Assalamualaikum guys. Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat admin FS sebab sudi siarkan cerita aku kali ni.
Kisah yang akan aku ceritakan ni adalah tentang kemisterian kawan aku. Misteri yang sampai sekarang aku tak boleh nak brain apa punca dia berperangai pelik. Aku dan kawan aku, Ayu ni sekelas masa kat universiti dulu. Ayu ni baik orangnya dan sangat lemah lembut. Kalau bercakap tu, suara dia boleh mencairkan hati wanita lah senang cerita. Jauh beza la dengan aku yang gangster ni. Dari segi sosial pulak, hubungan dengan kawan-kawan perempuan sangat baik.
Tapi, entah kenapa, hari demi hari, dia berubah. Dia mula jauhkan diri dari semua kawan sekelas. Jalan sorang-sorang, senyum sorang, makan sorang, cakap pun sensorang. Pendek kata, macam forever alone la. Jadi, kami pun berbincang dengan wakil kelas (perempuan) untuk cuba nasihat si Ayu ni. Yelah, dah tetiba berubah buat perangai pelik, kami takutlah si Ayu ni ada masalah ke sampai depressi.
So, satu hari tu, aku dan kawan aku ni confront si Ayu. Tarik dia dan bincang tentang masalah dia. Sepanjang aku bebel-bebel tu, Ayu ni senyum je. Senyum tu aku tak kisah la, tapi pandangan mata dia weh… menyeramkan. Korang tengok cerita Dukun tak? Hah macam Umie Aida dalam cerita tu. Aku dah start annoying masa tu. Eh aku cakap panjang lebar, kau boleh senyum je? Tapi kawan aku kat sebelah diam je dari awal sampai akhir. Dia perhati je reaksi si Ayu yang pelik tu. Habis aku cakap, cepat-cepat dia tarik tangan aku and blah. Aku dah buat muka blur.
“Asal tarik aku? Aku tak dengar lagi apa yang dia nak cakap.”
Kawan aku geleng.
“Ayu tu lain la. Aku rasa kita kena jumpa dia lain kali.”
Ah sudah. Lain pebenda ni…
Jadi, kami set untuk jumpa dia malam keesokkannya. Dan kami mintak untuk jumpa di bilik dia. Sebenarnya, tujuan kami nak datang bilik tu sebab nak check surrounding dia. Kot la ada benda pelik ke apa ke. Acah penyiasat cabuk la. Malam tu, dia tunggu kami kat koridor bawah blok asrama dia. Blok asrama dia jauh sikit dari blok asrama classmate yang lain. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh tercampak kat situ sorang-sorang, sedangkan yang lain duk dekat-dekat, boleh jerit je ajak turun makan. Sampai je bawah blok si Ayu ni, dia pun ajaklah kami bertiga naik ke bilik dia di tingkat 3. Baru je kaki ni nak melangkah, tiba-tiba Ayu bagi cadangan.
“Jom ikut jalan sana.”
Tangan dia tunjuk ke arah belakang blok yang gelap gelita. Kawan aku dah tepuk tangan aku. Aku pandang tangga blok yang ada depan mata, then aku pandang dia.
“Kau pahal nak ikut jalan jauh? Naik sini je.”
Aku terus tarik tangan kawan aku dan naik ke blok dia. Haih, ni kalau dia buat perangai pelik tetiba tarik aku kat tangga ke gelak mengilai ke memang aku tendang je si Ayu ni. Dah lah blok asrama dia nampak suram, macam takde orang duduk. Si Ayu ni duduk tingkat paling atas sekali dan boleh dikatakan bilik dia macam terpencil. Bila kami masuk ke bilik Ayu, bau hapak memenuhi segenap ruang. Ayu duduk depan kami sambil tersenyum simpul. Aku cuba mulakan perbualan.
“Mana roommate kau Yu? Bukan kau cakap kau ada member yang duduk sekali dengan kau ke? Aku tengok kosong je katil ni.”
“Oh, dia dah pindah bilik lain. Nak duduk dengan kawan satu course katanya.” Jawab Ayu. Aku dengan kawan aku oh kan je jawapan dia.
Perbualan seterusnya di lead oleh kawan aku. Aku take in charge tengok sekeliling bilik dia. Takde apa yang pelik dan meragukan, tapi aku musykil mana datang bau hapak haish. Aku try bukak tingkap nako bilik dia dan aku tak nampak apa-apa. Gelap. Rupanya bilik dia betul-betul dekat pokok besar. Lain macam dah ni. Baru aku nak tutup balik tingkap tu, tiba-tiba, aku terasa angin sejuk lalu kat muka aku. Aku pandang dia dan aku tengok dia tengah perhatikan aku sambil sengih.
“Cantik kan lampu-lampu kat luar?” soal Ayu.
Aku macam, “Ha..ah..cantik. Pandai kau cari bilik.”
Padahal, mana nak nampak lampu dengan rimbunan daun macam tu. Aku dah tak sedap hati. Aku ajak kawan aku balik sebelum benda lain muncul. Elok nak bangun dari katil, tiba-tiba Ayu tarik tangan aku dan pandang aku dengan mata sayu.
“Cah…jom tidur dengan aku malam ni?”
Aku dah gelabah, tapi still boleh cool lagi. Rileks Cah… Aku tolak dengan cara baik, bagi alasan dah janji nak marathon drama korea dengan roommate aku. Aku kesian dekat si Ayu ni tapi aku takde kekuatan. Nampak gangster, tapi bab macam ni aku jadi perempuan jugak weh. Lepas balik dari bilik Ayu, kawan aku cerita, masa dia borak dengan Ayu, dia perasan yang Ayu ni asyik menjeling ke arah aku sambil senyum mengangguk. Mulut mengomel tapi suara tak keluar. Aku cuba jadi positif, mungkin aku cantik sangat malam tu sampai Ayu tak boleh lepas daripada tengok aku.
Aku terus balik bilik dengan harapan roommate aku dah balik dari discussion. Tapi harapan punah sebab bilik masih gelap. Takpelah, kena berani. Aku pun siap-siap tukar baju sebab nak tidur. Elok aku nak lelap mata, roommate aku pun balik. Tengok jam dah pukul 12.30 malam.
“Lambat kau habis discussion?” tanya aku.
“Hmmm.” Pendek je jawapan dia. Okay fine. Aku pun sambung rebah balik ke bantal. Cuba pejam mata dengan lampu yang masih bernyala. Ala tak mengantuk pulak. Tadi mulut bukan main besar menguap. Aku bangun dan capai laptop atas meja. Aku ajak sekali roommate aku marathon drama korea yang ada dalam laptop aku. Dan jawapan dia masih sama – hmmm. Aku beranggapan yang dia baru lepas bertekak dengan group dia lepas discussion tadi. So, malam tu kami layan 5 episod non-stop. Lepas azan subuh baru aku berhenti sebab dah rasa mengantuk gila. Nasib baik haritu hari cuti, boleh la aku qada’ tidur yang dah aku korbankan hahaha. Lepas solat subuh, aku tengok roommate aku dah tidur berselubung atas katil dia. Mata aku pun dah berat, jadi aku terus naik ke katil dan pejam mata.
Pagi tu aku bangun dalam pukul 10. Tengok katil sebelah, eh kosong pulak. Rajin pulak roommate aku keluar awal pagi. Tapi takde pulak dengar dia bukak pintu bilik ke apa. Mungkin aku yang tidur mati kot sampai tak perasan dia keluar. Lepas kemas bilik dan mandi, aku pun lepak sambil settlekan assignment yang nak disubmit lusa. Tiba-tiba roommate aku pun balik dengan rupa yang tak mandi. Yelah, balik dengan baju, buku yang dia bawak discussion semalam. Aku dah pelik. Takkan dia keluar tadi dengan rupa macam ni?
“Woi, kau keluar tak mandi ke? Asal serabai sangat?”
Roommate aku pandang pelik.
“Bila pulak aku keluar, aku tidur bilik Tira semalam sebab habis discussion lewat. Terlajak pulak tidur sampai tengah hari.” Jawab roommate aku.
Aku membeliakkan mata.
“Kau jangan memain dengan aku. Kita layan drama sampai subuh kot semalam!”
“Betul la aku tidur dengan Tira semalam. Merepek la kau ni. Entah dengan siapa-siapa kau lepak, kau mengigau cakap aku pulak. Dah la, aku nak mandi.”
Aku diam. Weh…dengan siapa aku duduk semalam? Otak tak habis cerna maklumat lagi, tiba-tiba telefon aku berdering. Tengok nama Ayu dekat skrin. Aku pun angkat lambat-lambat. Baru nak bagi salam, Ayu terus tanya aku soalan.
“Cah, semalam kau tengok cerita apa ek?”
“Asal tetiba tanya?”aku pelik. Si Ayu ni bukan jenis layan drama korea.
“Oh, sebab dia cakap cerita tu best. Aku nak tengok.” Lepas cakap tu, Ayu gelak. Dia? Aku dah meremang bulu roma. Ya Allah, pengsankan lah aku… Belum sempat Ayu sambung cakap, aku terus letak telefon.
Selepas dari insiden tu, Ayu cuba rapat dengan aku. Tapi aku perasan senyuman dia, pandangan dia lain macam. Masa tu aku takut dia songsang je, kot tiba bernafsu kat aku. Aku cerita dekat kawan aku untuk mintak pandangan dia, and kawan aku nasihatkan aku untuk jangan masuk campur lagi pasal Ayu. Dia cakap dia akan settle dengan kawan-kawan yang lain sebab dia tahu aku lemah semangat. Takut lain pulak jadinya nanti.
Apa yang jadi dekat Ayu lepas tu, aku tak involved sangat. Yang aku tahu, kawan-kawan aku dah bawak jumpa ustaz untuk rawatan islam. Alhamdulillah, dia makin okay dan sekarang ni makin bahagia. Apa-apa pun, untuk Ayu, aku harap kau terus berjaya dan jangan sesekali lalai dalam melaksanakan tuntutan agama.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
cah boleh nyatakan kenapa ayu jadi macam tu…
Yee saya pon nak tau gak
hmm cik win,kan dia dah kata,dia pun tak pasti kenapa ayu jadi macam tu hmm….
First…
Kat sini pon nak jgk adeh
nak tahu sebab apa ayu jadi mcm tu? sebab pokok besar tu ke? dalam asrama ayu tu…sapa lagi stay dekat situ?
“Kalau bercakap tu, suara dia boleh mencairkan hati wanita lah senang cerita” – Maaf, Ayu ni lelaki ke perempuan?
saya lgi tk bole brain dgn soalan awak
ayu ade ‘kawan’ la tu..
Bunga padi# ayu tu perempuan…..yang writer tulis tu nak buat lawak
Best cerita ni. Baru je nak give up sebab seram sangat takut xleh handle.. Nnti masuk bilik air suruh mak teman pula.. Tpi tetap truskn sbb author buat lawak sikit2. Heheheh
FIVE STAR ! ❤