Burung Murai

Terima kasih buat Admin FS yang sudi menyiarkan cerita saya satu persatu, dan juga rakan-rakan FS yang sering member sokongan dan kritikan positif mahupun negative. Saya memohon maaf andaikata penulisan Mat Tepos tidak seram, saya minta maaf. Saya akan cuba perbaiki dan menambah mutu dan martabat bahasa kita. Sekian tanpa flower-flower:

“Mat! Bangunlah, kejap lagilah tidurnya,” hampir aku dibuai mimpi Karim datang menggangguku. Masa beginilah hendak datang pun, aku baru hendak meluruskan kaki. “Aku tersenyum menghulurkan tangan bersalam. “Maaflah Karim, aku mengantuk sangat,” ujarku yang baru tiba dari Lembah Klang bercuti di kampung. Emak menghidangkan air kopi bersama biskut Meri meninggalkan kami di beranda. “Lama tak jengah? Aku tahu hang balik pun sebab adik hang beritahu di kedai,” Karim memulakan perbualan. Kami berbual tidaklah lama, namun di hujung perbualan, Karim mengajak aku menemaninya melihat tanah dusun tua di kampung seberang. Aku tidak ambil pusing lalu bersetuju.

Esoknya, usai subuh, ketika fajar menyinsing Karim sudah menjengah.“Mujurlah hang balik,bolehlah temankan aku plotting batu sempadan,” ujarnya semasa kami membonceng. “Lahh, awat tak upah orang kat pejabat tanah, aku manalah tahu,” spontan aku menjawab. “Tak apa, begini, kita tengok dulu, aku nak tengok batu sempadan, aku tak pandai cari,” jawab Karim mematikan pertanyaan aku. Motorsikal terpaksa kami tinggalkan diluar dusun kerana dipagari jaring kawad berduri, malahan tanah merah yang berlekuk-lekuk juga agak menyukarkan. Aku meminta pelan yang digulung kemas lalu dibentangkan diatas tanah, emmmm..kita ke hulu, tidak terlalu jauh ada baruh menuju ke anak sungai. Kami perlahan-lahan menghayun kaki mencari batu sempadan. Tanah dusun tua ini, Karim baru membelinya 2 bulan setelah pinjaman lulus dan geran bertukar nama. Belum habis dipunggahnya. Cakap-cakap orang, tanah berkenaan dijual setelah kesemua waris tidak mampu menjaganya ekoran berada jauh diluar negeri.

Aku daripada tadi tidak merasakan angin bertiup di pucuk pokok. Angin mati. Satu keadaan yang amat aku tidak suka bila dihutan. Tambahan pula, satu anak tupai pun tidak kelihatan bermain-main di celah ranting. Kira-kira sejam, kami menjumpai batu sempadan di bawah baruh. Hampir ditenggelami tanah selut. Bawahnya betul-betul anak sungai mengalir. “Hah, budak-budak! mandi baik-baik, bawah nuu ada buaya, hahaha,” Karim menjerit ditepi baruh. Untunglah ada sungai, bolehlah buat mandi penat menebas. Aku tersenyum sambil menuju bangsal tinggal yang dibiarkan ditengah dusun.

Menjelang Asar, kerja plotting batu sempadan sudah pun siap. Selesai berjemaah, kami berbual-bual berkenaan perancangan dusun tua, katanya Karim, seluruh dusun ini akan digantikan dengan tanaman pisang. Manakala bahagian dusunnya di darat akan diusahakan dengan tanaman nenas. Keceburrrrrr…keceburrr..bunyi percikan air sungai. “Hah! budak-budak ini asal petang sahaja mandi sungai, jadi apa-apa kita yang tua disalahkan, macam kita dahulu Mat, hahaha,” usik Karim. Beberapa ekor murai cacing bersiul-siulan diatas pucuk buluh. Aku berasa perasaan tidak baik petang itu.

“Hang rasa la Karim, kenapa waris jual tanah ni murah sangat? Nak kata tidak berhasil, pokok durian ada 20 batang lebih, muda-muda pula tu, pokok langsat pun masih hijau, pokok rambai tepi baruh tak berusik, pokok cempedak keliling dusun,” aku menanyakan Karim sambil merenung anak sungai. “Hish, adakan pula aku nak bertanya soalan itu pada waris-warisnya, rugilah aku,” Karim mencebik muka. Rokok tembakau yang aku balut sebesar ibu jari belum putus puntung. “Hai, budak-budak ni, kena kejar dek buaya baru tahu, risau aku tengok, yang kakaknya itu sedang basuh kain, yang adik-adiknya pula asyik menyelam,” gerutu Karim menyalahkan emak bapak yang tidak tahu mengawasi pergerakan anak-anak.

Aku mendengus akan leteran Karim. “Sekejap Mat, aku nak marah budak-budak ini dulu sebelum kita bergerak balik,” pinta Karim kepadaku. Dengan pantas aku merangkul lengan Karim yang berbulu dibasahi peluh. “Biarlah Karim, biarlah mereka nak mandi berapa lama pun, jangan peduli,” pintaku. “Hish, sungai itu dalam, tak ada yang pernah mandi disitu, jadi apa-apa susah,” Karim memandangku. “Usahlah Karimmmm,” sambil mataku memandang anak matanya. Bergertap gigi gerahamklu.

Burung murai galak bersiul-siul di pucuk buluh. Seakan-akan menyindir kami. Karim masih bingung dengan tindakan aku tergopoh-gapah mahu pulang. “Disana anak-anak pak cik, dibawah baruh,” Karim tercegat di bawah perdu pokok nangka belajar buah. “Kenapa Karim?, marilah kita cepat pulang, aku nak bersiap ke surau Maghrib nanti,” aku menghampiri Karim. Matahari kian condong melepasi pohon Berangan. Aku hanya berdiam diri membonceng bersama Karim pulang ke rumah. “Karim, Isyak nanti datang rumah aku ya,” Karim tersenyum meninggalkan laman rumah. Ada sesuatu yang hendak aku sampaikan padanya.

Selepas berjemaah Isyak, Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman menyampaikan sedikit kuliah, dan berkongsi pengalamannya 25 tahun di Mekah, Jordan dan Madinah, dalam mendalami ilmu Sufi. Selepas itu, barulah aku mengangkat kaki pulang ke rumah kerana sudah berjanji dengan Karim. Tidak lama, Karim bersama 2 orang sahabatku muncul di beranda bersama bungkusan roti canai buat kudapan malam.

Kami berbual-bual seperti biasa, terutama politik. Biasalahkan. Sehinggalah ditengah perbualan aku meminta Karim membuat kenduri kesyukuran dan bacaan Yassin sebagai tanda selamat dan syukur membeli tanah. “Hah, tak pernah dibuat orang Mat, aku bukan masuk rumah baru nak dibuat kenduri baca Yassin ini,” seloroh Karim. “Buat sahajalah Karim, memadai hantar di surau, tumpang Ustaz Kamaruzzaman ada, bolehlah dia ketuai,”aku mencadangkan. Terpingga-pingga Karim mendengar cadanganku yang baginya tidak masuk akal. “ Hish, hang ni merepeklah Mat, aku tak mahu,” Karim mula meninggikan suara.

“ Benda baik, buat sahajalah Karim, boleh aku tolong,” kawanku Hanafiah bersetuju. “Mat, apa sebenarnya hang ini? Dari petang sampai malam asyik tak kena dengan aku,” Karim berdiri tidak berpuas hati. Aku tahu, Karim tidak mahu mewar-warkan perkara tanah dusun yang dibelinya.
“Aku nak cakap takut, takutkan hang cakap aku gila Karim,” aku cuba memujuk Karim kawan sepermainan aku. “Beginilah Karim, tadi hang cakap dengan siapa di baruh?,” aku mula menyoalnya.

Dua sahabatku diberanda hanya melopong. Tidak tahu hujung pangkal perbualan kami. “Lahh, aku nasihatkan budak-budak tu jangan mandi sungai, itu sahaja, kenapa hang yang terguris?,” Karim merenungku. Mungkin Karim berfikir aku tidak suka perbuatannya memarahi anak orang. Kepadanya adalah tanggungjawab sebagai orang tua menegur yang muda.

Tetapi sangkaannya itu meleset..“Budak-budak apa Karim?,” aku menyoal Karim lagi. “Hang pun tengok budak-budak tu mandi sungai tengah hari dan petang, jadi lemas macam mana? Bukannya ada orang di dusun tu,” Karim mencebik muka. “Memang betul hang cakap, tak ada orang, situ tak ada orang Karim,” aku bersuara keras. “Karim, setahu akulah, situ mana ada rumah, sepanjang sungai dibaruh dusun tu hutan tinggal,” Muzir sahabatku menyampuk. “Aku dipondok melihat hang cakap seorang diri, aku tak nampak satu orang pun tengah mandi sungai,” aku cuba menenangkan Karim. “Lah, ada, aku nampak, bapak dia pun datang dusun tadi cari budak-budak tu,” Karim cuba mempertahankan apa yang dilihatnya. “Hang ni karut Karim, sebelah hulu sungai pokok getah tinggal, hujung darat ada kubur lama,” Muzir cuba menjelaskan terperinci. “Dusun tua tu luas, ada sedikit wakaf untuk kubur lama, memang tak ada tunjuk dalam geran, kena buat pelan baru nampak,” Muzir menambah lagi.

“Rumah orang kampung di hilir, kalau ke hulu, itu dah masuk hutan tinggal. Mana ada rumah orang kampung disitu, dusun tua tu luas memanglah sempadannya bawa ke hutan,” Hanafiah yang daripada tadi diam membuka mulut. Razif lebih tahu selok belok kampung kerana bekerja di Pejabat Tanah dan Pendaftaran. Giliran Karim melopong. “Dengan siapa hang bercakap tadi pun aku tak nampak Karim,” aku menepuk bahu Karim yang masih terpingga-pingga. “Yang aku perasan hang bercakap dengan pokok Berangan, itulah aku ajak hang balik,” jelas aku kepada Karim.

Karim serba-salah antara percaya atau tidak. “Aku nampak pasangan orang tua berpimpin tangan dengan anak kecil,mereka tanyakan aku ada nampak tak anak-anak mereka,” Karim merenung mataku. “Tak ada Karim, aku nampak hang bercakap dengan batu nisan tadi, betul-betul bawah pokok berangan,” aku masih ingat lagi Karim mengusap batu nisan seolah menyisir rambut anak kecil. “Sudahlah, kalau hang tak nak buat, tak apalah, tiada masalah,” aku cuba menyimpulkan keadaan.” “Itulah masalahnya, kalau beli tidak usul periksa,” Muzir mengusik Karim yang membatu di hujung beranda. “Memang aku tahu ada kubur lama, tapi aku tidak tahu ada disitu, belukar senduduk paras lutut, aku tidak perasan,” Karim mendengus dipermainkan.

“Mujurlah Mat hang ada, kalau aku seorang redah aku ingat aku pun dah terjun sungai tadi,” Karim ketawa kecil, namun dimatanya masih membendung khuatir. Aku hanya berdiam diri, teringatkan burung murai bersiul-siul di atas batu nisan. Minggu hadapannya, di rumahku di Lembah Klang, Karim menjemputku untuk majlis kesyukuran. Sekian wassalam

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Burung Murai”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 0
    Gaya bahasa (2 marks) = 2
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment :
    6/10. Beshe beshe je. Tpi gaya bahasa gempak. Teruskan menulis

    Reply
  2. best. aku suka baca cerita yg penyampaiannya cara org matured cmni. pdhl seram n misteri kot sembang sengsorang sambil ulit batu nisan bagai. tp sbb penulis ni matured, gaya tulis dy guna tone yg keep it low, ringkas & sederhana ja. xda nak kepoh2 terloncat ulang benda sama 400 x dlm nada brbeza mcm typical bbnu..
    love it & respect <3 . harap mat tepos send story lg plis

    Reply
  3. Cerita Mat Tepos ni semua dia edit dari siri bercakap dgn jin, tulisan tamar jalis…..jalan cerita sebiji. xpaham ape motif penulis masukkan cerita ni tanpa kredit Arwah Tamar Jalis. xpyh tukar2 watak la, ko copy paste je cerita tu, pastu kredit la name Tamar Jalis. Nk kena saman ke? Ni plagiat namenye. Jangan sampai keturunan dia terbaca cerita ko ni..aku da khatam da cerita Tamar Jalis, ayat sebijik.

    Reply

Leave a Comment