Bukan Berdua, Tapi Berempat

Assalammualaikum untuk warga FS sekalian. Aku nak cerita pengalaman aku baru berkahwin dan berpindah duduk dengan suami setelah sah menjadi suami isteri. Since benda ni aku dengan suami sendiri yg dok hadap jadi rasanya perlu utk kongsi dengan korang mana tau bole jadi iktibar serba sedikit untuk orang lain kan. Intro dia agak panjang sebab aku nak bagi korang semua paham jalan cerita pasal rumah ni dari mula. Hehehe maap.

Ok, ceritanya mula macam ni. Kami berkahwin tahun lepas, 26 Februari nikah and next day tu majlis sanding belah perempuan which is side aku la. After settle majlis belah perempuan, mmg aku dgn husband terus balik Melaka sbb next week tu majlis belah lelaki. Banyak yg perlu di uruskan lg. So, kiranya lepas dah jadi suami isteri tu kami tak balik pun rumah kami sendiri. Rumah kami asalnya rumah husband aku duduk sorang masa dia tengah bujang. Dia mmg jenis tak suka menyewa dgn org lain. Dia ckp buatnya yg menyewa tu pengotor ke apa jadi tak best rumah tu nanti. And actually rumah tu aku jugak yg tolong carik dalam mudah.com sebabnya husband aku ni selalu pergi outstation plus masa tu dia tengah outstation dekat Terengganu. Kami kerja satu office, that’s why aku tau schedule dia semua. Jadi, dia tak ada masa sgt nak carik rumah. Before this dia duduk dengan abg and kakak ipar dia. So, dah alang alang nak kahwin ni, dia terus carik rumah yg for the time being dia boleh duduk sorang sementara nak bawa aku masuk after dah kahwin nanti.

Rumah yang aku carik tu takde la jauh dari rumah parents aku sendiri. Sebab bg aku senang la lepas kahwin nanti boleh balik rumah parents bila husband pergi outstation. Rumah tu aku tgk sewa RM750 sebulan. Apartment, tingkat 1, 3 bilik 2 toilet. Ok, so aku terus call no dalam mudah tu, En. Zaidi org yg tengah dok menyewa rumah tu. Maksudnya aku tak deal dgn owner. Deal dgn org yg tgh menyewa tu. Ok then aku nk pergi tgk rumah tu. Aku ajak kawan aku, Eyla temankan. Masa kteorg masuk rumah tu, sangat bersepah and kotor. Aku faham la maybe yg duduk tu bujang tapi kotor ni kotor sangat sangat eh. Bila aku check toilet lagi la tak payah cakap. Nak termuntah masa tgk. Jijik sangat. Then En. Zaidi tu mcm senyum malu malu sebab aku rasa dia sendiri pun tau memang kotor ! Huh. Aku just amik gambar bilik, dapur sikit sikit je then aku cakap nak balik. So, aku cakap nanti bakal suami saya contact En. Zaidi sendiri la utk urusan deposit semua. Aku send gambar tu dekat husband aku then cakap masa dah pindah nanti make sure cuci bersih bersih rumah ni before aku jadi isteri dia nanti.

Masa tu agak urgent jugak nak dapatkan rumah yg sewa murah sebab baru kahwin kan byk nk pakai duit. Husband aku agreed and transfer duit deposit semua dekat aku untuk bagi dekat En. Zaidi tu. Masa nak serahkan kunci rumah tu, En. Zaidi cakap, “ Ok kiranya urusan antara kita sampai sini je la ye cik. Lepas ni kalau ada pape direct dengan owner je terus. Saya takde kena mengena dah tau lepas ni. Ni no owner rumah, En.Lutfi”. Time tu aku just iye kan je la takde nak pikir apa sangat. Ok, then husband aku balik dari Terengganu, aku bagi kunci dekat dia then dia bersihkan rumah tu dengan adik and sepupu dia. After that dia duduk sorang la rumah tu. Before nak kahwin dalam 3 bulan macam tu husband aku outstation ke Sabah. Rumah tu adik dia tumpang tinggal since adik dia dapat tempat praktikal area situ je. Ok jgk la, takde kosong sangat rumah tu. Tp dalam sebulan lebih masa adik dia dok situ, adik dia pernah whatsapp aku tetiba. “Kak, Mirul rasa rumah Nas (husband aku) ada something la, hahaha”. Disebabkan hujung tu dia ada “hahaha” jadi aku rasa adik dia saje bergurau or nk takutkan aku bila masuk rumah tu nanti. Aku tak amik serius sangat.

Ok, berbalik pada cerita lepas majlis belah lelaki di Melaka. Kami pun balik la ke rumah kami yg tadi aku cerita tu semua. So, aku balik rumah parents aku jap amik barang, baju sikit and barang hantaran utk pindah masuk rumah tu. Masa masuk tu aku tgk beza gila rumah tu masa aku pergi tgk mula mula dulu. Nasib husband aku ni mmg jenis pengemas, tak suka kotor. Jadinya, rumah tu aku selesa la nak duduk. Kami duduk rumah tu pun kejap je dalam 2 minggu mcm tu then terus pergi honeymoon. Dalam 2 minggu duduk tu semua ok je sampai la kami balik dari honeymoon. Husband aku ni masa bujang biasa la solat dia on off on off. Aku pun takde alim sangat tp kami memang dh nekad lepas kahwin nk berubah. Jadinya, kami kerap la solat berjemaah especially masa Maghrib. Biasanya kami akan solat dalam bilik je.

Tp ada satu hari tu aku cakap dengan husband, “kita solat dekat ruang tamu nak? Sejuk sikit”. Husband aku ok je. Masa solat tu aku dapat rasa macam ada org belakang aku dok tengok kami solat. Tp aku ni jenis malas nk amik pusing sgt. So, dah lepas solat doa semua, aku just lipat telekung mcm biasa je la. Takde nk cakap pape dekat husband. Selang 3 hari mcm tu, husband aku nk pergi lepak mamak dgn geng kereta dia. Dia ajak aku pergi sekali tp aku macam malas nk ikut. Yela, kang dorg dok borak pasal kereta aku main fon je. Baik duduk rumah tgk tv, tidur. So, husband aku keluar dalam pukul 10.30 malam macam tu. Masa husband aku keluar tu, aku nampak dia pergi dekat kereta sebab tingkat 1 je kan. Tinjau dekat tingkap pun nampak dah, siap babai la semua. Baru kahwin la katakan, kemain nk babai. Hahaha.

Masa husband aku dah sampai dekat guard house nk keluar tu, aku yg tgh duduk dkt sofa tu tetiba terasa macam satu angin sekali lalu depan muka aku. Padahal tingkap aku bukak sikit je tp angin tu mcm banyak yg masuk dari tingkap and suddenly pintu dekat bilik belakang tu bunyi “nyeekk” macam org bukak. Bilik belakang tu tombol memang takde so kami selalu tutup gitu je. Aku dah rasa lain macam. Aku tgk jam alaaa, baru pukul 10.45 mlm. Lambat lg ni laki aku nak balik. Emmm. Aku buat bodoh je lagi. Tgk tv macam biasa, main fon. Suddenly, pintu bilik belakang tu bunyi lagi ‘nyekk”. Ahh, sudah. Selama aku duduk dengan husband aku takde pun dgr bunyi pintu bilik nyeekk ke apa. Malam ni la pulak bunyi time laki aku takde pulak tu ! Huh.

Aku pun terus tutup tingkap, tutup tv then masuk bilik terus. Tp aku tak tutup lampu dekat ruang tamu. Gila apa nk biar gelap satu rumah masa aku nk ke bilik even jarak dekat je nk masuk bilik tu dari ruang tamu. Masa nk masuk bilik tu memang akan nampak bilik belakang tu. Aku buat buat la macam tgk sekali imbas, memang pintu tu terbuka luas. Ok, aku masuk bilik, tutup pintu then tutup lampu. Masa nk tidur tu mcm payah sikit tp lelama tu aku macam tertidur sendiri. Sampai la husband aku balik pukul 2 pagi kejut aku cakap ,”kenapa tutup lampu ruang tamu? Gelap gelap abg masuk rumah tau”. Aku mcm haa? Aku rasa before aku masuk bilik td mmg lampu ruang tamu aku tak tutup pun. Aku dh confused and mamai pulak tu. So, terus la sambung tidur balik.

Next day tu, kebetulan husband balik dari site project macam lambat sikit so dia suruh aku balik dulu. Tak payah masak dia cakap sbb nanti dia makan dkt luar je. So, aku pun beli dinner tapau je. Lepas solat Maghrib tu aku saje call parents aku ajak datang rumah. Sbb parents aku tak pernah datang rumah kami lg. Tp mak aku cakap dia dtg sorg je sbb ayah aku tak balik dari surau lg. Aku ok je. So, mak aku pun dtg dalam kul 9 lebih mcm tu. Masa mak aku jejak je dekat rumah tu muka mak aku terus lain then dia mcm tgk tgk atas, kiri kanan. Aku pun lepas salam tangan mak, aku terus pergi dapur. P****g mangga nk jamu mak aku. Tp mak aku ni setiap satu bilik dia macam masuk and perhati lama je. Sampai toilet pun dia dok jengah masuk. Tp mak aku diam je, cuma memerhati sekeliling rumah.

Aku : Kenapa mak?
Mak: Adik dengan Nas ok tak dok rumah ni?
Aku : Ok je setakat ni cuma panas berbahang sikit la rumah ni. Malam pun nk tidur panas.
Mak : Mak tgk rumah ni mcm malap je. Gelap je. Owner dia Melayu?
Aku : Malap? Haah la, adik pun baru perasan macam malap je. Emmm. Owner Melayu tp tak pernah jumpa lg. Bayar duit rumah pun transfer je.
Mak : Teruskan solat jemaah dgn Nas. Rajin rajin sikit mengaji kalau ada masa tu.

Mak aku jamah sikit mangga then ckp nak balik sbb ayah aku dah balik dari surau. Dalam kul 10 lebih mcm tu husband aku pun balik. Penat dia cakap then mintak aku buatkan milo panas. Lepas dh buat milo tu aku masuk toilet dalam bilik kami tu nk cuci muka. Masa aku tgh dok cuci muka tu, tetiba cermin dkt sinki tu jatuh and pecah terbelah dua. Kaca cermin tu mcm terhiris jari manis aku sampai tercalar kuku sikit and berdarah. Husband aku terus datang sebab bunyi cermin jatuh tu agak kuat.

Husband : Ya Allah, mcm mana sampai jari awak boleh berdarah ni.
Aku : Tulaa, cermin ni tetiba je jatuh. Saya tak usik pape pun.
Husband : Emm, paku dia tercabut kot ni. Ehh, paku cermin ni elok je kukuh lagi.
Aku : Haah la abg, paku dia kukuh lg. Mcm mana boleh jatuh pulak.
Husband : muka berkerut. Dah, awak pergi plaster jari awak tu dulu. Abg nk buang cermin ni.

Malam tu kami berdua pelik macam mana cermin tu bole jatuh sedangkan paku dekat dinding still kukuh lg. Malam esoknya tu pulak, before nk tidur aku ingat lg memang aku dah rapatkan pintu bilik belakang tu walaupun takde tombol, bilik tengah tu aku lipat tilam and letak yassin atas tilam tu then baru aku tutup pintu. Bilik tengah tu dulu bilik adik ipar aku masa dia praktikal. Bila dia dah takde, kira bilik tu mcm guest room la kalau family in law aku datang rumah. Bila pagi aku bangun Subuh, aku tengok pintu bilik belakang tu dah terbukak seluas-luasnya. Pintu bilik tengah pulak dah terbukak separuh. Bilik tengah tu kalau pikir logik memang tak akan terbukak la sebab dh tutup even angin tolak pun. Keadaan dalam rumah tu dah jadi makin pelik sampai kan bila aku bangun tidur selalu husband tegur ada kesan lebam dekat lengan dan betis. Husband jgk selalu tanya, “awak cakap apa malam td?”. Aku cakap apa? Tp husband selalu ckp emm, takde pape la. Mungkin nak sedapkan hati isteri dia kot. Since dari balik honeymoon jgk batuk aku tak surut. Pergi klinik makan ubat semua dah tp batuk still mcm tu jgk. Padahal aku dah pantang ais dah. Asik minum air suam je.

Sampai la selang beberapa hari, malam tu aku masuk tidur agak awal. Husband cakap dia nak tidur lambat sikit, nak siapkan proposal untuk client. Aku pun tidur je la mcm biasa. Ok, moment ni husband aku cerita balik dekat aku sebenarnya sbb aku mmg tak ingat dan taktau apa yg jadi dekat diri aku malam tu. Masa aku dah tidur tu, dalam sejam mcm tu baru husband aku masuk bilik. Dia ckp dia saje masuk tidur lambat, nak tgk macam mana benda tu ganggu aku selama ni. Kiranya malam tu dia mcm nak siasat la. Aku dah tidur nyenyak dah. Everything was ok sampai la tetiba malam tu hujan lebat gila. Masa tu husband aku ckp mulut aku terkumat kamit mcm tengah baca jampi tp mata still tertutup. Husband pegang tangan aku sambil baca ayat kursi, tp aku tarik tangan balik. Husband aku try azan dekat telinga aku then suddenly aku terus bangun and duduk atas katil sambil pandang tingkap dalam bilik. Husband ckp masa aku bangun tu mcm dalam cerita exorcist dah dengan rambut serabai. Dia pun agak cuak dah masa tu tp dia pikir bini dia kot yg kena. Kalau org lain dia dah lari dah. Then husband aku tarik bahu aku slow slow suruh aku baring balik. Masa dia tarik bahu aku, kepala aku terus berpaling dkt dia senyum sambil mata terbeliak. Dia terus bukak lampu and letak yassin tepi bantal aku.

Aku : Kenapa bukak lampu ni? Silau! Tutup balik ! Apa yassin ni ?! muka berkerut marah
Husband : Abg tau ni bukan isteri abg.
Aku : Habis tu siapa? *usap rambut

Husband aku terus keluar bilik dan call mak aku. Cakap nk tidur rumah mak aku malam tu. Nasib mak ayah and kakak aku tak tidur lagi masa tu even dah pukul 1.30 pagi. Lepas call tu, husband aku masuk balik bilik tengok aku mcm tengah pandang atas, pandang almari tersengih sengih.

Husband : Syg, kita tidur rumah mak ye. Kemas baju sikit sikit je.
Aku : Ehh, taknak laa. Nak tidur sini. Malas la nak pergi sana. senyum senyum pandang atas
Husband : Alaa, malam ni je. sambil kemas baju

Husband terus kemas baju tanpa hiraukan rasukan aku masa tu. Dia tarik tangan aku nak keluar rumah . Sebelum nak keluar rumah tu ,

Aku : Abg, cuba tgk dalam bilik belakang tu ada siapa?
Husband : Takde siapa syg, kita keluar ye.
Aku : ketawa. Nenek tu tengah panggil la abg. Dia ajak masuk bilik tu. Nampak tu dia tengah hulur tangan.
Husband : Ahh, esok esok je la ! Jomm !

Husband terus tarik tangan aku keluar rumah. Masa kami dh kunci pintu, dengar suara perempuan menangis dan bunyi macam benda diseret dalam rumah tu. Otw ke rumah mak, aku tanya lg nak pergi mana. Padahal husband aku dh bgtau nak balik rumah mak tapi aku tanya lg. Sampai je rumah mak, muka mak dgn ayah aku memang risau sgt. Mak aku suruh cuci kaki, amik wuduk then tidur terus. Masa nk tidur tu aku tanya husband aku apa yg jadi sebenarnya sampai balik rumah mak tengah malam ni. Masa ni aku rasa aku dah sedar. Husband cuma cakap, “kita tidur dulu, esok pagi baru cerita”.

Esoknya, abg ipar aku bagi contact no Ustaz Ishak dekat husband utk bawak aku pergi berubat. Pagi tu masa dekat office husband aku cerita everything from A to Z. Sebab tu husband pernah tanya apa yg selalu aku ckp masa tidur. Rupanya every night masa tengah tidur aku mcm sedang bercakap dgn someone then senyum-senyum. Husband ckp masa aku senyum tu actually mata aku macam berair merah and macam senyum bertaring. Ok scary. Aku pun tak sangka aku macam tu rupanya masa tidur. Malam tu lepas solat Maghrib, aku dgn husband and mak aku pun nk ikut sekali pergi jumpa Ustaz Ishak tu. Masa dalam kereta on the way tu aku diam seribu bahasa. Aku rasa macam kejap diri aku, kejap aku lost. Masa aku lost tu banyak kali aku suruh husband aku patah balik, tak payah jumpa Ustaz. Tp husband still berkeras jgk drive sampai la dekat rumah Ustaz tu. Masa sampai tu, Ustaz cakap muka aku pucat sangat. Macam tak berdaya. Then husband aku explain la dekat Ustaz apa yg jadi dekat dalam rumah, yg jadi dekat aku semua tu. Ustaz suruh aku dengan husband duduk sambil kaki berlunjur.

Ustaz : Kamu berdua tinggal dekat mana? Tingkat berapa? No rumah berapa?
Husband : Dekat Apartment Sri Ros, Tingkat 1, No rumah 10.
Ustaz : Berapa lama dah berkahwin?
Husband : Baru 2 bulan lebih mcm tu Ustaz.
Ustaz : Diam sambil tutup mata.

Aku dengan husband tertanya tanya apa agaknya Ustaz ni tengah buat. Tengah ‘scan’ rumah kita kot.

Ustaz : Ok, Ustaz dah tengokkan. Rumah kamu ni ada 2 benda. Satu sorang perempuan cantik tp dia bole berubah muka. Kejap jd nenek tua, kejap jd muda. Ikut suka dia nk berubah macam mana. Yg lg satu ni pelesit. Pelesit ni berpunca dari kamu.
Husband : Saya ? Kenapa saya Ustaz?
Ustaz : Sebab kamu kerap balik tengah malam kan? Selalu kerja luar balik malam. Betul? Benda ni kamu pernah terlanggar masa dekat jalan. Dia ikut kamu balik rumah. Pelesit tu dah ada sejak kamu duduk bujang lg. Yg perempuan tu mmg dah ada lama dalam rumah tu.
Husband : Yeke Ustaz. Habis, yg perempuan tu macam mana boleh ada?
Ustaz : Yg perempuan tu Ustaz tak pasti mcm mana dia boleh wujud dalam rumah tu tp rumah tu memang ‘tempat’ dia. Sebab tu bila kamu berkahwin, bawak masuk isteri dia jd marah sebab dia suka pada lelaki. Bila kamu tinggal bujang, dia takde kacau sebab dia selesa dgn kamu. Jadinya, yg kena kacau semua hanya isteri kamu sahaja yg rasa. Betul?
Husband : Betul Ustaz. Pernah ada cermin dalam toilet jatuh pecah, jari isteri saya luka.
Ustaz : Cermin tu terbelah dua kan? Dia marah dengan isteri kamu ni sbb satu, dia selalu ajak kamu solat berjemaah. Dua, isteri kamu bawak masuk Al-Quran dan letak dekat tempat dia selalu bertenggek. Sebelum ni rumah tu takde Al-Quran kan? Tiga, sebab setiap malam jumaat kamu berdua baca Yassin. Dia panas ni. Sebab tu isteri kamu banyak kesan lebam. Dia yg gigit. Nasib isteri kamu ni kuat semangat jgk. Kalau tak memang lg teruk dia kacau.
Husband : Astaghfirrullahalazim. Yg pelesit tu mcm mana pulak Ustaz ?
Ustaz : Pelesit ni badannya besar hitam, bersayap, berbulu, mata merah dan bertaring. Dia suka merayau rayau dalam rumah kamu. Yg isteri kamu batuk tak surut tu sebab pelesit ni la. Masa tengah tidur dia bawak debu dari sayap dia masuk ke rongga hidung isteri kamu. Pelesit ni sering ganggu orang yg baru berkahwin. Ada yg sampai ganggu peranakan utk bagi susah hamil. Senang cerita dua benda ni tak suka dengan isteri kamu dan cari jalan untuk sakitkan isteri kamu supaya tak ajak kamu solat Jemaah dan baca Yassin lg. Faham? 2 benda ni belum cukup mengganas lg sbnrnya. Tak tunjuk rupa mereka lg. Senang cerita, baru kasi intro la dekat kamu berdua.

Husband : Baik, saya faham dah Ustaz. So, skrg apa yg kami kena buat?
Ustaz : Teruskan solat berjemaah, baca Yassin dan mengaji bersama. Suami isteri kena kuat dalam hal ni. Cari kan saya 2 botol kaca ataupun yg senang botol Livita tu. Esok tengahari saya datang rumah kamu utk tangkap 2 benda ni. Malam ni jangan balik rumah kamu. Tidur je rumah mak kamu. ‘Dorg’ tengah marah ni sebab kamu berdua jumpa saya. ketawa
Husband : Jadinya kami kena pindah rumah lain ke macam mana Ustaz?
Ustaz : Tak perlu lg. Biar saya tangkap benda ni dulu. Takut pindah rumah lain nanti kena benda yg sama jgk. Ustaz kasi air alkali ni utk isteri kamu. Minum setiap malam sebelum tidur InsyaAllah batuk akan surut. Malam ni, sebelum masuk rumah mak kamu tabur garam dgn lada hitam ni depan pintu pagar. Ustaz harap lepas ni kamu kurangkan balik malam atau lepak malam. Kena ingat, kamu dah beristeri bukan bujang lagi. Apa yg jadi effect dkt isteri kamu jgk. Kalau isteri kamu pregnant dan ada anak kecil lg la tak boleh balik malam sangat. Kalau terpaksa jgk balik malam, sebelum masuk rumah baca ayat kursi dan 3 qul dulu. Esok dalam pukul 12.30 tengahari Ustaz datang rumah kamu.
Husband : InsyaAllah Ustaz. Terima Kasih. Nanti saya share location salam tangan

Esoknya mulalah sesi menangkap dua benda alah tu. Aku tak datang masa Ustaz tu nak tangkap hantu. Cuma husband and adik ipar aku je yg ada. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah dua benda tu berjaya Ustaz tu tangkap dan husband aku buang botol tu dekat lombong sebab Ustaz cakap buang botol tu dekat air yg mengalir. Lepas dah buang terus jalan dan jangan toleh ke belakang lg. Sebulan lepas tu kami dapat cari rumah lain dan pindah masuk rumah baru. Masa nk serah kunci, owner rumah tu just whatsapp husband aku suruh kasi kunci tu dekat guard je. Aku pelik la dari husband aku dok bujang, sampai la dah kahwin kami tak pernah jumpa pun owner tu. Bank in duit sewa pun through online and kasi bukti melalui whatsapp. Dp whatsapp pun gambar kucing eveready (kucing hitam).

Bila husband aku ckp dkt En.Lutfi yg rumah tu ada benda, dia just read je. Dia memang dah tau tp saje kasi org sewa lagi? Ke hantu perempuan tu berpunca dari dia? Macam-macam benda kami suami isteri ni dok pikir. Masa kasi kunci dekat guard tu, husband aku saje la borak dgn guard cakap rumah kami ni ada benda semua. Guard tu pun cakap dekat blok kami tu, tingkat 1 no rumah 8 selalu kena kacau. Rumah kami no 10. Selang satu rumah je. Masa tu aku terus teringat pasal En.Zaidi yg menyewa sebelum husband aku sewa. Kan masa dia bagi kunci dekat aku tu dia cakap urusan sampai sini saje. Taknak ada kena mengena lg pasal rumah tu. Silap-silap dia dah pernah kena kacau kot. Tu yg macam kelam kabut nak keluar rumah tu.

Kami pun dah pindah masuk rumah baru. Seminggu lepas dah settle mengemas tu buat kenduri doa selamat sikit untuk masuk rumah baru sebab kami baru terpikir yg rumah lama tu takde pun buat kenduri baca yassin sikit ke. Masa kenduri tu adik ipar aku pun datang jgk. Adik ipar aku yg dok rumah tu masa dia praktikal tu. Bila aku cerita dekat dia apa yg jadi dekat rumah tu die gelak je.

Mirul : Hahahaha kan Mirul dah pernah whatsapp akak cakap rumah Nas tu ‘something’. Akak tak caye. Haaa.
Aku : Tak laa, kan Mirul ckp ‘hahaha’ malas la akak nak caye. Mirul kena kacau macam mana pulak?
Mirul : Masa tu Mirul baru balik kerja, tertidur dekat sofa sampai Maghrib. Bila Mirul bangun mamai tu, Mirul terus nampak nenek tua bongkok, rambut putih tengah duduk dekat hujung sofa. Makk aihh, Mirul terus tutup mata balik buat buat tidur. Bila Mirul mcm bukak mata sikit, nampak nenek tu dah toleh mengadap Mirul. Terus baca ayat kursi laju laju. Lepas tu, bukak mata baru takde dah nenek tu. Scary kak. Rasanya sebab tidur time Maghrib kot.
Aku : Sama la mcm Ustaz tu bgtau. Yg perempuan tu kejap jadi cantik, kejap jd nenek tua. Ikut suka dia nk berubah jadi apa.

Rupanya masa mak aku first time datang rumah tu bulu roma mak aku dah meremang. Rasa ada yg tak kena dengan rumah tu. Sebab tu mak aku check setiap satu bilik. Plus rumah tu memang aku perasan sentiasa panas walaupun hujan. Alhamdulillah, duduk rumah baru setakat ni ok je sampai sekarang. 2 bulan lepas tu aku pulak pregnant. Husband pun kurang dah balik kerja malam sebab ingat pesan Ustaz. Papepun solat berjemaah and mengaji bersama tu kami still kekalkan sebab itu salah satu penguat untuk melawan benda benda tu semua. Lagi satu solat berjemaah suami isteri ni mengeratkan hubungan rumahtangga 

Sekian, Terima Kasih.

S.H.A.H

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

14 thoughts on “Bukan Berdua, Tapi Berempat”

  1. Emm kalaw rasa macam ada yg memerhati mcm mna ye? takdak lgi la nyekk pintu.
    Pergi darussyifa, ustaz baca2 surah n bagi air je.
    Blk still rasa samaa.
    Sis, nnti update la ada gangguan lagi x, mksud cam nek n peles tu ikut pindah tak?
    Ok, akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara.

    Reply
  2. Best citer ko nie
    Penulisan ko pun cantik
    Bagus
    Teruskan kalau ada lagi citer2 best nak share eh

    * Pindah rumah/cari rumah sewala yang paling aku lemah. Ok ker idak rumah tu. Kepala otak mmg pk mcm2. Keadaan rumah & mistik2 nie. Jauh sangat aku pk kan
    Hahahahaha…..

    Reply
  3. “Dipendekkan cerita, Alhamdulillah dua benda tu berjaya Ustaz tu tangkap dan husband aku buang botol tu dekat lombong sebab Ustaz cakap buang botol tu dekat air yg mengalir…”

    Lombong tu air mengalir yer???
    Bkn air lombong tu bertakung camtu jer??
    Mengalir tu bkn ke mcm air sungai, air laut??
    Hmmm papelah…
    Alhamdulilah gangguan dpt dihapuskan…

    Gatei ekkkk natang tuuuu…
    Suke kat lelaki jer…
    Die jeleslah tu asben awak dh kawen…
    Hehehehehhe…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.