as salam. Aku nak kongsi kisah aku 4 tahun lepas. Aku terus cerita lah. Malas nak intro banyak. Aku kerja di satu company kat area Petaling Jaya. Aku kerja kuli je, jadi meja aku betul-betul depan pintu bilik bos. Pintu bilik bos kaca, selalu jadi tempat aku betulkan tudung. Perempuan dengan cermin berpisah tiada. haha
Memandangkan aku bujang lagi waktu tu, aku dan beberapa staff admin selalu buat ot sampai pukul 8 lebih. Yelah, balik awal bukan ada family pun kat rumah, masing-masing bujang. Untuk makluman, aku seorang je perempuan muda dalam office tu. Yang lain semua lelaki dan makcik-makcik, depa balik awal.
Tinggal la aku, Pali, Ard, Mat yang kaki balik lewat. Mat dan Pali ni, depa suka sakat aku. Dipendekan cerita, ada satu malam tu, hari jumaat malam sabtu. Kami ot macam biasa, mat 3 orang tu duk memekak dalam office, aku pulak tengah syok buat kerja, tetiba aku nampak macam orang melintas kanan tepi partition aku.
Aku toleh, aku agak pali dah sebab dia ja yang akan datang tempat aku dari belakang. Aku pusing belakang, tengok tak ada orang, pastu nampak macam ada orang melintas tepi kiri pulak, berpusing-pusing aku. Aku panggil la pali, ehh..pali kat tempat die, aku pun panggil mat, mat pun kat tempat die.
aku intai ard, pun same. Ah, sudah, habis siapa yang lintas ? perasaan aku je kot. Aku pun sambung buat kerja. Tak lama lepas tu, jadi lagi sekali. Aku pun panggil mat 3 orang tu lagi sekali, pun sama, depa kat tempat masing-masing. Aku pun apa lagi, ambil beg terus blah, aku tak bagitau pun kat mat 3 orang tu aku nak balik.
Alhamdulillah, on the way aku balik dengan motor, tak ada apa-apa yang jadi. Malam tu aku tidur macam biasa, aku mimpi. Aku mimpi aku tengah duk sembang dengan kawan-kawan aku, tetiba aku perasan ada seorang lelaki tengok aku dari jauh, samar-samar tapi bentuk muka aku napak, bujur sirih, kulit putih, baju putih, rambut itam.
Entah macam mana tetiba dia dah ada sebelah aku. Dia bawa aku jalan-jalan kat hutan yang macam ada jalan nak masuk ke kampung. Penuh pokok tapi lapang je rasa, udara nyaman, bersih. Lepas tu aku tersedar orang azan subuh, aku tak fikir apa pun, biasalah mimpi kan mainan tidur. Siang sabtu berjalan dengan lancar.
Malam tu aku mimpi lagi sekali. Kali ini lelaki tu bawa aku masuk ke satu kampung ni, penuh gerai-gerai yang beratapkan nipah kiri kanan jalan, dia bawa aku lepak dengan kawan-kawan dia, pun aku tak napak rupa kawan-kawan, just samar-samar. Dia bawa aku pusing-pusing sekitar deretan gerai-gerai tu.
Aku terjaga waktu azan subuh. Serious, azan ni sangat-sangat bagus, amat membantu orang dalam mimpi. Ahad tu pun berjalan dengan lancar. Malam tu aku mimpi lagi, kalini betul-betul buat aku cuak, dia bawa aku jumpa family dia, aku baru je sampai depan rumah dia. Rumah macam rumah minangkabau, besar dan luas sangat tanah sekeliling rumah.
Pun lagi sekali aku diselamatkan oleh azan subuh. Bangun-bangun terus aku terduduk dan aku ingat semula semua kejadian. Memang dalam setiap mimpi aku sebelum ni, aku nampak bayangan lelaki tapi dari jauh. Dia cuma perhatikan aku je, aku fikir itu mimpi syaitan or mimpi bunian? aku cerita pada housemate aku.
Atas nasihat housemate, aku cerita hal ni pada ayah aku. Ayah pengamal perubatan islam, jadi serba sedikit boleh la dia tolong. Kebetulan family aku nak ke kedah, jadi ayah singgah kl ambil aku. Sampai kat rumah akak, ayah suruh aku mandi dengan air limau, lepas pada tu aku dah tak mimpi lagi tapi benda lain pulak yang jadi.
Macam biasa, aku dan team office buat ot sampai malam. Aku rasa tenang sangat buat kerja malam tu, office pun nampak macam terang cerah. Dalam pukul 8.30, pali ajak balik, aku pun kemas-kemas beg. Waktu aku nak pakai jaket, aku toleh ke pintu bilik bos. Allahu..nak tercabut jantung aku, lembik terus rasa lutut ni.
Lelaki tu ada kat situ, dalam bilik bos aku, betul-betul menghadap aku, dia pandang aku, sedih je muka dia. First time aku nampak jelas muka dia. Putih sangat-sangat, dagu tajam, pakai jubah, rambut hitam, muka biasa-biasa saja. Dia senyum tapi mata dia berair, dalam senyum dia nampak yang dia sedih. Kesian pulak dah.
Pali panggil aku, terus aku blah. Buat nya dia buat muka buruk pastu terkam aku, mau terbongkang aku kat situ. Aku cerita kat ayah. Ayah pesan, kalau lelaki tu datang lagi, bagitau yang kita tak nak kawan dengan dia sebab kita ada family. Alhamdulillah, sampai sekarang dia tak kacau dah. Dasyatnya mula-mula kenal laki aku, muka laki aku runcing macam dia. Tinggi pun lebih kurang. Style rambut pun sama tapi sekarang tak dah. Aku dah gemuk kan laki aku. Seram pulak bila tengok dia sama macam lelaki itu. haha
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hahah..yang last tu serius klakor
Bunianlah tu…minat kat ko. Rupa biasa²? X segak ka? Slalu kan bunian segak,handsome…
Tergelak aku baca part last tu….
Ha ah..last tu kelakar haha…
hahha.. best.. 🙂
Sedey aaa mamat tu sbb kena #friendzone
bunian tu suke ko la sbb ko slalu tgk cermin kan dy duk dlm bilik bos. hahahahaha
lawak…haha
tu istikarah la tu..petunjuk rupe bakal suami dtg dlm mimpi hahahaa..kan dh jadi suami hahaha