Bukan Bonda Part III : Kebenaran Terungkai ?

 

PART 1

Bukan Bonda

PART 2

Bukan Bonda

 

Assalamualaikum. Hi. Saya dapat banyak komen yang suruh habiskan terus cerita ni. Hehe. Maaf. Bukan tak nak. Tapi panjang sangat. Okay hari ni Saya cerita fasal ustazah Hanum datang ke rumah saya. Adakah kebenaran akan terungkai ? Okay , baca dulu.

Bonda dah dibenarkan pulang. Semua orang mesti lah happy kan. Apatah lagi bonda aku. Aku ?
Happy campur risau. Sebab malam ni kebenaran mungkin akan terungkai.
Sampai di rumah, kami semua berborak macam biasa. Telefon bimbit maksu ku berdering. Maksu terus keluar menjawab panggilan. Selang beberapa minit, maksu masuk semula.

Bonda : Siapa Call ?
Maksu : Kawan aku. Dia nak mai jenguk hang. Dah aku gitau dia hang sakit
Bonda : isk la. baguih noh kawan hang. Adik, ada tetamu nak mai. Sediakan apa yang patut.
Aku : Baik .

Maksu pandang aku sambil menggeleng kepala. Fahamlah aku siapa tetamu yang maksu ku maksudkan.

Selepas beberapa minit, sebuah kereta Myvi bewarna kuning, berhenti di hadapan rumah aku.

Ustazah Hanum : Assalamualaikum
Bonda : Waalaikumussalam. Masuklah

Mereka masuk dan bersalaman dengan semua penghuni di rumah ni. Bonda aku seperti biasa tidak menyambut huluran salam sesiapa pun. Aku lihat mata bonda meliar ke sana sini.

Ustazah : Sihat ?
Soal ustazah dengan senyuman

Bonda : hmm.. macam ni la. Baru keluar hospital. Letih sikit la. Minta maaf la noh. Nak tidur. Mengantuk sangat ni.

Ustazah hanya tersenyum . Bonda aku tanpa segan silu terus baring di ruang tamu. Sambil berdengkur seperti yang dibuat buat. Sambil berdengkur sambil bonda gelak. Ustazah memulakan rawatan. Mulut ustazah terkumat kamit membaca sesuatu yang aku kira potongan potongan ayat suci Al Quran. Pintu rumah dibuka seluas luasnya. Pintu dapur pun dibuka.
Kami semua dikehendaki berkumpul di satu tempat dan laluan utama tidak dihalang. Bukan apa. Ustazah kata, mudah ‘benda’ tu nak keluar. Bonda tidak sedarkan diri. Ustazah Hanum memulakan proses merawat bonda ku. Ustazah membaca beberapa potong ayat suci Al Quran bersama sebotol air ditangan. Air yang siap dibaca dengan ayat suci Al Quran disapu ke muka bonda. Selepas beberapa minit, bonda bangun dan menggelupur sambil terjerit. Sebelum itu, ustazah dah pesan. Siap sedia dan pegang tangan serta kaki bonda kuat kuat. Bonda akan mengamuk. Tapi betapa kuatnya ‘benda’ tu, 8 orang lelaki yang berbadan sasa cekam dia pun, boleh terlepas sikit. Sampai ada yang kena penumbuk. Sayu hati lihat keadaan bonda macam tu. Maka soal jawab antara Ustazah Hanum dan ‘benda’ tu pun berlaku.

Ustazah : hang dari mana ni ?
‘bonda’ : ( hanya merengus kasar )
Ustazah : hang buat apa dalam dia ni
‘ bonda ‘ : ni tempat aku ( dengan suara yang garau )
Ustazah : jangan kacau dia. Keluar dari badan dia sekarang
‘bonda’ : tak boleh. Ni tempat aku. Jangan kacau.

Ustazah membaca membaca beberapa potong ayat suci Al Quran Sambil menggenggam jari jemari ‘bonda’ ku. Tidak semena mena ‘bonda’ menjerit.

‘Bonda’ : sakit lah perempuan. Hang buat apa kacau aku. Aku tak kacau hang pun
Ustazah : kalau tak mau sakit, hang keluar sekarang. Nak keluar ka tak mau ?
‘Bonda ‘ : Okay. Aku keluar. Jangan buat aku. Aku sakit.

Hampir satu jam ‘bonda’ dan ustazah bertarung. Akhirnya bonda pitam. Kata ustazah, ‘ benda’ tu ada di jari-jari dia. Sebab tu bila kita pegang jari dia, dia sakit.

Kami kira semuanya dah selamat. Tapi sebenarnya belum lagi. Semasa kami berbual dengan ustazah bertanyakan itu ini pada ustazah, tiba tiba ustazah diam dan bangun menuju ke bilik kak Nisa. Ustazah senyum.

Ustazah : Qaynisa, Qaynisa tidur ada rasa sesuatu tak ? Mimpi pelik pelik ke ?
Kak Nisa : Mimpi pelik tu ada la. Kenapa ustazah ?
Ustazah : Bilik Qaynisa ni, ada hantu raya.
Kak Nisa : Serius ustazah ?
Ustazah : Betul sayang. Qaynisa punya belaan ke ?
Kak Nisa : Mana ada ustazah. Boleh halau ke tak ?
Ustazah : In Shaa Allah boleh.

Kak Nisa dah pucat mukanya. Kalau toreh muka dia tu memang sah la satu titik darah pun x keluar . Ustazah pandang sekeliling bilik Kak Nisa sambil membaca sesuatu. Dalam beberapa minit aku lihat ustazah seperti memasukkan sesuatu kedalam botol kosong yang aku beri pada dia tadi.

Ustazah : Alhamdulillah. ‘Benda’ tu dah taka da. Qaysara, tahu tak bilik Qaysara pun ada ?
Aku : Hah ? Bilik Ara ada hantu raya juga ke ?
Ustazah tersenyum dan menjawab.
‘’ Tak. Bilik Qaysara bukan ada hantu raya. Tapi ada ‘harimau akar’.Pernah tak ada dengar macam kucing cakar cakar perabot bilik Qaysara ?’’.

Aku terdiam sejenak memikirkan sesuatu. Kemudian baru aku teringat yang beberapa bulan yang lalu. Bonda pernah bagitau aku yang dia terdengar macam ada benda cakar perabot bilik aku. Aku sangkalkan dan katakan itu kucing aku punya kerja. Beria ria bonda bagitau yang semua kucing aku dalam sangkar. Aku memang jenis tak percaya. Sebab bagi aku tak logic. Mana ada hantu siang siang. Pukul 4.30 petang pulak tuh. Bonda aku bagitau yang dia dengar bunyi tu tatkala langit tengah mendung nak hujan. Lepas azan solat asar. Baru benda tu berhenti bunyi.Lepas azan asar, bonda bukak pintu bilik aku. Bilik aku dalam keadaan rapi seperti sedia kala. Haha. walaupun aku tak percaya yang ada entiti asing dalam bilik aku,m alam tuh aku tidur dengan ayat ruqyah terpasang la juga sampai ke pagi. Haha. Dia acah percaya dengan tak percaya ja sebenarnya. Selain Bonda, Alaina pernah jugak bagitau yang ada sesuatu dekat belakang pintu bilik aku.Tapi aku jenis malas nak percaya.
Jadi bila ustazah kata ada benda dalam bilik aku, mula rasa berdiri bulu roma. Entah berapa lama aku dengan ‘harimau akar’ tuh berkongsi bilik.Ustazah pun halau benda tuh guna kaedah yang sama macam dia lakukan di bilik kak Nisa tadi . Ustazah masuk bilik bonda aku, ustazah cakap, bilik bonda tak ada apa apa. Bersih.
Lepas tu, ustazah mengorak langkah menuju ke dapur. Haha. Yang ni aku rasa macam seram sikit la. Sesampai saja kat dapur, ustazah senyum and tanya

Ustazah : Qaynisa, jujur ustazah tanya. Family ni ada membela ke ?
Kak Nisa : Tak ada ustazah. Kenapa ?
Ustazah : Ni. Ada perempuan tua. Nenek kebayan dekat peti sejuk tu. Nampak macam dia dah lama bertapak kat sini. Bukan Family ni punya ke ?
Kak Nisa : Tak ada ustazah. Memang tak membela apa apa pun.
Ustazah : banyak juga ‘benda’ ni bertapak dalam rumah Qaynisa ni. Dekat ampaian baju tu ada sekor. Tapi yang tuh bertuan. Ada orang dari lorong sini jugak yang membela. Depan rumah bawah pokok nangka tu pun ada sekor. Tak apa la. Ustazah buang yang ‘nenek’ ni punya ye.

Tak sangka lak banyak pulak ‘benda’ ni dalam rumah aku. Dah macam sarang diorang pulak. Patut la kadang kadang aku raa macam ada benda yang perhatikan aku kalau aku cuci pinggan lewat-lewat malam. Selalu aku sangkalkan ja. Tak sangka rupanya ‘benda’ tu.
Lepas ustazah halau nenek kebaya dekat dapur,kami berkumpul di ruang tamu dan berborak. Semua dah sangka yang semua dah selamat. Sebenarnya tak lagi. Masa kami dok borak borak tu, aku terperasan yang bonda lain macam. Meratib macam orang dok mengaji tu. Aku cuit kak Nisa and tanya. Ustazah pun perasan. Ustazah cuba pegang kepala bonda. Tapi bonda tepis kasar tangan ustazah dan berdengus.

Ustazah : laa… ada lagi ka ?
‘Bonda’ : Aku nak p mana ? dah ni memang tempat aku.
Ustazah : Balik pada tuan hang la.
‘Bonda’ : Tuan aku tak mau aku. Dia suruh aku duduk sini.
Ustazah : Kalau hang tak mau sakit, hang keluar sekarang.
‘Bonda’ : Aku tak ada tempat. Sini tempat aku.

Ustazah diam sejenak seperti mencari sesuatu. Tiba tiba ustazah bersuara.
“ Sesiapa dekat sini tolong berdiri menghadap kiblat dan azan”.
Abah aku melaungkan azan. Semasa azan dilaungkan, sekali lagi bonda dan ustazah bergelut. Semasa proses merawat ni,‘ bonda’ menjerit.
‘Bonda’ : Aku panas!!!!! Aku Sakit!!!!
Ustazah : Kalau tak mau sakit, hang keluar.
‘Bonda’ : Aku tak mau !!!!

Dada bonda ditekan dan tumbuk oleh ustazah. Sebab ‘benda’ tu degil and tak mau keluar. Aku yang tengok bonda meraung menjerit, aku tak sampai hati. Hampir saja aku halang apa ustazah buat. Aku tak sanggup tengok dia sakit. Setelah setengah jam ustazah dan bonda bergelut.
“ jangan buat lagi. Aku keluar”. Kata bonda.
Akhirnya bonda pengsan.
“Sesiapa kat sini yang boleh baca yassin, tolong baca. Jangan berhenti”. Kata ustazah dengan sebak dan air mata ustzah pun mengalir.

Ustazah menarik aku dan kak Nisa ke dapur.
Ustazah : Qaynisa, Qaysara. Bonda mungkin dah tak lama. ‘Benda’ tuh dah lama bertapak dalam badan bonda . Kes bonda ni, ada dua sebab. Sebab pertama, Saka. Bonda mungkin ada terima apa apa barang dari seseorang dan simpan. Sekarang bonda dah jadi tuan dia tanpa bonda sedar. Yang kedua, hasad dengki. Ada orang hantar santau dekat bonda. Dan minta maaf ustazah nak cakap. Yang hantar benda ni, adik beradik awak berdua sendiri. Dia iri dengan bonda. Depan bonda dia senyum. Belakang bonda dia buat benda macam ni dekat bonda.
Kak Nisa : Siapa ?
Ustazah : ustazah rasa Qaynisa tahu siapa orang dia. Dia dengki sebab orang orang yang dia sayang, rapat dengan bonda.
Kak Nisa : Ya. Nisa tahu.

Kak Nisa tahu ? siapa dia ? Aku tak pasti.

Malam tu semua orang mengelilingi bonda. Bonda dah sedar tapi tidak terdaya. Bonda memanggilaku dan Kak Nisa dan berkata sesuatu. Dengan suara yang sangat perlahan.

Bonda : Qaysara, Qaynisa. Bonda sayang awak berdua. Kalau bonda tak ada. Jangan gaduh. Qaynisa, jaga adik baik baik. Kalau Qaynisa kahwin sekali pun. Jaga adik. Sayang Adik. Jaga adik untuk bonda ya. Bonda nak jalan jauh ni.
Kak Nisa : Nisa jaga adik. Bonda jangan risau. Bonda tak pergi jauh. Bonda kena ada dengan kami.
Aku terdiam seribu bahasa. Aku akan kehilangan bonda ke malam ni ? Tak !!! benda ni tak akan berlaku. Dan tak boleh berlaku. Kami semua tidur mengelilingi bonda.

Keesokkan pagi, semua bangun check, bonda bernafas ke tak lagi. Alhamdulillah, umur bonda dipanjangkan lagi. Kak Nisa bekerja seperti biasa.
Tepat pukul 10.30, kaum muslimat mengelilingi bonda. Bacaan yassin dimulakan. Bonda hanya mampu baring dan tak boleh bergerak. Aku lihat air mata bonda mengalir disaat yassin dibacakan.

Pukul 11.30,aku menerima panggilan dari Kak Nisa.
Kak Nisa : Ara, kejap lagi, Nek kiah nak pergi rumah. Ara jangan jauh dari bonda ya ?
Aku : Kenapa pulak ?
Kak Nisa : Jangan banyak soal. Ikut cakap Kak Nisa . Araa jangan jauh dari bonda. Jangan bagi dia dekat dengan bonda. Genggang tangan bonda sambil bacakan yassin.
Aku : Dengan Araa pun nak berahsia. Okey la. Assalamualaikum

Aku menamatkan panggilan. Sejenak aku terfikir. Adakah ini semua angkara Nek Kiah ? Tapi kenapa ? Nek Kiah dengan bonda kan baik. Tak kan Nek Kiah yang punya angkara ?


Okay. Nanti saya sambung lagi. dah panjang sangat ni tulis. Takut awak semua tak larat baca pulak.

Alvida,

91 thoughts on “Bukan Bonda Part III : Kebenaran Terungkai ?”

    • Mak senah tu yang bagi Air tawar je.. Bonda Tak berubat dengan dia… Tapi Bonda berubat dengan ustazah hanum…
      Nek kiah ni in Shaa Allah dalam Entry seterusnya akan tahu la siapa dia

      Reply
  1. Kalau nak tau kami yg baca ni paling xsuka cerita sekeghat sekeghat…boh p bagi habeh…puaih hati…hihihhi jangan maghah…kita kan adik beradik😘😘

    Reply
  2. Sedihhh..terharu jg.. jd teringat diri sndiri..sbb sy Pon ngh sakit akibat AIDS(angkara iri dengki sirik)
    Best..xsabo nk tggu sambungan..panjang Pon pnjang la xnah Pon bosan..terbaik

    Reply
  3. Mana sambungan cerita bukan bonda III (kebenaran terungkai)?,sbb x jumpa la..kalau ada link tolong share ye sbb saya baru layan FS ni…huhuhuhu

    Reply

Leave a Comment