Setiap hari aku kena pastikan budak-budak perempuan clear asrama. Memang kerja clear asrama ni mencabarlah sikit. Kena jerit, kena jadi garang, especially tang muka. Kalau tak budak-budak memang buat don’t know je. Biasanya aku clear blok Aspuri bersama dengan barisan pengawas yang memang sangat berwibawa dan ganas. Diaorang ni kalau dah buat kerja memang tak pilih kawan. Tak sia-sia aku dan warden-warden lain trained diaorang.
Diaorang akan berpecah mengikut aras masing-masing. Bila dah pastikan semua dah clear, dah ke surau, diaorang akan kunci grill tangga dan serahkan kunci kepada warden yang bertugas.
Tepat pukul 7, memang aku arahkan diaorang untuk kunci grill. Masa itulah penangkapan budak-budak lambat ni dibuat. Aku ambil nama dan bagi dekat Pengetua yang garang tu. Besoknya memang kenalah diaorang ni.
Sebab tu budak-budak takut nak buat salah. Aku dan sorang lagi cikgu yang baru pindah, cikgu Sya round aras bawah untuk kali terakhir. Masa ni, kami nampak sorang budak perempuan menuju ke bilik air. Dia pakai t-shirt dan kain tuala, berjalan sambil bawak baldi kecik yang diletak toiletries. Bilik mandi dan tandas berada di setiap hujung aras dan budak tu berjalan membelakangi kami.
“Kak Fia, siapa tu?” tanya Sya.
“Oh, biarkan je. Dia nak pergi mandi tu,” jawabku. “Jom kita naik dulu. Maghrib dekat rumah. Lepas tu baru kita pergi surau.”
Sya nak tanya lagi, tapi aku grab tangan dia dan naik ke rumah. Dekat rumah, aku cakap dekat dia yang perempuan tu bukan orang. Terkejutlah si Sya ni.
“Akak tak takut ke?” dia dah mula cuak.
“Taklah. Benda tu tak kacau orang. Dia nak mandi je. Lepas tu, dia hilang la. Esok kalau dia rasa nak mandi, dia muncul la,” aku sengih.
Sya masih lagi cuak. Aku suruh dia ambil wudhuk dan kami solat berjemaah. Lepas tu, kami berdua ke surau. Dulu aku duduk dengan sorang kawan aku ni, Eli. Tapi dia dapat tawaran ke sekolah lain yang dekat sikit dengan rumah dia. Jadi, aku duduklah sorang-sorang dekat rumah tu. Dua minggu lepas tu, Sya tukar ke sini dan oleh kerana dia tak nak duduk menyewa dekat luar, dia sanggup jadi warden dan duduk serumah dengan aku.
Lepas solat Isyak, kami pastikan semua orang pergi prep. Budak-budak ni memang dah tahu kalau ponteng prep kena public canning dengan Pengetua, jadi diaorang pun paksa relalah pergi prep. Aku macam biasa menjadi orang yang last untuk switch off segala lampu dan air-cond dalam surau ni sebelum beredar. Aku dan Sya balik rumah dan lepak-lepak tengok TV.
Pukul 10, aku ajak Sya pergi round-round kelas, kot-kot ada yang dating. Tapi Sya cakap dia nak tengok TV. So, aku turun sorang dan ke kawasan kelas. Tak jauh pun, dekat je. Kalau nak ke kelas, kena merentasi dewan makan. Dewan makan dekat sini jenis yang terbuka. Ada dewan makan puteri dan dewan makan putera. Aku biasa lalu ikut dewan makan putera sebab lebih dekat.
Cikgu Aziz dah ada terpacak dekat gazebo bersama dua orang cikgu. Aku lambai-lambai ke arah diaorang dan round kelas. Budak-budak ni tengah kemas barang-barang. Ada yang baru bangun tidur. Kena jerkah dengan aku sebab tidur masa prep. Orang suruh tidur lepas prep malam, dia tidur time prep. Pukul 10.30, cikgu Aziz akan bunyikan siren megaphone dia. Maka bertempiaranlah budak-budak ni ke dewan makan untuk supper dan terus ke asrama. Ada yang tak supper sebab biasanya supper ni diaorang di served dengan kuih-muih. Ada jugaklah sekali-sekala bihun goreng.
Aku round kelas sekali lagi untuk make sure semua kelas dah switch off lampu dan kipas. Kalau aku rajin, aku pergi setiap kelas. Kalau aku malas, aku round dekat bawah je. Jam dah pukul 11 lebih. Aku perasan yang aku sorang je dekat kawasan kelas. Aku pun berjalan balik ke rumah. Masa aku lalu dekat dewan makan putera, aku nampak ada sorang pekerja dewan tengah menyapu sampah. Dalam gelap pulak tu. Aku tengok je orang tu menyapu. Kemudian, datang seekor anak kucing ni. Aku main-main dengan anak kucing tu. Then, I realized that orang tu dah tak ada.
Aku agak dah tu bukan orang. Aku terus balik. Sya dah masuk tidur sebaik saja aku sampai rumah. Aku perasan bilik dia gelap. Aku tutup lampu ruang tamu dan masuk bilik. Aku golek-golek atas katil dulu sebelum tidur. Aku bermimpi aku berada di tempat yang luas dan ada suara orang sedang bergelak ketawa. Pada mulanya slow tapi makin lama makin kuat dan ianya bertukar menjadi gelak ketawa yang menyeramkan. Tiba-tiba, ada bunyi kaca pecah yang sangat kuat.
Aku terjaga dari tidur. Dah lama aku tak mimpi macam ni. Macam ada benda yang nak jadi. Aku perasan Encik Li berpakaian baju pahlawan yang lengkap dengan pedang yang tersisip di belakangnya, berdiri di tepi katil aku. Aku terpisat-pisat lagi masa tu dan bangun.
“Ada sesuatu berjaya masuk ke sini,” katanya tanpa menoleh ke arahku.
“Sesuatu? Apa dia?” aku masih lagi clueless sebab baru terjaga dari mimpi. Aku menggeliat.
“Sesuatu yang diseru,” dia menoleh ke arahku. Wajahnya serius. Ada benda yang bahaya ni. “Tidurlah dulu. Biar aku selesaikan.” Encik Li membaca 3 Qul dan menghembus ke dua tapak tangannya lalu disapu ke seluruh badan sebanyak tiga kali.
“Hati-hati,” kataku. Aku dah mula risau. Aku tahu Encik Li lebih suka berbincang daripada berlawan dan bertindak melulu. Walaupun dia hebat bertarung, tapi kalau boleh dia nak elak. Dia tak suka sangat bergaduh ni.
“Insya Allah,” dia mengangguk lalu beredar.
Aku memang tak dapat tidur lepas tu. Aku risaukan Encik Li. Aku masih ingat lagi peristiwa Syafiq dan pakcik tua tu dulu. Aku masih ingat lagi keadaan Encik Li pada masa tu. Aku berdoa supaya Encik Li selamat.
Aku terlelap semula dan bila aku terjaga, dah pukul 5.45 pagi. Aku bangun, mandi, solat Subuh dan bersiap untuk pergi kerja. Sebelum aku punch card, aku check asrama dulu. Semua pelajar kena kosongkan asrama pukul 6.45 pagi. Diaorang pergi breakfast dan terus ke kelas. Dah tak boleh masuk asrama dah sampailah habis waktu sekolah.
Masa aku check aras atas, aku dapat rasa lain macam. Seram sejuk. Instinct aku mengatakan tak perlu aku check sampai hujung. And I trust my instinct. Aku terus pusing dan beredar.
“Hi…hi…hi,” satu suara ketawa tapi perlahan dapat aku dengar masa nak turun tangga. Suara tu seolah-olah dekat denga telinga aku. Aku abaikan saja dan turun ke bawah. Aku sempat mendongak ke aras atas bila dah sampai ke bawah.
Disitulah aku nampak seorang nenek tua sedang merenung tajam ke arahku.
#butirstar
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
?
hihihi baru teringt cerita #butirstar dah ada upload..
cepat smbung nk thu siapa pulak yang seru kali ni.. dan en.li ok tak..
insya Allah akan sambung dalam masa terdekat. Encik Li setakat ni ok lagi..hehe
#Butirstar siapa Encik Li??
sahabat saya dari alam lain
oh faham-faham.Terima kasih!
kirim salam saya kat en.li teacher #butirstar
#butirstar cepat sambung part 2..
haha….insya Allah
yeyy..xsabar tunggu sambungan 🙂
Adakah EL = Encik Li ?
errkk?? ehehehe!!
Hahaha. bukan ke?
?????
Bencinya!!!!! Bersambung…. 🙁
lorrr…xpuas baca….more..more…
cite pasal warden asrama kena garang tu.. teringat zaman kak mami dok asrama masa skolah menengah la.. garang gila warden.. tapi kak mami tak makan saman.. warden jerit kak mami.. kak mami kejar warden.. muka parents kak mami la selalu kena jumpa pengetua.. malu dorang dah la mak kak mami pon cikgu.. anak serupa hantu.. masa skolah la.. kak mami skang sopan santun.. haha
Ekeellleehhh warden tu…
Budak tggi 5kaki mcm mami pn did takot…
Klu akk.jd warden, akk dokong jer bdk Mami tu…
Hhahahahahah…
Dlu sek ade 2org bdk laki yg sgt problem…
Dedua kena sound ngan akk…
Ko ni bapak bilal keje halau setan, tp ko perangai nakal serupa setan…
Sorg lagi plak…
Ko ni bapak askar halau komunis…
Tapi ko perangai serupa komunis, jahat terok nooo…
Aduuiihhh…
Mulut ni ntah nape lajuuuu jer buat perumpamaan celupar cmtu…
Papepon, akk x pueh hati apsal anti klimaks sgt citer nI weeiiii…
Adooiiii…
Nice..jgn garang² ngan murid²..haha
.
ADUH BUTIRSTAR…
PENDEK JE..
KENAPA NAK KENA BERSAMBUNG.
TULIS BAGI HABIS LA BARU SUBMIT..HMMM
3/10
sabo..sabo..
MANA BOLEH SABO NEKK..TEMAN SUKE CITE NI
ha, encik juri fs. teman dah hantor cerita. up cepat sikit na…bahahahaha!!!!
Lama tak dengar cerita dari Encik Li. hehe
Besttttt! Sambung cepat yeeee..
Wow.. cepat-cepat sambung yer
10/10
aduhhh…last ayat tu….”Disitulah aku nampak seorang nenek tua sedang merenung tajam ke arahku.”.. yg pastinya bukan nenek ye cu…hihihi….
cu tembam tau tu bukan nenek..kalo nenek da tunjuk penyapu da..
xde nak merenung2 tajam de..buang masa je nk merenung2 kannn..huhu
hahahahaa…tak d nya renung…nenek terus pepah je ngn penyapu….hahahaa
haaa..tu baru la nenek kebayan..xde renung2 de..terus belasah je pakai penyapu..
hahaha..nek..pinjam penyapu..nk g dating..
berat cu tembam bape? kena 45kg kebawah baru bole naik….kalau tak, tak leh gerak nnt penyapu ni…
best ??? kirim salam kat en li ye.. ??
yyyyyyy??
belum ada part seram pun wahai miss writter..hmm
dh sape pulak en li, siap ada dlm blik tido lg. pening.
BEST
Biasala la tu budak2 tidur time prep. Lek2
encik li tu sape
?
hi butirstar.. kenapa ekk nama seakan-akan buritstar.. slalu tersalah baca 😀
👍
x berapa seram. mcm baru pembukaan je.
adeh..confused sikit…dari mne datang encik li?