Pengalaman Seorang Askar – 2 (kisah bini askar)

Kisah kali ini juga berdasarkan kisah benar yang diceritakan sendiri oleh ayah mertua aku (seorang askar pencen) tetapi kisah ini merupakan kisah yang dialami oleh ibu mertuaku sewaktu ayah mertua aku masih berkhidmat dalam angkatan tentera. Namun, kisah ni bukan lah kisah yang menyeramkan, cumanya ianya Cuma beberapa kejadian yang mengisahkan suatu anugerah yang diberi pinjam yang tak semua orang boleh perolehi.

Ibu mertuaku merupakan seorang suri rumah biasa, seorang perempuan kampong yang menurut ayah mertuaku sangat istimewa baginya. Bila aku tanyakan apa yang istimewa tu, bapa bagitau yang ibu mertuaku memiliki atau dikurniakan daya firasat atau pra-rasa (bole merasa something yg belum berlaku) yang tinggi walaupun tidak pernah belajar atau mewarisi dari keluarganya.

Menurut bapa mertuaku lagi, Kadang kala sesuatu berita dari hutan belum sampai lagi ke pengetahuan warga kem, ibu mertua sudah seakan-akan dapat tau walaupun ianya bukan secara detail. Contohnya, abg ipar aku pernah cerita yang ibu pernah tetiba kelam kabut angkat wuduk dan terus menunaikan solat walau ketika itu ibu sedang makan bersama anak2nya. Sesudah solat ibu berdoa bersungguh2 agar bapa mertua selamat dalam pertempuran atau ketika dalam kesukaran. Dan ini disahkan oleh bapa mertua apabila ibu bertanya pasal pertempuran / kesusahan yang dialami oleh bapa dan pasukannya dalam operasi walaupun masa tu x de lg medium perhubungan – FB live atau wasap.

Malah maklumat mengenai sesuatu oparasi sangat2 rahsia hinggakan anggota2 tentera yang berada di kem turut tidak mengetahui apa2 maklumat perihal anggota yang sedang dalam operasi.
Ada beberapa kisah yang diceritakan oleh bapa mertua mengenai ibu mertua ku ni, antaranya kisah sewaktu bapa mertua terlibat dalam operasi di kawasan hitam disekitar Bentong, Pahang.

Pada mulanya, aku (merujuk pada bapa mertua) dah rasa lain macam dengan mak kau (merujuk kepada ibu mertua) tu. Tp aku anggap yang mak kau Cuma pandai serkap jarang atau dapat maklumat pasal kami dari anggota2 lain yang gerak balik dulu dari kami. Sehingga la satu hari baru aku dapat tau perihal kebolehan mak kau tu bila kami sekali lagi diarah untuk masuk hutan semula. Masa tu pasukan aku diarah untuk ke Perak bagi menggantikan pasukan di sana yang akan ditarik keluar dari zon operasi.

Namun ketika dalam perjalanan, semboyan telah terima kawat dari markas agar pasukan dilencongkan ke Bentong kerana terdapat laporan risik akan pergerakkan pengganas komunis menggangu orang awam di kawasan ladang2 getah di sana. Masa ni mak kau cuma tau yg aku kene hantar ke Perak. Tp xtau langsung pasal kami akan dilencongkan ke Pahang. Selama aku kat Pahang pon pasukan aku xde berpeluang untuk berhubung dengan keluarga masing2.

Semasa di Bentong, berlaku 1 kejadian yang mana hanya aku yang alaminya. Kawan2 aku semua tak tau pasal ni. Ada 1 ketika kami sedang merehatkan diri selepas meronda, aku pon jalan sorang2 diri untuk tengok2 kan tempat yang akan kami jadikan kawasan bermalam. Tak lama selepas aku berjalan aku terjumpa sebuah macam kawasan berbusut 3. Sedang aku berjalan kearah busut tu untuk tinjau2 , tiba2 berdiri seekor harimau belang di atas busut yang di tengah. terus aku paham yang itu tandanya kawasan tu bukan kawasan yang patut kami masuki dan yang harimau tu pun bukan sebarangan harimau. Lalu aku pun sekadar tundukan kepala dan berundur perlahan kebelakang beberapa langkah.

Bila ditegakkan kepala semula harimau itu telah tiada dan hanya tinggal bau2an pandan yang semerbak je yang tinggal. Aku pun terus berlalu pergi dan mencari tempat lain utk kami bermalam. Usai tamat operasi di Bentong, semasa aku sedang berehat2 dirumah sambal berborak2 dengan mak kau, tetiba je die tanya sama ada aku rasa takut x semasa terjumpa dengan harimau tu. Padahal peristiwa aku terjumpa dengan harimau penjaga kawasan tupon aku bagitau sesapa. Bila ditanya barulah aku tau yang mak kau seperti dapat banyangan tu semasa die sedang bagi makan kucing dibelakang rumah.

Ada 1 lagi kisah yang menarik dimana aku telah diarah untuk mengiringi beberapa orang anggota yang telah tercedera keluar sewaktu operasi. Turut bersama kami masa tu ada beberapa mayat pengganas yang berjaya ditembak m**i dalam pertempuran untuk diserahkan kepada risik utk tindakan selanjutnya. Masa penarikan keluar tu, aku dapat pelepasan dari markas Tek untuk bercuti beberapa hari sebelum kembali semula ke kawasan operasi. Masa aku dibenarkan pulang, aku x sempat untuk beritahu mak kau. Dan menjadi amalan aku kalo baru kuar dari operasi, bila sampai ke rumah aku akan tukar dan bersiram diluar rumah sebelum masuk ke rumah. Lebih2 lagi jika dalam operasi tu berlaku pertempuran berdarah. Salah satu tujuannya adalah bagi mengelakkan badi mengikut sekali. Maklumlah dalam hutan kadang berhari2 x bertukar baju sampaikan d***h pon dah melekat dengan baju. Tapi untuk kali ni, aku jadi pelik sebabnya, mak kau seperti dah dapat tau yg aku akan pulang. Padahal masa sampai ke kem, dah awal pagi hamper masuk waktu subuh. Barang2 yang biasa yang diperlukan seperti baldi berisi air, limau, lada hitam dan kain basahan telah siap tersedia didepan rumah. Bila ditanya pada mak kau, dia cuma mampu bagitau yang dia bermimpi ketika tertidur selepas solat isya’ yang aku dah balik dan minta semua tu disediakan. Padahal aku tengah dalam perjalanan lagi dari kawasan operasi.

Pada mualanya anak2 x berapa paham atau x tau langsung pasal mak kau ni. Mungkin sebab dorang kecik lagi dan lagipun mende ni bukan nya sentiasa berlaku. Namun hal ini pernah juga terjadi semasa mak dan anak2 semua balik ke kampong sebab ada kenduri kahwin sedara dia. Sedang ahli keluarga mak sedang duduk dirumah, hujan sedang turun dengan lebat dengan kilat dan guruh berdentum. Pada masa bunyi guruh berdentum, tetiba mak kau dapat bayangan yang mungkin menakutkan baginya sampaikan mak terjerit dan pengsan. Abis riuh adik beradik mak dengan datuk dan nenek terkejut dengan apa yang terjadi. Bila mak tersedar, mak terus menangis sambil menyebut2 nama aku.

Sampaikan mak banyak termenung dan x banyak bercakap sejak dari peristiwa itu. Dia tidak menceritakan apa yang dia Nampak malah ahli keluarga yang lain juga x pernah tau pasal menda ni. Selepas 2 minggu, aku pun pulang dari operasi dan terus ke kampong untuk berjumpa dengan keluarga. Masa ini lah mereka bercerita kan apa yang terjadi dan mak mula bercerita perihal apa yang dia nampak. Pada hari guruh berdentum tu, mak terbayangkan aku terkena letupan. Kemudian mak terus pengsan. Memang betul, pada hari itu, pasukan kami telah bertempur sengit dengan segerombolan pengganas komunis di Hutan Chini, Pahang. Semasa pertempuran itu, sebiji bom tangan telah dilempar musuh lalu meletup berhampiran dengan aku. Namun Alhamdulillah, aku cuma luka sikit terkena serpihan bom tangan tersebut. Mungkin pada masa itu lah mak terbayang babak bom meletup berhampiran dengan aku.

Sejak dari itu mak puas berubat dan berdoa agar apa yang dipinjamkan kepadanya ini diambil semula kerana dah tak tahan dan takut dengan apa yang dia bakal bayangkan. Bagi mak kau, jika ditakdirkan apa2 berlaku pada aku, dia lebih rela dapat berita dari pihak tentera seperti isteri2 anggot tentera yang lain dari dia dapat sendiri menyaksikan itu sendiri. Alhamdulillah, banyangan mak telah beransur2 hilang apabila aku mula kurang dipanggil operasi dan terus pulih apabila aku telah tamatkan perkhidmatan dalam angkatan tentera.

Menjadi isteri seorang anggota tentera pada ketika zaman tersebut sangat2lah mencabar. Hari2 mereka berdoa agar tiada kenderaan tentera bersama anggota tentera yang lengkap berpakaian tentera akan berhenti dihadapan rumah mereka semasa suami sedang menjalankan operasi dihutan. Kerana jika itu terjadi, ianya hanya untuk menyampaikan perkhabaran yang paling tak nak didengar oleh isteri dan anak2. Semoga semua pejuang2 negara yang telah terkorban dipernatasan sentiasa dicucuri Rahmat dari-Nya. Amiin.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Are-ril

17 thoughts on “Pengalaman Seorang Askar – 2 (kisah bini askar)”

  1. tq sebab sudi kongsi cerita. i wish i had that kind of gift. tapi tulah kan, tak semua orang mampu menghadapinya. tak alami tak tahu.

    Reply
  2. kekanda di medan peranggggg…. adinda di medan seniiiii…
    sama-sama berjuangggg… sama-sama berbaktiii… untuk ibu pertiwiiii….

    Daftar sebagai ahli UMNO sekarang demi kesejahteraan negara!

    Reply
  3. 5 deria asas yang kita ada: dengar, lihat, hidu, sentuh dan rasa (lidah). Kebanyakan orang tak sedar sangat wujudnya deria keenam, iaitu perasan “alam lain’. Alam yang kita tak nampak tapi boleh rasa oleh pancaindera keenam.
    Cotohnya, kita tengah pikirkan pasal sorang ni yang dah lama tak jumpa, tak message, tak call tapi tiba-tiba ada call masuk dari orang yang kita tengah pikirkan tu. Kita rasa macam ajaib kan.
    Haaa..Ni antara contoh bila dua gelombang berhubung.

    Reply
  4. saya pulak pabila sesuatu yang buruk akan berlaku pada diri saya…saya akan rasa dulu…samada melalui mimpi atau gerak hati…adakah itu juga dikatakan anugerah? huuu…mmg tak selesa bila dpt petanda awal….

    Reply
  5. terima kasih sudi kongsi cerita ni. walaupun xde deria keenam, tp kami sentiasa risaukan bila suami pergi ops. semoga semua para tentera sntiasa dilindungi. amin.

    Reply
  6. Saya pernah jalankan tugas melaporkan berita kematian anggota kepada keluarga sekitar awal 90an. Masuk jauh2 ke kawasan kampung di Hulu Kelantan dengan Land Rover pasukan. Bila tiba didepan rumah. Satu rumah keluar menerpa. Tapi saya panggil seorang saja ahli keluarga untuk bercakap dan sampaikan pada yang lain. Selepas disampaikan pada keluarga, saya lihat ibunya pengsan dan adik2 perempuan meraung.
    Yang lelaki seakan2 macam nak marah pada saya. Seolah sayalah yg menyebabkan ahli keluarganya m**i. #please dont kill the messenger

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.