Pengalaman Seorang Askar – 1

Assalamualaikum,

Di sini aku nak kongsikan pengalaman2 yang diceritakan kepadaku oleh bapa mertuaku sendiri berdasarkan pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dalam angkatan tentera di era insurgensi pada tahun 70-an sehingga 80-an dahulu. Beliau berkhidmat di dalam batalion infantri yang banyak menghabiskan masanya memburu dan bertempur dengan pengganas komunis di dalam hutan belantara sehingga berbulan-bulan lamanya. Untuk makluman, bapa mertua aku ini juga boleh dikatakan memiliki sedikit kepandaian dalam hal2 berkaitan ‘ilmu2’ yang tidak diajar di sekolah / universiti ni. Di sini aku ceritakan sedikit kisah yang dia pernah kongsikan dengan aku.

#kisah 1 – salam perkenalan..

“Ada satu kisah dimana sewaktu platun aku (‘aku’ merujuk pada bapa mertua) diarah untuk menjejak pergerakan pengganas komunis di Hutan Belum, Perak pada awal 80-an. kami telah bergerak dalam hutan belantara yang sangat tebal selama 6 hari, sehinggalah pada hari yang ke 7 berlaku satu demi satu insiden yang menguji kekuatan iman dan mental anggota2 kami. kami telah mendapat arahan untuk berhenti dan berehat tapi kekal dalam keadaan siap siaga. selepas kira2 20 minit, ketua platun kami yang berpangkat Leftenan Muda (LT) telah memanggil semua ketua2 seksyen dan sarjan (SJN) platun. aku masa tu selaku kopral telah berkumpul untuk mendengar arahan  dari beliau. Dengan muka yang agak resah, beliau meminta semua melihat jam di tangan masing-masing. Alangkah terkejutnya kami, jam di tangan kami masa tu seperti menggila – jarum jam bergerak tak tentu arah malah ada yang bergerak ke belakang. menurut LT, kompas juga tak dapat digunakan. lebih merisaukan LT, sewaktu beliau nk berhubung dengan markas TEK utk memberi laporan, dalam radio tentera tu kedengaran suara orang dalam marah2  tetapi dalam bahasa lama.. dengan tidak semena2  ketika LT sedang bercerita, bau2an yang sangat wangi menusuk hidung masing2. sarjan platun (SJN) meminta kebenaran dari LT utk take over situasi ini. Dia terus mengajak aku utk membuat pagar keliling lokasi mereka. sambil kami bergerak ke setiap kedudukan anggota2, mulut kami tak berhenti membaca doa2 pendiding sambil mengarahkan anggota agar duduk rapat2 dan berwaspada. ketika itu aku tengok mulut anggota2 juga berkumat-kamit membaca doa/ayat suci. Tak kurang juga yang bukan beragama islam, mereka juga dilihat berdoa mengikut cara mereka kerana mereka juga sedar akan sesuatu yang pelik sedang berlaku.

selesai aku dengan SJN memagar kedudukan kami, tetiba LT berbisik, “jen, kabus”. ya, kali ni datang pulak kabus yang datang entah dari mana mengelilingi kedudukan kami. tapi yang peliknya, kabus tu seperti tak dapat masuk ke dalam lokasi kami. bau2 yang wangi tadi terus bertukar menjadi bau busuk yang amat. angin yang kuat tetiba membadai kami seperti keadaan ketika ribut hendak melanda namun langit tidak pula gelap. namun, apa yang lebih menghairankan, kabus2 tadi seperti tidak terkena angin yang kuat mebadai. setelah agak lama keadaan tidak juga surut, SJN mengarahkan kami agar buat tak tahu dan  bersiap untuk bermalam disitu. menjelang malam hingga ke subuh,  tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku ke atas anggota2 kami  kecuali gangguan2 biasa seperti suara orang seakan2 sedang marah2 / menyanyi / bergurindam / menangis juga bunyi paluan gendang yang sayup2 juga kedengaran silih berganti sehingga pagi. malam tu aku pasti tak ada seorang pun anggota yang tidur kecuali SJN yang selamba tidur dengan nyenyak sehinggalah pagi menjelang. Aku tahu yang ketika ini SJN bukan sedang tidur biasa2. Kabus dan bau busuk/wangi telah menghilang menjelang pagi dan SJN telah memberitahu LT yang semuanya sudah selesai dan selamat dan kami dah dibenarkan untuk terus bergerak. Kulihat jarum jam dan kompas juga telah bergerak seperti biasa. Pagi itu juga buat pertama kalinya radio juga dapat digunakan dan aku lihat teruk LT kami kene bambu dengan pegawai2 di markas Tek setelah semalaman xdapat berhubung dengan kami.

Setelah kira-kira 5 hari selepas kejadian itu berlalu, kawasan rondaan kami telah di take over oleh platun lain dan kami telah diarah kembali ke markas TEK. sewaktu platun kami sedang mencuci senjata utk dipulangkan, LT bertanyakan kepada SJN tentang hari kejadian tu, macam  mana SJN bole tau semuanya dah selamat dan dibenarkan utk bergerak pada paginya tu. pada masa ni lah muka SJN berubah, dahinya berkerut seperti marah. sambil memanggil beberapa anggota yang aku lihat adalah anggota2 boleh dikatakan ‘fresh’ dari pusat latihan asas. setiap seorang dari mereka telah ditanya oleh SJN sama ada mereka ada membuat sekian sekian kesalahan, pada waktu yang sekian, dilokasi sekian2.. mereka mengaku ada membuatnya..  menurut SJN, sepanjang perjalan, mereka ini telah tidak mengindahkan nasihat yang telah diberikan sebelum kami masuk ke hutan dulu. mereka telah membuat onar – ada yang membuang air kecil dan besar di tempat yang salah malah ada juga yang bermulut celupar sewaktu dalam hutan. kemudian aku telah bertanyakan SJN tentang apa yang berlaku semasa SJN dalam tidur.. menurut SJN,  dia telah cuba berhubung dengan ‘ketua hutan’ tersebut dan sewaktu itu lah SJN ditunjukkan oleh ‘benda’ tu anggota yang mana dan apa kesalahan mereka. menurut SJN lagi, platun mereka amat bernasib baik kerana ‘benda’ tu telah sudi memaafkan kesalahan mereka. namun begitu menurut SJN mereka2 ini dilepaskan beserta dengan amaran – jika anggota yang telah dimaafkan itu melakukan lagi kesalahan, maka memang buruk padahnya yang mana menurut SJN mereka jika berulang, mereka ini mungkin akan disorokkan atau ditimpa sesuatu yang buruk. namun bagi ketua platun kami LT – inilah pengalaman pertama yang dialaminya sejak mula memimpin platun ini 6 bulan yang lalu. begitu jugalah dengan anggota2 (freshmen) yang baru tamat latihan asas. namun ini bukan beerti sebuah pengalaman yang buruk, kerana jika dilihat betul2 ianya suatu pengalaman amat berguna dan membuatkan kami sentiasa beringat semasa dalam hutan yang tebal, bukan sahaja ada musuh, malah ada penghuni2nya yang lain dan sememangnya telah tinggal di situ sejak dahulu lagi.

Namun, sudah pastinya  kisah pengenalan ini bukan pengalaman terakhir yang mereka alami. ada beberapa lagi pengalaman mistik yang lebih ‘advance levelnya’ yang ayah mertua aku pernah alami dan ceritakan sepanjang berkhidmat dalam askar dan akan aku kongsikan nanti.. sekian..

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

rate (4.16 / 19)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

28 Comments on "Pengalaman Seorang Askar – 1"

avatar
imawari sinchan
rate :
     

best

#Maira
rate :
     

Best. Pls sambung lagi dengan kadar segera.

Siti Asiah Shabudin
rate :
     

cepat-cepat sambung yer….

Singkong & Keju
rate :
     

7/10

Haha hehe huhu
rate :
     

Best. Cepat cepat sikit sambung.

nenek kebayan
rate :
     

masuk kat tempat org kat mana2 pon mesti ada adab dan pantang larang…

kura2 hijau
rate :
     

rate:

Rerama Biru
rate :
     

best

mempelam

alah… kalau malas nak taip ko lukis je senang..cerita pendek gila.lol

Yibo
rate :
     

best best citer aa lagi

Budak Kecik

Rate

Si gemuk

?

wpDiscuz