B***h Diri atau… (Seram)

Nama aku Dian. Tahun ni umur dah 24 tahun. Sepanjang aku hidup aku tak pernah ada kawan. Yes, I’m a loner. Aku tak suka bergaul dengan orang. Kalau bercakap tu okay bagi aku. Tapi as for nak berkawan, hanging out, girls’ time ke apa memang tak lah. Aku tak suka semua benda tu. Dalam family pun aku anak tunggal. Pernah sekali tu masa first sem, wajib duduk asrama kan. Aku terpaksa jugak la hadap beberapa ragam manusia dalam satu tempoh masa yang agak lama. Habis je sem 1, aku terus cari rumah sewa berdekatan dengan kampus. Tak nak lah nak share dengan orang lain. Sanggup aku bayar lebih sikit asalkan aku tinggal sorang. Jenuh jugak lah mama dengan abah asyik nak bank in duit kat aku masa tu.

Gangguan pertama jadi pada hari pertama aku pindah kat rumah sewa aku. Masa tu, one week before kuliah start. Sebab aku nak membiasakan diri dengan rumah tu. Aku ingat lagi, jam 12 tengah malam. Aku ni jenis yang suka tidur lewat malam kusyuk hadap laptop layan drama korea sampai pagi. Aku masih ingat sebelum aku masuk bilik tidur malam tu, aku dah tutup semua lampu dan kunci pintu depan. Tapi, kira kira jam 12 tu, aku dengar pintu depan macam dibuka beberapa saat lepas tu, aku nampak cahaya dari bawah pintu bilik aku. Lampu ruang tamu rumah tu buka. Aku ni jenis yang tak takut dan tak mudah nak fikir bukan bukan. Aku pun paused la cerita aku, terus keluar dari bilik. Guess what? Pintu depan rumah aku terbuka luas dan lampu semua on. Aik. Aku 100% sure aku memang dah kunci pintu dan dah off lampu ni. Aku pun lepas tu buat tak tahu je lah kunci pintu balik lepas tu off lampu.

Malam tu aku tidur dalam jam 3 pagi. Lena weh aku tiduur. Bangun bangun je jam dah pukul 11 pagi. Cantik betul perangai anak dara Yaakub ni. Hahaha. Masa aku mandi tu, aku perasan badan aku berlebam lebam. Biru sana biru sini. Nak kata aku ni sleepwalking tak pernah pulak aku ada experience ni. So, masa tu aku fikir aku mengigau sampai terpukul diri sendiri. Nak sedapkan hati je actually. Tapi waktu tu memang dah rasa cuak sikit dah. Lepas tu aku pergi keluar dari bilik, terkejut beruk aku tengok tv kat ruang tamu tu on. Siap ada makanan lagi berselerak atas meja. Macam ada orang yang tinggal kat dalam rumah ni selain aku. Masa ni aku tak nak fikir bukan bukan. Aku kemaskan ruang tamu tu aku tutup tv cabut sekali plug dia. Kalau on balik, aku yang ‘off’ sat gi.

Malam kedua, gangguan yang buat aku rasa aku terlebih tengok cerita hantu sampai terbawak bawak dalam tidur. Berlaku pada jam 2 pagi. Aku tak sure macam mana aku boleh tertidur sebab masa aku tersedar tu laptop masih on lagi cerita yang aku tengok malam tu. Yang buat aku tersedar ni, aku rasa macam ada orang tarik kaki aku. Alaaa, yang macam dalam cerita The Conjuring tu. Yes, exactly like that! Sedar sedar je aku, aku terus layan blur. Siapa yang tarik kaki aku eh? Tapi masa tu aku fikir benda tu ada kena mengena dengan saintifik ke apa ke. So aku tak fikir benda benda seram lah.

Lepas hari tu, dah tak ada apa apa gangguan. Gangguan seterusnya jadi apabila malam sehari sebelum kuliah bermula. Aku ingat lagi malam tu aku terus ambil kunci kereta terus blah dari rumah tu. Ceritanya macam ni. Around 9 malam tu, aku dengar ada orang ketuk pintu depan. So, aku fikir positif aku ingatkan jiran aku ke apa ke. So aku bukakkan lah pintu tu. Masa aku bukak pintu tu, rasa macam angin kuat melimpas aku tapi tak ada orang pun depan rumah aku. Dalam hati memang dah pelek semacam nak mencarut takut lain pulak jadi sebab masa ni memang aku syak ada something yang tak kena dengan rumah ni. Sekali lagi, aku ignore benda tu. Aku masuk bilik tidur aku, dan get ready nak tidur. Belum sampai beberapa minit aku nak lelapkan mata, aku dengar orang panggil nama aku.

“Dian.”

Bodohnya aku masa tu, aku boleh pulak jawap, “Ye, sapa tu?” Sumpah sampai sekarang menyesal jadi bodoh. Selepas aku jawap tu, automatic blackout diikuti bunyi ketawa kanak kanak perempuan. Bederau rasa d***h aku masa tu. Nak tak nak aku kena jugak keluar dari bilik aku. Aku nak pastikan tak da orang lain dalam rumah sewa ni selain aku. Bebekalkan flashlight phone, aku keluar bilik selepas membaca 3 Qul.

5 langkah selepas aku keluar bilik, terus aku menyesal. Aku nampak budak perempuan bergantung dekat ruang tamu rumah aku. Tak tahu either m**i b***h diri atau pun ada orang yang gantung dia kat sana sebab macam mustahil pulak budak besar tu nak gantung diri. Masa ni aku dah kecut perut. Dengan bacaan bismillah diikuti dengan ayat kursi dan 3 Qul, aku slow slow masuk bilik capai kunci kereta, terus pecut keluar dari rumah sewa tu. Tudung entah ke mana, baju masih guna baju hello kitty. Ya Allah. Allah je tahu perasaan aku masa tu.

Malam tu aku stay dalam kereta area hotel. Nak menginap di hotel aku tak ada bawa purse. Nasib baik phone ada. Malam tu jugak aku call mama dengan abah. Dia orang terus book flight pergi jumpa aku. The next day tu, kita orang pergi rumah sewa aku. Jumpa dengan orang yang berurusan dengan abah masa sewa rumah tu. Mula mula dia berkeras tak nak cerita apa sebenarnya berlaku. Lepas abah aku desak dia, akhirnya dia mengaku yang rumah sewa tu pernah jadi kes seorang wanita b***h anak dia sebelum menggantungkan anak dia lepas tu dia call polis cakap anak dia b***h diri. Lepas kantoi yang dia ni b***h anak dia, dia jadi gila. 2 bulan lepas kes tu, dia meninggal sebab kemurungan. Ada orang cakap, dia ni jadi mental sebab suami dia curang. Waallahhualam. Kesian anak yang tak berdosa. Maafkan lah kalau tak seram sangat eh. Jumpa di lain entri.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Dian
Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

16 comments

  1. Berani la dok sorang2′
    td cikde ada terbaca kat satu page cerita seram, ada org copy paste cerita serm dr page tu hantaq ke FS, so berhati2 la jgn dok copypaste masuk dlm FS ni, kesian la kat penulis tu dia siap bt novel lg, reka la cerita sendri ok, penulis tu dh hubungi admin FS, cerita tu dh dikeluarkan,

  2. Pngajaran nya jgnla duk srg2, Ank dara plk tu. Bkn ape takut org jht mask Umah ka,xpon skit kna sawan ka,xpsl2 brulat srg2 kt rumah tu.

    PS: refer to case student uia m**i dlm bilik srg2.

  3. Bawak2 lah berkawan.. nanti dah tua menyesal.. mmg x semua baik.. tp x semuanya jahat.. manusia ni saling memerlukan.. renung2kan..

  4. Cuba la cari kawan..dalam ramai2 y xelok mesti ada y baik jugak.xrugi.

    Makcik paham sbb mkcik pun loneranger..punca sbb mkcik xsuka klu berjanji nk lunch pukul 1, 1.17 baru terhegeh2 nk cari kunci kete,purse bagai..makanya klu mkcik nk cri kwn kena cri kt jepun la ye..tu pasal mkcik suka bsolo2 kt opis.tak buang masa mkcik y bz dgn menunggu jek.tp klu tetiba nk mkn reramai,ada je kawan..kt taman sama, xd kwan sbb xde masa sembang mngumpat..tak berkawan xbermakna mkcik xd kawan lgsung.bersolo adalah pilihan..ramai jugak kwan setia y rapat y maklum klu dgn mkcik kena jg masa dsb y slalu ajak outing, lunch date..tp adik, nak jumpa gan mereka y rasi gn kite , kite kena open diri kita dlu..
    Klu tak sesuai,tarik diri..

  5. x bestnya hidup alone mcm ni.. bukan alone dh ni, jenis x reti bergaul aku rse.. dan agak ptg kan diri. kesian mak ayah terpaksa melayan kerenah anak, kena bank in duit lbh pdhal byk benda lg blh buat ngn duit tu

    bukan semua org jahat. lgpun dh kawin nt, sure x reti nk bgaul dgn keluarga mentua lps tu fikirlah sendiri……..

  6. esok2 tak berlaki ko dah tak suke berkawan dengan orang.
    tak semua orang tak berjenis.pandai2 lah pilih kawan.

  7. Setuju dengan semua. Cuba la berkawan dengan orang. At least ada orang ambil berat selain dari mak ayah. Ada je kat opis akak ni, arwah tak berkawan dengan orang langsung, buat hal sendiri, duduk sendiri. 3 hari tak datang kerja, baru bos suruh orang pi cari kat rumah, tengok mayat dah busuk. Sakit, meninggal takde orang yang tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.