Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada Fiksyen Shasha crew kerana masih sudi terima cerita aku bertajuk Entiti. Bila aku tengok balik cerita-cerita aku dekat FS, rupanya dah dua tahun aku tak hantar cerita dekat FS.
Kisah yang aku nak kongsikan kali ni ialah berkenaan dengan hotel-hotel yang pernah aku dan keluarga aku pernah duduk. Sebenarnya cerita ni diceritakan masa aku dengan family sedang breakfast. Mula-mula tu kami bincang pasal harga sewa rumah kami yang lama. Entah macam mana mak aku boleh keluar cerita hantu hotel.
Jadi, aku akan cerita beberapa kisah daripada mak, adik aku nombor dua, bini dia dan aku sendiri. Adik bongsu aku tak ada kat rumah sebab dia dengan family dia pergi kenduri dekat negeri lain.
KISAH MAK
Dulu, masa mak aku masih lagi kerja, dia kerap la kena pergi kursus. Kursus pulak kena jauh, bukannya dekat. Mostly kursus dia dekat KL. Dia pernah menetap dekat beberapa hotel dengan kawan sekerja dia. Dan hotel yang dia rasa agak berhantu ialah Concorde Shah Alam.
Masa tu dia duduk sebilik dengan Aunty Eda. Bilik tu mak aku cakap pelik sikit sebab lorong dari pintu masuk tu macam jauh dengan katil. Katil pulak jenis yang ke dalam sikit daripada lorong so diaorang tak nampak la pintu.
Aunty Eda tengah cerita pasal kawan sekolah dia. Kawan dia tu sakit strok dan dah lama tak boleh bergerak. Pastu ada la sorang tukang urut ni datang mengurut belah dia kena strok tu. Lepas tu, makin teruk sakit dia. Menurut Aunty Eda, orang yang mengurut tu ada saka dan kena la tempias dekat kawan dia yang sakit tu.
Masa mak aku tengah syok dengar cerita (dia cakap masa tu dia dah takut dengar cerita Aunty Eda), tiba-tiba dia dengar pintu dibuka. Aunty Eda pun dengar jugak. Mulanya diaorang ingat pintu bilik sebelah. Tapi dalam dua tiga kai berbunyi, mak aku pun jenguk la ke pintu.
Tiba-tiba dia nampak macam satu benda hitam lalu dari pintu menuju ke tingkap. Kejap je. Dalam beberapa saat je. Terus mak aku terkejut dan tak pandang pintu dah. Aunty Eda ni jenis berani sikit dari mak aku. Dia check pintu pastu tutup lampu dan tidur.
KISAH AMAN
Aman ni adik aku yang nombor dua. Dia ni kategori penakut ya amat! Dari kecik lagi memang takut segala jenis benda bukan hantu je. Kumbang terbang takut, lipas terbang apatah lagi! Dan dia memang tak percaya yang aku boleh tengok benda-benda makhluk halus ni. Dia selalu cakap yang aku ni kuat berkhayal la, berhalusinasi la.
Sehingga la pada satu hari, kami berdua nak jumpa mak kami dekat hotel Concorde tu. Benda ni berlaku pada hari seterusnya, waktu malam. Aman ni dia ada kereta, mak beli untuk dia kereta yang aku rasa bukan second hand tapi dah more that 5 hands dah yang pakai. Mak sengaja beli kereta buruk kat dia supaya dia tak pergi berfoya-foya ke tempat lain.
Aman ambik aku dulu kat rumah sewa. Masa tu aku study dekat Shah Alam. Kemudian, kami terus ke hotel sebab nak jumpa mak and at the same time nak rembat duit mak untuk belanja kami dinner kat hotel tu.
Parking dekat hotel tu kena parking dekat dalam jadi kami pun naik la ke lorong parking. Lorong tu pulak agak gelap. Aman ni kan penakut jadi dia bawak kereta tu tak pandang mana-mana dah. Dia pandang depan je.
Masa nak sampai ke tempat parking, tiba-tiba dia rasa meremang. Dia nak bagitau kat aku yang dia rasa lain macam tapi masa tu aku dah warning dia jangan tengok belakang dan jangan tengok side mirror. Bila dah meremang lepas tu ada pulak pakej jangan pandang side mirror, terus dia diam. Muka dia ni dah pucat.
Masa ni la dia percaya yang aku boleh nampak benda halus. Nak tau apa yang aku nampak? Aku nampak ada kakak cantik dengan rambut mengalahkan iklan rejoice sedang memerhatikan kereta kami sambil tersengih. Nasib baik dia duduk diam je kat situ. Kalau dia ikut, aku rasa Aman boleh buat U turn lepas tu turun semula. Haha!
KISAH MIRA
Ini pula kisah Mira, bini kepada Aman. Dia ni nak kata penakut macam Aman tak jugak. Ada la takut sikit-sikit tapi tak lah level Aman. Mira ni pernah ikut Aman pergi kursus dekat Gambang Water Park.
Masa tu diaorang ni baru je kawin dalam 5 atau 6 bulan macam tu la. Mira ni tak kerja. Dia buat online business. Masa Aman sedang berkursus, Mira melepak dalam bilik je la. Tengok TV, baca novel. Hari pertama dia kena kacau. Mira tengah golek-golek atas katil baca novel. Kemudian ada orang ketuk pintu bilik beberapa kali. Mira pun tanya la siapa yang ketuk. Tiada jawapan.
Mira anggap budak-budak yang main sebab ada yang bawak family datang sambil bapak mereka kursus. Lepas tu, pintu diketuk lagi dan kali ni sedikit kuat. Mira pun capai tudung, pakai tudung dan buka pintu. Dia pelik sebab tak ada orang pun. Satu lagi, bilik yang Mira duduk ni agak jauh dari Water Park and dekat dengan hutan.
Mira pun apa lagi, ketuk bilik kawan Aman kat sebelah (kebetulan bini dia pun ikut) dan tanya ada orang main ketuk pintu tak. Kawan dia cakap dia ada dengar jugak tapi bila tanya tak menyahut. Mereka berdua mengambil keputusan untuk tidak duduk dekat bilik sebab masa tu Mira dah rasa meremang.
Malam tu pun kena ganggu jugak time Aman ada slot kursus. Mira ajak kawan bilik sebelah datang lepak bilik dia. Kalau nak keluar ke Water Park, tempat tu gelap so diaorang tak berani.
KISAH AKU
Aku pernah jugak kena ganggu masa dekat hotel sebab kalau kursus je, mesti duduk hotel dan dah banyak kali aku tak ada roommate. Aku ok je tak ada roommate tapi rasa jugak la meremang sedikit sebanyak.
Hotel yang aku biasa berkursus ialah hotel Grand Continental dekat KL. Aku suka hotel tu sebab mudah nak commute. Stesen bas dekat, stesen LRT dekat. Stesen bas tak ada dah kot rasanya. Haha. Aku dah lupa kali ke berapa aku stay hotel ni masa kena ganggu tu. Dalam satu malam, ada la dalam 3 jenis gangguan.
Gangguan pertama bila habis sesi taklimat. Masa tu malam dan dekat hotel tu ada tempat iron dekat dengan lif. Aku bukannya suka sangat nak iron baju kat lif tu sebab iron dia tu memang dah hangus sikit kat bawah tapaknya. Jadi nak gosok baju pun rasa was-was. Karang terbakar baju aku, nanya!
Aku dah call housekeeping untuk minta iron tapi diaorang cakap iron dah habis so kena la iron dekat lif. Lepas je taklimat, dalam pukul 11 macam tu, aku pergi la iron baju. Aku malas nak iron semua baju so aku iron baju yang nak pakai the next day je la. Masa aku iron tu, aku mengadap lif.
Tengah syok iron baju dengan penuh berhati-hati takut baju or kain berlubang, aku perasan ada sorang makcik Cina ni tengah tunggu lif. Aku pandang dia dan dia senyum kat aku. Makcik ni memang comel sebab dia pakai baju cheongsam warna pink.
Ding!
Bunyi pintu lif terbuka. Aku pun memang anggap makcik Cina ni dah masuk lif la. Aku pun teruskan iron baju. Bila aku dah siap iron, aku tengok makcik Cina tu masih dekat depan pintu lif, senyum dekat aku. Pelik jugak aku. Rasanya dah banyak kali aku dengar pintu lif ni terbuka. Dah la nak ke bilik aku tu kena lalu dekat depan lif tu.
Aku pun lalu je la. Masa aku lintas makcik Cina tu, aku senyum dan tunduk sikit tanda hormat. Makcik tu senyum je la. Kebetulan pintu lif terbuka dan kawan aku pun keluar sebab dia duduk di tingkat yang sama. Dia tanya aku kenapa senyum. Aku cakap la aku nampak makcik Cina kat depan lif.
Yang lawaknya, bukan aku yang lari, dia yang lari sebab takut. Saba je la. Aku siap gelak lagi sebab cara dia lari tu sangat la lawak. Macam la dia nampak makcik tu. Masa kawan aku keluar, dia tak nampak makcik tu dan aku memang nampak dia jalan menembusi makcik Cina yang comel tu.
Sebelum aku masuk bilik, aku toleh kat makcik tu. Dia ada lagi kat situ.
“Bye Aunty!” aku lambai-lambai dekat makcik tu. Lepas tu, makcik tu hilang. Agaknya dia kesunyian kot sebab dia tunggu kat lif tu kot-kot la ada orang nampak dia.
Malam tu jugak, pukul 3 pagi, ada orang tolong masakkan air untuk aku. Aku kan tak ada roommate. Aku terkejut jugak la bunyi orang masak air dan bila aku bangun, electric kettle tu bernyala dan air dimasak. Aku terus tidur dan berterima kasih pada yang sudi masak air untuk aku.
Sejam lepas tu, bunyi orang flush jamban. Sekali dua aku ok lagi. Ni rasanya macam main flush je. Aku annoying dengan bunyi flush dan juga orang yang suka membazir air. Aku bangun dan terus buka pintu bilik mandi dengan luas. Ada orang baru lepas flush jamban. Terus aku marah dan warning jangan main flush.
Kalau kejadian kat bilik guru tu, benda tu dengar kata. Tapi yang kat hotel ni jenis yang tak makan saman. Sepanjang aku duduk kat hotel tu selama 3 malam, memang tiap-tiap malam benda tu main flush. Agaknya rumah dia tak ada flush jamban kot sebab tu gilir-gilir berak agaknya.
KISAH AYAH
Ayah aku pun nak cerita jugak pengalaman dia dekat hotel. Jadi dia pun cerita la pasal hotel Carlifornia. Boleh check in bila-bila masa tapi tak boleh nak check out. Rupanya dia ambil cerita tu dalam lagu Hotel Carlifornia. Bertuah betul la ayah aku!
lamanya tnggu citer butirstar
welcome to the hotel of california.
Sebenarnya kalau baca lyrics hotel california tu seram gak
hahahaha…yang ayah pun nak jugak citer seram…
Butistar mmg dari dulu cite best2 tapi pendek2 adoiiii. Baru nak layan lentok tetiba dh abes. *facepalm.