Admin, terima kasih.
Pembaca FS, assalamualaikum.
Hai, nama aku Cantik. Panggil saja aku Cantik walaupun nama sebenar aku Jelita. Maaf, gurau saja. Tapi memang ada orang panggil aku dengan panggilan tu. Haters, nak kecam aku lantak la. Tak kisah. Ni cerita aku, kalau nak pertikai… tulis cerita sendiri dan letak nama Vogue ka, Menawan ka, tak pun… Cun Melecun. Itu pun nak pertikai la. Naya betoi. Nama ni bukan sebab cantik rupa tapi sebagai doa supaya cantik hati, cantik jiwa, cantik sikap dan segalanya. Lagipun hangpa baca free saja, bukan kena bayaq pun. Ni pesan Kak Permata kat aku supaya aku tak termakan kutukan tu. So, aku abaikan kecaman hang tu na haters.
Kalau nak tau aku ni dah kenapa, boleh usyar-usyar cerita aku yang sebelum ni. Tapi untuk recall, aku ada masalah sikit dengan mata. Kadang-kadang boleh nampak sesuatu yang orang lain tak nampak. Tak selalu, bila-bila masa yang Allah izinkan saja.
2. #Cantik: Mata Keempat ‘Kem Sungai Congkak’
3. #Cantik: Mata Keempat ‘Aku, Paku dan Jarum’
4. #Cantik: Mata Keempat ‘Ini Rumah Aku’
Minggu lepas, aku balik kampung. Naik bas kat hentian. Masa tu pukul 10 malam. Dijangka sampai kampung sebelum subuh. Macam biasa, aku pagar diri setakat aku tau. Al Fatihah, ayat kursi, 3 Qul dan doa-doa yang relevan supaya Allah jaga aku. Mintak sungguh-sungguh hati sebab takut ‘ada’ yang menyapa dalam perjalanan nanti. Aku duduk tepi tingkap dan langsir memang aku tak suka tutup. Rimas. Rasa macam dalam kelambu kalau tutup langsir tu. Mujur sebelah aku perempuan. Kat sini, tak ada chance nak usyar jodoh. Selamat malam kawan sebelah.
Aku pun bertenang, toleh kiri tengok orang sebelah… senyum. Toleh kanan, senyum aku terus mati. Bas berhenti kat traffic light. Ada bangunan terbengkalai sebelah kanan tu. Sorang perempuan setinggi bangunan terbengkalai tu sedang bersandar tanpa kaki. Badan dia hanya dari pinggang dan ke atas. Wajah sayu macam sedang bersedih pun ada. Dia warna hitam. Rambut lepas. Aku pura-pura tak nampak tapi dia tak bagi reaksi apa pun. Kot la nak angkat tangan ka, tenung aku ka… tak. Dia ralit layan perasaan. Aku rasa dia tengah sebak dan aku syak dia tengah bersedih. Sungguh keadaan dia nampak lagu tu.
Lepas tu, bas gerak semula. Aku mula mengantuk tak terkira dah. Tersengguk-sengguk dan ke alam mimpi lepas tu. Indah. Ralit aku tidur… Bas buat spoil, dia pi langgaq lubang kot sampai terhantuk kepala aku kat cermin tepi. Huh! Tak suka betoi aku sebab bila aku terjaga… kat luar bas tu aku nampak 4 ke 5 orang lelaki berjalan laju gila lawan arus bas. Dan, tak berkepala. Boleh bayang dak? Depa nak pi mana pun tak tau la, kalut sangat. Orang sebelah aku baguih punya lena. Aku panjangkan leher sikit, nak tengok depan. Pukul berapa dah la ni? Gulp! Seat depan sekali, ‘dia’ toleh. Senyum kat aku. Kepala saja. Senyum sinis. Tau lagu mana senyum sinis? Sebelah bibir saja naik atas, mata macam nak pejam. Awat jadi lagu ni tak tau. Aku tak kacau depa pun, saja nak tunjuk kat aku pasai pa?
Dia ingat aku takut? Hei! Memang la. Tapi sebab rasa mengantuk sungguh-sungguh hati, aku lena serupa tu jugak. Mampuih pi kat hang. Jangan mai kacau aku sudah. Terus aku sambung lena. Sedar-sedar, laaa… sampai dah tempat yang aku tuju. Lega cek! Balik rumah, esok tu mak aku ada bukak cerita. Anak buah aku umoq 6 tahun boleh nampak jugak tapi nampak sentiasa terus. Kesian dia, kecik lagi tu. Selalu kalau aku call, mak aku akan cerita, feel tu biasa-biasa ja. Bila cerita depan-depan muka, siap pakej dengan tangan dan gaya muka plus lenggok suara yang sat perlahan sat kuat… menjiwai sungguh la mak aku pun. Feel tu sampai tepat ke aku. Orang Penang, lenggok tangan tu yang sempoi.
Anak buah aku ni, dia kalau nampak, dia suka habaq ke orang. Hat tu yang jadi masalahnya. Orang pakat takutlah cek oi. Dia boleh nampak sejak umur dia 4 ke 5 tahun macam tu. Selalu kami jarang bersembang pasal ni sebab aku tak suka. Kali ni, aku layankan saja.
Pernah semua orang duduk elok-elok, dia boleh jerit habaq benda tu ada kat sebelah siapa. Kawan yang duduk sebelah benda tu, ingat nak duduk saja? Muka terus jadi cuak macam cicak. Yang best, ibu dia tengah dodoikan adik dia tidoq, dia nangis cakap benda tu ada sebelah buaian tu. Ibu dia muka pasrah saja, sejuk seluruh badan. Kesiannya dekat dia, benda tu suka kacau dia. Selalu mai dekat dia dalam keadaan rupa yang sangat buruk. Kadang-kadang benda tu nak main dengan dia tapi… ish, sapa nak main dengan benda tu? Menjerit-jerit la anak buah aku ni halau. Kadang-kadang sampai tertidoq sambil peluk abah dia sebab terlalu takut. Dah berhabis duit bawak pi berubat. Merata-rata. Setiap kali pi berubat, nanti orang yang berubat tu kata tutup dah hijab dia. Tak lama lepas tu dia boleh nampak semula. Jenuh pi tutup, terbuka. Pi tutup, terbuka. Last-last, kesabaran kita pulak yang tak boleh tutup. Aku kesian sungguh ke anak buah aku tu.
Cuma sekarang ni, dia okey sikit. Dia boleh nampak kalau emosi dia tak stabil saja. Contohnya bila dia tak berapa sihat. Demam ka… Ikut dan, kadang-kadang nampak sentiasa jugak. Aku pun tak tau nak cerita lagu mana.
Untuk diri aku… ramai kata, awat aku tak pi tak berubat dah dok nampak tu?
– Aku berubat. Gila nak biaq!
Dok nampak tu, tak takut ka?
– Gila tak takut! Cering segala bulu yang ada kalau mai time boleh nampak. Cuma tak nampak selalu. Lega sikit. Kadang-kadang lama sangat tak nampak. Syukurlah.
Jumpa paku, jarum, sakit. Sihir kot?
– Yang ni sampai sekarang aku tak dak jawapan dia. Nak kahwinlah, biar disihir cinta suci si suami yang halal saja. Cewah!
Tak kurang ada yang komen dalam post sebelum ni kata aku bodoh la, bengong la sebab kena sihirlah tu. Sedap noh mulut. Tu orang kata, tak kena batang hidung sendiri tak tau lagu mana. Aku dah pi berubat masa tu tapi tak ada masalah apa. Aku yang sakit, hang yang tak puas hati dah kenapa? Sabaq sajalah aku. Adoi. Kalau aku nak cerita benda-benda hat aku dok nampak ni banyak. Sama ja dengan orang lain yang boleh nampak. Dalam perjalanan balik kampung, tepi highway selalu ja aku nampak. Tak mau cerita yang ni, tak best. Jadi, kita skip noh.
Kali ni aku nak cerita tentang muka harimau yang aku pernah jumpa dalam bilik rumah aku dulu. Kalau ikut kata mak aku, tok atas-atas belah abah aku nu ada yang berubat orang. Dulu, memang selalu jugak time malam nampak la muka dia macam harimau. Ni semua dari penceritaan orang, bukan aku. Aku tak lahir lagi. Kadang-kadang tu dengar pintu kena cakar. Tok, tok punya tok dulu nu, merangkak-rangkak. Aku pun tak pasti betoi ka dak ni. Aku dengar saja. Cumanya memang pernah ada sorang budak umur 5 tahun masa tu, dia mai rumah tok aku. Kebetulan, tok aku dah lama arwah. Rumah tu abang aku duduk dengan bini dia saja. Baru kahwin. Rumah dua tingkat. Malam tu abang aku kerja, kak ipaq aku dok bersantai la dengan adik dia hat 5 tahun tu.
Tiba-tiba adik dia tegur “kak, awat nenek atas katil tu muka dia macam rimau?” Hang rasa… Depa ja dalam rumah tu, mai mana nenek pulak? Menyirap darah kak ipaq aku tu, abang aku balik kerja terus depa pecut pi rumah aku. Pukul 2 pagi masa tu. Sejak kejadian tu, rumah tok aku tu terus ditinggalkan kosong sampailah 10 tahun dan dirobohkan. Banyak benda orang nampak ada kat rumah tu masa dibiarkan kosong. Tu yang orang kampung takut, pakat ramai-ramai dan atas keizininan kami, rumah tu dirobohkan. Kes semua keturunan atas-atas ni aku malas nak ambik tau. Penatlah. Depa yang buat perjanjian, keturunan yang jadi mangsa. Aku doa banyak-banyak semoga Allah lindung.
Sebenarnya, masa aku selalu sakit tu. Aku ikhtiar berubat banyak tempat. Mak aku la yang ikhtiar, aku ni banyak menolak sebab risau jadi syirik ka apa. Berdosa besaq, masuk api neraka. Ni ayat kecik-kecik dulu. Haha… Tapi sebab sakit aku ni perubatan moden pun tak boleh kesan dulu, tu mak aku banyak paksa aku suruh berubat kampung jugak.
Yang terakhir tu aku paling ingat. Tahun lepas kalau tak salah. Mak aku call suruh aku balik kampung, konon-konon ada event family. Aku balik, tup-tup event sungguh la. Dia bawak pak ustaz mana tak tau nak tengok aku. Sebab masa tu aku jadi apa entah. Lupa dah. Sakit kot. Ish, sungguh tak ingat. Ustaz tu pun suruh aku melunjur kaki lepas mintak izin nak tengok apa yang dok kacau aku. Lepas tu riak muka dia macam… berkerut-kerut. Aku malas pikiaq, buatlah hang apa yang patut.
Dok ralit-ralit tu, jantung aku macam dub dab dub dab. Makin lama rasa macam panas, tak selesa, nervous sangat. Tiba-tiba ustaz tu buat gaya macam tengah lawan dengan apa entah sambil tangan dia tarik pisau lipat yang dia bawa. Dok elok-elok, dia pi toreh tangan dia. Aku perhati saja. Dia ni dah kenapa? Pelik sangat aih.
Tapi, perlahan-lahan aku rasa selesa semula. Ustaz tu berpeluh-peluh dah. Aku relaks ja. Dan keadaan tenang semula, dia pun cakap. Sebenarnya, ada benda yang dah duduk dengan aku lama.
Sorang perempuan tua, sangattt tua. Seluruh badan dia terlalu berkedut dan habis jadi hitam. Pakaian pun kotor dan berbongkok hampir mencecah bumi. Aku macam terfikir sesuatu. Kalau aku sakit bila jumpa jarum atau paku, lagu tu la aku. Membongkok hampir cecah lantai. Tak dak kudrat dah kalau aku sakit. Entah-entah…. tapi aku tak dapat jawapan. ‘Dia’ tu dari keturunan belaan nenek atas-atas sebelah mak aku. Belah depa nu mak andam dulu-dulu. Mungkin ambik untuk buat muka jadi lawa kot. Tak pun untuk buat bagi pengantin yang diandam tu berseri-seri. Zaman bila punya pun tak tau la. Mak aku marah betoi bila tau. Dia benci sungguh dengan perbuatan keturunan atas-atas dia tu. Sampai hati depa, anak cucu cicit cicak ni jadi mangsa.
‘Dia’ sukakan aku sebab berdarah sama dengan pemilik asal. Entah la, aku tak berapa faham dan aku tak mau tau pun kalau boleh. Berdiri bulu roma. Yang pasti, dia cuba nak take over aku. Dan, dia tak mau aku ni ada yang suka. Suka kat sini maksudnya jatuh cinta dan kahwin. Aku hak dia. Kalau ditakdirkan aku kahwin pun, dia akan kacau. Aku tak percaya pun sebab bagi aku semua tu kuasa Allah. Jodoh, ajal dan maut Allah punya rancangan. Tapi dah ustaz tu dok terang, aku dengar saja la dengan tawaduk dan tertunduk-tunduk serupa paham. Aku ni baran dulu. La ni pun masih berbaki tapi dah boleh dikawal. Salah satunya jadi baran dulu sebab dia kot.
Dia memang kacau sungguh. Mungkin betullah tu, dah lama. Aku sakit sampai aku didiagnos ada endometriosis dan dah operate pun. Aku ada buat pembacaan dari segi sains dan Islam. Kalau dari segi sains, biasalah ada masalah di bahagian ovari berkaitan darah haid yang keluar. Sampai membengkak besar dua-dua ovari aku. 10x10cm. Besaq dak? Sampai kena buat operation segera. Dari segi perubatan Islam, aku dapat tau rata-rata pesakit endometriosis ni ada kaitan dengan gangguan makhluk tu. Dia ganggu sistem peranakan dan ada sampai tahap jadi kanser. Biasanya, jadi kes macam akulah. Sebabnya dia tak nak orang macam aku ni ada zuriat. Biar jadi hak dia selamanya. Kalau ada zuriat, penghalang untuk dia. Sebab dia nak ke dia saja. Tamak ni, tak sudi berkongsi kasih. Huh! Syaitan laknatullah. Tapi syukurlah, Allah mudahkan segala urusan aku. Sekarang alhamdulillah dah sembuh tapi peluang untuk penyakit tu datang lagi ada. Cumanya akulah kena berhati-hati. Jaga diri, jaga pemakanan. Bersederhana nak buat apa pun. Saiz badan tu jaga. Jangan obesiti, penyakit mudah mai.
Lepas dah slow talk dengan benda tu atau ustaz tu halau dia, ustaz tu kata benda tu tak ada kat aku dah. Jadinya dia suruh aku mandi air ramasan macam-macam benda. Ada sintok, daun bidara, limau… banyak benda lagi. Ada bacaan-bacaan yang ustaz tu ajar. Aku lupa dah. Tapi surah-surah lazim saja. Tak adanya seru-seru guna bahasa yang aku tak faham.
Hanya ada 3 waktu saja aku boleh pilih untuk mandi perlepas segala benda tu.
Waktu 1: Sebelum subuh.
Waktu 2: 10 minit sebelum waktu magrib.
Waktu 3: 12 tengah malam.
Disebabkan hari aku pilih untuk mandi tu merupakan hari aku nak balik KL dah, aku pilih sebelum maghrib. Kena mandi di luar rumah dalam keadaan lengkap berpakaian. Tak dak la aku nak buat free show mandi tengah-tengah alam. Mau membulat mata jiran-jiran aku. Aku menyorok tepi pokok pisang belakang rumah. Tersorok sikit situ tapi seram gila time magrib dok mandi tepi tu.
Bila dah mandi, pakaian tu pulak kena tanggal dan tinggal di situ semalaman. Aku kena tukar dan pakai baju baru yang kering kat situ jugak. Haru sungguh. Sudahlah aku ni perempuan. Mandi kat tempat terbuka, kena salin baju kat situ jugak. Makanya aku pun ajak mak aku tolong tutupkan dengan kain. Dan pakaian kering yang aku pakai tu, kena ada di badan sekurang-kurangnya 12 jam. Kes naya sungguh. Jadi, aku naik bas malam tu dengan bawak sekali kain batik basah yang aku guna untuk tutup badan aku selepas mandi tu. Punyalah ikut sungguh cakap ustaz tu. Aku tidur dalam bas malam balik tu sambil selimut guna kain tu.
Aku punya risau takut tu perbuatan khurafat, jadi aku niat semoga ni salah satu usaha untuk aku bebas daripada segala perbuatan keji makhluk tu kalau betul aku diganggu. Dan aku bertawakkal kat Allah. Mohon ampun kalau semua ni khilaf. Aku takut perbuatan aku tu berdosa besar…
Nak kata berkesan, ya kot. Sebab lepas kejadian tu aku macam dah tak sakit kerap sangat macam dulu. Syukurlah. Cuma aku nak nasihat sikit, jangan dok percaya dengan bomoh atau ustaz tiruan. Bahaya. Takut hangpa nak buang benda yang ada, dia dok pi bagi yang dia punya pulak. Banyak dah kes. Hati-hati. Kebergantungan tu biar hanya pada Allah.
Aku tak dak nak cerita apa dah. Panjang dah ni. Ada rezki jumpa lain kali noh. Salam ramadhan. #cantik
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ape ko merepek ko ni setannnnnn
Weh tak baik la cakap camtu.Tak puasa ke?
Tulis cite sndiri la ko
kalau takde benda yang penting nak cakap lebih baik kau diam je la. Tak payah dok komen la weh. Kalau tak follow dari awal memang la kau tak faham.
Nama pun ” kekbantat ” sila jangan negative sangat ye. Buat kek bagi jadi hahah ok bye
betol la memang hanat… hahaha.. kalau x nak org baca cita ko n komen cite ko..x yah ko menulis la… kau pun x kene komen.x menyakitkan hati kau..
kannnnnnn…… budussssss
Dia tulis lagi aku rasa sebab ada yg tanya bila next entri dia. Dia just nak share apa yg dia alami. Ko kata, dia x payah menulis so that orang x akan baca dan dia pun x sakit hati kan?
Tapi adakah dgn submit cerita dekat FS ni adalah satu tanda bahawa ko setuju untuk dimaki dan dihamun? Cis. Mujurlah aku x pernah jumpa hantu. Cukup dengan jumpa hantu bunga kat komen FS sudah cukup. HAha. Gurau jer jangan marah ye.
Bunga, ko x leh nak expect orang suka/bertabah makan caci maki pengomen. Manusia ni pelbagai nokk. Ada yg kental, ada yg x sado hatinya. Ko sesedap komen, org di sana merana berhari2 sakit hati baca komen tajam dan sinis.. Ko lepas komen sesedap rasa boleh huha huha dekat rumah gelak2 dan lupa apa ko komen. Apa ko buat tu adalah pembulian siber. Ko suka ye orang murung sebab kata2 tajam ko? Ko suka ye orang termenung dan bertambah sedih sebab ko kata dia budus? Kalau ko suka, maka, aku… Errr. Rasa ko patut check hati ko.
Ko agak2 ko bangga x bila ko mati nanti meninggalkan komen2 camtu? Sekecik2 perkara nanti kita akan dihisab tau. Jangan lagi komen hanat2 camtu. Tak baik. 🙂 Agak2 Allah redha x ko tulis camtu. Haaa. Fikir bebaik.
Bukan Cantik ni je yg aku perasan down lepas kena hentam, penulis otai yg best2 pun sama. Bayangkan cerita Cik Edot, Carlito Rocker, SiCeluper, Deefen tu pun orang kutuk? Haih. Aneh aku. Haha.
Aku komen camni sebab aku dah jemu dan jelak baca komen2 menghentam sama ada dekat FS mahupun IIUM. Ko nak komen, komen la baik2 even nak kritik. Ko serabut, ko skip, x yah baca. Kalau ko nak org tu ubah penulisan, ko cakap bebaik. Aku pun akui, banyak cerita serabut dan aku skip. Tak rajin aku nak kumpul dosa hentam n keji org sebab penulisan yg x kena dengan citarasa aku.
Cantik, ko kalau nak submit cerita jugak pasni gamaknya kena tulis bahasa formal la. Hmmm. Tu pun kalau ko still nak submit la. Abaikan komen2 tak membina tu.
Ya Allah.. gigih la baca komen “Tak baik mencarut, bunga” yang ditujukan khas untuk “bunga” haha tadi nak komen tapi malas pulak nak layan orang mcm “bunga” yang suka downkan orang. (tepuk tangan) thanks “Tak baik mencarut, bunga” sebab tolong nasihat “bunga”. Harap2 takde la yang komen nak kutuk2 tak suka sila skip jangan baca.
Buat #cantik : Biaq p la depa nak kata apa ang jadi diri ang je. Stay dengan loghat Utagha noh. Tunggu next story cantik
Ni memang penulis ni.hahahaha…
Panjang lebar kau membebel..baik ko lukis je lagi senang.kahkahkah
Finally.
Terima kasih.
Alahai bunga. Dah agak ko akan tuduh aku penulis kalau ko reply. Kui3. Aku ni jangankan hantu, bunyi2an kena usik pun tak pernah kena. Fuh, mintak simpang. Dan aku dah kahwin, cantik ni bujang lagi. Jangan la asal nak backup penulis je, dituduh kita ni pulak penulis.
Malas nak baca ye? Kalau aku rajin, aku lukis gambar hantu dan pos kat rumah ko ye bunga.
Hihihi. (Mengilai macam cik Pon)
hahahahaahahaa….. silakan.. baik ko lukis je erkkk
sempoiiii,..
utagha sungguh bahasa hg..
serabut
Blh mai ksi no ustaz tu tak?
cite yg ni tak best. skip tros malas baca
Skip2 pun rajin ya awak komen.hihihi
Okey ja den baca … Org x faham bahasa mung ni kot… Lain kali tulis bahasa standard lah kesian org yg x faham loghat utaqa
Awk sabar je cantik. Ada sbb nape semua tu jd kt awk. Yg nk ckp mcm2 dan kutuk cite awk tu abaikan je dh sibuk nape dorg tu. Kalau dorg tulis tu best sgt skip je lah bc yg awk punya. Truskan brdoa + brusaha #cantik
aku x baca abih pon cita hang. ntah pape. macam tipu pon ada. lawak bodoh x kena tempat. ceittttt
Saya suka bca cerita awak,sya follow story awak dri yg prtama,.keep it up.abaikan komen2 yg negative Tu,Mungkin depa hebat sngt kut dlm menulis,sbb Tu kerjanya nk mengkritik orng ja…hehe.
belum apa2 dah membebel… ko kata cerita ko free memangla… kalau kau marah org komen ko x payah menulisla hanat..xda org akan baca. kau pun x sakit hati dgn komen org..Bodoh punya Penulis..
mak ko ijo
“walaupun secantik bidadari syurga
tapi cepat emo apa gunanyaaaaa”
tetiba aku rasa aku orghang utagha…
Aku suka ceghita hang. Biaq pi orang yang mengutuk tu. Kalu buleh hang suruh nenek hitam tu pi kacau orang yang mengutuk hang tu baru depa rasa, tau langit tinggi ka rendah. Hahahaha…aihh posa aih! Lupa pulak aku.
Tang senyum sinis sebelah bibir tu terbayang Luqman Podolski lah plk ?
aku rase cerite ni seram, cume xdpt nak menjiwai keseramannye sebab loghat utara dia pekat sgt. sorry, aku insan yang lemah.
Best
xde masalah nak paham loghat dia, yg takbiasa dengaq tu bole ja diassumekan ikut pemahaman sdiri,satu malam nie kot baca dari kisah yg lepas sampai yg terbaru nie,,sukaa gaya penulisannya..bestt!
Akhirnya nilah entry pertama yang aku baca komennya dulu. Adoyaiiiii
Best. Tulis lagi . abaikan budak hingusan yg x cukup akal mengkomen
Abaikan je #cantik. Keep it up, dont give up. Bukan senang nak tulis, nak sampaikan cerita kita. Tapi its part of learning kan. Mana2 yg xelok boleh diperbaiki.
Cuma nak cakap, terima kasih untuk penulis-penulis hot & tegar FS. Takde kome, tak meriahla FS. Takde cerita la yg kami pembaca2 tegar FS nak baca, cuci2 mata. ????
#cantik,nama cantik??tp…baran tringat plak aku kat parahelmo yg viral ari tue….pekat logat uthaga nohhh,kut ya pun hang emo xyah la bgi org nampk sgt nohh..kan dpt komen yg negatf lagi,ko dok membebel sblm crta bermula…nampk sgt ko ni jnis yg dak bole trma nsht….?
Hai cantik#?pmbukaan cerita yg dasyat..bebel dlu bru mula…ni,hakak nak habaq kat hang eh..kalu hang xbole nak trma komen nagtf dr pmbaca2,hang xpyah nak publishkan crta hang ni la cantik..bkn apa,bila da jdi cm nie..percuma pembaca yg komen ngtf dpt dosa…sbb kutuk2 hang..lagu satu hang pun dpt dosa free gak,bab hang dok beleteq pnjg bejela psal komen nsgtf follower anda…so,fkir2kan la ye…
Kan…….
Kalau dah tahu komen negatif tu dosa, maka janganlah komen negatif. Xsalah rasanya writer balas komen kamu d entry dia. Dah crita dia kan. Dia hntr story, admin publish ertinya crita dia ni menepati citarasa FS ni. Pengkomen negatif sila main jauh2. #peminatAkak#cantik
Kbye
Belum apa2 dh meroyan..aku langsung xde mood nak baca..kbye…
Xpyh komen ak xbaca pun komen hang haha
Kasi like kat aku cikit..muahhhh