Cerita EL 13: Video Bahasa Jepun UiTM!

“Kalau tiada bahu untuk MENANGIS, ada lantai untuk BERSUJUD.”

Semester tiga UiTM. Dah nama pun UiTM, mesti la kena ambik bahasa ketiga. Dah nama pun bahasa ketiga, mesti lah kena buat Video. Dah nama pun Video, mesti la nak buat cerita Hantu, dan dah nama pun cerita Hantu, mesti la kena buat waktu MALAM!

Tepat pukul 8.30 malam ahli kumpulan aku berkumpul untuk mengerah buah fikiran berkenaan skrip bahasa Jepun di fakulti.
Tingkat dua.
Lokasi yang paling sesuai, walaupun agak sunyi.
Aku dan empat orang ahli kumpulan yang lain iaitu Shera, Alya, Ilham seorang lagi rakan sebilik aku yang tak dapat datang kerana ada perbincangan yang lain. Kami berempat sahaja yang berada di tingkat dua fakulti pada malam tu. Gelak tawa kami berlima sahaja yang kedengaran. Tiada pelajar yang lain. Habis perbincangan, kami bercadang mahu menonton movie di dewan kolej kediaman.

Setiap minggu, pihak hostel UiTM akan menganjurkan program movie night untuk pelajar bersuka ria di malam minggu dan yang lebih penting, untuk mengumpulkan kupon hostel.

Ilham, Shera dam Alya pulang ke rumah masing masing dahulu kerana malas hendak membawa laptop sambil menonton. Tinggal aku seorang diri. Jari aku laju menaip semula semua skrip video ke dalam laptop sambil mendengar lagu. Dari mana datangnya Kucing berwarna kelabu, habis kaki aku di geselnya.

Lapar mungkin?

Tapi aku tak ada sebarang makanan yang boleh diberi. Aku ni kurang berminat dengan binatang bernama Kucing, jadi aku angkat kaki aku. Duduk bersila di atas kerusi. Selang beberapa minit, kaki aku turunkan kembali kerana terasa kebas. Sekali lagi. Terasa Kucing tadi mengesel gesel kaki. Dan aku terus menjenguk ke bawah meja.

Kosong!

Saat mendongak, kucing kelabu tu sudah berada di koridor depan. Jauh dari kawasan bermeja. Aku terus padang sekeliling sama ada terdapat kucing yang lain ataupun tidak. Bulu tengkuk tiba tiba meremang. Seperti tidak berseorangan. Terus aku pergi mencabut pengecas laptop. Plug berada di dinding di belakang, siap menggulung wayar pengecas sambil menoleh ke depan, laptop aku tiba tiba dalam keadaan tertutup.

Sudah! Bila masa pulak aku tutup?
Ahhh.
Terus aku kemaskan semua barang masuk ke dalam bag. Dan mempercepatkan langkah meinggalkan tempat yang membuatkan hati aku tak tenteram. Keadaan fakulti pada masa itu terang benerang, tapi sedang aku melangkah laju melalui koridor tiba tiba lampu terpadam.

Sepanjang jalan… gelap.

Lampu yang masih menyala hanya di hunjung tangga. Langkah aku mula perlahan. Jam pada telefon bimbit tertera 10.00 malam. Automatik mungkin. Saja aku berfikir sebegitu untuk menyedapkan hati.

BANG!!!

Langkah terus terhenti.
Terkejut dibuatnya, bunyi pintu kayu kelas dihempas kuat. Bunyi itu datang betul betul dari bilik kelas di sebelah kanan. Pintu kelas terbuka separuh.

Krengggg!

Bunyi seolah olah kerusi di tarik.

Cabut lari!
Itu sahaja yang terlintas dari fikiran. Bila aku menolen ke depan dan bersedia memasang seribu langkah. Mata aku terpandang benda yang tiba tiba berada di hujung koridor.

Bayang orang. Bentuk bayang seperti orang sedang duduk mencangkung sambil merapatkan kedua dua lutut. Apa benda tu? Kaki aku melangkah ke depan selangkah. Mata aku mengecil untuk memastikan benda yang sedang aku lihat. Tadi kenapa tak ada? Bentuk kepalanya jelas kelihat. Itu sememangnya bukan manusia. Aku terus undur perlahan lahan.

Mata aku tak berkelip memandang benda tersebut.
Kepalanya melentok ke kiri. Ke kanan dengan perlahan. Naluri ingin tahu aku membuatkan aku masih berdiri kaku melihat kepalanya melentok seperti anak kecil.

Kepalanya tiba tiba berhenti bergoyang.

Badannya menggigil. Seperti orang kesejukan.

‘Sh*t!’
Aku terus pusing ke arah bertentangan dan lari sepantas mungkin menuju ke tangga yang lain. Benda yang sedang mencangkung tadi tiba tiba BERDIRI TEGAK!

TINGGI!
Lebih tinggi dari ketinggian aku.
Ketika menuruni anak tangga. Entah macam mana, akibat melompat beberapa anak tangga, aku terus jatuh tersungkur. Bahu kanan aku terhentak kuat berlanggar dengan tiang! Walaupun dalam keadaan sakit, ke dua dua gegendang telinga aku terdengar suara orang ketawa. Suara orang ramai sedang ketawa berdekah dekah dari atas. Sama seperti ketika perbincangan tadi. Cepat cepat aku berlari turun ke tingkat satu hingga terlihat pelajar lain. Kaki aku menapak perlahan hingga ke luar kawasan kolej UiTM. Terhincut hincut. Mungkin terseliuh akibat terjatuh tadi.

Sampai di bawah kawasan apartment, kawan sebilik aku sedang duduk di kerusi batu bersama teman wanitanya.
Cis.
Kata ada meeting. Meeting ke. Dating? Dia hanya tersenyum nampak aku berjalan kearahnya. Belum sempat aku sampai ke tempatnya, teman wanitanya sudah berlalu pergi.

‘Ooooooo. Ni ke meeting yang kau cakap tadi EL? Haaaaa!’

‘Hahahaha! Dah habis meeting. Dating la pulak. Macam mana skrip? Habis dah?’

‘Dah. Nanti kau semak betul ke tak, kau kan paling pakar bab bab Jepun Korea ni.’

‘Arigato mina. (Terima kasih semua) Hahaha. Eh. Kaki kau dah kenapa Massuan? Jatuh ke?’

‘Humm. Tersliuh tadi turun tangga.’

‘Kau okey tak?’

Aku hanya menganggukkan kepala. Kami berdua terus berjalan menaiki anak tangga menuju ke rumah sewa yang terletak di tingkat lima.

‘Aik? Tak jadi tengok movie dekat dewan ke?’

EL mengajukan soalan sambil menoleh kearah belakang. Kejadian tadi membuatkan aku terlupa tentang menonton movie di dewan. ‘Aku dah mesej dorang tak jadi pergi. Malas lah. Tak ada mood.’

Sampai di rumah, aku terus masuk ke bilik. Tangan kanan aku bengkak akibat menahan badan dari tehentak di tangga. Dengan perlahan lahan mengeluarkan laptop dari bag sarung dan letak di atas meja, sambil memikirkan benda yang berlaku tadi. Laptop dalam keadaan sleep.
Aku duduk sambil melelapkan mata sebentar.

Saat aku celikan mata dan memandang kearah skrin laptop, perasaan mengantuk terus hilang serta merta apabila terpandang mahluk yang sedang berdiri betul betul di belakang aku.
Seperti bersandar di dinding.

Hitam!
Jantung aku berdegup laju!
Jari aku terketar ketar untuk mengalihkan skrin laptop yang sudah menjadi cermin dari pandangan. Kepalanya melentok ke kiri dan kekanan. Dan belum sempat berbuat apa apa, benda tu terus berlari menerjah aku!

Tapak tangan yang besar menyentuh bahu aku!

Terus aku berpaling kebelakang sehingga air tin yang aku beli tadi jatuh ke atas lantai. Mata aku liar memandang sekeliling bilik.

Hanya aku seorang yang berada dalam bilik. Dan cuma terlihat patung patung Superman milik EL. Terus aku mencapai tombol pintu bilik dan keluar ke ruang tamu. EL sedang leka menonton kartun di ruang tamu. Dia langsung tak perasan bunyi kerusi jatuh dari dalam bilik sebentar tadi. Terlalu asyik menonton cerita Spongebob sambil ketawa seperti orang gila. Aku terus duduk disebelahnya dan dia bersuara,

‘Massuan, kau lapar tak?’

‘Tak sangat. Kenapa?’

‘Jom pergi lepak McDonald’s, aku tak leh buat la assignment dekat rumah.’

Terus aku bersetuju. McDonald’s mana? Mesti la McDonald’s Puncak Alam yang paling dekat. Jalan yang bakal di lalui agak……
Sunyi!
Seram!
Gelap! Kiri kanan di penuhi Hutan! Dengan tempat Altantuya meletupnya lagi! Macam macam yang aku fikirkan. Tapi yang peliknya, malam tu EL yang memandu kereta, padahal selalu aku la yang akan jadi hambanya ketika memandu.

Dalam perjalanan EL memicit micit tombol meter kereta dengan riak muka bengang ‘Adoi! Meter minyak kereta aku ni rosak ke? Baru je isi pagi tadi RM20!’

‘Laaaaa. Bila rosaknya?’

‘Entah. Sejak Hariz pinjam! Tah tah pelampung tangki minyak aku ni rosak!’

‘Tak apalah. Nanti kita isi lagi.’

Waktu 2.00 pagi. McDonald’s Puncak Alam ramai dengan para pelajar UiTM. Terasa seperti baru pukul 9.00 malam. Selesai makan aku dan EL rancak berbual masa dalam perjalan balik.
Tiba tiba,

‘Weh! Kenapa kereta ni?’ aku dapat merasakan kereta semakin bergerak berlahan.

EL menjerit,
‘MINYAK HABIS WEH!’ sempat dia membuat pusingan U-Turn sebelum kereta betul betul berhenti.

‘Kenapa kau pusing balik?’

‘Laaa. Kan kita baru lepas Petronas tadi. Tula, ketawa banyak sangat! Sampai lupa nak isi minyak!’

‘Habis kau nak kita tolak Shiro (nama kereta) kau ni? Mau 3 KM!’

‘Boleh jugak. Apa guna badan sado tapi tak guna! Hahaha.’

‘Weh! Gelap! Sunyi! Tak ada lampu jalan! Gelap lagi sunyi! Macam mana kalau ada perompak? atau yang lagi teruk…….. Han…’

Satu tumbukan hinggap ke bahu aku ‘Mulut kau ni kan!’

Aku mula mengelabah. EL terus cuba mengubungi Ilham. Ada sebuah kereta yang memotong kami dari arah belakang dan tiba tiba terus berhenti di hadapan.

‘Weh! Kenapa kereta tu tiba tiba berhenti ke tepi?’
Badan aku terdiam kaku.
Tak menjawab soalan EL.
Keadaan malam tu betul betul gelap. Lampu belakang kereta berwarna merah semakin terang kelihatan.

‘Weh! Kereta tu undur! Kereta apa tu?! Aku tak nampak!’ Aku masih terdiam.

‘Massuan. Kau nampak tak kereta apa?!’
‘Tu kereta orang ke?’

Aku terus menjerit.

‘ELLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL! MACAM MANA NI!’

‘Tak pe! Kita ada steering lock!’

Tuhan je tahu betapa takutnya aku pada masa tu. Cahaya silau berwarna merah tiba tiba bercampur dengan warna biru.

‘Eh? Laaaaaaaaaa. Polis rupanya! Kita selamat wahai sahabat ku Massuan! Hahahahaha!’

‘Hahahahaha!’ . Kami berdua ketawa berdekah dekah selepas ketakutan

‘EL kejap! Macam mana tu bukan Polis?’

‘Ish! Mengarut lah. Habis tu apa?’

‘Weh jangan keluar keluar dulu! Mana tau orang menyamar ke…’

Belum aku habis berkata kata, EL sudah berjalan berjumpa dengan salah seorang anggota Polis. Nasib kami baik. Kereta m**i di tengah tengah jalan Puncak Alam pada waktu 2.00 pagi. Dan di bantu dengan Polis peronda. Lega! Terlalu lega rasanya. Polis peronda mahu menolong menghantar kami ke stesen Petronas di hadapan.

‘Massuan, kau tunggu sini jaga kereta okey?’

‘Hah?!!!!’

Kereta Polis peronda berlalu meninggalkan aku sendirian. Kelegaan aku terbang melayang. Aku di tinggalkan seorang diri tengah Jalan Puncak Alam pada waktu 2:00 pagi?

TAK GUNA EL!

Cepat cepat aku masuk ke dalam kereta dan nyalakan lampu hadapan kereta dan lampu di dalam kereta. Dalam ketakutan aku menyanyi kan lagu yang dimainkan di MP3 radio kereta sekuat mungkin. Satu minit berlalu bagaikan satu jam. Aku menyanyi dengan lebih kuat, apabila aku teringat mahluk yang aku nampak di fakulti tadi. Terus aku memadam kan lampu hadapan kereta, takut terlihat ada benda yang merangkak pula nanti. Habislah aku.

Kruk! Kruk!

Bunyi batu jatuh bergolek dari tebing tinggi betul betul di sebelah kereta. Mata aku menjeling ke arah tanah yang di tambak tinggi di sebelah kiri aku. Tiada sebarang pergerakkan. Mata aku beralih pada cermin sisi kiri. Ada lampu kereta dari arah belakang, kereta tu melintasi kereta EL yang tersadai di tepi jalan.

‘Astaghfirullahalazim!!!!!’

Terus aku melarikan padangan aku daripada kereta yang baru melintas. Aku membaca segala surah yang aku hafal. Tangan aku menggigil mencari nama EL di telefon bimbit. Betul ke apa yang aku nampak tadi? Lembaga hitam kurus berambut panjang duduk menghadap ke belakang di atas bumbung kereta yang baru melintas.

‘EL kau dah dapat minyak belum? Cepat balik!”
Berderau jantun apabila suara wanita yang menyahut panggilan.

“Kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan, sila tambah nilai untuk membuat panggilan.”

TAK GUNA!
Aduh! Masa ni la pulak topap habis!
Lumrah menjadi pelajar, telephone bimbit mahal tapi kredit kosong!

BUMMMM!
Telefon bimbit terlepas dari genggaman. Seluruh kereta masih bergegar. Ada benda yang jatuh di atas bumbung kereta. Aku terdiam ketakutan. Hanya mampu menelan air liur. Anak mata aku tertangkap kelibat kaki hitam terjuntai di cermin tingkap sebelah kiri kereta. Terus aku melompat ke arah tempat duduk memandu dan berlari keluar dari kereta.

POOON!

Aku di kejutkan dengan bunyi hon kereta yang muncul dari arah hadapan. Kereta Polis Peronda tadi. Cepat cepat aku memandang atas bumbung kereta. Tiada kelibat mahluk hitam tadi.

‘Dah kenapa kau melompat keluar? Nampak hantu ke? Hahaha.’ soal Polis peronda.

Baru aku nak membuka mulut, EL mencelah. ‘Haha. Hantu Jalan Puncak Alam kot.’

‘Hahaha. Macam macam budak budak UiTM ni.’

Aku diam seribu bahasa hingga ke rumah. Selalunya EL memadam lampu ketika tidur, tapi malam tu dia membiarkan lampu terpasang. Keesokan malam penggambaran video bahasa Jepun di mulakan. Kami minta pertolongan Hariz menjadi tukang rakam. Semuanya berjalan lancar.

‘Dah pukul 10.00 ni, kita habiskan babak dalam lift lepas tu sambung esok.’ Kata kata Ilham terus membuatkan aku teringat kejadian semalam, aku menjeling lampu di koridor.

Tak terpadam pun?
Kenapa semalam terpadam? Benda apa yang aku nampak semalam? Dari tak ingat, terus teringat. Sampai satu babak dimana aku perlu berlakon keluar dari dalam lift dengan keadaan tergesa gesa. Masa tu kami semua di tingkat satu. Aku pun terus melangkah masuk kedalam lift seorang diri. Shera menekan tombol pintu lift dari luar. Menahan dari pintu lift tertutup.

‘Aku jerit dari luar Ready, Action! Selang empat saat je, kau terus buka pintu lift keluar berlari!’ arah Hariz.

‘Okey.’

Pintu lift tertutup rapat

‘Ready, Action!
Suara Hariz tak beberapa jelas kedengaran dari dalam lift. Jari telunjuk aku terus menekan butang buka pintu lift. Pintu tak terbuka. Apa yang aku rasa lift bergerak naik ke atas. Aku terus pandang nombor yang tertera di dinding lift.

DUA.

Alamak. Lift ni naik ke? Siapa pulak orang yang dekat atas nak turun ni? Lift berhenti di tingkat atas sekali. Pintu lift terbuka. Keadaan sunyi sepi. Tiada tanda tanda kelibat orang. Aku terus menekan butang tingkat satu bertalu talu. Aku merasakan lift sedang turun tapi tiba tiba berhenti di tingkat dua. Pintu lift terbuka. Keadaan koridor gelap gelita. Hanya lampu dari dalam lift menerangi kawasan di hadapan aku. Apa lagi benda yang nak kacau aku ni?
Hati aku berbelah bahagi!
Nak turun melalui tangga atau pun lift?
Tiba tiba sekujur tubuh berdiri di hadapn aku. Kepala mahluk tu terlentok ke kiri dan ke kanan. Seperti semalam. Tanpa berfikir panjang aku terus melompat keluar dari lift dan berlari menuju ke arah tangga. Aku berlari secepat mungkin, tanpa toleh kebelakang.

Turun!

Aku hanya mahu turun ke tingkat satu dimana semua orang menunggu aku.

‘Hah! Mana semua orang?’
Tercungap cungap aku bernafas. Mana pulak dorang ni. Aku tak berani memandang keadaan sekitar. Takut terlihat mahluk tadi!

TENG!
Bunyi pintu lift sampai di tingkat satu. Jantung aku berdegup kencang menanti pintu lift di buka. Satu susuk tubuh keluar dari pintu lift menerpa aku,

‘Hoi! Kau pergi mana tadi? Kenapa naik tingkat atas?’

‘EL…. kau…. rupanya!’

‘Aku sampai dekat atas tadi kau tak ada pulak?’

‘Tadi… sebenarnya …’

Dengan tergagap gagap aku cuba memberitahu EL benda yang mengekori aku, tapi niat aku terhenti. Mahluk tadi berada jauh di belakang EL. Meloncat loncat sambil berlari kearah aku seperti kanak kanak yang sedang bersuka ria.

PANIK! Tangan aku terus menarik EL masuk ke dalam lift.

‘Dah kenapa tarik tarik aku ni?’

Bodoh!
Kenapa la aku masuk dalam lift pulak?
Kalau benda tu ada kat dalam ni?
Ish! Panik punya pasal, sampai buat benda bodoh! Pintu lift terbuka di tingkat tiga, lega rasanya melihat keadaan koridor terang benerang,

‘Kau ni kenapa?’

‘Nak cari yang lain la. Mana tau dorang dekat atas ke.’ Terpaksa menipu EL.

Sebaik sahaja kaki kiri aku melangkah keluar dari pintu lift tidak dengan semena-menanya bahu aku terasa berat dan,

“HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHE”

Suara perempuan mengilai ketawa jelas.
Kuat!
Bergema!
Kedengaran jelas dari arah belakang. Apa lagi, lintang pukang aku dan EL berlari keluar dari lift. Pertama kali aku mendegar suara hantu mengilai. Kami berlari hingga ke hujung fakulti. Dengan keadaan tercungap cungap,

‘Kau dengar tak apa yang aku dengar?!’

EL tidak membalas pertanyaan aku, hanya mendiamkan diri. Termenung. Alamak! Dia ni EL ke ataupun?

‘EL?’
‘Ni kau kan?’

Soalan bodoh aku ajukan sambil mencuit cuit bahunya. Tiba tiba bulu tengkuk aku berdiri memandang EL yang termenung dari tadi tanpa sepatah suara. Aku terus bersiap sedia memasang seribu langkah, tiba tiba EL memandang tajam ke arah aku dan bersuara,

‘Ish! Aku la bodoh! Tumbuk tau ar. Cepat turun!’

Alhamdulilah! Syukur kepada tuhan, dia kasar seperti selalu. Dia memang EL. Kami berjalan laju menuju kearah tangga yang lain. Kedengaran tapak kaki berlari dari belakang, lantas kepala aku menoleh. Alya berlari mendapatkan aku.

‘Kau pergi mana weh? Satu fakulti kitaorang cari kau tau tak?’

‘Mana yang lain?’

‘Berpecah la cari kau!’

‘Tadi kita orang kena kacau. Jom turun cepat.’

EL sudah jauh di hadapan, aku biarkan Alya berjalan di hadapan aku menuruni tangga, memang tugas seorang lelaki untuk melindungi wanita walaupun aku yang akan berlari di hadapan dahulu jika mahluk tu muncul kembali.

‘Haaa? Kena kacau? Siapa yang kacau?’

‘Benda apa tah.’

‘Macam mana dia kacau weh?’ Alyah mendesak.

‘Nanti aku cerita la. Cepat turun!’

‘Dia mengilai dekat dalam lift kan?’

Kaki aku yang bergerak pantas sebentar tadi tiba tiba kaku seperti di gam. Alyah menghentikan langkahnya dan berdiri di anak tangga terakhir di tingkat dua. Aku hanya berdiri selang beberapa anak tangga dari Alya. Mata aku tidak berkelip memandang Alya yang berdiri membelakang aku sambil kepalanya melentok ke kiri dan ke kanan.

‘Hehe. Kenapa diam ni?’

Niat aku untuk lari ke belakang tak menjadi apabila lampu di belakang aku terpadam

‘Macam……. macam mana …… kau… kau tau?’

‘Hehehe. Sebab aku la yang mengilai tadi! HAHAHAHAHAHAHAHA’

.
.
.
.

Tiba tiba aku terdengar suara mengilai dari atas.
Sampai di tingkat dua, Massuan sudah terbaring di anak tangga dan tidak sedarkan diri. Penggambaran Video Bahasa Jepun hanya dilakonkan kami berempat. Menyesal menguasai diri kerana aku tak bertindak awal. Namun apakah daya. 4 tahun sudah berlalu, aku tak mampu memutarkan waktu. Kalau tidak, manusia akan DIHUKUM!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

CERITA EL
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

203 comments

  1. UiTM dan kisah seram berpisah tiada..
    Kesian Massuan..kisah kali ni menyeramkan..

    Cerita EL 12 tu xde sambungan ye.. Abis mcm tu je?..

          1. Soalan tu panjang sikit, tp bukan pasal cerita tu. Hm takpe la, kalau EL terperasan soalan tu bru reply.

  2. Berderau jantun apabila suara wanita yang menyahut panggilan.

    “Kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan, sila tambah nilai untuk membuat panggilan.”

    Ayat nie..haha..lawak abis..nice EL..

  3. Aduhh… Sian kat massuan… Dah ler berapa kali nak cakap x jadi… Sampai ke akhirnya kena kacau… Nasib la ko massuan.. Huhuhuu

    Btw, EL dating ngn bapok kt genting tu eh? Yg sado n tinggi 6kaki naik kembara… Hahahaha

  4. huhuhu.. apa terjadi kat #massuan?? #en.l cerita ni ada kaitan ker dengan entry sblm ni??
    #ceritaniseramnyerlainmacamjer

  5. Hoyyeaaahh!!

    Ada cerita daddy! Adik suka baca cerita daddy!!!


    ***Untung Fiksyen Shasha (fuck admin) sebab ada writer yang menulis cerita best2. Daripada segala yg best dan bagus ni la dapat generate traffic dan akhirnya, banyak pengiklan (walaupun banyak iklan Google) tapi yg penting kakitangan FS dapat banyak duit tukar keta besarrr (fuck again)

  6. Assalamualaikum el… nak tanya, el masih boleh scan ke…?? Nak mnta bantuan.. ni no phone saya… 014-3644263… harap sgt el dpt bantu…

  7. EL hebat juga ko ni… klo ni semua kisah benar kira dasat lah ko leh ckp ngn jin n nmpak benda2 mcm ni. Apa perasaan ko beb? Hahaa tak tkut ke

    1. Buat ape nak tipu, aku x dot ape.. berape ramai orang dkt FS ni aku dah tolong. Takot tu x. Terkejut ada hahaha…

  8. Penipu je ko ni, ko nampak & jumpa hantu ari² ke? nampak sangat bangang ko ingat jin dan setan bodoh cam ko ke nak tunjukan diri setiap hari suruh ko nengok konon nya ko tu special sesangat dh la reka cite bdoh cam ni! bawa tobat ye budak jgn menipu lg, mungkin esok ko jumpa sadako lusa jumpa slenderman haha penipu tul

    1. Kadang2 benda yg diluar pengetahuan kita ni, ada je. Cuma nya tak berlaku kat kita. Mungkin dia diberi kelebihan dan kau diberi kebodohan . Ehhhh Kau hadoo??

          1. Aku sesepuluh dengan komen medi yang sesembilan dengan komen selapan aku terhadap komen feeya..

    2. MEH AKU JAWAB SOALAN BODOH KAU NI: NI MASA AKU STUDY UITM, 4 TAHUN LEPAS! DAH 6 TAHUN AKU KENA KACAU. HARI HARI TU TAK, TAPI RASANYA KAU AKAN KENA NANTI! CAKAP BESAR! HAHAHA KAU RASA AKU SPECIAL KE ? HAHAHA! TQ! MMG AKU JUMPA MCM2 JELMAAN JIN! TU SEMUA JELMAAN BODOH! KAU JE BODOH PERCAYA BENDA TU WUJUD HAHAHAHAHA

      1. Sabar je EL, tak payah nak explain kat org macam tu. Yg komen bwah tu dia kata pondan tu dia tuju kat saya kot. Its ok. Diam je, biar dia meroyan sorg2

  9. Kelebihan menipu ke? wahai betina kemaruk celah kankang, Suda² la x yah nak back up penipu ni, dh cite tak logic apa kata ko urus diri ko yang busuk tu dulu betina kemaruk je yang suka cite si attention seeker ni

    1. Cakap siang pandang2 bro.
      Bahasa jaga sikit
      Kang aku starlight dahi ko pakai tumit aku.
      Tak suka tak payah baca

    2. Jangan macam ni,sahabat?
      Maaf kalau Airish mengguriskan hati sesetengah pihak.
      Maaf kalau Airish ada salah dalam pertuturan kata.
      Airish tak nak cakap banyak,
      Tapi biarlah hadis ini yang menjelaskan segala-galanya.

      “Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya” (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim)

      Allahurabbi..
      Tapi,jangan risau!Pintu taubat masih terbuka!?
      Dah,jom bertaubat!

    3. Part mana tak logic ? Kau x percaya Jin ? Lantank kau la. Aku tak paksa. Bila family kau kena kacau sampai m**i, baru kau tau tinggi rendah DUNIA CIPTAAN ALLAH hehe

      1. Kann… Jgn main2 ngn kuasa Allah weh…
        Ko kat dlm dunia ni kecik mcm semut je..Kalo Allah nk tunjuk kat ko, bole aje Dia nak bkak hijab ko sampai alam malaikat sana,, aku rasa mesti ko kat hospital gila skarang… Hehehh

  10. “Berderau jantun apabila suara wanita yang menyahut panggilan”
    Betul, selalu jgak berderau d***h ni bla dia y sahut panggilan ?
    .
    Btw, tak penah tak best . Kipidap ??

  11. Jgn layan la si kepam feeyak dia tu bapok biase le penjilat tegar si pondan el ni banyak btul le tina kmaruk kat cini sian aq tengok mcm takde life, e pondan el dh la post cite meroyan ko naik nyampah aq tngok lol jujur

    1. Jangan macam ni,NYampah.Banyakkan bersabar dan beristighfar..?
      Jangaanlah keluarkan kata-kata macam ni lagi ya??
      Allah SWT menciptakan mulut untuk banyakkan melafaz ziqrullah dan kata-kata yang baik,bukannya dengan cara begini.☝?

      Mari kita renungkannya bersama.

      “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka akan kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian” (al-Hakim dan Ibnu Hibban)

      “Kata2 yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat2 munaflk” (al-Tirmizi).

      Auzubillah!
      Apa lagi?Jom taubat!?

        1. Saya tidak sebaik sepertimana yang awak jangkakan,Saya hanya menyambung usaha Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda dalam berdakwah.?

    2. [email protected], sila kawal tingkah laku dan tutur bahasa anda..jgn jadikan fs sbgai medium untuk melepaskan kemarahan..sila salurkan tekanan jiwa yang anda alami kepada perkara yang lebih baik dan halal.

      kami di sini menghormati semua penulis kerana sudi meluangkan masa utk merekod cebisan di minda mereka samada fiksyen atau benar..
      kegagalan untuk menghormati penulis bermaksud gagal menghormati pembaca dan admin,

      jika anda merasakan penulis adalah penipu, tidak wajar untuk anda mencarut dan menggunakan kata2 lucah. sebolehnya, kami tidak ingin menganggap anda sebagai sampah berdaging di mana kerosakannya bermula di tengah2 dan mindanya berbau hanyir.

      sila berubah atau beredar!!!

  12. Takpayah nak kapir kan orang la ko tu dah LA syaiton asyik menipu konon bapak jin suka kan ko la asyik usha ko cermin diri ko sendiri dlu pondan, jin x kacau syaiton cam ko lain la ko tu zakir naik, cte rekaan bdoh ko ni buat fedup je lain kali kalo tak nak org komen tak payah post sini syaiton, post kat fb ko sendiri ko takut sebab cite ko fake tu la pasal haha ajak member beruk ko je yang komen memuji kebodohan ko bila org Lain bagi komen sikit dah sentap please go check your mentality aku rasa ko ni sakit parah ni, penyakit bebal menjadi jadi! Peace bro bapak jin kirim salam kat ko dia Kata Sila mereput jauh² 🙂

    1. Kalau ye pun x suka cite nie..kau rate je 1 star..mudah.my kan..daripada kau komen panjang lebar nie..yang kau dapat hanya lah kecaman dan cacian..ish³..
      #anda_mampu_mengubahnya

  13. Jalan cerita ni macam pernah aku baca sebelum ni di FS…Adakah ‘Aku’ dalam ceita ni adalah penulis lain yang ceritanya pernah aku baca?Hmmm…
    Mohon sambung cepat EL..Dengan cerita yg tergantung haritu…

  14. Biasa le dlu mase maknyah el pok ni kecik dia kena liwat gan dia punya atuk tu la pasal, takleh trime kenyataan tu mental dia bercelaru tak keruan sebab tu dia reka cite pasal jin yang liwat punkoq dia hijab terbuka la blabla… fantasi btul si pok ni, jin pun tak selera nak kaco hengko konon sixth sense le sangat dh le upload cite setiap minggu nyaaampah nye aq, kalo btul ada ganguan ko tak kan beria nak cite sangat mesti murung ke ape ke ni sihat walafiat je ko menipu nipu terus menerus khurafat nye nyah… bawak tobat nyah! Geli aq takyah nak third pov le typical meleis shit

    1. Aww, bash si pondan ni sorang cukup la xyah la bawa family dia yang innocent tu kejam aar ko, kecik hati dia nanti? nanti dia nagis tepi bucu katil mlm² takde jin nak pujuk kuikuikui

  15. HAHAHA..tergelak ak baca komen si pembenci si penyokong dan si penulis..komen korang lagi vouge dari cerita El

    #auuchh…i’mhot
    #sisterhibur

  16. EL..best..sila sambung..cikbambam bg 9.5/10..hahaha

    **tapi kenape ade komen berbau kecaman disini?kalo rasa xleh hadam & xboleh terima cerita2 writer, korg blh je bg pendapat masing2..guna kn ayat & perkataan yg elok2..kalo cara smpai kn pendapat tu dgn cara yg elok rasa nye writer pun blh terima kut ape pndapat korg tu..perlu ke smpai nak mengutuk org mcm tu sekali??

    1. Hahaha. Cik Bambam layan orang tak ada tuttttt buat apa.. hidup dorang bosan tu.. sikit pon tak baca komen si acah acah bijak pandai ni. hahaha.

      hey! Ada group best dot fb! Hahaha

  17. Jangan berhenti menulis EL. Kalau ada pun orang kutuk ko, jangan lupa lagi ramai yang lain suka baca cerita ko nih. Termasok haku.

    1. fuh! aku tak baca pon komen2 anjing2 tu. hahaha. Jgn risau, aku dh siap karang sampai CERITA EL 2O. biar dorang muntah. hehehe

      THANKS TEEJ!

  18. MasyaAllah komen paling teruk la kat sini.. Apa kes??
    Pakai bapok, pondan, mak nyah la, dah bosan jadi umat Nabi Muhammad ke??

  19. Bawa mengucap, kalau dah marah sgt rsanya dah boleh bercerita n mengadu saja pada Allah SWT yang Maha Mendengar. Jikalau ada pun kesalahan dalam cara penulis ni menulis ataupun sebarang tidak puas hati, komen saja gunakan bahasa yang lebih professional. kan manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.