Assalamualaikum guys,ni first time abang cuba bercerita pasal kisah ni. Tengah sedap baca kisah-kisah korang, abang pon teringin nak share kisah abang.
Ok cerita dia macam ni, kalau tak silap abang, kisah ni terjadi tahun 2014. Masa tu abang ada buat satu camping kat satu camping area dekat Bentong. Yang mana tahu,tahu lah. Abang ditugaskan untuk ikut follow peserta kem yang abang buat ni. Kawan-kawan abang yang lain sehari sebelum peserta tiba dah start gerak. Yang selalu buat kem-kem motivasi tahu lah pasal ni kenapa ada kena gerak awal ada yang gerak sekali dengan peserta. Kawan-kawan abang yang dah sampai sana terus buat lah gerak kerja, riki-riki kawasan nak buat jungle tracking, nak buat water rafting dan so on lah. Korang boleh imagine sendiri lah kalau ke kem ni nak buat apa.
Ok masa dah riki-riki kawasan Jungle Tracking, masa ni kawan abang cerita yang diorang riki-riki waktu malam, diorang dah rasa pelik, seram sejuk dan rasa macam ada sesuatu yang memerhatikan diorang. Yela tengah hutan kot, kau rasa apa? Berbalik pada cerita abang, abang gerak ke kem tu hari Jumaat pagi. So before gerak kena lah buat cross check kan? Nak kira peserta cukup ke tidak, alatan yang sepatutnya abang bawa cukup ke tidak. Kemudian, bila dah cross check buat kali kedua, abang arahkan semua peserta masukkan beg dalam bas. Ada lah satu peserta perempuan ni, dia tunjuk kat abang yang dia letak bawang putih kat seluar dia.
So abang pon kata lah kat dia, untuk apa tu? Dia jawab untuk perlindungan sebelum masuk hutan, dalam hati abang kata, lah kan senang mintak perlindungan dari Allah je. So abang kata ikut lah, janji kau rasa selamat. Biasa lah sebagai orang Islam, sebelum perjalanan, abang mintak lah salah seorang peserta lelaki baca doa perlindung, doa perjalanan, Ayat Kursi. Perjalanan dari tempat abang ke kem tu lebih kurang 2-3 jam juga lah.
Bila sampai kat tempat kem, abang rasa lain macam. Rasa macam abang diperhatikan seseorang. Sebab bila abang cross check lagi sekali nak make sure semua ada, abang ternampak satu lintasan orang tua bertongkat lalu dekat peserta perempuan yang abang kata ada bawang putih tu. Sementara nak tunggu team Trecking sampai kat tempat bas, abang nampak lah yang si T (peserta yang ada bawang putih tu) dah mula lain macam, dah mula ketawa, suka dan terkejut.
Bila team Trecking sampai je, abang pon serah tugas lah kat diorang untuk bawak peserta naik ke base camp. Cerita seram baru nak bermula ni, on the way nak sampai base camp, si T tu dah kena kacau dah dengan lintasan yang abang ternampak tadi. Bergegas lah abang dan kekawan yang lain yang nak sambung peserta ni pergi ambil si T ni. Bila si T dah sampai je kat base camp,nah menjadi-jadi meronta-ronta, menangis, ketawa. Ala kan kalau orang kena rasuk kan akan buat benda sama, so korang boleh imagine kan?
Dia punya meronta tak kuat sangat sebab yang kacau dia hanya lah anak buah makhluk-makhluk Allah yang ghaib yang duduk lama kat situ. Sebab rupanya ada yang lain juga jadi. Bila T dah pulih, ni ujian sebenar datang. Dua orang peserta, abang bagi nama D dengan A pula kena. Korang bayangkan lah,kat base camp tu nak buat ice breaking jadi huru-hara sekejap. Bila D ok, A pula kena lagi, bila A ok, T pula kena. So kami pon decide nak asingkan diorang dulu,baru nak bawa diorang ke tempat lain,fuh makhluk ghaib tu tunjuk power dengan tumbangkan satu pokok besar, dah tunjuk power, makhluk ghaib tu datang balik, so kami pon Tanya lah, kau ke yang tumbangkan pokok tu? Makhluk tu pon gelak sambil ngaku.
Bila dah tenang sikit, kami pon bawa lah diorang bertiga ni ke satu chalet,untuk dirawat tanpa menganggu perjalanan program.
Bila dah sampai bilik, kena lagi A dengan D. Meronta-ronta nak keluar taknak masuk bilik. Sampai ke petang meronta nak keluar. Bila tahu tak boleh keluar, makhluk ghaib tu cakap, malam ni aku akan pastikan korang tak sedar budak dua orang hilang! Lepas tu dia berlalu pergi. Bila dah tahu gitu, satu hal pula kena rombak jadual fasi. Untuk berkawal, yela mana tahu team perawat terlelap keletihan, atleast ada yang mengawal. Waktu abang mengawal tu dalam pukul 12-2 pagi , masa ni MasyaAllah dia punya suasana seram oit. Tepat pukul 12, abang terdengar bunyi anjing menyalak, lepastu bunyi macam serigala bunyi tu, burung hantu lagi. Korang bayangkan, hutan kat Malaysia kau terdengar bunyi-bunyi tu.. seram tak seram? Bila dengar bunyi tu, mula lah abang bau kemenyan, kapur barus. Ni abang menaip pon meremang bulu roma.
Mujur abang berkawal berdua, maknanya ketakutan dan kegusaran tu kurang lah sikit. Pukul 1 pagi, si A dengan D kerasukan lagi sekali. Memang betul makhluk ghaib tu nak bawak lari si A dengan si D. Mujur lah abang tengok dalam sebab team perawat senyap kejap. Benda ni jadi sampai subuh, dah lah pagi tu,abang punya jadual nak jalan. Bila dah pagi sikit, team perawat bawa lah si A dengan si D untuk join aktiviti. Yela bayar tapi tak join,kan rugi. Sebab abang team water rafting,abang kena la buat aktiviti yang mencabar akal dan minda selain membuat rakit pakai buluh, diorang pon kena lah jawab soalan yang dah disediakan. So abang lah incharge dalam bagi soalan,so abang kena duduk satu tempat. Masa ni abang kena kacau sikit-sikit tapi abang diam je. Abang kena kaki abang kena genggam, padahal tiada siapa kat dalam air dekat-dekat abang, kena baling batu. So abang baca ayat kursi bebanyak.
Bila si A dengan D sampai kat tempat abang, terus abang rasa suasana tu berubah lagi seram. Lagi banyak perasaan mata-mata sedang memerhati. Diorang join tak sampai 10 minit dah kena balik, bayangkan abang otot pon tengah sejuk kecut sebab berendam dalam air, kena berlari menghantar masuk bilik yang dah dipagar. Abang bawa si A,tengah bawa tu boleh pula nak bangun. Apa lagi,abang pon angkat takbir,ntekan kepala dia. Terus tenang sekejap. Nak jadi lawak sikit,tengah naik tangga, kaki abang cramp. Hahaha.
Oh lupa abang nak cerita,tempat camp abang tu,ada satu sekolah Tamil buat camp juga. Bila si A dengan si D ni dah sampai bilik rawatan,tetiba ada Ular warna hitam dengan Lipan Hitam keluar dari bilik rawatan. Terus pergi ke khemah-khemah budak-budak sekolah Tamil tu. Atas rasa tanggungjawab ,abang cakap lah dekat dengan guru pengiring diorang,nanti sebelum diorang masuk khemah, tolong tengok-tengok dulu sebab nampak ada ular dengan lipan masuk khemah budak-budak tu. Bila guru pengiring diorang check,tiada. Pelik bukan? Abang pon taknak lah cakap apa,takut diorang pon tak percaya lebih.
Malam terakhir tu memang all out team perawat nak pulihkan si A dengan D. Sampai ke pagi team perawat semua pengsan. So penutup majlis pon tak meriah macam dirancang. So tunggu bas datang. So team abang bahagi dua, satu follow bas peserta, satu lagi follow si A dengan si D. Nak balik si A dengan si D pon kena lagi sebab makhluk Allah tu ikut jugak, dia dah siap pack dah dalam bas beramai-ramai.
So terpaksa la rawat dalam bas, pastu ternampak lah sekor ular melintas. Besar juga la ular.
Sepanjang perjalan balik tu,bas rasa amat berat,tekan habes dah pedal. Tapi still takat 60 kmj. Group yang naik bas dengan peserta tu,standby sana dengan cari ustaz-ustaz untuk membantu. Bila sampai je, one of us terkena rasuk. Mengangkut lah yang kena tu turun bas. So maknanya tiga orang lah kena rasuk. So bayangkan ustaz tu nak settlekan macam mana. Dengan terpekik terlolong menangis semua ada. Bila keluarkan dari sorang, sorang lagi kena. Macam rotate lah.
End up Alhamdulillah. Semua ok Berjaya dikawal. Cuma masa merawat tu, ustaz tu guna ilmu mencari kat mana sebenarnya Makhluk Allah tu duduk kat Bentong tu. Kelakar pon ada bila ustaz tu mencari dan jumpa. Dia punya nak mengorek tu,macam real.
Cuma satu jela nak cakap, bila masuk hutan ni, banyak benda kena jaga. Satu, mulut jaga jangan nak cakap besar. Dua, kalau nampak benda bukan-bukan, jangan tegur. Tiga, kalau kau pernah kena rasuk, cakap awal-awal kalau nak ke camping. Sebab bila sekali kau dah kena, badan kau aka ada satu lubang untuk Dia masuk. Sekian Terima Kasih sebab sudi membaca cerita yang tak seberapa seram. Terima kasih buat sang admin kerana menyiarkan cerita ini. Kalau tersiar lah. hahaha.. okay bye.. Assalamualaikum..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Mcm penah alami jek… Penulis ni sy kenal ke? Hahaha bjaya anda bw cerita ini…. Good job buddy
Kenal ke? Belajar kat kontan ke dulu? Hahaha 🙈🙈🙈
Abang ni banyak suruh pembaca imagine la.. Pastu bnyk sgt ayat mula dgn ‘so’.. Ah abg ni boring la…
Dah tahu diorang selalu dirasuk, kenapa tak dihantar pulang je?!
Ni species bangang..