#Butirstar: Aspuri (part 2)

Kelas aku tak banyak sangat hari ni. Tapi aku ada kelas waktu akhir, 2 periods. Biasanya waktu akhir ni ramai la budak-budak mengantuk. Sebelum ke kelas, aku fikir dulu nak buat aktiviti apa. Memandangkan kelas akhir ni kelas Form 2, jadi aku decide nak buat games. Fikir punya fikir, aku dapat idea nak buat games pasal traditional games in Malaysia. Budak-budak zaman sekarang tak kenal dah congkak, batu seremban, konda-kondi apa semua tu. Diaorang tau Candy Crush, DOTA, COC.

Budak-budak memang suka games. Hari ni aku buat pasal permainan tradisional. Aku bagikan kumpulan, diaorang draw lots then akan dapat la traditional game apa untuk kumpulan diaorang. Lepas tu, diaorang kena terangkan macam mana nak main. Aku suruh diaorang susun meja dengan kerusi dekat tepi kelas. Diaorang pun main la games yang diaorang dapat tu ramai-ramai. Memang meriah sangat kelas masa tu. Budak kelas lain pun nak join jugak, siap ajak cikgu diaorang join. Masa tu kelas cikgu Aziz. Oleh kerana mood cikgu Aziz okay, dia pun join sekaki. Sabar je la.

15 minit sebelum habis masa, aku suruh diaorang stop. Cikgu Aziz pun suruh budak kelas dia balik ke kelas masing-masing. Budak-budak kelas aku dah susun balik meja diaorang macam asal. Aku tanya diaorang best tak main. Of course satu kelas jerit best dan nak main lagi. Kalau main, nombor satu la. Kalau suruh study memang layu habis.

“Cikgu, spirit of the coins ni permainan traditional jugak ke?” tanya Mun, budak yang paling kepoh dalam kelas tu, secara tiba-tiba.

“Ish, apa kamu ni? Benda tu bukan mainan, tu syirik namanya!” kataku dengan tegas. Budak-budak ni kalau tak tanya benda mengarut, tak sah!

“Ye ke, cikgu? Kalau main macam mana? Dosa ke?” tanya Mun lagi. Cara dia tanya tu sangat la annoying. Yang lain pulak dah bising-bising pasal ni. Aku suruh diaorang diam.

“Dosa besar, cik adik oi!! Dosa syirik ni Allah tak ampun free tau! Kau kena mintak ampun dengan Allah! Kalau saya tau awak main benda tu, jagalah/!” aku bagi warning.

Budak-budak lain dah marah kan Mun sebab buat mood aku berubah. Aku bukan nak marah sangat, tapi aku tak nak ingat balik apa yang berlaku masa aku darjah 6 dulu. Kawan sekelas aku pernah main benda syirik ni. Cikgu tak ada sebab pergi kursus. Lagipun waktu tu kami dah habis UPSR dan terpaksa datang ke sekolah, jadi ramai la kawan-kawan sekelas aku bawak board games. Ada yang bawak Saidina, Chess, macam-macam lagi la.

Masa sekumpulan budak perempuan main benda tu, aku perasan sesuatu di bawah meja diaorang. Aku amati betul-betul ‘benda’ kat bawah meja tu. Aku terkejut tengok ada makhluk berbulu. Tangannya yang panjang keluar dari bawah meja dan pegang tangan kawan aku, Sara sambil gerak-gerakkan tangan dia. Orang lain teruja sebab coin tu bergerak sendiri. Kalau diaorang tau ada benda berbulu bawah meja, dah tentu diaorang demam seminggu.

Sejak dari hari tu, aku memang anti dengan permainan syirik tu. Dah lama aku tak dengar orang sebut pasal spirits of the coin. Tiba-tiba hari ni ada pulak yang tanya. Spoil mood betul la! Aku ke kantin untuk lepaskan stress. Memang banyak aku makan tengahari tu. Sampai rasa buncit dah perut aku ni. Aku balik rumah, solat Zohor dan tidur akibat kenyang punya pasal.

Sya dengan kawan-kawan dia yang lain kena pergi kursus. Biasalah, jadi cikgu baru ni banyak la kena pergi kursus itu, kursus ini. Boleh jadi kurus semua cikgu kalau banyak kursus setiap tahun. Diaorang bertolak petang tadi, pakai kereta Imah, cikgu baru satu batch dengan Sya.

Malam tu aku tengok TV dengan Encik Li, rancangan Wipe Out dekat AXN. Memang tergelak sakan la kitaorang. Encik Li ni time dia tak serius, dia memang sporting habis. Tapi kalau dia serius macam semalam, memang muka dia lain macam. Kekadang aku pun tak berani nak buat lawak.

“Encik Li, yang pasal semalam tu apa jadi? Kemain kau serius,” tanyaku.

“Ada benda datang. Lepas tu pagar dekat tepi asrama lelaki pecah sikit. Aku tak dapat nak cari benda tu dekat mana sebab dia datang sekejap je,” jawab Encik Li.

“Tadi, aku nampak nenek tu lagi. Muka dia marah semacam je. Apa lagi yang dia tak puas hati? Dah lama dia tak datang. Tup tup pagi tadi ada muka dia terpacak kat tingkat atas,” aku memeluk bantal.

“Biarkan aje nenek tu. Agaknya menopos kot. Tu yang marah tu. Macam kau la, Fia. Time cuti-cuti Malaysia, semacam je muka kau,” Encik Li gelak.

Aku hempuk dia dengan bantal. Time macam ni boleh pulak buat lawak biawak!

“Hei! Orang serius ni, dia main-main pulak. Aku dah la malas nak layan nenek tua tu. Nanti soalan yang sama jugak yang dia tanya. ‘Kenapa kau kemari?’” ake ajuk cakap nenek tua yang aku nampak tadi. Encik Li gelak lagi. Dia cakap suara aku sama dengan nenek tu. Aku hempuk dia dengan bantal sekali lagi.

Tiba-tiba ada ketukan dekat sliding door. Aku dengan Encik Li terkejut. Nasib baik tak melatah. Abang jual karipap ni ada lagi? Dah lama dia tak datang jual karipap. Dulu dia kerap jugak datang sebab aku marah dia jual karipap kat tingkat 3. Lepas tu, dia willingly jadi spy aku, menyepai budak-budak yang ponteng prep. Bagus jugak dia ni.

“Ha, nak jual karipap ke?” aku buka sliding door. Abang Karipap tu sengih je.

“Tak la. Dah pencen,” jawabnya dengan muka selamba. “Ni, nak bagitau korang. Ada kejadian dekat asrama lelaki. Ada budak kena sampuk.”

Aku dengan Encik Li saling berpandangan. Biar betul mamat karipap ni?

“Tak caye? Tak caye pergi la tengok sendiri,” abang karipap menjengketkan bahunya lalu menghilang. Eh dia ni! Suka hati dia je nak datang lepas tu hilang. Aku baru nak tanya details.

Kemudian telefon aku berbunyi. Aku dengan Encik Li terkejut sekali lagi. Malam ni agaknya malam terkejut sedunia. Aku tengok nombor Cikgu Aziz tertera dekat skrin.

“Hello. Assalamualakikum, cikgu Aziz. Ada apa?” tanyaku dan masa tu aku dah rasa lain macam. Macam ada benda berlaku.

“Waalaikumussalam, cikgu Sofea. Maaflah ganggu malam-malam ni. Ada budak kena sampuk ni, cikgu. Saya tak larat nak buat sorang ni. Cikgu boleh datang blok 2 tak?” suara cikgu Aziz macam cuak je. Aku tengok Encik Li, Encik Li tengok aku sambil angkat kening.

“Ha, boleh, boleh. Kejap lagi saya datang,” aku terus matikan talian dan bagitau Encik Li pasal budak kena sampuk. Betul la cakap abang karipap tu tadi. Aku ingatkan dia main-main.

“Kau pergi dulu. Aku akan datang kemudian,” katanya lalu hilang. Aku terus tukar baju dan turun ke bawah.

Masa aku on my way turun tangga, nenek tua tadi tercegat dekat depan aku. Mukanya masih lagi menunjukkan dia masih lagi marah. Apa lagi nenek ni? Apa la yang dia tak puas hati? Hari tu bukan main merayu tak nak ganggu dah. Ini tiba-tiba je muncul. Pening aku!

“Aku tak puas hati! Aku tak puas hati!!” jeritnya sampai nak pekak aku. Dah la dekat tangga ni memang bergema. Dia jerit sampai mulut dia terlopong luas macam dalam cerita The Eyes. Aku tutup telinga lepas tu jalan je, tak layan dia. Dia jerit lagi tapi aku berlari menuju ke aspura yang tak jauh dari aspuri.

Aku sempat baca ayat-ayat pelindung dan tiup dekat seluruh badan aku. Encik Li pun muncul dengan pakaian pahlawan dia. Sampai je dekat aspura, ramai budak-budak laki sedang mengerumuni satu bilik ni. Dengan pakai boxernya, dengan tak berbajunya. Bila aku jerit suruh balik bilik masing-masing, barulah nak malu, berlari sambil menjerit bagai. Aku masuk bilik budak laki ni. Hakim namanya. Dia tengah menangis. Cikgu Aziz tengah baca ruqyah.

“Apa jadi ni?” tanyaku pada roomate Hakim, Afiq.

“Entahlah, cikgu. Tadi masa prep dia okay. Lepas balik prep dia nampak sedih. Lepas tu dia nangis cakap nak balik,” jawab Afiq.

“Nak balik? Homesick apa dah form 4? Dah tua pun homesick ke?” perli aku. Masa tu, Hakim meraung cakap nak balik. Afiq dan cikgu Aziz pegang dia takut dia lari keluar.

Aku baca ayatul Kursi lepas tu hembus dekat muka dia. Aku buat macam tu beberapa kali. Kadang-kadang aku tiup dekat ubun-ubun dia. Tapi masih tak menjadi.

“Cikgu Sofea, kita kena panggil Ustaz Ali macam ni. Saya pun dah penat melayan perempuan dalam badan Hakim ni. Asyik cakap nak balik. Bila tanya, dia nangis, tak nak jawab,” kata cikgu Aziz.

“Ha, boleh jugak. Cikgu call Ustaz Ali. Biar saya pulak yang uruskan,” aku mengangguk. Cikgu Aziz terus keluar dari bilik nak telefon Ustaz Ali.

Aku dengar Afiq suruh Hakim lawan benda tu. Tapi Hakim asyik nangis. Cakap nak balik, nak balik. Aku ni jenis yang tak pandai nak pujuk-pujuk. Terus aku marah Hakim.

“Hei! Nak balik! Nak balik! Yang datang sini tu kenapa?” marahku.

Perempuan tu tersentak. Ha, tau pun boleh diam. Ni asyik nangis je.

“Dia yang panggil saya datang. Lepas tu, dia tak tau nak hantar saya balik. Saya nak balik,” dia kesat air mata.

Cikgu Aziz pun masuk semula dalam bilik. “Ustaz Ali akan sampai kejap lagi. Ha, macam mana cikgu?” tanya cikgu Aziz.

“Dia cakap budak Hakim ni panggil dia. Lepas tu dia tak jumpa jalan nak balik,” masa ni aku melirik ke arah Encik Li yang sedang berdiri dekat luar bilik Hakim. Aku senyum perli dekat dia. Encik Li buat derk je. Malu la tu.

“Apa dah jadi sebenarnya? Afiq, tadi awak nampak Hakim ada buat apa-apa tak masa prep?” tanya cikgu Aziz.

“Saya tak tau, cikgu. Dia duduk dalam kelas kejap. Lepas tu dia ada pergi kelas lain. Nak balik tu dia ambik buku. Masa dah sampai sini baru dia jadi macam ni,” jawab Afiq.

Aku suruh dia cari budak kelas yang dia pergi tadi. Afiq terus je berdesup pergi cari. Hakim masih lagi nangis teresak-esak. Duduk pun bersimpuh. Kemudian Ustaz Ali pun sampai. Hakim nangis makin kuat, cakap nak balik. Dia tak nak duduk sini. Tak sampai satu minit, Afiq datang dengan budak nama glamour dia Pa.

“Pa, si Hakim ni buat apa dekat kelas awak masa prep tadi?” tanyaku and still marah aku tak reda lagi.

“Dia main spirit of the coins, cikgu. Tapi saya tak main la. Saya tengok je,” jawab Pa.

Aku terus naik marah. Encik Li suruh aku bersabar tapi aku tak boleh. Aku cukup pantang dengan mainan syirik tu!

“Panggil yang main tadi. Right now!” tengking aku. Pa terus mencicit lari cari budak-budak yang main spirit of the coins. Kesian si Pa ni. Orang lain yang salah, dia yang kena.

Maka datanglah 4 orang lagi yang main. Memang teruk la kena basuh dengan aku. Cikgu Aziz pun tak berani masuk dekat time tu. Budak-budak ni memang senyap tak terkata sebab kena tengking dengan aku. Aku rasa satu sekolah boleh dengar suara aku. Ustaz Ali pun sampai. Aku tenang kejap tengok kehadiran dia. Dia datang dengan anak bongsunya, Aya. Aya ni baru je umur 7 tahun tapi dia ni ada kelebihan macam aku dan jugak bapaknya. Dia lambai-lambai ke arah kami. Tapi aku tau dia lambai dekat siapa sebenarnya; Encik Li. Encik Li senyum lalu pergi dekat Aya dan gosok kepala dia. Diaorang ni macam ala-ala BFF la.

“Abi, ada kakak nangis la,” katanya bila dah sampai depan pintu bilik Hakim. “Kakak, kenapa nangis?” tanya Aya. Relax je muka dia masa tu.

“Saya nak balik. Tolong la hantar saya balik. Saya tak nak duduk sini,” tangis perempuan tu lagi.

“Kalau nak balik, awak kena keluar la dari badan dia. Macam mana kami nak hantar awak balik kalau awak duduk sini?” pujuk Ustaz Ali.

“Dia yang panggil saya, dia la yang kena hantar balik,” katanya. Pulak dah!

Ustaz suruh kami baca ayatul Kursi dan 3 Qul banyak-banyak, kot-kot perempuan ni saje je nak trap kami. Ustaz suruh tunjuk mana tempat dia datang tadi. Hakim bangun dan suruh kami ikut dia. Kami ikut la Hakim sampai la ke kelas yang dia main spirit of the coins tadi.

“Assalamualaikum,” ucap Aya dan Ustaz Ali sebaik saja melangkah masuk dalam kelas. Aku, Encik Li, Cikgu Aziz dan Afiq duduk dekat luar. Ustaz Ali yang suruh Afiq datang.

“Kami nak hantar anak awak balik,” kata Aya.

Kemudian kami semua nampak ada lelaki berjubah kelabu muncul. Perempuan tu keluar dari badan Hakim lalu pergi ke arah lelaki tersebut. Hakim terus rebah. Cikgu Aziz dengan Afiq terus memapah Hakim. Ustaz Ali dah ready bawak botol air lepas tu dia sapu muka Hakim dengan air tu. Hakim tersedar dan dia cakap dia letih dan pelik kenapa dia ada dekat kelas tu. Ustaz Ali pun bagitau la dia apa yang dah jadi.

Hakim minta maaf sebab main benda syirik tu. Aku rasa nak lempang je budak ni tadi. Tapi sebab tengok dia lemah macam tu, aku tak jadi la nak lempang. Kawan-kawan dia yang lain kena denda dengan cikgu Aziz dan Ustaz Ali. Aku tengok jam. Kebetulan aku pakai jam tangan. Dah nak pukul 12 tengah malam. Dah lewat ni! Aku cepat-cepat cakap dekat diaorang yang aku nak balik dah. Ustaz Ali pun nak kena balik sebab esok Aya kena bangun awal.

Masa aku naik tangga menuju ke rumah, nenek tu dah tak de. Agaknya dia dah blah pergi ke tempat lain sebab aku tak layan dia tadi. Encik Li teman aku sebab aku duduk sorang. Macam la aku tak biasa duduk sorang. Aku ambil wudhuk dan terus baring atas katil. Boleh tidur lena la malam ni sebab semua dah settle.

But this story did not end here.

#Butirstar

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

214 thoughts on “#Butirstar: Aspuri (part 2)”

  1. Nice..hmm spirit of the coin..ada juga pernah kawan aku main benda nie..besok nya x de apa pula yang berlaku dekat dorang..salah step kut..

    Reply
  2. hahaha #butirstar x pernah mengecewakn la..
    baik #en.li teman… berani la duk sorang2..kalu ai dah ajak satu kampung teman..
    #cepatsambung
    #butirstargreat
    #kirimsalamuntken.li

    Reply
    • haha. thanks. encik Li tu time dia boring je dia datang lepak. Time dia busy, dia tak datang.
      satu kampung teman lagi seronok. Boleh buat BBQ..haha!

      Reply
  3. Spirit of the coin? Aku pun pernah TERjebak dengan game ni. Biasalah duduk asrama memang kena dengan game2 camni. Tapi alhamdulillah takde ape yang jadi lepas kitaorg main sebab sebelum nak stop main, kita kena hantar dia balik menerusi game tu jugak. Kalau tak, memang dia akan ikut lah salah sorang dari yang main tu.

    Hati hati ada yang memerhati~ muehehehehe

    Reply
  4. wei korang jangan nak borak kat sini lah.. Kalau nak borak, pi balik kampung sana! Forum pun dah ada, pi lah borak kat forum! hm.

    Amacam? Ok tak ayat kecaman aku? hm dah lah. bubar bubar. Kang orang marah nanti.

    aku serious dah ni medi

    Reply

Leave a Comment