Buluh diseret

Hi semua. Nama saya zev (bukan nama sebenar). I am one of FS reader. Boleh lah dikatakan sebagai silent reader. Apa yang akan saya ceritakan ni adalah kisah dari datuk saya sendiri. So maybe tak seram lah kot bagi korg. First of all, terima kasih kepada admin sekirnya cerita saya ni akan disiarkan ke dlm FS.

Sebagai intro, saya merupakan anak jati Iban dari Sarawak(of course) berasal dari daerah Lubok Antu. Kalau korang pernah dengar pasal Empangan Batang Ai, I’m sure you guys know where that place is. Lubok Antu tak jauh dari Sri Aman dan jarak dari Kuching makan masa 3 jam lebih.

Ok selesai muqadimah, aku just go straight to the story. Cerita ni terjadi sekitar zaman 70an. Masa tu datuk aku masih muda lagi, kalau tak silap 30 lebih kot umur dia. Satu hari ni, dia nak pegi ke area sawah padi. Tak sure lah apa akitiviti dorang tapi lebih kurang macam tu lah mereka nak pegi sana. So dia pegi lah dengan geng2 dia ke sana sebab pelan asal dia nak bermalam ka sana sebab tempat tu jauh dekat dengan kaki bukit bermalam di langkau (lebih kurg macam pondok, bukan air minuman je maksud dia).

So datuk saya dengan 5 yang lain bersiap sedia lah nak bertolak dari kampung. Sorang daripada mereka masa tu berumur 17 tahun. The rest tu umur macam datuk saya tadi. So masa mereka masuk kebun, mereka pun pergilah potong buluh untuk kegunaan nanti. So buluh ni, according tu pantang larang Iban, tak boleh diseret atas tanah ketika masuk hutan. Again I repeat, tak boleh diseret atas tanah. Dia mesti diangkat jauh dari tanah. Nak tanya knapa tak taulah sebab saya ni jarang balik kampug so tak tau sangat lah why pantang larang iban.

So masa mereka ni otw ke tempat sawah padi, datuk saya dengan geng dia tadi tak sedar yang budak tu tadi, dia pergi lah heret batang buluh tu. Tambahan pula mereka semua jalan depan budak tu.

Once mereka dah sampai kat langkau, mereka pun setup lah segala yang perlu. Mereka tidur diluar, beratapkan kanvas dan sekiling mereka tu tak dikanvas, so korang boleh agak2 lah luas pemandangan hutan ketika itu.

Mereka masa tu tidur sebaris. Di sini lah adegan seram bermula. Seorang yang paling hujung tu mengalami mimpi buruk. Dia punyalah takut masa dia masih mengalami mimpi tu, sampaikan datuk aku terpaksa bangunkan dia. Bila dicerita, kawan datuk saya cakap dia macam tengok orang nak menetak dia. Jadi datuk saya cakap okay je lah tu mimpi buruk je kot. So mereka pun sambung tdur balik. Tak lama lepas tu org kedua pula mengalami nasib yang sama selepas yang first tu. Yang orang kedua tu tidur di tepi orang yang pertama mengalami mimpi tu tadi. Bila ditanya mimpi apa, dia cakap macam mimpi yang sama macam tadi. Untuk tenangkan keadaan, datuk saya sekali lagi pujuk hati biasa je mimpi tu.

Datuk saya orang ketiga yang kena, tapi dia pandai bgunkan diri sendiri. Masa dia terbangun tu, masa tu jugak lah dia nampak sepasang kaki besar melangkah ke atas mereka. Benda tu just melangkah atas mereka je. Takde yang nak pekaboo ke apa. Masa tu datuk saya terkejut gak lah. Nak cakap takut tak gak, sebab datuk saya ni jenis berani, tapi risau gak lah. Bila dia kejutkan semua orang, dia pun tanya ada sapa2 tak yang buat benda yang tak sepatutnya dibuat masa masuk hutan. Lepas tu budak tu tadi pun ckp dia ada seret buluh masa berjalan. Semua terkejut lah kawan2 datuk saya. Lepas tu datuk saya masa tu jugak arahkan semua packing sebab tempat tu dah tak selamat.

Sebab dia??

Budak tu tadi tdur di hujung skali, kira orang ke 6. Kalau rantaian mimpi buruk sampai ke budak tu, dia memang akan mati(sory kalau ayat kasar) disebabkan makhluk halus tu. So malam tu jugak lah mereka pindah and selamat juga semua pulang ke kampung halaman.

So smpai di sini saja lah cerita saya. Sory kalau tak seram sangat or ayat tunnggang langgang sebab bm tak mahir sangat.

Terima kasih.

.

Xav

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.