Admin, terima kasih. Jasamu kukenang.
Pembaca FS, assalamualaikum.
Recall dan sedikit intro : Nama aku Cantik. Bukan nama sebenar sebab nama sebenar aku Jelita. Gurau saja. Panggil saja aku Cantik sebab memang ada yang panggil aku dengan nama tu. Kalau nak tau detail aku ni dah kenapa? Boleh baca kisah aku sebelum ni nah.
Kisah 1 : http://fiksyenshasha.com/mata-keempat-kisah1/
Kisah 2 : http://fiksyenshasha.com/cantik-mata-keempat-kem-sungai-congkak/
Ini kisah ke-3 aku.
Aku taip ni sambil play muzik sedih kat youtube. Bunyi seruling…
Aku tau, ramai yang kata best sebab boleh nampak apa yang orang lain tak nampak tapi percayalah… tak best dan tak seronok langsung. Untuk manusia penakut macam aku ni, ini antara ujian yang besar aku kena tanggung dan aku sendiri tak tau bila akan berakhir. Aku harap, hangpa tolong doakan semoga hijab aku ni Allah tutup semula la noh.
Penegasan, aku tak boleh nampak sentiasa. Hanya waktu-waktu tertentu yang Allah izinkan saja.
Penegasan, aku tak boleh nampak sentiasa. Hanya waktu-waktu tertentu yang Allah izinkan saja.
Aku bukan saja boleh nampak dan rasa kehadiran depa tapi ada kesan buruk yang berlaku dari semua tu. Aku selalu sakit lepas dapat kelebihan ni.
Masa di universiti, aku jenis tak reti nak berdamai dengan rasa ingin tahu. Tak padan dengan penakut tapi suka nak cuba-cuba. Asal nak tau apa-apa, aku redah. Sebab dulu, aku jenis fikir kesan buruk setelah selesai aku buat sesuatu masalah. Sebelum berlaku, aku tak fikir. Sedikit bongok la aku masa tu. Aku pun menyesal. Ampunkan aku, Ya Allah.
Masa di universiti, aku jenis tak reti nak berdamai dengan rasa ingin tahu. Tak padan dengan penakut tapi suka nak cuba-cuba. Asal nak tau apa-apa, aku redah. Sebab dulu, aku jenis fikir kesan buruk setelah selesai aku buat sesuatu masalah. Sebelum berlaku, aku tak fikir. Sedikit bongok la aku masa tu. Aku pun menyesal. Ampunkan aku, Ya Allah.
Satu hari tu, aku teringin sangat nak usyar tinggalan surau lama di blok sebelah blog bilik aku. Surau tu dah tak digunakan dan memang dah ditutup sepenuhnya untuk solat sebab dah ada surau baru. Masa aku 1st year, ruang tu jadi port kegemaran senior-senior perempuan 4th year untuk studi. Aku pernah nak try studi situ, tak bertahan lama. Dalam 5 ke 10 minit aku blah. Sebab ‘ada’ yang join studi. Depa yang studi tu tak nampak. Aku malas nak kecoh-kecoh. Sebelum segala isi pundi kencing aku bertabur kat situ, baik aku bawak diri balik bilik…
Nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu… Awat tak tau galak sungguh aku nak masuk surau lama tu semula. Tak ada orang. Cuti hujung minggu, ramai studen balik kampung. Dalam surau tu ada sebuah bilik kosong. Dan bilik tu memang tak ada penghuni. Bukan surau tu saja tak ada penghuni, seluruh kawasan sekitar surau tu jugak tak berpenghuni. Bilik tu ada dalam surau tu tapi di sudut paling hujung. Surau ni dalam blog asrama perempuan, tak jauh dari bilik aku. Nak ke bilik tu kena redah timbunan meja rosak dan susunan kerusi-kerusi yang tinggi. Berhabuk pulak tu. Dengan lampu tak bukak.
Entah la, apa yang aku fikir masa tu… Gigih la hai. Aku bukak pintu bilik tu dan zap! Berderau darah aku dan meremang segala bulu roma bila ada cahaya biru suluh mata aku dan aku nampak bilik tu sangat cantik! Kemas susun aturnya. Bantal terletak elok atas katil, cadar putih tersarung kemas dan sebuah meja dan kerusi belajar terhias cantik seolah-olah ada orang yang gunakan bilik tu. Kemas. Itu yang aku nampak dalam sekelip mata sebelum aku tutup pintu bilik tu dan tanpa tunggu lebih lama, aku lari sungguh-sungguh hati balik ke bilik. Laju habaq mai. Langgar habis kerusi meja yang halang laluan tadi nu. Allah… Memalukan.
Masa ni selepas asar, hujan turun renyai-renyai dan awan mendung hitam yang menjadi latar belakang kisah petang ni.
Dalam bilik tu tadi, ada sesuatu yang aku tertengok tapi tanpa jasad. Aku tak reti nak terang lagu mana. Tapi dia seolah-olah sedang duduk atas katil menghadap ke arah lain dan terkejut, lepas tu dia toleh dan balas pandangan aku. Susah la nak terang… tapi aku dapat rasa semua tu. Sahih aku dah terkejutkan dia.
Sampai bilik aku, aku duduk dalam bilik beberapa minit. Gelisah sungguh. Aku tiba-tiba jadi sedih tak tentu pasal. Sebak dada, sayu… rasa kesepian. Nak kata rasa sedih dan kesepian macam kena tinggai dengan kekasih, aku tak pernah ada kekasih. Tak tau perasaan tu. Aku agak sajalah rasanya macam tu. Sayu sungguh rasa.
Bila emosi aku berlanjutan tak stabil tu, aku ambik handphone dan call kawan. Kawan baik aku. Aku cerita ke dia yang aku takut dan zahirkan emosi aku sambil menangis. Dia tak cakap banyak, dia call bakal suami dia. Bakal suami dia kawan aku jugak dan ada kelebihan sikit bab agama dan bolehlah kalau nak tengok apa-apa yang jadi kat aku dari jauh. Kami panggil dia Ehri. Tak lama mana, Ehri call aku dan tanya apa yang terjadi. Macam apa lagi aku punya dok tereyak sambil cerita ke dia. Ni orang kata terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak perbuatan… Aku cerita apa yang aku dah buat. Ehri diam.. lepas tu dia letak telefon.
Cemas sat masa ni. Ehri call semula, katanya tak ada apa pun. Aku pi ziarah sesuatu dan jangan risau, ‘dia’ baik. Dah aku pi ziarah dia, dia datang ziarah aku semula dan cuba beri salam perkenalan. Dan ajak aku berkawan dengan dia.. Dia dok cari aku tu.
Ya Allah, aku memang cari masalah. Awatlah aku jadi lagu ni? Gedik sangat, nah ambik habuan. Padan muka.
Lepas tu, Ehri suruh aku pi ambik wuduk dan baca surah al -Jin.. dia suruh aku bertenang dan sentiasa jaga wuduk. Bertenang sentiasa, ingat Allah dan jangan keluar pergi mana-mana selama beberapa hari ketika perubahan dari waktu akhir asar nak ke waktu magrib dan kalau boleh elakkan keluar pada waktu malam beberapa hari. Aku rasa aku istiqamah ikut cakap dia dalam 2 minggu jugak. Sebab, setiap kali aku nak ingkar… emosi aku mesti jadi sayu semula. Dan aku risau kalau ‘dia’ terserempak aku lagi. Aku tak mau kot berkawan dengan dia. Aku tak sengaja pi ziarah dia. Tak dak niat pun nak jalinkan silaturahim dengan dia. Sungguh ni, aku tak mau. Takut sungguh aku tau dak. Sebab yang mencari tu ajak berkawan sedangkan dia tak dak jasad yang terzahir.
Aku rasa dia fed up jugak lepas tu. Sebab aku dah tak rasa perasaan macam sebelum tu dah. Syukur Ya Allah.
Lepas dah okey satu kes ni… Ujian besar yang aku kena tanggung adalah, aku tak boleh dengan sengaja terjumpa jarum atau paku. Sebab…
Aku akan sakit teruk seperti dicucuk-cucuk dengan jarum atau paku tu. Ada dua tempat yang aku akan sakit. Pertama, kepala. Bukan pening atau sakit macam migrain tu. Rasa sakit ni seolah-olah orang cucuk kepala aku dengan jarum atau paku tu dengan cara cucuk dan tarik, cucuk dan tarik dan berulang kali sampai aku takkan dapat bertahan dan rebah. Kedua, sakit di bahagian perut. Seolah-olah jarum atau paku tu ditoreh-toreh dalam perut aku sampai aku tak mampu untuk berdiri sebab menahan sakit ya amat. Sakitnya tak terperi. Setiap kali terjumpa jarum dan paku, setiap kali tu aku sakit.
Dan aku takkan dapat berdiri, takkan dapat makan berhari-hari sampailah aku macam dah puas diseksa, baru makin membaik. Setiap kali tu aku rasa nyawa aku dah di hujung hayat. Sakit sangat. Perit. Setiap kali tu, aku berdoa kalau mati adalah yang terbaik, aku nak mati saja. Sakit Ya Allah. Sakit. Aku tak mampu tahan ujian ni. Nak habaq dan nak tunjuk sakit tu rasa lagu mana tak boleh noh. Kalaulah boleh attach rasa sakit tu lagu mana, bubuh sikit kat sini. Sapa nak rasa ‘please press this button’. Baru tau…
Aku selalu jumpa jarum di depan pintu bilik, tepi meja belajar atau atas katil aku. Yang paling bahaya, pernah ada jarum tercucuk berdiri di atas tilam aku di hostel. Bahagian yang tajam tu di atas. Kalau kena badan, matilanak… Katil aku dua tingkat, aku duduk katil atas sebab masa ni aku 1st year studen. Tak ada hak nak duduk katil single sebab single hanya untuk senior. Tak lojik sangat aku nak cucuk-cucuk jarum atas tilam sendiri. Allahhuakhbar. Aku tau tau kenapa. Aku ambik buang dan berulang lagi kesakitan aku yang maha dahsyat tu.
Roommate aku Chinese tau, dia yang banyak tolong aku waktu aku terbaring sakit. Gila caring. Pernah aku terjaga satu hari tu, aku tak boleh bergerak langsung sebab terlalu sakit. Dia nak pi kelas dah dan masa tu dia pelik tengok aku. Bila aku explain ke dia apa yang berlaku, dia faham. Dia siapkan apa yang patut untuk aku. Yang terharunya, dia ni pendek. Gigih dia berdiri atas katil dia dan hulur straw suruh aku minum sikit sebelum dia ke kelas. Lepas kelas terus balik bilik jaga aku. Uwaaa, sebaknya. Yin, I rindu you la… Sampai sekarang dia masih bertanya khabar. Masing-masing dah berjaya kan. Syukurlah.
Sakit aku ni pelik. Pernah mak aku cuba berubat, kami ikhtiar sebab risau ada yang iri hati atau dengki dengan aku. Kot la ada… Hantar jarum la, paku la kan. Tapi tak ada apa. Aku pelik sungguh sampai ke hari ni. Lama aku terseksa. Sampai ke hari ni mak aku haramkan ahli keluarga aku main letak saja jarum di merata-rata tempat bila siap digunakan. Kalau sapa guna tak simpan betul-betul, tahanlah telinga tu kena beletiaq sampai taik telinga cair meleleh keluar. Sebab mak aku risaukan aku. Aku risau, harap aku bukan Pontianak, takut jarum. Serius aku terjebak dengan cerita hantu Melayu. Haish.
Dan gara-gara sakit di bahagian kepala yang mencucuk-cucuk tu terlalu melampau, aku dapatkan rawatan di hospital universiti aku. 3 bulan jugak aku ulang alik hospital dan doktor bagi ubat tahan sakit yang kuat. Sebab aku pernah sakit tak tahan sangat, aku hentuk kepala di dinding berulang kali. Biar rasa sakit kena hentuk dari sakit mencucuk-cucuk tu. Di hospital, doktor siap buat CT Scan bila syak aku ada brain tumor.
Tapi bila keputusan ujian keluar, aku normal saja. Allah.. sedih sungguh aku rasa.
Itu kesan yang aku kena tanggung sampai ke hari ni. Tapi dah lama aku tak terjumpa jarum atau paku. Kalau jarum tu milik aku, tak ada masalah. Yang jadi masalahnya kalau jarum atau paku yang tiba-tiba muncul. Kalau orang hulur jarum tudung dia ka, jarum jam ka, tak ada masalah. Kalau hulur jarum nak buat sirih junjung untuk aku, lagi tak ada masalah rasanya.
Tau tak keadaan fizikal aku waktu sakit tu lagu mana?
Rupa aku serupa saja. Tak berubah cuma berkerut sikit tahan sakit. Keadaan badan serupa nenek bongkok yang kepalanya mahu menyembah bumi… jalannya tak kuat dan bergantung harap pada tongkat. Tapi kalau aku sakit lagu ni di rumah, aku takkan bergerak pun. Makan tak boleh, minum sikit-sikit saja. Syukur, mak aku sangat memahami keadaan aku.
Aku cuba berubat tradisional tapi tak jadi jugak. Perubatan moden pun dah cuba.
Aku pernah kena warded hospital tapi doktor kata tak ada apa-apa masalah. Dia kata tak ada apa-apa tapi aku sakit hanya Allah yang tau. Cumanya sekarang sejak setahun kebelakangan ni aku tak selalu sakit sangat dah. Alhamdulillah.
Mak aku selalu suruh aku baca al-Fatihah dan tiup dalam air sebelum minum dan berdoa semoga Allah hindarkan aku dari segala kemudaratan. Lepas tu amalkan doa Nabi Yunus ‘Lailahaillaanta subhanakainnikuntuminazzalimin’ jadikan zikir.
Ada lagi doa-doa lain yang jadi amalan aku dan aku istiqamah amalkan untuk berlindung dari kemudaratan.
Kisah nenek ni ada ceritanya yang tersendiri… nanti aku sambung kalau ada rezeki. Kali ni aku cuma nak highlightkan kesan yang aku dapat dengan kelebihan yang aku terima ni. Semoga rasa syukur memenuhi dada hangpa sebab tak jadi macam aku. Mohon doakan kesembuhan aku tau. Dan semoga aku beroleh hikmah atas semua ni. #cantik
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sakit hati pulak baca yang ko ngengade pg tgk surau kosong. Sorg sorg pulak tu
Insaf dah lepas tu.
Sesal kemudian tak berguna… (Y_Y)
“Kalaulah boleh attach rasa sakit tu lagu mana, bubuh sikit kat sini. Sapa nak rasa ‘please press this button’. Baru tau…”
Ko jgn dik letak button tu…
Satu akk mmg pantang nampak button yg boleh tekan2 mesti gatei tgn nk p usik…
Kedua, akk jenis suke mencube…
Lelagi benda yg boleh mendtgkan rase sakit, pelik kan…
Bajet poyo mcm hulk hogan lar sgt…
Hahahahaha ..
kan kak yulie .
sebab tangan jenis gatal .
nanti mesti nak klik button tu . hahahaha
Mujur tak boleh kak… Kalau tak…
hahaha..
cantik,ko tak try berubat tuk tutup hijab ko ke?
Ni bhgian kaklong kat dunia tuhan dah tetap. Bertabah lah ya sbb bak kata pepatah there is a silver lining on every cloud 🙂
jxxk, ya… doakan saya kuat. 😀
Moga kau tabah cantik.. dan kuat hadapi ujian ni. ALLAH bagi maknanya kau kuat dan mampu lah tu, wlau kau rasa tak. Moga2 jugak Allah tutup hijab kau dan hilangkan kesakitan y kau alami..aminn.
Suka baca cerita2 kau.. best. Best tu maknanya cara cerita, jalan cerita kau tu smua..bkan best apa y trjadi dkt kau,
Una, terima kasih.
Mohon doakan.
Baca mungkin best tapi yang alami ni…
Huhuhu…
Seronok dengan gaya hg bercerita. Apa2 pun, tabah naa Cantik. InshaAllah hg kuat. Tak sabaq nak tunggu cerita hg lepas ni.
Atin, doakan noh.
🙂
ke sihir vodoo?
yg org cucuk kat patung, lpstu org yg dituju tu sakit
Jika berhajat untuk membuat rawatan sudilah whatsapp/call 0122361658 in sha ALLAH saya akan tunjukkan jalan ke tempat berubat. Pusat rawatan islam berdekatan kuang batu 20 sg buloh.
fuh..susah gak tu…pantang jumpe paku n jarum