Buluh Perindu Syahdu

Assalammualaikum kepada Admin Fiksyen Shaha dan pembaca-pembaca sekalian. Nama aku Arianna. Disini aku ingin kongsi sedikit kisah dan pengalaman aku dengan perkara-perkara mistik yang pernah terjadi dalam hidup aku. Serius cakap yang aku ni bukanlah seorang manusia yang dapat ‘keistimewaan’ untuk senang-senang tengok hantu dan apa-apa la yang berkaitannya tetapi…entahlah tak tau kenapa setiap beberapa bulan sekali mesti aku kena pergi jumpa perawat untuk berubat.

Kisahnya bermula bila aku gatal sangat nak terima sepasang buluh perindu yang diberikan oleh Makcik aku kepada aku. Bila ditanya asal usul buluh perindu tu, ringkas jer makcik aku jawab. Dia beli dari sorang dukun di Indonesia dan ianya sepasang jantan dan betina.

‘Halusnyaaa…’bisikku masa pertama kali tengok buluh perindu tu. Makcik pun tunjukkan pada aku macam mana nak tau aslinya buluh perindu tu. Diletak dalam air dan boleh nampak tiba-tiba benda tu macam cacing bergerak-gerak. Bila diletak sepasang, ianya macam bersimpul. Jujur cakap ini pertama kali aku lihat dan belajar tentang buluh perindu ni. Petua makcik aku ialah pakai di bawah lidah sebelum bercakap dengan sesiapa yang kita suka atau mungkin ketika nak bercakap dengan bos supaya orang tersebut lembut hati dengan kita dan dengar suara kita macam merdu syahdu gitu.

Lagi satu, air rendaman buluh perindu tu pulak boleh di sapu ke muka untuk bagi nampak cantik dan ada aura. Perempuan.. kalau bab-bab nak cantik lawa bagai sapa yang tak nak kan… aku pon macam di tarik-tarik hati ni untuk terima buluh perindu tu. Bila aku tanya kenapa tak bagi saja buluh perindu ni pada anak atau cucu makcik aku tu je? ‘Diorang tak nak terima..’ itu je jawapan makcik aku.

Sejak dari hari aku terima kehadiran buluh perindu tu dalam hidup aku, aku tak pernah lupa untuk buat segala petua yang makcik aku ajarkan. Memang mujarab. Seronok sangat sebab aku jadi mudah dapat kawan. Lelaki mudah jatuh hati dengan aku. Kawan-kawan pun tegur yang wajah aku nampak berseri sangat. Siapa yang tak rasa seronok kan…

Masalah mula timbul bila tanpa sengaja aku terhilangkan sehelai buluh perindu tersebut. Aku tak tau yang hilang tu yang jantan atau betina sebab aku tak berapa ingat rupa bentuk walhal masa mula-mula tu memang makcik aku dah terangkan cara nak kenal jantan betinanya. Aku jadi panik sebab aku takut khasiat buluh perindu tu akan berkurang. Yang buat aku lagi panik… aku jadi semakin ramai kawan perempuan. Pantang kemana aku berjalan… mesti ada jer pompuan muda atau tua yang suka beramah mesra dengan aku dan yang tak best nya… lelaki lansung macam tak teringin nak tengok atau toleh pada aku macam sebelum ni. Ok dalam hati aku macam asyik terasa yang aku dah hilangkan buluh perindu betina. Yang ada dengan aku ni mesti yang jantan sebab perempuan jer yang tertarik nak berkawan dengan aku.

Satu lagi yang paling aku terasa ialah bila ada lelaki yang sukakan aku, bila dia ada sebut perkataan ‘kawin’ jer…tengok lah…beberapa hari lepas tu mesti lelaki tu hilang diri dengan alasan tetiba macam tawar hati. Lelaki cukup susah nak sukakan aku dan ketika waktu aku bercakap dengan mereka, seboleh-boleh mereka tak mau bertentang mata dengan aku. Wahh… serius sedih tau… Yang paling teruk sekali bila period aku mula datang secara non stop hampir 2 bulan. Dia mcm turun ‘memain’.. 2 hari period pastu esoknya stop so bila aku mula mandi hadas, dia mula turun non stop sampai seminggu dan berulang-ulang macam tu hampir 2 bulan. Mood aku mula down. Aku mula takut dan risau adakah aku ada apa-apa penyakit. Aku pergi pakar sakit puan dan doktor hanya beritahu mungkin gangguan hormone dan beri aku ubat hentikan period tapi lansung tak berkesan. Mood aku lagi down bila tiba-tiba aku mula ada masalah di tempat kerja gara-gara HOD aku yang tiba-tiba cari pasal dengan aku. Semua jadi tak tentu arah. Muka aku tak payah cakap la.. memang kusam penuh bermasalah. Satu masalah lagi timbul bila mak aku pulak tiba-tiba sakit pinggang macam tak boleh bangun. Sakit dari belakang badan sampai ke pinggang dan ke betis. Aku jadi hairan sebab sebelum ni mak aku memang sihat sangat.

Masalah demi masalah yang datang dah buatkan aku macam hilang punca. Satu hari tu aku dapat tau yang HOD aku masuk ICU sebab ketumbuhan dalam perutnya tu pecah. Aku masa tu rasa lega sangat sebab kurang dah satu masalah aku masa tu tapi kelegaan aku tu tak lama bila aku dapat tau HOD aku mula pulih dan dah dirawat di wad biasa. Aku yang penuh masalah dalam kepala otak ni mula jadi semak dengan berita tu. Tanpa fikir panjang dan penuh nafsu amarah, aku ambil buluh perindu tu dan letak di bawah lidah. Dapat rasa buluh perindu tu bergerak-gerak di bawah lidah dan aku terus niat dan seru si buluh perindu untuk pergi jahanamkan/takutkan HOD aku tu. Aku tak tau macam mana aku boleh terfikir sampai macam tu tapi dalam niat aku tu..aku bayangkan yang HOD aku tu terbaring di katilnya dan ada 4 perempuan macam pontianak yang akan pegang setiap tangan dan kaki dia supaya tak boleh bergerak dan ada seorang perempuan lagi yang akan pekup muka dia supaya terus tak bernafas. Habis jer aku seru dan niat, aku terus simpan buluh perindu tu dan aku pon masa tu tak tau samada menjadi atau tidak apa yang aku hajatkan tu. Yang penting hati aku puas.

Dua minggu selepas tu, HOD aku mula masuk kerja dan bertegur sapa dengan kami di opis semua termasuk lah aku. ‘Macam dah insaf jer dia ni..’ bisik hati aku bila melihat dia macam mesra sangat dengan kami semua. Aku pun malas nak masam-masam muka dan mula melayan dia bercerita… ‘U tau tak….masa I di wad hari tu kan….’ Astaghfirullah….ternganga aku dengar HOD aku tu bercerita pengalaman dia dikacau hantu masa di wad hari tu… Ya allah… cara dia kena kacau..sebijik macam apa yang aku seru dan niat pada buluh perindu tu…

Sampai di sini sahaja kisah aku mengenai buluh perindu ni. Apa pandangan korang?

AriannaJayz
Rate this post

14 comments

  1. Dah jmpa kw belum yg hilang tu?
    Pendapat saya, buang je la benda tu. Nanti melarat melalit pulak menjadi lebih mudarat. Berubatlah

  2. Setahu aku buluh perindu tu mmg buluh, saiz ja x sama. Yg bergerak mcm di cerita tu di panggil janggut tok adam, digunakan untuk berubat, x taw pulak untuk di puja2 begitu. Wallah hualam

  3. belom kena buluh tiap2 hari rindu.. bnda tu dlm seluar.. bila pegang, terus keras.. bila kena, tiap2 hari rindu.. buang la cik kak oiii.. mati seksa woo.. jgn sampai skuad bawang masuk dlm ni..

  4. “’ Astaghfirullah….ternganga aku dengar HOD aku tu bercerita pengalaman dia dikacau hantu masa di wad hari tu… Ya allah… cara dia kena kacau..sebijik macam apa yang aku seru dan niat pada buluh perindu tu…”

    bagus sentiasa ingatkan Allh

  5. cuba fikiq, kalo dh ramai lelaki ingin n suka kat awak dats mean awak pun suka lh perkara tu? maka jgn dpersalahkn kalaw kena geng bang. ow yeahh bebeh!!

  6. Lebih baik buangkan lah buluh perindu tu .lelaki yg tertarik pd awk tu sbb Disilapkan pndangan agaknya sbb buluh perindu tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.