Salam warga FS, aku Jejakaka bukan nama sebenar. Cerita aku ni mengubah pandangan dan kepercayaan aku kepada dunia bunian.
Cerita bermula pada bulan disember 2011 nak masuk tahun 2012. Aku masa tu 3rd year di UKM adakan program mendaki Gunung Ledang bersama Kelab Kembara Kolej lebih kurang 60 orang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Untuk pengetahuan Gunung Ledang adalah salah satu taman negara Malaysia yang dijaga. Sepatutnya pada tarikh kami pergi tu gunung ledang ditutup untuk pendakian kerana kerja penyelerangaan oleh pihak hutan tapi kami dah buat surat siap-siap dah kata kami nak bantu apa yang boleh sebab kami pun tak ada gunung lain dah nak panjat. Setiap barang yang dibawa naik mestilah ditulis/dideclare dengan renjer hutan sebab nanti turun tak boleh kurang satu pun barang. Siapa yang bawa rokok tu kena kira sekali berapa batang rokok bawak naik. Haaa baguskan untuk memelihara alam sekitar. okay.
Pukul 8pagi kalau tak salah kami memulakan pendakian yang dimulakan dengan Tangga Mahligai. Siapa pernah daki gunung ledang mungkin tahu tangga ni ada 700 anak tangga. Seperti biasa, golongan perempuan yang akan ketinggalan di belakang. Aku sebagai AJK program kena la bertanggungjawab duduk belakang sekali nak pastikan tiada yang tertinggal. Ceh padahal nak tunjuk hero haha. Macam-macam teknik aku ajar supaya tak berapa penat dan tak luntur semangat nak mendaki.
Aku ni takada lah hebat sangat tapi aku atlet dan aku pernah panjat banyak gunung dah termasuk gunung kinabalu. Antara teknik yang aku ajar adalah tengok sekeliling dan rasa lah bersyukur dengan kebesaran ciptaan Allah SWT. Korang kena ingat juga aku ni senang hafal jalan pergi sekali pun dah cukup takyah guna waze dah. Apatah lagi dalam hutan yang hanya ada beberapa k***t je yang akan jadi landmark contohnya batu yang amat besar, pokok yang amat besar, sungai ke, pokok tumbang ke. itu contoh. Lebih kurang pukul 1 petang kami tiba di puncak dan kami kena tolong buatkan tebing dari sabut kelapa yang disediakan. Kan tadi aku cakap kami akan tolong selenggara so kami buat ni la. Okay cerita seram bermula di sini.
Semasa perjalanan turun, aku adalah kelompok kedua terakhir yang ada dibelakang sebabnya aku kena tunggu golongan wanita yang sakit dan melecet kaki. Bajet hero lagi. Jalan pun seret je kaki tu macam zombie. Bayangkan lambat dia macam mana. Kura-kura pun rasa boleh p****g.
Kelompok aku ni ada 8 orang yang terdiri daripada aku, Ali kawanku, seorang renjer, dan 5 orang wanita yang sakit kaki tadi ni. Malangnya masa kami tengah rehat, Ali ni boleh pulak melawak ada sebut perkataan ‘ALAM LAIN’ lepas tu terus kena marah dengan renjer. Haha padan muka.
Lebih kurang 615 petang, dalam hutan ni dah gelap macam malam dah sebab pokok tinggi lindung cahaya masuk ke dalam hutan. Malangnya, antara kami 8 orang ni ada SATU TORCHLIGHT MURAH RM5 je haha aduh. sebab tak bajet nak sampai malam patut boleh sampai sebelum maghrib.
Pergerakan kelompok aku semakin perlahan sebab kami lelaki 3 orang ni biarkan perempuan kat depan dan dia mula rasa takut sebab gelap dah. Aku pun nak tunjuk hero lagi sekali, offer diri pegang torchlight diri depan sekali cari jalan turun. Bila dah terlalu gelap, gelap dia macam korang pejam mata sambil berjalan haaa macam tu la, aku pun tanya renjer sebab dah tak nampak jalan yang kami kena lalu walaupun dah suluh torchlight. kang aku main jalan, sesat pulak. Tak pasal masuk Buletin Utama TV3. Renjer tu pun bagitau suruh suluh torchlight kat batang pokok cari reflector besi yang ada lekat kat pokok. Itulah jalannya. Baru aku tau tujuan reflector tu.
Tak seram lagi kan. Ni nak seram dah ni. Korang bayangkan jalan turun gunung kena pijak akar kayu yang licin dengan gelapnya dengan torchlight murahnya dengan nak kena guide 7 orang kat belakang aku ni dengan nak cari reflector aku kena suluh merata. Dah bayang? Okay. Bila aku dah nampak reflector aku akan ke arah reflector tu. Aku akan TURUN SORANG lebih kurang 10 langkah dan berhenti.
Lepas tu aku suluh akar kayu untuk 7 orang lagi jalan supaya tak jatuh. Lepas dah 7 orang tu sampai kat aku, aku suluh merata lagi sekitar hutan cari reflector dan turun ke arah reflector. Dan kitaran itu berulang. Aku tak rasa takut lagi. Sebab bajet hero kan.
Pada satu masa tu aku tengah cari reflector, aku ternampak satu taman yang terbina cantik tersusun dan atas tanah yang rata di sebelah kiri aku. padahal aku tengah turun gunung ni tanah sepatutnya menurun. Tapi tidak untuk taman cantik itu. Tapi aku masih nak jadi hero. Untuk pengetahuan, aku sorang je yang nampak taman cantik tu sebab yang lain pandang bawah je sebab nak jalan atas akar kayu licin. Seramnya tak berhenti disitu.
Lepas tu selang beberapa minit tengah aku cari reflector, aku tersuluh sebuah rumah kayu besar betul-betul sebelah kanan aku lebih kurang satu pembaris pendek kat sebelah aku. Terkejut beruk aku. Aku dah tak sedap hati. Aku terus baca surah-surah yang aku boleh baca. Seperti biasa 7 orang lain tak nampak rumah tu.
Aku teruskan hero aku tapi aku kurangkan langkah aku tunggu tadi dari 10 ke 3. 3 langkah aku turun, aku stop dan suluh jalan untuk yang lain. Ketaq lutut weh. kau nampak benda tu samar-samar dalam gelap berpandukan torchlight murah. Aku bagi alasan jalan bahaya takleh jauh sangat padahal dah ketaq lutut.
Selang berapa minit kemudian tengah aku cari reflector, aku tak jumpa reflector. Aku gelabah takut tersesat. Aku pun takut dah nak suluh merata lagi takut nampak benda pelik-pelik. Ternyata, reflector tu ada dekat penghujung laluan kanopi.
Sejak bila pulak ada laluan kanopi cantik dalam hutan ni haha aku dah ketaq lutut lagi. Atas tanah rata pulak tu. Laluan kanopi tu lebih kurang 30meter dan tanahnya berpasir bukan tanah atau akar kayu. Kau bayang kau kahwin masuk dewan lalu bawah laluan kanopi tu tapi dalam hutan haha.
Aku dah pikir bukan-bukan betulke aku kena masuk dalam laluan kanopi tu. Tapi aku redah juga sebab dah terlalu takut nak duduk dalam hutan tu nak sampai bawah cepat cepat. Surah yang aku baca pun aku sampai taktau surah apa aku baca. Lepas lalu je laluan kanopi tu aku rasa lega sikit lepas tu kami berehat sebab wanita tak larat sangat dah. Berani diorang berehat sebab diorg tak nampak aku sorang je nampak. Haha aduh. Masa berehat tu aku pergi belakang tanya renjer tu, aku cakap “abang saya rasa kita salah jalan dah ni. abang kata jalan naik dengan jalan turun sama tapi yang kita lalu ni tak sama bang”. renjer tu suruh aku diam je dan teruskan perjalanan ikut reflector. kami pun teruskan perjalanan.
Jam lebih kurang 830malam, seram tu tak habis lagi. Kami kena lalu sebelah batu yang amat besar sebesar sebuah rumah lebih kurang 20 biji batu. Setahu aku, masa naik ada lebih kurang 5 biji je batu besar rumah tu. Aku dah syak ni mesti batu orang bertapa. Batu ni muncul time malam je.
Yelah masa tu aku dah fikir bukan-bukan mestilah aku fikir tu batu bertapa. haha Bila sampai Tangga Mahligai tu lebih kurang 9malam, aku dah lega sebab rasa selamat sikit kat situ walaupun kena tempuh lagi 700 anak tangga and pokok pun dh tak tebal nampak sikit cahaya bulan.
Sampai je dekat kaki bukit, abang renjer tarik aku ke tepi suruh aku cerita. Aku pun cerita kat dia. Dia pun panggil renjer yang lain suruh aku cerita balik. Diorang cakap aku bertuah sebab dapat pengalaman tu. Bukan semua orang boleh nampak benda tu. Aku ye ye kan je lah penat dengan takut tu still ada. Last sekali, diorg tak check pun barang aku sebab seronok dengar cerita aku. haha.
Kesimpulannya, aku rasa la kami lalu perkampungan bunian je nasib baik dia tak culik aku. Kalau dari bawah ikut turutan, batu besar tu tempat orang bertapa. Lepas tu jumpa laluan kanopi. Mungkin laluan kanopi ni jalan masuk ke alam perkampungan bunian. Lepas tu jumpa rumah bunian. lepas tu jumpa tanaman bunian mungkin diorang berkebun ke apa. Sebab tu aku dah start percaya bunian ni ada. Sekian. Jagalah mulut anda bila dihutan.
Lagipun aku memang boleh nampak makhluk ghaib ni tapi bukan selalu lah. Nak aku cerita pengalaman rumah sewa family aku kat Kuala Terengganu x? hehe
BESTTT!! sambung lagii. tapi jangan lambat update tau 🙂
6 kali die sebut hero….
hahahahhahha.
Gunung Ledang dlm byk2 gunung kt Malaysia ni lbh sikit mistiknya…cerita org dulu2 psl kedapatan seorang Puteri yg cantik rupawan bukan sekadar dongeng tp ada kebenarannya…mmg beruntung sgt penulis dpt alami pengalaman mistik sedemikian…Allah hualam
byk betul dia kata dia hero
Bunian pn dr kalangan jin jg. Nasib x apa2. Dia usik lite2 je tu😁
Nnti stori lg keh. Sis suka👍
kenapa aku rasa kau macam hensem eh ? hahaha
ngorat la dia
Awak ni hensem..sbb tu bunian bagi hint…org bunian suka yg canteek n kacak…😊
tenks..baru makcik tau makcik buruk..makcik pun suka daki gunung, gunung ledang pun pernah.jadi bole bayang sikit2 yang tulis..tapi, takada rezeki tengok kampung depa..baru tau apa sebab dia..=D
Walaupon cantik, tapi aku x nak merasa pengalaman macam tu
hahahaha
Naik lagi wehh gunung tu… mane tau nnt ade bunian bgi bunge ros.. bunge ros dieorg susah nk layu n wangi giler 😆😆😆
Hahaha….
Hero la sangat…
Apa2 pun tahniah atas jerih payah anda bantu org lain, dihadiakan pengalaman yg menarik.
Tak payah cerita lah. Membosankan. Serius tak rasa “keseraman” dalam penulisan ni.
1.5/5⭐
dengki uuu dengki uuuu
hahahaha
Betul ke bunian suka manusia yg cantik atau hensem je..??