Cakap Siang Pandang-Pandang

Assalamualaikum dan hi.

Tq admin kalau siarkan cerita ni. Dalam entri ni, aku nak cerita tentang beberapa gangguan yang aku alami baru-baru ni. Sebelum tu, sedikit pengenalan pasal aku. Aku AJ, perempuan dan berumur 20-an. Sejak kecil, aku ni ada 6th sense. Bukan setiap masa aku nampak, Cuma bila diizinkan Tuhan saje aku boleh nampak dan dengar makhluk halus ni. Deep down, aku dah taknak nampak,dengar, diusik, rasa atau apa2 jelah kaitan dengan makhluk halus ni. Tapi aku tak tahu macam mana nak tutup hijab ni.

Aku ada alami banyak benda aneh. Tapi kali ni aku nak kongsi pasal kisah yang terjadi kat aku pada satu malam. Mulanya macam ni, satu hari ni aku decide nak tido kat bilik sewa kakak aku sebab aku dah lama tak jumpa dia. Company dia(kakak aku) hantar dia ke oversea sebab ada project kat sana. Kiranya, bilik dia tu dah tak berpenghuni selama lebih kurang 5 bulan. Aku pun sajalah nak overnight kat bilik sewa dia malam tu sebab kekonon nak spend time dengan dia la. Yelah, dah lama tak jumpa kan. Dia pun baru je sampai Malaysia sehari sebelum tu. Kakak aku ni time tu dia period. Aku boleh solat. Seronok sembang punya pasal, aku tak mengaji pun kat bilik tu lepas aku solat.

Malam tu, masa sebelum tido, aku takde rasa apa-apa yang pelik. Biasanya, aku ni dapat rasa kehadiran makhluk tu. Tapi tidak pada malam tu. Mungkin aku terlalu seronok jumpa dan sembang dengan kakak aku. Rasa excited dan seronok tu dah overwrite perasaan lain. Sebelum tido, aku rasa ngantuk sangat tapi aku susah untuk lelapkan mata tak tahu kenapa. Semua posisi tidur aku try. Akhirnya, tanpa aku sedar aku pun lelap.

Aku pun bermimpi (sebenarnya tak pasti sama ada aku mimpi atau separuh sedar). Dalam mimpi tu, aku tengah tido dalam bilik kakak aku tu la. Kakak aku ada kat sebelah aku, sedang tido. Tiba-tiba aku nampak ada dua bijik kepala. KEPALA SAHAJA. Bukan macam penanggal tu. Kepala tu terapung-apung di sebelah kiri dan kanan aku. Rambut dia hitam dan panjang, mata terbeliak, mulutnya tersenyum lebar nampak gigi kepada aku. Muka dia tak berdarah atau berkedut ke apa. Cuma pada aku, senyuman lebar sekali package dengan mata terbeliak tu buat aku rasa seram sangat. Dua bijik kepala tu tengok je aku dengan mimik muka dorang macam tu. Tak lama tu, dua bijik kepala tu ketawa mengilai kuat gila, seakan-akan mengejek aku yang sedang panik masa tu.

Pastu aku terjaga. Aku nampak macam rambut panjang membelakangi aku. Semestinya bukan kakak aku sebab rambut kakak aku pendek. Aku dengan rasa panic dan kurang sabar masa tu (geram dikacau), sambil baca ayat kursi, aku kibas-kibaskan tangan aku dekat rambut tu, nak suruh benda tu blah. Benda tu pun hilang. Aku ambik fon nak tengok jam. Haa… seperti yang aku jangkakan.. masa tu tepat pukul 3.30 a.m. Aku ni selalunya kalau terjaga sebab gangguan, selalunya time-time macam ni la. Sama ada 3 am atau 3.30 am. Walaupun perasaan seram masih menebal pada masa tu, aku sempat jugak cakap dalam hati “hanat la benda ni. Kenapa dengki aku nak tidur. Lepas tu selalu kacau time macam ni pulak”. Aku nak pergi toilet pun rasa seram lepas tu. Tahan je la rasa nak terkucil sampai pagi.

Aku pun cuba la tidur balik. (Yes, aku tak pergi toilet). Surah al-fatihah, ayat kursi dan surah 3 kul aku baca dan hembus disekeliling aku. Susah nak lelap balik mata aku ni sebab aku duk teringat-ingat muka hantu kepala yang hanat tu. Seram lah. Ntah macam mana, tengah dalam perasaan seram macam tu, aku terlelap jua. Dan.. aku pun mengalami mimpi kedua..

Dalam mimpi kedua ni, waktu itu waktu petang dah nak dekat maghrib, aku berada di satu kawasan rumah. Rumah tu rumah agam besar berwarna putih dan kedudukannya di tepi pantai. Memang cantik kawasan tu. Masa tu aku berseorangan dalam kereta. Aku macam tengah tunggu orang tapi aku pun tak pasti aku tunggu siapa. Tiba-tiba aku nampak sorang pakcik tua keluar dari rumah agam tu sambil pegang senapang dan cangkul. Pakcik tu gali lubang segi empat besar dan dalam di depan rumah dia. Aku hanya duduk diam dan tengok sahaja dari dalam kereta. Tiba-tiba… BANG! Pakcik tua tu menembak orang-orang yang berdekatan dengan rumah dia.

Ko bayangkan ye. Rumah tepi pantai, orang ramai pulak datang ambik angin petang tu. Semuanya ditembak. Pakcik tu pulak kan, boleh dia ketawa kuat-kuat sambil bunuh orang-orang awam tu. Mayat orang yang ditembak ditarik kedalam lubang segi empat yang besar dan dalam tu. Ya, rupanya pakcik tua tu tadi dia menggali kubur yang besar. Tak cukup dengan tu, lepas semua mayat selesai ditarik ke dalam kubur tu, pakcik tu ambik penyodok yang depannya ada tiga bucu tajam tu. Dia cucuk-cucuk dan tikam-tikam semua mayat tu sambil ketawa. Darah merecik-recik ke merata tempat dan ke muka dia. Saiko kan? Aku dalam kereta masa tu berharap sangat pakcik tu tak nampak aku. Lepas tu aku pun terjaga dan tercungap-cungap. Jantung aku berdegup laju sebab dari dalam mimpi tu lagi aku dah berdebar-debar.

Aku tengok jam, pukul 4am. Aku dapat rasakan apa yang kacau aku tadi, masih ada di situ dan tak pergi lagi. Aku pulak taknak kejut kakak aku sebab esoknya dia kerja. Aku kesian. Nanti dia tak cukup tidur dan rehat. Aku cuba bertenang. Aku buat amalan yang sama, al-fatihah, ayat kursi dan 3 kul. Aku pun terlelap sekali lagi..

Dan aku bermimpi lagi.. Tapi kali ni berbeza sikit sebab aku tahu aku sedang bermimpi dan aku sengaja taknak bangun lagi sebab aku nak tengok apa jadi. Korang pun mesti pernah mengalami mimpi macam ni kan? Mimpi dalam sedar.. Ok, back to the dream. Dalam mimpi tu, Aku masih ditempat sama. Masih di kawasan rumah agam putih yang besar tu. Cuma bezanya, kali ini, aku di dalam rumah. Melalui sliding door kaca, kelihatan kubur yang besar tadi tu dah dikambus. Yang menambahkan lagi rasa tak bestnya, atas kubur besar tu ada seekor pocong (nak panggil seekor ke eh? Ntah tak pasti). Pocong tu berdiri sahaja di atas kubur tu tak bergerak. Aku pun Cuma tengok je la dengan harapan benda tu hilang. Tiba-tiba, aku dengar bunyi yang kuat. Bunyi apa pun aku tak pasti tapi macam bunyi orang berlari dari jauh. Bunyi tu semakin mendekat. Makin dekat makin kuat pulak tu sampai bergegar-gegar rumah agam tu.

Aku pun cepat2 kunci sliding door dan pintu-pintu yang lain. Rumah tu pulak tetibe macam ada system ‘lock down’ yang automatic tu. Ala.. yang selalu macam dalam movie tu. Tiba-tiba sekeliling rumah naik tembok besi dan gril. Rumah dikunci dari luar dan dalam. Aku dapat dengar rempuhan dari luar. Lepastu aku cepat-cepat sedarkan diri nak bagi aku terjaga. Aku tengok jam, pukul 5 setgh pagi dah. Aku pun berhuhu je lah tunggu subuh dan tak tidur balik. Ye, aku mengaku aku penakut, nak gi tandas pun tak berani. Azan subuh berkumandang, barulah aku berani.

Itu je la pengalaman yang aku nak kongsi buat masa ni. Aku rasa aku dikacau oleh makhluk yang duduk dalam bilik kakak aku tu. Yelah, bilik tu dah lama ditinggalkan. Aku pulak datang dan rancak menyembang dengan kakak aku. Huhu.. Oklah, ada masa nanti aku kongsi kisah lain pulak. Maaf ya kalau ada kekurangan dalam penulisan ni.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

AJ
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 comments

  1. Akak bc oke j.sb akak pun pnh lalui mlmpo bsambung2 ni..mpi tu pun punca dr tempat yg kita berada tu. Cuma bykkn bc pndinding..n beralih tmpt tido klo dah mpi skli.kalau x is mcmtula.niway best. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.