#kaklong : Mi Udang Punya Pasal

#kaklong : MI UDANG PUNYA PASAL!

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS yang setia. Sebelum ini saya pernah share kisah di FS. Lama dah tak share sebab saya jarang berhadapan dengan benda-benda mistik ni. Alhamdulillah hijab saya Allah tak buka. Seram jugak bila baca pengalaman penulis-penulis yg lain di FS yg Allah buka hijab mereka.

Okay. Kisah yang saya nak ceritakan kali ini baru sahaja berlaku beberapa hari lepas. Ini berdasarkan pengalaman saya dan seorang sahabat baik saya. Ya, kami berdua yg melalui detik menyeramkan ini.

Alkisahnya, malam itu sekitar pukul 7.45 malam sahabat saya Asha (bukan nama sebenar) ajak saya keluar makan mi udang yang popular di salah sebuah kampung tak jauh dari tempat kami. Craving katanya. Saya tak pernah makan dekat area yang Asha maksudkan, cuma dengar dari orang dan tengok dorang upload gambar mi udang tu kat instagram. Dan disebabkan gambar tu la si Asha ni beria ajak saya pekena mi udang tu.

Lokasi mi udang ni letaknya 15 hingga 20 minit perjalanan dari bandar tempat kami tinggal. Itu dah termasuk perjalanan menaiki feri sebab kampung tersebut berada di seberang sungai. Asha pick up saya di rumah tepat pukul 8.00 malam. Kami kena cepat sebab perkhidmatan feri berhenti operasi pada pukul 10.00 malam.

Tiada apa-apa yang berlaku sepanjang perjalanan sehinggalah tiba di pengkalan feri. Sewaktu kami tiba tak banyak kenderaan dari seberang mahu pun dari sebelah kami. Jalan lengang sangat. Kami perlu tunggu beberapa minit sebab feri masih di seberang sana. Sungai tu tak lah besar mana, jadi saya boleh nampak keadaan di seberang sana. Ternyata gelap, tiada sebarang lampu jalan. Melihat keadaan itu saya cuba bertanya kepada Asha.

Saya : Sha, kau pernah ke pergi kampung kat sebelah sana?
Asha : Pernah, sekali. Tapi masa aku pergi tu siang hari lah.
Saya : Jauh ke warung mi udang tu?
Asha : Tak sure la jugak. Tapi kawan aku cakap warung tu tepi jalan je.

Tidak lama kemudian, feri pun sampai. Hanya ada 3 buah kereta je dalam feri termasuk kami. Tak sampai 10 minit kami sudah tiba di seberang. Saya kerling jam. Hampir pukul 9.00 malam. Entah sempat ke tidak nak pekena mi udang di warung tu. Paling-paling pun sempat tapau je, saya bermonolog dalam hati. Kereta kami yang terakhir keluar dari feri. Jalan di situ memang gelap, langsung tiada lampu jalan. Oleh sebab tak biasa, kami follow sahaja 2 buah kereta yang berada di hadapan.

Di awal-awalnya, kiri kanan kami masih ada rumah panjang dan rumah-rumah penduduk lain. Salah sebuah kereta yang kami follow akhirnya membelok ke salah sebuah rumah panjang di situ, penduduk di situ mungkin. Jadi kami follow kereta yang satu itu sahaja. Sambil follow kepala kami berpusing kiri kanan mencari warung yang dimaksudkan. Tiada pun mana-mana warung atau kedai yang buka di tepi jalan sementara kami semakin jauh ke dalam. Di kiri kanan sudah tak kelihatan rumah-rumah. Hanya hutan dan semak samun. Jalan pula gelap. Langsung tak ada lampu jalan. Saya mula rasa tak sedap hati. Takkan jauh sangat warungnya. Dah hampir 15 minit kami atas jalan.

Asha: Kita dah masuk jauh sangat ni. Tak mungkin jauh sangat ke dalam. Aku pasti warung tu ada kat depan2 sana tadi.
Saya: Tapi tadi takde pun warung makan yang bukak tadi.
Asha: Kita patah balik je la. Aku rasa tak best la. Lagipun kene catch up feri sebelum 9.45 ni. Next time je la.

Asha berhenti sebentar di tepi jalan sebelum membuat pusingan nak patah balik. Mata saya liar memerhati hutan dan semak samun di sebelah tempat saya duduk. Tiada apa-apa yang aneh. Semasa Asha membuat pusingan, lampu kereta pun terpancar ke hutan dan semak samun. Masa itulah berderau d***h saya. Sebaik lampu tertumpu ke hutan, sesusuk tubuh berambut panjang berkain putih lusuh sedang berdiri di sebalik semak samun yang renek. Jaraknya mungkin dalam 20 meter dari kereta kami. Saya dan Asha hanya mampu menyebut “Allahuakbar!”. Serentak pulak tu. Saya terus toleh Asha di sebelah. Muka Asha pucat, saya rasa muka saya pun sama. Kalau toreh tak berdarah tu.

Asha cepat-cepat masuk gear reverse. Yelah, jalan tu kecik kena dua tiga kali adjust baru boleh patah balik. Masa masuk gear reverse, secara automatik view belakang akan dipaparkan di skrin di hadapan kami. Pulak dahhh dia berdiri kat belakang kereta! Tahu2 je kereta ada kamera belakang. Siap lambai-lambai lagi kau! Saya tengok Asha dah geleng kepala sambil mulutnya terkumat kamit. Baca doa mungkin. Saya juga cuba baca surah yang saya ingat tapi rasanya semua dah tunggang terbalik.

Kami berdua cuba berlagak se cool mungkin. Buat-buat tak nampak benda alah tu. Padahal dalam hati ni hanya Tuhan yang tahu. Jantung berdegup kencang. Yelah, first time ni tengok “kakak” tu depan mata. Asha pulak dah lali tengok benda macam tu masa dia belajar dulu. Mungkin sebab ketenangan Asha berhadapan dengan benda tu saya pun jadi tak kelam kabut sangat. Everything was in control masa tu!

Setelah berjaya membuat pusingan, Asha terus memecut kereta selaju mungkin. Saya dah biasa sangat bila Asha bawak laju ni. Memang jenis dia bawak kereta lelaju. Jadi tak la panik. Lagi pulak jalan tu lurus. Apa yang penting mintak-mintak benda alah tu tak follow or tumpang kami atau yang lagi mengerikan janganlah time lelaju ni dia dok melintas tengah jalan! Lagi naya!

Akhirnya, kami sampai juga di pengkalan feri. Jam masa tu dah lepas 9.30 malam. Feri masih ada. Nasib baik sempat! Saya dan Asha langsung tak bercakap. Mungkin masing-masing masih terkejut dengan kemunculan “kakak” tu tadi. Setelah selamat turun dari feri, kami berhenti makan di medan selera yang terletak tak jauh dari pengkalan feri tadi. Mi udang tak dapat sebat je la mi jawa. Asha pulak makan nasi ayam.

Kami hanya bukak cerita mengerikan tadi masa dah sampai depan rumah saya. Kami bersyukur sangat sebab “kakak” tu hanya muncul main cak2 je tak sampai nak tumpang ke apa. Tapi malam tu saya tidur dengan lampu terbukak je la. Masih terbayang-bayang lagi susuk badan “kakak” tu. Lepas ni tobat la nak pergi sana malam-malam.

Sekian lah kisah saya. Mungkin tak berapa nak seram, tapi bagi yang first time jumpa macam saya, memang sangat seram okay. Di entri yang akan datang saya akan kisahkan pula pengalaman seram yang dilalui Asha semasa beliau sambung study di maktab. Thank you! Semoga terhibur!

#kaklong

.

10 thoughts on “#kaklong : Mi Udang Punya Pasal”

  1. Seram dowh… Berdegup jantung Ku. Dok barang ye la mlm² berdua ja…pastu hutang plak… Seyes…fuhhh… Nasib kawan ko tu boleh lagi gerakkan kete… Ikut den rsa macam kejang je anggota semua.

    Reply
  2. skeriiii huhuhu kdg mata aku jenis meliar gak tgk kwsn semak samun kiri kanan jalan malam2…syukur alhamdulillah tak pernah lagi nampak pape yg menyeramkan

    Reply
  3. Seram!!! Meremang bulu roma baca… bnyk2 citer seram kt fs aku baca lg thrill gaya bahasa.. tp y ni jga bt bulu roma aku meremang…

    *p/s: rasa nk cancel g kuar mkn malam kat luar jap lg ni…

    Reply
  4. Alhamdulillah,tak jadi apa-apa.Sebaiknya,kalau nak lebih selamat,sebelum berangkat bacalah ayat pendinding.In Shaa Allah,tak jadi apa-apa

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.