Anak Dikandung Hilang

Assalamualaikum. Nama saya Ara dan ini pertama kali saya berkongsi cerita di sini. Selama ini saya hanya pembaca setia Fiksyen Shasha dan terima kasih sekiranya cerita saya disiarkan. Sekadar perkongsian bersama pembaca.

Cerita yang saya bakal kongsikan ini tak ada la seram mana, cuma teringin nak berkongsi pengalaman yang terjadi dekat arwah Tok Wan dengan isteri.

Arwah Tok Wan saya ni sebelum berkahwin dengan Tok saya, dia dah pernah berkahwin. Kiranya Tok saya ni, isteri kedua. Kisah ni jadi dekat isteri yang pertama yang saya gelarkan Nenek la kat sini.

Benda ni jadi waktu Nenek tengah mengandungkan anak pertama mereka. Dah 9 bulan dah sarat dah, tunggu masa nak bersalin je. Tapi pada satu malam ni, Nenek mimpi didatangi seorang lelaki berjubah putih dan berserban. Dalam mimpi tu, laki berjubah tu tanya kat Nenek, ada tujuh bilah keris kecil tak? Tapi Nenek cakap dia cuma ada sebilah je. Disebabkan tak cukup, laki berjubah tu minta untuk digantikan dengan anak dalam kandungan ni. Nenek tak setuju. Tapi bila dia tersedar dari mimpi dalam pukul 4 ke 5 pagi macam tu, dia terkejut sebab perut dia dah kempis! Baby dah takde, tapi darah apa semua takde pun dekat sekitar tempat tidur atau dekat baju. Kalau nak kata gugur ke apa memang tak logik. Bersih je badan dan baju and takde sakit apa langsung.

Nenek cepat-cepat kejut Tok Wan. Cerita apa yang jadi termasuk pasal mimpi tu. Bila hari dah siang, pergi jumpa doktor, memang takde langsung isi dalam perut. Ibaratnya Nenek tak pernah mengandung sebelum ni. Masing-masing sedih, ye lah, bayi yang dikandung hilang macam tu saja. Last sekali Tok Wan terpikir nak jumpa seorang ustaz kat kampung.

Ustaz tu cakap memang betul, anak tu dah diculik bunian. Sebab apa, sampai sekarang kitorang tak tau. Tapi ustaz tu cakap, nak jumpa anak tu boleh. Syaratnya, kena solat kat tempat yang bersih, sediakan pulut kuning kot kalau tak salah saya, dan minta doa la supaya dapat jumpa anak tu. Katanya boleh jumpa dalam mimpi. Tapi ustaz tu cakap, hanya Tok Wan saja yang boleh jumpa, Nenek tak boleh, yang ni saya tak tau kenapa.

Balik dari rumah tu, Tok Wan bersihkan tempat solat dia elok-elok, masak pulut kuning, solat dan berdoa supaya dapat berjumpa dengan anak dia. Tujuh hari tujuh malam Tok Wan buat tu, tapi tak jugak datang-datang dalam mimpi. Tak tau la tak kena kat mana, mungkin takde rezeki la kot nak berjumpa dengan anak.

Setelah berpuluh tahun kejadian tu, Nenek pun dah takde, kiranya dengan Nenek, Tok Wan dah takde anak melainkan yang diambil bunian tu. Tok Wan kahwin dengan Tok dan lahirkan Mak saya. Waktu Tok Wan masih hidup, dalam 8 tahun lepas, time tu saya baru lepas SPM. Pertama kali Tok Wan buka cerita pasal ni dekat saya. Selama ni Mak yang cerita. Lebih kurang la cerita Tok Wan dengan Mak. Cuma saya ada tanya, Tok Wan memang tak pernah jumpa ke anak dia tu, Tok Wan cakap dia tak pernah jumpa, tapi kadang-kadang bila dia tidur tu, dia ada terdengar orang bagi salam kat rumah. Kadang-kadang dengar macam orang tengah solat kat rumah dia, dengar orang iqamat. Tok Wan rasa tu macam anak dia datang melawat, tapi dia tak tau la betul ke tak.

Tok Wan cakap dia ada sorang kawan dia yang katanya boleh berhubung dengan orang bunian ni. Kiranya Tok Wan dok dengar perkembangan anak dia melalui kawan Tok Wan. Ikut cerita kawan dia, dia cakap anak Tok Wan ni laki, Zakaria namanya. Tengah belajar dekat Madinah. Yang lain-lain tu aku tak ingat dah. Banyak cerita pasal bunian ni cantik tempat dia, cawan pinggan dari emas dan perak. Tok Wan cakap, dia pun tak tau la betul ka tak, tapi macam tu la cerita yang didengar dari kawan dia.

Jadi sekarang memang tak tahu apa cerita dekat anak Tok Wan tu. Mak cakap, dia pun teringin sangat nak jumpa abang dia yang hidup kat alam ghaib ni, tapi tu la, saya ni penakut sikit orangnya, pikir lebih, saya cakap la kat Mak tak yah la dok minta macam tu. Hahaha, takut nanti Mak hilang pulak. Nauzubillah!

Oh ya, dah alang-alang cerita pasal bunian ni, saya ada satu lagi cerita pasal family belah Mak saya. Cerita pasal sepupu Mak yang saya panggil Mak Lang. Mak Lang ni dia boleh nampak makhluk-makhluk ghaib ni. Rumah diorang ni kat kampung. Ada satu time tu, dalam 3 ke 4 tahun lepas, petang tu diorang tebas lalang kat belakang rumah. Nak bersihkan lalang. Kat belakang rumah Mak Lang ni ada satu busut, takde la besar mana. Sebelum ni diorang tak pernah usik pun busut tu, tapi entah kenapa petang tu, diorang tebas segala lalang dan yang seumpama dengannya dekat sekitar kawasan busut tu.

Malam tu Mak Lang mimpi. Ada sorang perempuan dengan kain telekung lengkap dari atas sampai bawah dengan muka buruk marah-marah Mak Lang sebab kacau tempat dia. Rupanya busut yang diorang tebas tu rumah dia. Mak Lang minta maaf, dia tak tau, kalau tau dia takkan kacau tempat perempuan tu. Tapi perempuan tu mendengus dan berlalu macam tu saja.

Esoknya waktu malam, baru selesai makan malam, tengah dok berkemas kat dapur, tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Mak Lang pun pergi la ke ruang tamu nak tengok sape yang datang. Pak Lang dok bersantai dengan anak-anak dalam bilik TV, diorang memang tak dengar sape yang ketuk pintu tu.

Buka je pintu, Mak Lang terkejut sebab yang tercegat depan pintu rumah dia tu adalah perempuan bertelekung yang dia jumpa dalam mimpi semalam. Perempuan tu tunduk ja. Mak Lang terkejut dan terus tutup pintu, istighfar banyak-banyak dalam hati, baca surah yang patut. Dia kunci segala pintu dan tingkap, dan terus sambung mengemas kat dapur laju-laju dan masuk tidur.

Malam tu Mak Lang mimpi lagi. Orang yang sama datang, malam ni muka dia sedih. Dia cakap kenapa Mak Lang layan dia macam tu. Hahaha. Mak Lang pulak tanya dia, apa dia buat kat rumah ni. Mak Lang dah minta maaf pasal semalam. Dia cakap dia datang cuma nak berkawan saja dengan Mak Lang. Dia tanya boleh ke tak dia nak berkawan. Mak Lang cakap kalau nak berkawan boleh, tapi jangan la datang tunjuk muka buruk dengan telekung putih dia tu. Memang la orang terkejut.

Pagi esoknya hujung minggu, Mak Lang ada buat makan-makan, sebab kebanyakan adik beradik dia duduk dekat-dekat je and diorang memang rapat, selalu buat gathering kalau hujung minggu. Kebetulan minggu tu kat rumah Mak Lang diorang berkumpul.

Kalau kat kampung ni, bila buat gathering, pintu utama kat ruang tamu tu Mak Lang biar terbuka, senang adik beradik nak masuk sebab Mak Lang dok kat dapur sibuk memasak. Bila dah tengah hari, adik beradik makin ramai dah sampai, Mak Lang pun baru sudah masak. Elok dia nak angkat lauk pauk untuk dihidangkan atas meja makan kat ruang tamu tu, Mak Lang terkejut.

Dia nampak ada sorang perempuan ni cantik sangat, kulit mulus, putih berseri, pakaian dia macam sang puteri zaman dulu-dulu, dengan sanggul yang kemas dan perhiasan kepala yang berkilauan. Persis puteri zaman dulu, cantik sangat-sangat Mak Lang cakap. Mak Lang sampai ternganga mulut tengok dia. Mak Lang cakap dia duduk elok je atas kerusi tu, tersenyum-senyum kat Mak Lang. Mak Lang biarkan je, terus sambung berhidang.

Pak Teh yang kebetulan baru sampai, terus cepat-cepat cari Mak Lang kat dapur. Pak Teh ni pun sama macam Mak Lang, boleh nampak makhluk-makhluk ghaib ni.

Pak Teh tanya Mak Lang, “Kak Lang, sapa pompuan cantik kat ruang tamu tu?”. Mak Lang cuma jawab, “Alah, biar la kat dia. Dia nak berkawan ja tu, dia tak kacau orang.”

Awal-awal tu kerap jugak dia datang rumah Mak Lang. Datang tak buat apa pun, cuma tunjukkan diri depan Mak Lang, tak kacau tak apa. Mak Lang pun tak kisah. Tapi Mak Lang kata makin lama makin jarang dan sampai sekarang ni dia dah tak datang rumah dah. Mak Lang pun tak pernah jumpa dalam mimpi ke apa. Tak tau la apa dah jadi dekat dia. Wallahua’lam.

Sekian saja cerita saya, maaf kalau tak seram atau takde isi. Sekadar kongsi cerita family. Lain masa saya akan cerita pasal sepupu saya sendiri yang suka benda-benda mistik ni.
Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Anak Dikandung Hilang”

  1. eloklah bunian ni ambik anak2 luar nikah.. claim anak diorg mse anak manusia ‘bsama’. takde lah mslh anak mati dlm tong sampah kena buang ke makpak.

    Reply
    • Mmg ada je bunian ambik anak2 terbuang sejak bayi ni. Dia mcm buat rumah kebajikan anak yatim lgi.. Bg mkn pakai pendidikan cukup.. Kebetulan dia jumpa dia ambik bela.

      Reply

Leave a Comment