#Cah : Sihir

Assalamualaikum guys. Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat admin sebab approve cerita aku ni. Sebelum ni aku ada post satu cerita “Tetamu Malam”. Tak tau la korang ada baca ke tak hehe.

Kali ni aku akan ceritakan satu kisah tentang sihir. Mangsanya adalah mak aku sendiri. Kisahnya bermula sejak 2014 lagi atau sebelum dari tu lagi. Entah, kami semua tak pasti. Masa mula-mula dapat detect mak aku kena sihir ni, mak aku jadi seorang yang sangat baran dan murung. Aku akui yang mak aku ni garang tapi takdelah sampai tahap semua benda dia nak tengking. Lepas tu, bila malam datang je, mak aku jadi resah gelisah. Lagi-lagi bila masuk waktu maghrib. Kalau tidur pulak, dia selalu terjaga pukul 3 pagi and takkan tidur sampai subuh. Selalu sangat mak aku pergi kerja dengan mata yang sembap and lama kelamaan, dia nampak semakin cengkung. Kawan-kawan ofis mak aku pun sampai dah tak berani nak tegur dia, apatahlagi bergurau senda.

Sampailah satu hari ni, mak aku menangis mintak ayah aku bawak mak aku keluar dari rumah sebab dia dah tak tahan panas campur sekali sakit kepala. Kebetulan ayah aku cuti haritu sebab risaukan mak aku. Ada jugak mak aku mintak ayah aku bawak jumpa mana-mana ustaz sebab dah macam-macam klinik dia pergi, ubat d***h tinggi dah makan sampai tak larat, MC sampai dua minggu (nasib baik bos faham). Masalahnya, ayah aku ni jenis susah percaya dengan benda-benda yang melibatkan gangguan semua. But in the end, ayah aku bawak jugak mak aku gi pusat perubatan islam. Sampai je kat sana, ustaz yang nak rawat mak aku tengok dia sampai geleng kepala. Dia baca doa sampai mak aku batuk muntah kahak and lepastu dia arahkan mak aku pergi tepuk. Ni bukan tepuk amai-amai upah susu tau, ni tepuk badan dengan daun bidara untuk keluarkan bisa. Aku pernah jugak masuk tengok proses tepuk ni, macam-macam jenis ada. Bisa yang keluar tu rupa dia macam kaca halus tu, macam serbuk bling bling pun ada. Ustazah cakap, kalau rupa dia berkilat, maksud sihir tu baru dihantar. Kalau macam pasir biasa tu lama dah. Tapi kalau ada warna merah, maksunya bisa tu dah campur dengan d***h. Kes mak aku ni, semua jenis ada.

Diagnosis ustaz pada awal-awal rawatan tu, ada yang cakap santau angin. Bila ustaz cakap macam tu, ayah aku bawak mak aku pergi jumpa sedara dia kat kampung, katanya boleh rawat orang kena santau. Mak aku pun disuruh minum air kelapa untuk muntahkan semua kotoran yang ada dalam perut. Sudahnya, mak aku muntah tapi yang keluar bukan benda kotor, tapi air kelapa tu balik. Yelah, sampai dua biji kot mak aku telan.

Mak aku konsisten jumpa ustaz kat pusat perubatan islam setiap minggu. Macam-macam ustaz cakap, santau la, saka la, belaan keturunan la. Last-last, baru come to conclusion yang mak aku kena sihir. Ustaz selalu pesan kat mak aku untuk jaga ibadah dia sebab benda-benda ni suka kalau manusia macam kita ni leka sikit. Alhamdulillah, lepas rawat tu, barulah ceria sikit muka mak aku. Tapi benda tu tak hilang tau. Sebab sihir ni dihantar secara berterusan. Pernah jugak mak dan ayah mintak ustaz bagitahu siapa yang hantar, ustaz just bagi hint kalau dia bagitahu, takut mak aku tak percaya. Mak aku pun malas nak ambik port tapi satu malam tu, sebelum dia tidur, dia terdetik dalam hati mintak Allah tunjuk siapa pelaku tu. Kuasa Allah, mak aku mimpi kena kejar dengan seorang lelaki. Lelaki yang dia kenal tapi bila bangun, dia tak ingat siapa. Bila mak aku cerita kat ustaz, ustaz senyum je. Katanya, ciri-ciri tu memang ada.

Sihir kat mak aku tu satu cerita. Bila benda-benda ni mengganggu mak aku, automatiknya family aku pun terkena sama. Dia tak kacau direct tau, dia just main-main kat rumah. Contohnya, masa aku duduk kat tingkat bawah rumah sorang-sorang, benda tu akan main ketuk-ketuk pemegang tangga. Pulak tu pemegang tu jenis besi kosong, bising la jugak dengan keteng keteng tu. Aku masa tu cuak la jugak, dari bukak akademi fantasia boleh tukar gi channel astro oasis. Kalau time duduk kat tingkat atas pulak, dia akan main kat area dapur. Bunyi orang punggah pinggan mangkuk itu biasa. Pintu bilik belakang yang kitorang jadikan stor pun selalu bunyi macam kena hempas tutup. Bila tengok, takde pulak pintu tu terbukak. Pernah tu adik bongsu aku tengah syok layan kartun kat ruang tamu, tetiba hujung mata dia nampak ada kelibat hitam tengah duduk kat meja makan. Dia pun apa lagi, tinggal semua naik bilik.

Aku pernah kena kacau direct dengan benda tu. Kebetulan satu malam ni aku tidur lewat and aku pun layan la drama korea dalam phone. Adik aku yang baring kat sebelah pun siap-siap nak tidur. Since mata aku celik lagi ni, aku konon nak habiskan lagi dua episod drama tu (hanya kaki kdrama yang memahami) so aku mintak adik aku bagi earphone. Adik aku cakap yang earphone ada kat ruang tamu. Aku pun malas nak turun, jadi aku biarkan je. Dalam 5 minit lepas tu, tetiba kat kepala aku terasa macam ada something jatuh. Nak tahu amende? EARPHONE yang aku cakap ada kat ruang tamu tadi. Aku dah macam…aiseh kurang ajar betul. Aku tengok jam dah pukul 1 pagi. Geram je aku, tinggal dua episod je kot. Aku pun tutup telefon and baca segala doa yang ada sambil pejam. Nak dekat 10 minit aku cuba nak lelap, tapi mata ni tetap segar. Time tu aku dah berselubung habis. Peduli apa aku, panas pun panas la. Tetiba telinga aku dapat tangkap macam orang ketawa halus. Halus yang buat geli-geli telinga tu je. Aduh jiwa aku masa tu hanya Allah je yang tahu. Rasa nak maki pun ada sebab aku nak tidur doh. Aku kentalkan hati aku taknak bukak selubung selimut tu walau apa pun yang jadi. Masa tengah berselubung tu, hujung kaki aku rasa macam dicuit and hujung kaki selimut aku pulak rasa ditarik-tarik. Tarik-tarik manja je tapi aku dah rasa nak meraung pun ada. Segala bayangan filem hantu yang aku pernah tengok dah berlegar dalam kepala aku. Aku redha je masa tu, istighfar dan terus bangun sambil capai bantal selimut, lari masuk bilik mak aku. Adik aku? Lantak pi dia dah masuk alam mimpi haha. Mengerekot aku tidur atas lantai. Sebelum aku tidur tu, sempat jugak aku dengar pintu bilik mak aku kena ketuk dalam dua kali. Bukan ketuk yang mesra alam siap assalamualaikum tau, ni ketuk macam marah. Aku pun lantak kau lah, aku dah mengantuk. Nak dekat pukul 2 dah masa tu. Nampak macam kental kan? Idok jugaklah sebenarnya, dua tiga orang ustaz jugak aku jumpa nak pulihkan semangat balik.

Sekarang ni alhamdulillah, gangguan tu masih ada tapi takdelah sekerap dulu. Kalau aku duk sensorang kat rumah, aku duk tingkat bawah, dia main kat tingkat atas, aku perli je dia.

“Slow sikit….aku tengah tengok tv ni.”

Macam berani kan? Padahal tangan aku dah ready nak capai tudung and kunci kereta. Kot dia buat perangai main hempas barang, memang aku cabut. Okeylah, sampai sini je kot cerita aku. Banyak sangat kang boleh jadi novel pulak FS ni. Terima kasih sebab sudi membaca!

– Cah

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

56 comments

  1. Fuhh…express betul keretapi engko bergerak. Semput aku baca sekali nafas. Btw…bapak aku pun selalu tegur tiap malam bila ada bunyi atas bumbung, tegur suruh duduk diam2. Lepas tegur terus senyap. Org kampung sebut ‘berjalan malam’. Org kampung aku la sebut, menda apa berjalan malam tu aku pun tak tahu.

    1. Sama la aku pun baca sekali nafas. haha. Kalau dekat kg aku memang kerap jugak bunyi atas bumbung ni, tp biasanya kucing manjat cari tempat tidoq huhu

      1. Amboi…blagak betul sampai port atas bumbung punya nak tido kucing engko ye. Demand tak sedar diri betul. Hahaha

        1. Haha kan. sampai skrg kalau dengar bunyi guli atas bumbung ke apa aku husnudzon kucing tengah lawan guli dengan member

  2. Aku masa tu cuak la jugak, dari bukak akademi fantasia boleh tukar gi channel astro oasis. – heheeheh
    aku konon nak habiskan lagi dua episod drama tu (hanya kaki kdrama yang memahami) – sangat paham,sep!
    tetiba kat kepala aku terasa macam ada something jatuh. Nak tahu amende? EARPHONE – Dasatnya…

    1. tekejut gak baca…amboi…baiknya ..siap amikkan earphone…bole le mintak tlg kemas2 rumah lps ni …(sori gurau aje)

  3. **mak aku menangis mintak ayah aku bawak mak aku keluar dari rumah sebab dia dah tak tahan panas campur sekali sakit kepala** ~ lebih kurang macam yang mak saya kena.

  4. Emm apsal sejak aku bc fs ni penulis minat k.pop ni..asyik cerita korea..x dak plak sinetron indon…btw.. biasa stry sihir sama ja jln cerita nya..semoga kita terhindr dr sifat busuk.manusia ni…cau

  5. Dalam 5 minit lepas tu, tetiba kat kepala aku terasa macam ada something jatuh. Nak tahu amende? EARPHONE yang aku cakap ada kat ruang tamu tadi.
    “benda” tu dh tlong ko ambikkan earphone ler tue.

    1. Kan..org y kental jiwanya akan cakap..”tengs tutu susah2 je tolong amek”…tp mkcik pun mcm cik cah kot..plus tidur tepi adik lg..

  6. cerita tanpa melibatkan dialog tapi masih best dan mudah difahami. pap pap pap dia bagi dari awal sampai abis, tak kasi chance. oleh itu, maka dengan ini, wahai Cah, wa dah jadi peminat lu! #minatbukanngorat

      1. Aku jaga mak aku bro.. X de menyepi pun.. Ada je drop komen. Tp x semua setori.. Tau la nnt kena kecam.. Haha

          1. meh cikbambam tlg jawab kan..
            singkong belum kawen lg..canteq44 berkenan ka?
            kalo berkenan mai la amek borang kat cikbambam..hihihi

  7. siang-siang baca FS ,karang malam mula lar g dapo berlari,g bilik air berlari,tutup lampu berlari.LOL

    if u know what i mean *

      1. sama la..sggup weekend tak gi mana2 sbb nk abes kan sume episod..haha..
        skg tgh tgk hospital ship..kt online tgh ongoing lg..x saba nk tgu next episode..huhu

  8. Atas rumah sewa aku yg dulu slalu bunyi lari2..laju giler dia lari.. Slalu buat aku trbangun dr tidur.. Bila da tak tahan dengan bunyi kegembiraan tu aku panggil tuan rumah suruh fix.. Rupanya cik mikus dan keluarganya termasuk ke situ (puncanya rumah jiran yg x berpenghuni)..di pendekkan setori.. Cik mikus dan keluarganya yang terdiri daripada 5 dewasa dan 3 infant itu pun d kenakan hukuman m**i mandatori..

    Aku bagi 6/10 kipidap writer

    1. Hihihihi…
      Seram komedi las Singkong & keju citer ko…
      Ko jgn memain,
      Cik Memento &the gengs spesis pendendam tau,
      D antau yer santau tahi& geng2s yer,
      Mau bserabut nak mngemas umah…
      Berbalik pd citer tdi,
      Kipidap Cah,
      Nnti sambung lagi k,
      Nak tau gak Mak Cah da smakin baik dri santau

      1. x sempat nak balas dendam.. da arwah semua tu.. kalau pun geng2 dia nak balas dendam..
        aku da x tinggal sana lagi.. hahaha moment of silent la buat penyewa baru tu.. haha

        1. Hihihi,
          Da laa kita penggeli c memento tu,
          Lipas ok jek…
          Sbb penah alami c memento&the gengs serbu umah kita dlu,
          Siap dberikan santau tahi,gigit sofa…
          Mnangis ooo nak mngemas umah,
          Sedangkan xde marah pun,
          Cuma ada seekor tmasuk perangkap,
          Sblm nak lepas,
          Pesan kat memento,
          Jgn dtg umah lagi, kita ckp lagi, x marah&berdendam pun…
          Smpai skrg xpenah masuk umah,
          Tu jek petua yer
          Kali dia lalu kat depan laman umah jek…
          Tu pun mencicit lari yer

          1. Rumah aku skrng tingkat 5..so mmg x de lagi la cik antu kecik tu datang melawat.. Aku kalau haiwan yg bole lari2 aku still ok.. Tp certain bugs mcm x bole hadap sngat.. Pak belalang dan yg seangkatan dia paling aku haramkan untuk masuk rumah aku..

  9. Dahsyat la weiiii!! dia bagi earphone kat awak kot!! kalau saya, terus saya langkah sejuta. hahaha kentalnya awak! but until now ke tak tahu siapa dan kenapa orang hantar sihir kat mak awak???

  10. 2015 msa tu ak 15 thun. .budak lgi ni. .huhuhu. .ak prnh dgr papa ak tegur bunyi ni. .msa tu ak dlm blik x tdr pn study sbb pt3 dh dkt. .ppa ak ckp mcm ni *jgn kacau!kami skeluarga x kcau kau!* then lpas tu bnyi mcm ad benda lari ats bmbung ..dn ak?terus tutup bku and tdr. .xbrni wehh. .haha

  11. Tersenyum baca part,
    ‘Mak aku konsisten jumpa ustaz kat pusat perubatan islam setiap minggu’
    sesetengah orang malas, dan yang lagi teruk tak percaya.
    Macam ni la, bagos! hehe

  12. Laju btul citer nie. by the way, nice.. aku pun jenis layan kpop mlm2 dlm phone. kdg2 time nk ltak earphone dkt tepi dlm pkul 2-3 pgi cmtu bleh plk ada benda hitam tgh tunggu dkt tepi. trus x jdi letak. rupanya mlm tu aku layan x kpop bukan sorang2, ada yg setia tunggu plk

  13. cah tgok kdrama kuat sgt lah tu . tu dia bagi earphone dah cah malas sgt nak pi amek . menganggu dia tdo lah tu . rajin gak antu tu ? hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.