustaz dah halau ka apa ka…hmmmm…anti klimaks ?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.