Assalammualaikum dan terima kasih saya ucapkan pada pembaca. Kisah yang lepas #Harta Pusaka Antik Kristal Hijau telah saya tuliskan. Terima kasih atas respond pembaca yang negatif mahupun yang positif. Kali ini kisah pengakuan seorang sahabat, bacalah.
Sulaiman seorang lelaki. Naluri seorang lelaki sudah pasti ingin beristeri tapi sulaiman ni pulak tak nak orang malaysia. Nak kahwin dengan orang Indonesia nak yang cantik cantik kurus ramping. Taste tinggi betul. Dari jauh aku nampak Sulaiman turun dari kereta dengan kaki nya tempang sebelah. Kasihan melihat dia. Dah bahagian dia dan ujian dia terimalah dengan hati terbuka.
“Assalammualaikum faiz dah lama tunggu saya ?” tanya Sulaiman pada ku.
“Waalaikummussalam eh tak ada la. Baru 10 minit je. Kisah apa yang abang nak kongsikan pada saya ?” Soal ku ingin kepastian.
“Hm. Abang pun malu nak cerita. Tapi kalau boleh bagi pengajaran pada orang kita supaya hormat ibu dan ayah serta memilih apa yang telah dipilih oleh mereka, abang ok untuk bercerita ” kata Sulaiman.
Dan tajuknya kali ini adalah Busuk Itu Adalah Wangi .
Sulaiman merupakan seorang Manager yang beroperasi di Indonesia. Menguruskan kemasukan barang dari Indonesia ke Malaysia bahagian eksport import. Gaji nya sahaja mencecah RM10000. Kehidupan Sulaiman boleh di katakan mewah tapi kehidupan Sulaiman terlalu bebas. Arak, perempuan, judi sudah sebati dengan diri nya. Ibu dan Ayah mendesaknya untuk berkahwin dengan pilihan mereka iaitu Siti Fairus tetapi bagi Sulaiman, Siti Fairus terlalu naif sebab dia hanya sekolah pondok. Dan itu mungkin membuatkan Sulaiman akan terkongkong, lagipun Sulaiman sudah pun mempunyai ‘Isteri Isteri’ nya di Indonesia. Isnin Ayu, Selasa Dahlia, Rabu Diana, Khamis Haliza dan Puteri, Jumaat Laila hanya sabtu dan ahad public holiday bagi nya. Sulaiman pulang ke kuala lumpur untuk menguruskan hal kerja .
“Sulaiman, kahwin jela dengan Siti Fairus tu. Dia dah lama tunggu man, setia budak tu. Ibu suka ” kata Ibu ku
“Apa ibu ni ? Orang dahla balik jarang jarang, duduk rumah ni nak jenguk ibu dan ayah tak habis habis dengan soalan kahwin !” tengking Sulaiman.
Ibu Sulaiman terdiam. Terlihat air mata nya perlahan menitik .
“Engkau ni dah kenapa ?” kata Ayahnya dan tangannya hinggap di pipi Sulaiman.
“Engkau biadap dengan ibu kau ? Kau tahu tak dia ni siapa ? Ini ibu kau bukan kawan kawan kau, siapa ajar kau kurang ajar dengan ibu kau hah !! ” soal Ayahnya dengan perasaan geram.
Sulaiman menggengam tangan kanan nya. Tangan kirinya memegang pipi dan menggosokkan agar hilang pedih akibat di tampar
“Kau orang dah kenapa ? Asal balik soalan kahwin. Apa korang ingat aku nak sangat dekat Siti Fairus?. Aku punya bidadari kat Indonesia lagi cantik dari Siti Fairus. Siti Fairus tu dah la pendek , gemuk , busuk ” keji Sulaiman
“Kenapa kau biadap sangat ni hah !! Kami tak mengajar kau biadap ” jerit Ayahnya.
“Ah buang masa. Malam ni Sulaiman balik Indonesia ” kata nya.
“Bagus pergi balik ke sana. Kau biadap dengan Ibu kau, kau tunggu Allah SWT pasti akan memberi balasan ” kata Ayahnya
“Dahla abang. Hal kecil je. Jangan besar kan ” pujuk Ibu Sulaiman
Malam itu Sulaiman berangkat pulang ke Indonesia. Keesokkan malam, Sulaiman keluar makan candlelight dinner dengan Puteri.
“Mas, kamu ngak mau kawin sama aku ? ” tanya Puteri
“Kawin ? Apa gila aku kawin sama kamu ? Entah berapa ramai lelaki sudah merasa tubuh mu ?” Soal Sulaiman
Puteri segera berhenti makan dan melihat ke dalam mata Sulaiman sedalam dalam nya
“Mas, aku hamil anak mu. Kamu saja yang pernah memegang tubuh ku. Hanya kamu merasa segala nya ” kata Puteri ketakutan
Mata Sulaiman terbeliak mendengar pengakuan Puteri .
“Dasar perempuan jalang ! Kau berikan aku tubuhmu setelah beratus lelaki sudah kau tiduri ! Kau mengandung kau salahkan aku! Kau mahu apa? Duit ? Nah Ambil !” Tengking Sulaiman pada Puteri sambil mencampakkan 5 Juta Rupiah pada nya. Puteri menangis semahu mahu nya.
“Dari aku peristerikan kau. Baik aku peristerikan Laila sebab tubuhnya lagi menggiurkan dari kau ! ” kata Sulaiman dan terus berlalu pergi. Puteri mengesat air matanya wajah nya kelihatan teramat marah. Sulaiman tidak terus pulang ke rumah nya, tetapi Sulaiman menjemput Laila untuk bermalam dengannya. Makanan terhidang di atas meja khas untuk Sulaiman dan Laila.
“Waduh , cantik kamu ini Laila ” puji Sulaiman.
“Bisa ngak kita ‘operasi’ malam ini ?” Soal Sulaiman.
Laila hanya mengangguk malu . Satu persatu pakaian Sulaiman di lucut , Laila baring di atas katil tanda bersedia . Sedang Sulaiman bersiap sedia untuk melakukan operasi Tiba Tiba pintu di ketuk kuat Paamm Paamm Paamm .
“Adoi siapa pula yang ganggu aku malam malam buta ni ? ” marah Sulaiman
Sulaiman mengenakan seluarnya kembali tanpa baju . Bila dibuka tiada sesiapa dan hanya bau busuk bangkai berada di depan rumah .
“Anak siapala kacau aku ni ? Bangang betullah ” marah Sulaiman. Sulaiman menutup kembali pintu dan terus ke katil. Akan tetapi Laila tidak kelihatan yang kelihatan hanyalah kain dan baju. Kedengaran bunyi air mandian, mungkin Laila mandi menyegarkan badan nya fikir Sulaiman. Sulaiman terus berbaring di atas katil. Tanpa Sulaiman sedar, Sulaiman tertidur. Dalam tidur nya dia bermimpi pergi ke sebuah rumah kampung dan dia terus melangkah masuk.
“apa sira putri? , anak iku anak kang?
(Apa kamu sudah lakukan puteri ? Anak ini anak siapa )” tanya ibunda Puteri.
“Kula nyuwun pangapunten ibu ora kanggo bisa cidra dening wong. Anak dheweke ora pengin dheweke karo kula
(maafkan aku ibu aku tertipu dengan lelaki tak guna . ini anak nya dia tidak mahu bersama ku )” kata Puteri mengesat air mata.
Ibunda Puteri marah dengan keadaan anak nya di tinggalkan begitu saja.
Perlahan ibunda Puteri meletakkan tangan di paha anak nya. Di baca ayat yang kedengaran agak pelik . Puteri menjerit kesakitan yang teramat sangat Arrrgggh Argghhh
Basa lara !! Basa lara !! Mungkasi ibu, Mungkasi
(ibu sakit !! Ibu sakit !! Berhenti ibu, berhenti ibu) jerit Puteri.
Perlahan lahan satu objek kecil keluar berdarah d***h. Puteri nafas turun naik , dia tahu ajalnya bakal tiba .
“Basa mandegake, apuranen.
(Ibu berhentilah, maafkanlah dia) ” kata Puteri lemah.
Nafas Puteri terhenti di matanya keluar air mata penyesalan. Puteri telah pun m**i akibat pendarahan yang terlalu banyak .
Kelihatan ketulan sebesar bola Golf di pegang oleh Ibunda nya. Ibunda nya terus memandang Sulaiman .
“sampeyan nimbulaké wong m**i. Iku nuduhake sampeyan
(kamu penyebab dia m**i , ini balasan kamu ) !!” Jerit ibundanya memandang marah Sulaiman .
Sulaiman terjaga dari tidur nya . Badannya berpeluh peluh , Laila turut berpeluh peluh . Sulaiman pelik , bila pulak dia sentuh Laila padahal dia tertidur. Perlahan lahan, Laila bangkit dari tidur membelakangi Sulaiman.
“Kamu kenapa Laila ? Ke mari kamu ” pujuk Sulaiman
“Ngak mahu ” kata Laila lembut.
“Ke mari saja. Mari aku urutkan tubuh mu ” pujuk Sulaiman manja
“Ngak Mahu” kata Laila dengan suara garau.
Sulaiman mula pelik dan bersedia untuk keluar dari bilik sebab dia tahu itu bukan Laila. Sulaiman mula melangkah tiba tiba langkahnya terhenti.
“Kamu mahu ke mana ?. Bukan kamu amat suka tubuh ku ? Atau kamu sudah ngerti ?” soal Laila dan terus berpaling pada Sulaiman.
Wajah putih bertukar buruk. Wajah Laila mengerutu di penuhi cecair kehijauan, rambut yang separuh botak, tubuhnya dipenuhi ulat ulat sampah dan berbau busuk.
Sulaiman menjerit ketakutan Arggghhhh jangan ganggu aku kata Sulaiman.
Tiba tiba tubuhnya terapung naik ke atas. Kipas bergerak laju, Sulaiman membaca bismillah (tau pulak dia baca hahahaha) baammm Sulaiman jatuh terhempas.
“Saat ajal kau tiba baru kau ngerti apa itu m**i dan minta bantuan tuhan! ” jerit Laila
Sulaiman terbaring kesakitan. Kaki kiri nya di capai oleh Laila dan Laila mencengkam sehingga kedengaran bunyi kaki Sulaiman patah. Tubuh Sulaiman di penuhi cakaran Laila. Tangan Sulaiman patah di baling televisyen yang ada. Nyawa Sulaiman betul betul di hujung tanduk. Saat pengakhiran Laila mengambil kerusi kayu untuk di hentakkan ke arah kemaluan Sulaiman. Saat kerusi diangkat tinggi Tiba tiba Laila menjerit semahu mahu nya.
Panassss Panasss Tolong Akuuu Panass Panasss jerit Laila .
Perlahan lahan tubuh Laila terbakar dan menjadi Abu. Tahulah Sulaiman yang itu bukan Laila. Laila sebenar telah pun m**i dan ada di bawah katil. Kedengaran azan subuh sayup sayup dari arah surau di belakang hotelnya. Sulaiman menangis semahu mahu nya .
Ya Allah kau berikan aku peluang Ya Allah aku telah bertindak zalim.
Ya Allah adakah ini balasan derhaka terhadap ibuku.
Ya Allah Ampunkanlah Dosa ku, Dosa ibu bapa ku serta Dosa Puteri yang telah pun pergi
Sesungguhnya aku mengucap syukur dalam hatiku.
Kerana engkau masih melindungi ku dan menyayangi ku baca Sulaiman dalam hati.
Perlahan air matanya menitik. Sulaiman mengesat air matanya. Aku pun sama mengesat air mata yang mengalir. Di saat nyawa di hujung tandu , Allah SWT masih lagi melindungi hambanya Tatkala bibir tak pernah melupakan sepatah ayat Al Quran, selagi itu Allah SWT adalah sebenar benar pelindung. Kerana ucapan Bismillahirahmanirahim bererti Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha penyayang , Sulaiman di lindungi di saat saat penentu hidup dan m**i.
Sulaiman sempat meminta ampun dari ibunya. Seminggu kemudian Ibunya meninggal dunia dalam keadaan tenang.
Sulaiman tersenyum melihat aku mengesat air mata. Bunyi ketawa anak kecil menghampiri kami
“Ayah ayah tadi adik beli coki coki sedap ” kata budak perempuan itu kepada Ayahnya. Dan kelihatan seorang wanita datang kepada kami bertudung dan berniqab
“Ini lah Siti Fairus. Isteri saya abang faiz ” kata Sulaiman.
Siti Fairus memang pendek. Cantik bagi aku Cantiknya dia melindungi wajah dengan niqab kerana keindahan wajahnya adalah hak milik suami nya iaitu Sulaiman.
“Siti Fairus banyak mengajar saya tentang agama, solat, tanggungjawab. Ini anak kami Puteri Auni Hawa ” kata Sulaiman mengakhiri perbualan.
Soal jodoh bukanlah hak kita. Kita mahu yang cantik yang sempurna, tapi pernah tak kita bertanya pada diri kita. Adakah kita cukup sempurna untuk mencari orang yang sempurna untuk dijadikan pasangan hidup ? Sesiapa pun inginkan cinta kekal ke jannah akan tetapi apa yang kita lakukan untuk ke sana. Soal diri kita sendiri untuk pertanyaan itu. Dan ingatlah pasangan yang di cari ibu dan bapa kita ada redha ibu.
Ini kisah Busuk Itu Ertinya Wangi karya #East
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Alhamdulillah, banyak tauladan dr kisah ni, semoga kita muhasabah diri, bersyukur apa yg ada, maaf jd ustazah sat, x salah kita ingat mengingati
syukur , alhamdulilah, peristiwa silam mengubah kita ke jalan lurus,
jodoh pilihan orng tua diredhai, saya masih single, huhuhu
saya pula minta doa jodoh yang soleh dari Allah…berdoa disepertiga malam…sambil baiki diri…alhamdulillah akhirnya makbul…..
syukur dah kahwin, saya masih single..huhuhu