BUNIAN ITU WUJUD

assalamualaikum,dan terima kasih kepada pihak fiksyen syasya jikalau cerita aku disiarkan.
nama aku zahirul,dan aku baru berumur belasan tahun.kisah ku ni pendek ringkas tetapi ada banyak iktibarnya untuk pembaca.

BUKIT BROGA

pada waktu itu,aku baru tamat peperiksaan sijil pembelejaran malaysia (spm) dan baru juga mendapat lesen motor.
aku berhasrat untuk pergi ke broga sekadar untuk melihat kawasan itu.
jadi aku bangun pada jam 5 pagi melakukan persiapan dan terus pergi ke broga secara bersendirian (solo ride) almaklum aku jenis yang suka berseorangan. bukan sombong tetapi tidak suka keadaan yang serabut atau drama.
jadi aku mulakan perjalanan dengan membaca doa doa yang aku ketahui.
ketika aku menunggang,mmg tak ada rasa seram langsung dan rasa gembira sahaja sepanjang jalan.
banyak juga gambar dan video yg ku peroleh,itu pun belum sampai broga lagi HAHAHAH

setelah dalam 20 min menunggang, aku sampai di kawasan broga tetapi pilih untuk mencari makanan.sampaila aku tiba di perkampungan cina. mmg banyak makanan tapi itula,AHAHAHHA
nama pun perkampungan cina.aku cuba mencari kedai tepi jalan yg menjual nasi lemak dan jumpa.aku beli nasi lemak dan sebotol air mineral lalu pergi ke broga balik.
sesampai sahaja di broga, bayar parking apa semua aku duduk atas motor dan menjamah makanan yang telah aku beli.

setelah aku habis, aku buang makanan tu di tong sampah dan tidak meninggalkan sebarang apa apa kotoran. selesai saja buang sampah aku pergi melepaskan hajat terus dan memulakan perjalanan untuk mendaki.

sewaktu aku mendaki, tiada sebarang perkara yang aneh terjadi walaupun aku berseorangan. sampai aku terjumpa seorang pakcik ni, baik orangnya.
dia mengajak aku untuk naik bersamanya lalu aku terima pelawaanya. lama aku mengikutnya dan sampailah ke separa puncak…banyak gambar dan video aku rakamkan dan simpan jadi kenangan.

tetapi, aku terpaksa berhenti di situ kerana ingin membuang air.
mana adanya tandas atas bukit HAHAHAHAH satu satunya tandas ada di bawah kawasan parking yang mula mula ku pergi.\

ikut hati ingin teruskan, ikut akal aku mmg harus terpaksa turun.
jadi aku mengambil gmbr bersama pakcik itu dan turun berseorangan. sewaktu turun, aku berjumpa seorang lelaki yang terbaring, alangkah terkejutnya.
rupanya dia seperti hendak pitam lalu pilih untuk baring di tengah hutan tu. aku memberikannya sebotol air dan menemaninya sehingga ada pendaki lain yg boleh temani dia.

selang beberapa minit, ada org tawarkan diri untuk menemaninya dan aku sambung perjalanan.
semuanya baik sehingga aku sampai di lorong terakhir untuk keluar daripada broga.

kalau pembaca nak tahu,sebelum mendaki bukit broga. kita akan lalu dua jalan permulaan dahulu.
kiri dan juga kanan.
kiri kawasannya sempit tetapi pendek sahaja.
kanan kawasannya lebar tetapi agak jauh.

sewaktu aku mula mula naik, aku mengambil jalan kanan yang lebih lebar jadi tiada apa apa berlaku.
tetapi waktu ingin balik, entah kenapa terdetik untuk lalu jalan sebelah “kiri”.
segalanya bermula disini.

sewaktu aku lalu dijalan belah kiri ini,
jalan terasa panjang sehinggakan aku rasa seperti aku pusing di dekat tempat yang sama. mulanya aku tidak fikir apa apa kerana ingin melepaskan hajat sahaja. tetapi apabila lama kelamaan, aku jadi hairan.
kenapa lalu jalan sama ni dari tadi, kata hatiku.
lalu aku berhenti dan cuba tengok kawasan sekeliling,mmg dipenuhi semak samun seperti sewaktu awal awal aku mula mendaki.

dan aku perasan sesuatu..
kicauan burung tidak didengari,aliran air dari air terjun tidak lagi mengalir dan segala bunyi didalam hutan seakan akan diam membisu.

tidak lama daripada aku menyedari perkara tu,disebelah kiri telinga aku dapat menangkap sebuah bunyi.
bunyi apa?
bunyi org berjalan dengan sangat ramai, dan juga ada yang berlari.aku tak dapat melihat apa bendanya tu kerana dek tumbuhan tumbuhan hutan yang tinggi belaka. tetapi aku dapat merasakan ada susuk tubuh seperti manusia disebalik tumbuhan tumbuhan tu.sah.
aku hampir masuk ke alam buniaan.
bila aku perasan apa yang terjadi, aku terus membaca bismillah hillazi, al fatihah dan aku mulakan langkah dengan kaki kanan.

apa yang mengejutkan aku
dalam beberapa langkah sahaja aku nampak jalan keluar. aku nampak parking dan juga manusia yang lain.aku berasa lega.
apa yang lagi melegakan ialah aku mula mendengar bunyi bunyian hutan yang biasa dan juga org berborak.aku terus pergi ke tandas tanpa pusing ke belakang.

aku hendak berikan nasihat kepada pembaca. apabila hendak pergi ke hutan.
amalkan la doa doa yang diketahui sebelum masuk ke hutan. jagala adab dan tingkah laku. janganla buang sampah secara suka hati dan paling penting. jangan tegur sebarang benda pelik, cukup sekadar bergomel didalam hati.
Jin itu wujud, lebih lebih lagi didalam hutan.
Bunian juga wujud.harus kita percaya kewujudan mereka agar diri tidak terpesong.
andaikata cerita ini tidak seram, aku minta maaf.
cukup itu sahaja pengalaman aku yang tiada tokok tambahnya.

lupa juga,aku seorang yang boleh merasa kewujudan mereka secara kuat. lihat atau berkomunikasi dengan benda tu hanya dengan izin Allah. hanya beberapa kawan rapat ku tahu tentang ni dan tak perlu kot aku cerita dekat semua orang.bukan semua percaya.
mengenai penulisan ku mohon maaf , terima kasih kerana sudi membaca.
assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

pendosa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 53 Average: 3.3]

1 thought on “BUNIAN ITU WUJUD”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.