Rumah Jiran

Hai Assalammualaikum, nama aku Manis(bukan nama sebenar). Aku asal orang Sarawak, aku pernah hantar cerita sebelum ni bertajuk “Misteri Rumah Maknek Tidur dalam Tidur”. Harini aku nak cerita salah satu pengalaman mistik yang betul-betul pernah terjadi dalam hidup aku yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Cerita yang aku nak share ni takda la seram tapi mistik dan pengalaman yang aku rasa pelik dan lain sikit dari pengalaman yang aku pernah baca kat sini. Kali ni ceritanya berkenaan dengan rumah jiran aku yang berdepan dengan rumah aku.

Pertama sekali aku nak perkenalkan jiran aku dulu, mereka ni adalah pasangan suami isteri yang dah lama mendirikan rumah tangga (10 tahun macam tu) tapi belum diberikan rezeki oleh Allah untuk mempunyai zuriat. Nama Isteri, kak Sal nama suami, abang Meon (bukan nama sebenar). Aku tinggal dekat perumahan kami ni dah 23 tahun semenjak aku berusia 3 tahun lagi tapi kak Sal dan abg Meon masa tu masuk menyewa semasa aku masih sekolah lagi dalam umur 13 tahun macam tu dan dah berpindah keluar setahun selepas kejadian ni.

Nak dijadikan cerita, masa tu abg Meon keluar bekerja shif malam sebab abg Meon kerja sebagai penjaga atau guard. jadi, kak Sal ni takut nak tinggal seorang dirumah lalu dia pun pergi ke rumah kami pada siangnya untuk meminta izin ayahku untuk bagi aku teman dia tidur malam tu. Sebelum ni aku tak tahu langsung cerita disebalik rumah tu mak ayah aku pun tak tau. Cuma rumah tu memang sudah lama ditinggalkan kosong semenjak kami berpindah disitu setelah 10 tahun barulah dihuni oleh mereka berdua kiranya mereka penghuni pertama yang tinggal di rumah tu.

Nak dipendekkan cerita, malam tu ayah aku bagi keizinan untuk aku tidur di rumah tu. Oh ya lupa nak bagitau Kak Sal ni suri rumah tapi dia ambik upah menjahit baju dia boleh jahit macam-macam baju termasuk baju korporat sangat-sangat talented orangnya. Jadi malam tu aku pun pergi ke rumahnya selepas isyak dalam jam 8 setengah macam tu sebab nak teman tidur je kan, sampai je aku kat rumah kak Sal ni dia menjamukan aku minuman dan snek ringan pastu dia suruh aku tunggu sementara dia nak siapkan pesanan customer alang-alang nak siap dah masa tu. Jadi, aku pun duduk dengan dia sambil tengok tv tapi tiba-tiba aku terdengar bunyi macam orang main sepak bola pulak kat tangga tingkat atas.

Kebetulan ruang tamu memang bersebelahan je dengan tangga nak menuju ke tingkat atas. Lalu aku tanya dengan Kak Sal, “kak, malam nanti kita tidur atas ke?” lalu dia jawab “tak, kita tidur bawah je, kat atas tu memang kosong dik takda orang duduk pun, Kak Sal ngn Abg Meon Awak tu suka lagi tidur bilik bawah ni lagi sejuk dari bilik atas tu”, kemudian aku pun jawab “ohh yeke? Tapi rumah saya tak panas sangat pun kat bilik atas, jadi akak memang tak pegi la bilik atas tu ehh?”dia pun jawab “haah, malas la akak nak naik tangga, penat badan akak ni bukannya kurus sangat sakit segala lutut ni hah kalau panjat tangga dik”. Jadi aku pun iyakan aje walaupun aku masih dengar bunyi orang sepak bola kat tangga tu sebab aku tau akak ni takde anak kalau ada orang pun kenapa nak aku temankan kalau dah ada peneman. Cuma nak tau apa je ada kat atas tu tapi bila dengar Kak Sal cakap dia langsung tak pergi tingkat atas tu aku jadi faham la apa benda yang aku dengar cuma aku buat tak tau aje aku tak kacau diorang aku datang cuma nak teman Kak Sal je.

Disingkatkan cerita, malam tu tidur la kami berdua sampaila pagi tu aku terjaga sebab nak pergi tandas. Bangun je aku dari tidur, baru je angkat kepala aku tengok pintu bilik Kak Sal tak tutup rapat terkuak sikit sampai aku boleh tengok separa badan jam dinding kat ruang tamu tu sampaila aku tundukkan kepala dari jam dinding sampai ke bawah aku tengok macam ada sesuatu hitam serupa beg sandang yang kita selalu bawak sekolah tu. Aku tak fikir apa lagi time ni. Aku tengok sebelah, Kak Sal masih tidur dan aku pun nak bangun ke tandas, baru je selak selimut dengan tidak semena-mena beg hitam tu berhayun. Aik, beg berayun? Fikirku dalam keadaan mamai belum mampu proses apa yang terjadi. Puas aku tengok, memang betul beg tu berhayun ke kiri dan ke kanan berulang-ulang. Puas aku fikir benda apa ni ek? Kat rumah ni aku dengan Kak Sal je kan? Ke Abg Meon tu? Aku gosok-gosok mata nak bagi penglihatan jelas.

Jeng Jeng Jeng itu dia Lembaga hitam duduk disebalik pintu sambil menghayunkan badan ke kiri dan ke kanan bila dia sedar je aku bangun tiba-tiba dia berhenti berhayun dan mendekatkan kepalanya ke pintu melihat aku seolah-olah dia cakap “ehh kamu Nampak ka saya?”. Aku jadi terpaku sejenak tak tau nak buat apa. Aku baring Kembali tutup mata dan baca ayat kursi dalam hati tapi ayat kursi yang ku baca tak pandai habis asyik berulang-ulang sampai Indahu illa biiznih dan ulang semula Allahu la illaha illa huawal haiyul qaiyum berkali-kali. Kemudian aku putus asa aku jengok balik pintu tu, dia masih lagi menjengah muka di depan pintu yang terbuka sedikit tu.

Tiba-tiba kak Sal bangun dan tanya aku “kenapa ni muka macam cemas nak balik rumah ke?” aku pun jawab “takda la kak Cuma nak tengok jam je tak Nampak jauh sangat”aku cover sebab benda ni kita tak boleh tegur walaupun dia tau kita tengok dia. Jadi kak Sal pun tengok di pintu tu lalu menyahut “ohh, baru pukul 6.30 pagi ni kejap lagi pukul 7 baru abg Meon awak tu balik sambungla tidur dulu masih awal ni”. Aku pun angguk-angguk je tapi pandangan aku masih di pintu tu sambil dalam hati aku berkata “kak Sal tak nampak la benda tu aku sorang je nampak” pastu tiba-tiba ada kelibat Perempuan lain muncul di bahagian atas “dia” berdiri sambil menyengetkan kepala berambut pendek lurus paras bahu melihat aku jugak.

Aku jadi terkejut dan baring Kembali tapi mata masih melihat pintu itu, berapa minit kemudian terdengar bunyi kereta abg Meon park di halaman rumah lalu “mereka”memalingkan kepala kearah bunyi kereta abg Meon lalu melarikan diri ketingkat atas. Macam mana aku tahu Tingkat atas? Aku dengar bunyi tapak kaki berlari kat tangga sebab bilik kami bersebelahan je dengan tangga dan katil kami betul-betul ditepi dinding bahagian tangga tu. Dengar je abg Meon pulas tombol pintu utama aku terus cakap kat kak Sal aku nak balik. Aku bangun, terus keluar dari bilik, baru je Abg Meon masuk rumah aku terus cakap nak balik dan berlari mencicit ke rumah. Aku ketuk pintu rumah macam orang dikepung penjahat mintak diselamatkan.

Masa ni la baru aku pergi tandas rumah sendiri lepastu baru aku cerita dengan mak ayah aku apa yang aku Nampak kat rumah tu. Petang hari yang sama, kak Sal pergi lagi ke rumah kami nak pinjam aku lagi malam tu sebab abg Meon masih keja shif malam hari tu tapi kalini ayah aku tak izinkan dan cerita semua yang aku cerita dekat dia dengan kak Sal. Barulah dia tau kenapa kelakuan aku aneh pagi tu dia cakap pastu barulah dia bongkar apa kisah rumah tu sebenarnya.

Sepanjang aku hidup itu kali pertama aku tengok Lembaga berlari, laju yang amat macam flash watak hero tu. pastu diorang ada bayang -bayang weh. First time aku tengok hantu ada bayang. Nasib la aku malam tu tak diganggu teruk. Rupanya sebelum aku di ajak bermalam disitu dia dah ajak jiran aku yang lain iaitu sebelah rumah dia je tapi akak tu dah serik nak tidur di rumah tu sebab dia diganggu lagi teruk dari aku kena tu yang dia pinjam aku pada hari berikutnya. ada banyak cerita rumah tu yang aku tak tau rupanya tapi dia ceritakan beberapa hari sebelum dia berpindah keluar dari rumah tu. Rumah tu sering berganti penyewa sampailah sekarang rumah tu kembali kosong tapi hari-hari aku dengar lantunan ayat suci Al-Quran yang dipasang tuan rumah 24 jam dirumah tu.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Manis

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.