Bulan Biru: Surau

Hari ni dah malam kedua aku di hospital. Adik aku dimasukkan ke wad akibat Asma. Walaupun aku marah dia, tapi aku sangat sayangkan dia.

Aku kena jaga dia di wad pediatrik. Mak ayah aku jaga waktu siang, waktu malam pula giliran aku.

Adik aku baru tidur pukul 9. Lega aku, perut tengah lapar ni. Alhamdulillah, lepas makan aku nak Solat Isyak. Jalan ni sunyi tanpa sesiapa. Hanya perasaan aku saja rasanya.

Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu. Kegelapan menyelubungiku. Angin bertiup dari dalam surau. Seolah-olah menyambut kedatanganku.

Angin dingin membuatku mengigil. Ada penghawa dinginkah? Aku meraba-raba dalam kegelapan, mencari suis lampu. Kenapa lampu tak menyala? Rosak? Aku masuk Solat Maghrib tadi elok saja.

Terpaksa aku menunaikan solat dalam gelap. Tanggungjawab mesti ditunaikan. Jangan lupa Allah waktu susah dan senang. Itu apa yang ayah aku selalu pesan.

Aku sudah biasa dengan surau ini, jadi aku tahu di mana tempat berwuduk.

Semasa mengambil wuduk, aku disapa bayu lembut yang bertiup. Air wuduk seperti ais, amat sejuk. Mungkin hujan lebat di luar buatku rasa sejuk.

Selepas memakai tudung, aku perasan ada manusia putih sedang berbaring. Aku tahu itu doktor yang bertugas waktu malam. Semalam pun masa aku solat, ada doktor dan jururawat tidur di sini. Aku pun mula menunaikan solat.

Semasa sujud terakhir, badanku berasa berat. Siapa pula yang berani duduk atas aku?

Aku pun berdoa agar tiada perkara buruk yang bakal terjadi. Lepas berdoa, aku berniat untuk terus keluar dari surau.

Tiba-tiba, bulu romaku tegak berdiri.

Dub..Dab..Dub..Dab..Dub..Dab

Lututku mengigil, Tanganku mengeletar.

Perlahan aku memandang sisi kiriku, baru aku perasan, itu bukan doktor, tapi… JENAZAH!!!

Aku membaca ayat kursi sebanyak yang boleh. Pantasku melangkah menuju ke pintu.

Lampu suluh dari telefon tak boleh dibuka, bateri tinggal 15% saja lantas aku gunakan cahaya dari skrin telefon. Samar-samar cahayanya.

Tiba-tiba susuk tadi muncul di hadapanku. Baunya menusuk hidung, kulit tertanggal seperti melecur, ada kesan d***h dan ulat merangkak keluar dari kantung mata yang tiada bebola.

Aku memejamkan mata sambil terkumat-kamit membaca ayat kursi. Perlahan mataku di buka selepas rasa takut menghilang. Aku cuba membuka pintu dengan kuat, tetapi terkunci. Ya Allah, apa lagi yang benda tu nak dari aku?

“Mon,” satu suara menyapa telingaku.

Alhamdulillah, pintu boleh dibuka selepas beberapa percubaan. Keluar saja, aku seperti  baru berlumba lari.

Sempat aku memandang sekilas, ada satu papan tanda kecil tertulis, “BILIK MAYAT.”

Aku menoleh ke sekeliling. Ini bukan kaki lima surau yang aku masuk Maghrib tadi. Kaki lima ini terletak agak jauh dari bangunan utama hospital. Memang tak mungkinlah aku tak sedar masa berjalan ke sini tadi?

Suasana senyap seketika… kemudian, sekali lagi aku terdengar namaku dipanggil, “Mon…”

Panggilannya bercampur-aduk antara suara perempuan dan lelaki. Panggilannya tidak bernada. Mendatar dan janggal. Seolah-olah itu bukan cara sebanar ‘mereka’ berkomunikasi. Macam kanak-kanak yang baru belajar bercakap.

Dengan langkah seribu, aku meninggalkan tempat itu.

Lama juga perkara itu mengganggu fikiranku. Takkan aku nak pergi solat pun, kena ganggu? Bawa aku sampai jauh macam tu?

Kemudian aku teringat, sewaktu berjalan ke surau, aku ada complain beberapa perkara tentang surau jauh dan sempit.

Rakan-rakan, janganlah sesekali kita burukkan rumah Allah. Sedangkan jika kita burukkan rumah jiran pun dah berdosa, apatah lagi rumah suci Maha Pencipta.

Nota Penulis: Assalamualaikum semua. Harap semua sihat. Nama saya Bulan Biru sebab saya cuba nak mencipta cerita yang berbeza dari biasa. Panggil saya Mon. Ini cerita pertama saya. Cerita ni dah lama saya buat, lebih kurang tahun lepas. Ini cerita seram pertama saya. Saya akan cuba perbaiki lagi di masa akan datang.

Bulan Biru

“Bukan cerita biasa”

Nota kaki: ingat, ini hanya kisah rekaan. Allah takkan membalas dosa-dosa hambanya dengan cara begitu (wallahua’lam). Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Niat saya hanyalah untuk memberi pengajaran. Terima kasih kerana membaca!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 comments

  1. Comel lah mon ni ?.
    Permulaan yang baik! Cerita mon simple je tapi tetap buat meiyo rasa suspens..
    meiyo pun ikut sama dub..dab..dub.. dapdidapdidap buat kerjaa jangan sampaii tersilapp ternyanyi
    Okey mon! Teruskan berkarya!

    1. Insha Allah,Mon akan cuba lagi menulis cerita yang lagi bagus dari ni.Idea saya banyak,tapi nak tulis tu ada banyak halangan..Terima Kasih sebab sudi baca

  2. Siot je… Hujung2 cerita rekaan. Nyesal bc. Apsal bnyk sngt citer rekaan’ Kat FS sekarang niiii..????????
    Aku nk cadangkan sape2 nak hntar story Kat FS please mention awal2 samada kisah tu rekaan atau pengalaman benar. So pembaca bole pilih. Yg suka kisah benar, boleh skip cerita rekaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.