Percutian Di Port Dickson.

Asalamualaikum admin fs.aku nak share satu kisah seram semasa bercuti dekat PD..
Maaf lah cerita ni panjang sedikit..

Pada dua tahun lepas aku lagi tiga orang kawan aku nak pergi bercuti.so kami bincang punya bincang semua bersetuju untuk pergi ke PD sahaja..kami semua dari KL..pada mulanya kami cari hotel atau pun kondo yang nk kami sewa kan semua nya penuh..dan kami ingat nk psang kan kemah jer kat tepi pantai.tu pun dh penuh.almaklum lah bercuti plak time2 cuti skolah.Mesti ramai mak ayah diorg bwak anak2 bercuti..dan lapas tu aku terai lah cari kat google kot2 ada bilik ke apa2 ke yang nk di sewakan..cari punya cari ada satu apartmen untuk di sewa.kami pun tak banyak fikir panjang terus jer pergi ke apartmen tu.dan jumpa satu abang tu.dia tanya nak bilik yang macam mana.

kitaorang pun kata lah.nak yang empat orang duduk.so dia bagi lah yang ada dua bilik tidur.dua bilik air.so kami pun bersetuju lah nak palak dgan harga rm350 jer dua hari satu malam.dan kami ambik kunci kat abang tu terus naik..masa pertama kali bukak pintu apartmen tu alahai punya lah seronok kitaorang..tengok lah nampak jer bersih tapi berhabuk dah macam orang tak duduk berbulan2..kami pun tengok2 lah bilik tu ada apa2 lagi yang patut..so aku tido dgn kawan aku sorang ni.dia ni.kami gelarkan nama dia tok imam.tapi kami selalu jagak panggil nama dia yang betul.biasa lah kawan2 nak bergurau.dia ni orang kata pasal agama ni oklah kalau nak tanya dia sesuatu.

dan dia ni suka buat lawak..ok kembali carita seram.aku dan kawan aku semua pun penat.kami cek in pun dh pukul dua petang lebih.jadi penatlah sikit sebab kami dari KL pagi2 lagi.aku bagi tau kawan aku kita pegi cari barang untuk BBQ dalam pukul 4pm lah.buat masa ni kita rehat2 lah dulu.so kami semua pun rehatlah dalam bilik masing2.masa aku nak lelapkan mata.tetiba bunyi air paip jatuh ke sengki.aku tanya kawan aku kau bukak ke air paip tu.

dia pun kata entah lupa palak..aku pun dengan malas pegilah menutup paip.sampai betul2 pintu bilik air ada satu macam angin yang langar aku.aku kata aik.datang dari mana angin ni lubang takde tingkap tak bukak.lepas aku tutup paip aku tngok kawan aku tengah melihat sesuatu kat dinding..aku kata lah kat dia.tak tido lagi ke.dia kata nak tido lah ni.pastu aku pun turut tido jgak.jam menunjuk dah pukul 3.50pm.aku pun bangun lah untuk kejutkan kawan2 aku.semua dh siap.aku bagi tau kawan2 aku aircon dengan pintu bilik tak payah lah tutup sebab nnti kat ruang tamu sejuk sikit..

semua pun buat lah apa yang aku suruh.pegi lah kami mncari barang2 BBQ dekat satu pekan PD tu..dah jumpa kami pun balik lah untuk nak perap barang2 BBQ jam menunjukan pukul 5.10pm..dan masa kawan aku bukak pintu aku lihat aik aircon tutup pintu bilik pun tutup hairan.aku bertanya kawan2 aku tadi kita ada bukak kan pintu bilik dan aircon.diorg pun kata ada.pastu kawan saya tok imam tu

.dia kata mukin angin kot tutup pintu bilik.aku pulak kata habis aircon mcm mana pulak..dia kata mukin masa kita kluar tadi kemukinan elektrik takde mukin..kitaorg pun kata mukin jugak.dah lah baik kita mula perap BBQ kita ni..masa kawan aku tengah basuh ayam.kawan aku tok imam tu selalu tengok kawan aku yang basuh ayam tu.aku tanya dia ada apa2 ke.dia kata takde apa lah.ok jer..borak punya borak dah siap perap BBQ tu.

kawan aku yang tok imam tu kalang kabut pegi solat.dan aku tangok siap dia mngaji lagi..aku kata aik selalu ko ngaji lepas solat maghrib nak tunggu insyak jer.dia kata takde apa2 pun saja jer..dan kami pun solat pastu siap2 pegi lah ke pantai jam menunjukan pukul 6.45pm.smpai lah ke pantai BBQ seronok punya seronok sampai tak ingat apa yang terjadi kt apartmen tu.macam mana tak seronoknya ada lah awek2 dua tiga orang dok kat sebelah kitaorang nak BBQ jugak.alih2 kitaorng ajak join sekali lah.diorang pun kata ok.hehe.diorang tu semua masih student.

selepas jer habis BBQ kami pun pulang dengan happynya jam menunjukan dah pukul 12.30am..sampai jer di pintu apartmen.aku pulak yang bukak.aik sama pintu bilik tertutup aircon trtutup.dan kawan aku yang tok imam kata.dah takde apa lah biasalah nie..ooh lupa cakap seblum kitorang kluar tadi ada jugak buat benda yang sama bukak aircon dan pintu blik.supaya nanti balik terasa sejuk skit..kami pun tak ada perasaan takut masa tu terus jadi takut.dan kami semua mandi2 terus lepak di ruang tamu jer..

dalam masa yang sama kawan aku yang tok imam tu pun jengok je dua2 bilik mana lah tau kot2 ada yang dia ternampak..lepas dia melihat ke dua2 bilik muka dia nampak lain.berpeluh macam orang nampak hantu..dan dia suruh kawan aku ambik selimut kat sebelah bilik yang aku duduk jer.yang sebelah bilik lagi satu tu tak payah..aku kata kanapa bawak selimut kat luar.dia kata malam ni kita duduk lah berborak kat luar.takyah lah tido dalam bilik.

kitaorng dengar dia cakap macam tu.semuanya ikut jer sebab masing2 dah tahu apa tujuan tok imam kata kan tu..dan kami pun tengah layan tengok tv terdengar suara budak2 main di luar pintu apartmen kami.macam ada dua orang suara budak tu.kami pun layan lah tv balik ingat kan anak2 penyewa sebelah..jam pun menunjukan dah pukul 1.45am dah.aku kata aik tak tido lagi ke budak2 ni.dah dekat pukul 2..kawan aku rilek jer kata.biasa lah mak ayah diorg lepas diorg main kat luar lah tu.sebab nak honeymoon.nak buat adik diorang kat PD pulak..aku dengan kawan2 aku pun gelak lah..kawan aku yang tok imam tu kata..ko jgn nak mngarutlah.dia kata dari pukul dua petang tadi kita sampai..sampai lah malam ni ada ke siapa2 yang nampak jirang depan kita!..semua senyap tengok satu sama lain.a.haa.terus mencanak bulu roma aku.dan bunyi budak tu masih lagi kedengaran.

kawan aku dengan beraninya dia pegi lah melihat.semasa nak pusing tongol pintu tu terus suara tu hilang.dan kami pun semua dh semakin pucat muka..kawan aku yang tok imam tu kata.haa buat lawak lah lagi..dan kami pun pegi lah ke depan tv balik.dan tak sampai dalam 10 minit suara budak tu bunyi balik alahai.kali ni dia berlari2 pulak.dari hujung sana ke hujung sini.dan kawan aku yang nama tok imam dengan berani nya pegi melihat apa bendanya yang bermain di luar tu.

tetiba masa dia bukak tongol pintu tu.suara tu lagi sekali hilang.aku melihat kawan aku tu ada menbaca sesuatu dan turus perhatikan di hujung sana betul2 berhadapan dngan liff.dan aku pun pegi melihat jugak takde apa2 pun.dia pun ttup pintu dan duduk kat depan tv balik.jam menunjuk kan dh 3am.aku kata dlam hati apa2 hal baik aku tidur dlu..dlam selam beberapa minit alahai baunya harum semerbak.kawan aku yang tak imam tu dia perhatikan jer dlam blik.dan kawan aku lagi dua orang mulut alahai..dia pegi kata imam2 kau ada bau wangi tak.

aku bau.kau bau tak.kwan saya lagi seorng kata.aku pun bau jgak..alahai lagi lah seram..kawan aku yang tok imam tu kata baik kita tido.sok pagi2 jom kita belah awal2..sok pagi nya alang kah terkejut aku dan kawan2 ayam ikan yang lebih kitaorang BBQ tu.macam kena mkan dengan kucing.tengok bekas ayam.abis macam ada orang menjilap lincing pingang yang kami berisikan ayam dan ikan.dan kawan saya lagi sorang ada terperasa kepala ikan di bawah meja.kami pun buang semua apa yang kami beli untuk BBQ tu..tinggal dapur arang jer yang kami bwak balik..sesudah cek out..kami pegi lah kekedai makan berhampiran.dan kawan saya yang tok imam tu cerita lah satu persatu..

1.semasa aku pegi menutup air paip.aku berasa ada orang yang melangar aku..tetapi.kawan aku yang tok imam tu.dia dah nmpak lembaga hitam dan hilang kat dinding begitu saja..

2.semasa kawan aku tengah basuh ayam..ada lagi lembaga hitam yang dok bertenget atas tempat letak pingang cawan.tok imam kata.mukin dia bau d***h yang dari ayam tu.

3.kawan saya tok imam tu.bukanya dia taknak bagi kami tido dalam bilik.tapi.situ dah jadi tempat tido dia..kalau kita pegi tido jugak.kemukinan kawan2 aku menjadi histeria atau terkena tindih pulak.

4.masa kawan aku bukak pintu kali ke dua..dia nampak betul ada budak dekat hujung sana.dia kata rambut nampak kusang mata merah.budak tu bediri tak jauh dari dia.dalam 25miter.mesti dia nampak jelas punya..

5.pasal bau malam tu..kawan aku dah nampak dah benda tu..tapi.kawan aku dua orang tu celupar pulak kata wangi bau tu.kwan aku yang nampak tu.dh nampak benda tu dh sedar.dia perhati jer kawan aku yang dua orang tu..

6.semasa dh semua lenyap tido.kawan aku yang tok imam tu bangun lah nak pergi kencing.dia terperasan macam ada 4orang dok baring tido.hai lain mcm jer.dia pun pegi lah kencing.lepas sudah.datang balik dah 3 orang tdo.dia kata hai dah2 jgn kacau anak cucu cicik adan.pastu dia berdoa..dan trus smbung tdo..sebelum tdo dia ada lah terdengar macam ada orang kat dapur..tapi.dia pun rasa takut trus trtidor..

Semoga yang nak pergi bercuti tu.tngoklah kisah kat google dlu.takyah lah main terjah
Yang bawak anak bini n fmly lah..nasib baik kami semua bujan lelaki.dan ada sorang tu pandai dalam hal2 ni.sebab tu dia tau n bleh nampak.sekian wahsalam..

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

5 thoughts on “Percutian Di Port Dickson.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.