#CarlitoRocker – ANANIM (KISAH SATU MALAM)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh & Salam Sejahtera. Kita bertemu lagi buat kesekalian kalinya di sini. Lama sungguh rasanya aku tak bersiaran. Almaklumlah aku bukanlah seorang penulis novel ataupun penulis sepenuh masa. Aku hanyalah seorang penulis sambilan yang hanya menulis apabila ruang dan masa mengizinkan sahaja. Baiklah tanpa membuang masa aku mulakan dahulu dengan lafaz agung lagi suci BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM sebagai pembuka tirai cerita ini.

LANGKAH BERMULA: SEBELUM WUJUDNYA ANANIM; KISAH SATU MALAM

Jauh. Skopnya luas. Jauh mendepani kuantum, masa, kawasan, dan jarak perjalanan. 24 jam bersamaan dengan 1 hari. Apa yang kita perlukan dalam tempoh 1 hari? Keseronokan? Kesedihan? Keasyikan dunia? Argh, soalan yang penuh dengan jawapan subjektif. Aku masih mencari ilham tentang topik cerita yang bakal disampaikan ini. Seperti biasa setiap kisah yang bakal ditulis harus dimulakan dengan tajuk. Kali ini berbeza. Aku menaip secara semberono. Aku mahukan kelainan. Dalam masa yang sama aku cuba membayangkan sesuatu yang belum lagi terjadi. Aku umpamakannya seperti kejadian siang dan malam. Siang dan malam adalah peristiwa yang boleh dijangka. Bagaimana pula dengan cerita ini? Semoga coretan ini tidak tergantung seperti lambakan-lambakan cerita sebelumnya. Perancangan itu boleh diusulkan tetapi bagaimana pula dengan muktamad ceritanya?

Aku masih termenung sambil memikirkan idea baru. Tiba-tiba aku teringatkan akan pesan seorang sahabat yang telah lama meninggalkan dunia. “Kau boleh rancang, kau boleh je setkan plan apa yang kau nak. Tak kiralah banyak mana plan yang kau rancangโ€ฆTapi ingat, DIA sahaja yang boleh mengizinkan samada rancangan kau bakal berjaya ataupun tidak.” Sebuah pesanan berharga yang pernah aku terima tetapi jarang sekali aku aplikasikan pada diri sendiri.

Bosan menunggu. Aku mematikan dahulu telefon. Aku inginkan sebuah ketenangan. Aku tidak ingin diganggu oleh sesiapa tatkala sedang berceloteh menunggu kedatangan idea yang masih belum kunjung tiba. Syukur kerana segala urusan kerja telah diselesaikan dengan jayanya pada siang tadi. Jadi tidak ada salahnya untuk aku berada di dalam zon yang penuh dengan kedamaian pada waktu-waktu sebegini. “Kau boleh, kau boleh, kau boleh!” Argh, kebabian apakah motivasi di tengah-tengah malam seperti ini? Seharusnya motivasi itu diterapkan pada tempat dan waktu yang lebih sesuai. Apakah menulis juga memerlukan motivasi? Kreativiti, pengolahan cerita, dan juga plot yang cantik harus diutamakan. Motivasi tanpa usaha boleh aku samakan seperti ANGAN-ANGAN MAT JENIN. Cita-citanya begitu tinggi tetapi tiada tindakan yang diambil olehnya. Makanya hiduplah dia dengan penuh angan-angan kosong. Usaha, usaha, usaha, tawakal, serta disusuli dengan motivasi. Itulah konsep yang selalu aku terapkan di dalam kehidupan. Setiap orang berbeza pendapat begitu juga dengan aku. Bak kata pepatah; Lain Padang Lain Belalang. Jam sudah menghampiri ke angka 2 pagi. Pundi kencingku terasa penuh. Aku harus ke bilik inspirasi dahulu.

3 minit yang lalu aku berada di dalam bilik inspirasi. Tandas yang banyak menyumbangkan sumber inspirasi untuk berkarya. Sambil membuang hajat yang sudah tidak berguna, membuang sisa kumuh yang tidak diperlukan, sambil itu juga aku mendapat ilham. Berbalik pada pangkal awalan cerita. Cerita apa yang hendakku tulis pada waktu begini? Cerita seram? Fiksyen? Fakta ataupun humor? Aku masih buntu lagi. Pengalaman hidupku yang selalu diulit dengan kejadian seram dan misteri adalah seumpama isi dengan kulit. Boleh jadi aku bakal menulis kisah seram dan boleh jadi tidak. Sisipan pengalaman hidup bukanlah payah untuk dikaryakan tetapi setiap ruang inci pengalaman itu harus betul dan sama ritmanya dengan kejadian yang pernah dilalui. Menulis pengalaman hidup haruslah benar, jangan menipu kerana ia adalah sebuah sejarah. Apa guna menipu? Kebenaran itu adalah satu kemestian bagi genre KISAH BENAR, BIOGRAFI, AGAMA, POLITIK, FAKTA, & SEJARAH. Bagi genre lain ilmu akal harus digunakan dengan sebaik mungkin. Ideanya harus di luar daripada dimensi alam semesta. Imaginasinya harus besar dan di luar daripada kotak khayalan. Barulah ada umphhh! Kali ini aku mahukan pembaharuan, bukan stereotaip. Harus di luar daripada kotak fikiran. Lenggok bahasa dan gaya harus lari daripada kebiasaan. Aku cuba. Aku ingin berbicara dan berbincang dengan seseorang pada waktu sebegini. Mana mungkin aku berbicara sendiri. Aku tak punya pendengar. Benar, aku tak punya pendengar sejati. Hanya teman-teman rapat, rakan sekerja, dan ahli keluarga sahaja yang sedia melayani celotehku. Disebabkan itulah aku lebih suka menulis. Apabila aku menterjemahkan pengalaman lalu ke dalam bentuk penulisan, aku berasa puas, gembira, serta sebak kerana dalam masa yang sama manifestasi itu ditonjolkan sama seperti selisir hidupku. “Kalau macam tu kau tulis dan jadikan ia sebuah cerita pendek, nanti kau sharelah di wall facebook kau. Takkan nak perap je?” Selalu sahaja aku kongsikan di wall facebook. Eh, bukanlah selalu. Kadang-kadang. Kalau bukan di facebook aku akan hantar ke blog cerita seram. Semoga sesiapa yang membacanya mendapat manfaat.

ANANIM

Tekakku terasa kering. Minuman apa yang harusku bancuh? Milo suam? Nescafe tarik? Ataupun secawan teh panas berperisa strawberi? Aku ke dapur dahulu.

Milo kosong suam, tanpa susu, tanpa gula juga yang menjadi pilihanku. Aroma baunya cukup memikat seleraku. Fuh, nikmatnya jelas terasa. Tekakku mula dibasahi dengan cairan suam daripada minuman coklat kegemaran rakyat jelata ini.

Mataku masih terasa segar walaupun pada belah siangnya banyak kerja yang telah aku siapkan. Klien-klien pula seakan-akan mempunyai irama fikiran yang sama. Mereka semua bersetuju dengan konsep idea yang aku ketengahkan. Alangkah indahnya dunia sekiranya semua manusia mempunyai fikiran dan gerak hati yang sama. Dunia oh dunia.

Tuk tuk tuk. Tuk tuk tuk. Tuk tuk tuk.

Eh, siapa pula yang mengetuk pintu rumahku. Jam sudah menunjukkan angka 2:38 pagi. Siapa? Tetamu manakah yang datang berkunjung di waktu-waktu sebegini? Aku menghidupkan semula telefonku. Tiada sebarang misscall, mesej, whatsapp, ataupun telegram daripada sesiapa. Barangkali apa yang aku dengar tadi adalah bayangan nakal fikiranku sahaja.

Tuk tuk tuk. Tuk tuk tuk.

Ini bukan bayangan nakal lagi. Tetapi memang bunyi pintu rumahku sedang diketuk. Aku ingin melihat siapakah gerangan insan yang datang bertandang pada waktu begini.

Aneh kerana tiada sesiapa pun yang berada di luar rumahku. Kawasan koridor juga sunyi. Sempat juga aku meninjau di luar rumah Ayah Man. Rumahnya sudah bergelap. Rumah di sebelah kananku pula sememangnya sudah berbulan tidak berpenghuni. Mungkin ketukan tadi adalah usikan nakal daripada kutu rayau yang sedang dalam kebosanan. Argh, bukannya penting pun. Asyik pula aku menaip kisah yang belum bertajuk ini. Jikalau tadi tekakku yang terasa kering, kini lidahku pula terasa tawar. Badanku terasa lesu. Ya, aku perlukan nikotin. Rokok juga adalah satu kemestian bagiku lebih-lebih lagi ketika sedang berkarya ataupun sedang menyiapkan sesuatu tugasan. Nikotin yang menyerap masuk ke dalam d***h mampu memberiku lebih banyak ilham ketika menulis. “Lek lu sap kok tang lu.” Ok, ok. Fuh terasa nikmat daripada asap yang penuh beracun ini. “Hisap Dunhill bai, kaya lu?” Apa yang kaya? Setakat sekotak rokok Dunhill? Lainlah cerut Cuba. Perhitungan apa jika hendak dibandingkan rokok berjenama dengan rokok seludup? Rasa? Harga? Bezanya bercukai dan tidak sahaja. Kualitinya hampir sama walaupun tak serupa. Memanglah perbuatan menghisap rokok tidak bagus untuk kesihatan tetapi aku sendiri tiada pilihan. Sudah beberapa kali aku cuba untuk berhenti tetapi usaha tersebut masih gagal. Aku kalah pada kuasa tembakau. Lagipun sudah hampir 20 tahun aku berkecimpung di dalam industri pembakaran produk tembakau ini. Seingat aku seawal darjah 1 ataupun darjah 2 aku sudah belajar menghisap rokok. Itupun secara tidak sengaja.

Skretttโ€ฆkretttโ€ฆ

What kind of noise is that? Oh my god. Ini memang gila, kegilaannya berada pada tahap; GILA B**I. Bunyi itu datangnya daripada luar bilik. Kepala aku kembang, bulu roma merinding. “Carl, it’s either someone or something inside your house. Move your ass and investigate it now.” Fuh, cakap senang. Aku perlukan rancangan lain. “Come on Carlโ€ฆ” Ok, ok.

Skretttโ€ฆBum bum bum. Bum bum bum.

Alamak. Kali ini pintu bilik pula yang diketuk. Tombolnya dipulas-pulas. Aku pula masih di sini. Di atas kerusi sambil menaip sebuah cerita yang belum menemui isi dan maksudnya. Apakah yang harus aku lakukan sekarang? Semoga tuhan bersamaku.

Hasil daripada siasatan mendapati tiada kesan pencerobohan ataupun kesan pecah masuk ke dalam rumah. Aku menghidupkan semua lampu yang berada di dalam rumah. Ruang tamu, bilik tengah, bilik belakang, tandas, bilik mandi, dan bahagian dapur juga telah diperiksa dengan begitu teliti. Everything’s under control. “Are you sure Carl? Have you check it properly? If it’s not a living creatureโ€ฆIt might be?” Aku sangat yakin. Mungkin bunyi-bunyian itu hasil daripada imaginasiku sahaja. Mungkin emosi perasaan memainkan akal fikiran. Mungkin. Masih awal lagi untuk mentafsirkan segalanya.

Aku tinggalkan jauh-jauh imaginasi itu. Jarum jam terus berdetik. Tik tik tik tik. Aku amati bunyi daripada gerakan jarum jam yang bergerak itu. Jam meja jenama Seiko pemberian bosku masih menjadi penghuni setia di dalam bilik ini. Ia sudah menunjukkan ke angka 3:23 pagi.

“Nak main tak?” Suara gerangan siapakah itu? Aku terdengar jelas akan suara seseorang. Suara seorang wanita ataupun seekor betina. Suaranya lembut tetapi sedikit serak. Dalam keadaan panik dan terkejut aku masih mampu lagi menaip cerita ini secara langsung.

“Main apa tu? Aku tak jauh. Dekat jeโ€ฆ” Aku kini ditemani oleh satu entiti yang belum aku lihat jasad fizikalnya. Yang pasti entiti ini adalah entiti perempuan. Buruk ataupun cantik masih belum aku ketahui lagi kerana mataku hanya fokus ke arah skrin laptop ini. Aroma bau bunga kemboja begitu kuat menjengah hidungku.

“Kalau kau ada kat sini dan boleh baca apa yang aku sedang tulis ni kau hentakkan pintu almari aku sebanyak 3 kali.” Aku ingin mendengar respon daripadanya. Aku ingin tahu adakah dia seekor responden yang cekap ataupun tidak.

Pap pap pap.

“Bagus. Kau faham. Aku mintak kau jangan duduk di sebelah ataupun melintas di depan aku. Aku tak nak tengok dulu muka kau macam mana. Kau keluarkan suara sahaja. Kau jawab bila aku tanya. Bila aku tulis kau jawab dengan suara kau yang lemah gemalai dan serak tu. Faham?” Aku harap dia fahamlah. “Be a gentleman Carl, aku tau kau nak termuntah. Be a strong man dude.” Dear my inner voice, I will be strong as much as I can. InshaAllah.

“Aku nak tanya ni. Masa bila kau masuk ke dalam bilik aku?”

“Masa kamu bukak pintu luar tadiโ€ฆhihiโ€ฆAku tahu kamu tengah bosan.”

“Kau datang dari mana?” Dia akur nampaknya. Memang dia berada di bahagian belakangku. Suaranya datang jelas dari belakang. Aura seramnya terasa begitu kuat sekali.

“Memang aku di belakang kamu. Hihihi. Takut ke?”

“Kau rasa?”

“Bulu romamu tegang, haba tubuhmu kuat. Bau darahmuโ€ฆDegupan jantungmu laju. Kamu takut iya?”

“Aku bukan takut. Terkejut. Segan. Takut lain. Kau tak jawab lagi soalan aku tadi.” Apa yang aku boleh katakan di sini. Perasaanku adalah 50-50. Bercampur baur seperti campuran rempah ratus.

“Soalan apa?”

“Kau datang dari mana?”

“Dari hutan di bukit sanaโ€ฆ”

“Betul?”

“Betulโ€ฆ”

“Kenapa kau berani sangat masuk ke dalam rumah aku?”

“Bosan. Kamu yang bukak pintu tadi. Aku masuklah. Kamu sendiri yang izinkan aku masukโ€ฆ” Argh, cuai betul. Pesan orang tua selalu aku lupakan. Kali ini aku terkena buat kesekalian kalinya.

“Kau nak apa sebenarnya?”

BAM BAM BAMโ€ฆBERDEPANGโ€ฆ

Entiti ini memang berani. Almariku ditolak-tolak. Kotak-kotak kasut yang aku letakkan di atasnya semuanya terjatuh di atas lantai. Aku biarkan dahulu. Pendengaranku difokuskan seteliti mungkin. Seperti yang telah aku jelaskan tadi aku belum lagi mahu menatap wajahnya. Kami hanya berinteraksi melalui soalan yang dikemukakan secara langsung melalui tulisan ini. Suaraku langsung tidak dikeluarkan. Hanya jari-jemari dan skrin laptop yang menjadi medium komunikasi sesama kami.

“Aku nak tanya ni. Kau bersendirian ataupun kau bawak kawan kau yang lain?”

Dia diam. Tiada sebarang jawapan. Aku memerlukan nikotin tambahan. Aku membakar sebatang lagi rokok. Fuh, nikmat betul. Asap yang dihembus keluar menuju terus ke satu punca. Nampak jelas asap itu disedut ke bahagian belakang.

“Kau makan dulu asap tu puas-puas. Selagi aku cakap jangan tunjukkan diri kau di depan aku, selagi itulah kau berada di situ. Faham? Kau ketuk lagi pintu almari tu sebanyak 3 kali kalau kau faham dan setuju.”

Pap pap pap.

“Pandai cik adik ni.”

“Hihihiโ€ฆ” Gelak suaranya mengingatkanku pada seseorang.

“Cuba kau gelak lagi. Aku nak dengar.”

“Hihihi hihi hihihiโ€ฆ” Ya. Aku dah tahu. Suara dia mirip seperti Miley Cyrus. Serak ala itik sekati. Tapi dalam tonasi lemah gemalai.

“Kau tak jawab lagi soalan aku tadi. Kau bersendirian ataupun kau bawak kawan?”

“Aku sendiri.”

“Kau jawab betul-betul!”

“Aku sendiri. Aku memang sendiri, tak ada yang lain.”

“Kalau kau tipu kau sakit nanti. Aku tak bergurau. Dalam laci meja ni ada benda yang boleh b***h kau. Aku tak tipu.”

“Aku juga tak tipu. Aku cakap aku tak tipu.” Lemah pulak suaranya. Alahai kedengaran begitu sayu pula.

“Tadi kau ajak aku main. Main apa?”

“Kamu ingin main?”

“Bagi tahu dulu, main apa?” Aku sedikit risau sekiranya permintaannya melangkaui batasan. Manalah tahu dipelawanya bermain permainan yang bukan-bukan.

“Di dalam almari itu ada patung, atas katil itu pun ada patung besar. Aku dan kamu main patungโ€ฆ” Errr, main patung. Ini sudah dikira ganjil. Dia melayani aku seperti seorang kanak-kanak pula. Memang aku akui yang aku memiliki sebuah patung besar. Patung Garfield. Itu pun aku gunakan sebagai bantal golek ketika tidur. Tetapi patung di dalam almari? Patung apa?

“Cik adik. Patung apa kat dalam almari tu? Keluarkan dan letakkan kat atas meja ni. Aku nak tengok.”

Zussโ€ฆGedegang.

“Kasar sangat tu kau tutup pintu almari. Kau ingat aku beli almari tu guna air liur ke?”

Aku terpandang tangannya secara tidak sengaja ketika dia meletakkan PATUNG itu. Sebenarnya patung itu adalah sebuah robot figura Gundam milik adikku iaitu Naufal. Aku sendiri tidak perasan sejak bila ia berada di dalam almari tersebut. Urat-urat hitam timbul menyelingkar lengannya, jarinya halus runcing, dan kukunya tajam berwarna hitam tetapi terdapat rekahan kasar di setiap ruas kukunya. Dari awal lagi aku sudah dapat menjangkakan bahawa WANITA ini adalah seekor LANGSUIR. Bau bunga kemboja itu sendiri mengiakan bahawa ia adalah seekor langsuir. Aku membuka aplikasi Google Chrome dan menaip carian langsuir pontianak. Kemudian aku klik di bahagian images.

“Yang mana satu rupabentuk asal kau? Tunjukkan padaku.”

“Aku boleh tukar diriโ€ฆ”

“Aku tak tanya kau boleh tukar rupa ataupun tak. Yang aku tanya rupa kau sekarang. Aku nak tahu saja.”

“Yang atas sekaliโ€ฆituโ€ฆ”

Aku berasa sedikit seram apabila dia menghalakan jarinya ke arah skrin laptop. Terketar-ketar jarinya apabila menyentuh skrin laptop. Gambar Maya Karin yang pernah berlakon sebagai pontianak di dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam juga yang menjadi pilihannya. Entah betul entah tidak.

“Kau jangan nak menipu. Itu seekor pontianak. Itu Maya Karin. Baik kau jawab betul-betul.”

“Wajahku bukanlah sebegitu tapi jasadku adalah begitu.” Aku andaikan dia adalah langsuir yang seksi. Sekejap. Aku cuba bayangkan. Bentuk badannya adalah seksi dan sendat seperti Maya Karin, bersuara pula seperti Miley Cyrus. Mantap.

“Maya Karin aku kenalโ€ฆHihihi hihiโ€ฆ”

“Argh kau ni.”

“Hihihi hihi…” Ketawanya tidak bertempat. Lucu? Bagiku tidak.

“Berbalik kepada pangkal tujuan. Kita nak main apa dengan patung-patung ni?”

“Kita main sorok-sorokโ€ฆ”

“Aku tak faham sorok macam mana tu?”

“Kamu sorokkan patung itu sampai aku tak jumpa. Aku sorokkan patung besar.” Kalaulah Naufal tahu aku sedang menyentuh barang miliknya, berkemungkinan besar perang dunia boleh meletus di antara kami.

“Aku tak ingin bermain permainan bodoh ini.”

“Tapi kamu sudah berjanji!”

BERDEGANG DEGANG DEGANG.

Almariku dihayun dan dihentak dengan kuat ke dinding. Nasib baik barang-barang di dalamnya tidak jatuh berserakan. Aku yakin bahawa mataku sekarang sudah dipenuhi dengan urat merah. Aku menaip dalam keadaan terketar-ketar akibat terlalu sakit hati. Gigiku terkacip-kacip menahan amarah. Aku cuba bersabar. Aku mencapai cawan yang masih bersisa minuman Milo itu. Minuman yang pada awalnya suam sudah bertukar menjadi sejuk. Aku menghirupnya sehingga ke titisan terakhir. “Keep calm and play it smart as a great Sherlock Holmes. Carl, chillex.” Damn my inner voice!

Aku menjerit. Aku menjerit dan mengarahkannya untuk kembali berdiri di belakangku. Kali ini medium komunikasi adalah secara langsung. Iaitu aku akan bertanyakan padanya melalui suaraku sendiri. Sambil bertanya aku akan terus menaip seperti tadi.

“Woi puaka. Kau jangan lebih-lebih. Kau jangan ingat kau sorang je yang boleh mengamuk. Aku pun boleh jugaklah sial!”

“Aku ingin main bersamamuโ€ฆ”

“Oh tidakโ€ฆ”

“Aku nak kau jawab dengan jujur buat kali keduaโ€ฆKau masuk ke dalam rumah aku secara bersendirian ataupun dengan kawan-kawan kau? Kalau kawan-kawan kau ada di mana diorang?”

“Sumpah aku sendiri. Tidak berteman. Kamu boleh lihat dan cari.”

“Kau bersumpah atas nama siapa?”

“Diriku.”

“Apa namamu, dari mana asal usulmu?”

“Ananim. Dari hutan yang jauh sekali.”

“Nama kau Ananim? Kau bertuan?”

“Tidak. Sendiri.”

“Bermakna kau bebas pergi ke mana sahaja?”

“Iya.”

Oh, hampir terlupa. Bentuk fizikalnya langsung tidak sama seperti yang aku gambarkan. Tidak seksi malahan buruk berkecai. Warna kulit jasadnya adalah berwarna putih pucat lesi. Manakala warna kulit di mukanya pula agak kelabu kehitaman serta dipenuhi dengan kutil dan jeragat batu. Matanya berwarna hitam, hidungnya agak peset, dan giginya sedikit rongak. Pakaiannya pula adalah baju kelawar berwarna putih dan berkedut seribu. Ada tompokan tanah liat dan kesan terkoyak pada pakaiannya. Rambutnya pula panjang ke paras pinggang.

Aku memandangnya dengan seteliti mungkin. Penampilannya sangat menyakitkan pandangan mata.

“Kamu hina aku?” Kali ini dia menjerkah dengan suara ala itik yang kasar. Barangkali dia terasa hati.

“Ananim, tadi kau cakap kau boleh bertukar bentuk. Aku nak tengok kau dalam rupa seorang manusia. Boleh?”

“Untuk apa?”

“Sajaโ€ฆ”

“Boleh tetapi bersyarat.”

“Apa syaratnya?”

“Aku harus keluar dahulu. Kamu pejamkan mata.”

“Itu sahaja syaratnya?”

“Iya.”

Sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini adalah lebih selamat untuk aku
save dahulu cerita yang sangat bersejarah ini.

Hampir 5 minit juga aku menunggunya. Jam pula sudah menginjak ke angka 4:20 pagi.

“Ananim!!!”

Zuss.

Dalam sekelip mata dia sudah muncul berdiri di sebelahku. Kali ini dia lebih anggun. Tidaklah seanggun Maya Karin ataupun model-model seksi yang lain tetapi sedap dipandang mata berbanding sebelumnya. Dia berbaju kebaya rona putih, rambut bercucuk sanggul berwarna emas, dan berpinggang ramping. Warna kulitnya putih, bermuka bulat dan beberapa kuntum bunga kemboja terselit kemas di atas rambutnya. Di pinggangnya terlilit kemas sehelai kain yang berwarna kuning. Kain batik dipadankan kemas dengan baju kebaya rona putih. Aku yakin sekiranya mukanya tidak bulat wajahnya akan kelihatan mirip seperti selebriti Mira Filzah ataupun Raisyyah Rania.

“Ananim aku nak tanyaโ€ฆ”

“Apa?”

“Berapa usiamu? Jujur padaku.”

“Hampir 100 tahunโ€ฆ”

“Sudah berapa ramai manusia yang menjadi usikanmu?”

“Tidak terhitung. Aku rasakan mungkin ratusan ataupun ribuan. Ribuan aku yakin.”

“Selalunya kau datang dalam rupa asalmu ataupun seperti ini?”

“Seperti iniโ€ฆ”

“Kenapa kau datang dalam keadaan buruk bersepai mengusikku? Kenapa bukan seperti ini?”

“Aku bosan. Aku ingin menduga sambil bermain denganmu.”

Bosan aku melayan jawapan yang sama daripadanya. Aku merenung jauh ke dalam matanya. Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata seorang sahabat yang bergiat aktif di dalam bidang rawatan gangguan makhluk halus dan m******h makhluk puaka iaitu D. Katzutori. “Diorang kosong bang, takde jantung, hati, buah pinggang, dan organ-organ dalaman. Kulit semata-mata.” Idea nakalku mula menjelma. Aku melihatnya dengan penuh ghairah. Raut mukanya, dan matanya yang agak galak telah mendatangkan perasaan yang agak ganjil buatku.

“Ananim. Apa yang membezakan dirimu dengan bunian? Maksudku tubuhmu adalah seperti mereka ataupun kau hanyalah seekor hantu puaka betina?” Raut wajahnya berubah. Urat hitam timbul di leher dan di dahinya. Mungkin dia marah apabila aku gelarkannya hantu puaka betina.

“Aku bukan yang kamu sebut itu! Aku bukan daripada keturunan mereka! Jauh bukan sama!”

“Jangan marah. Aku sekadar bertanya…Oh ya, kau dan pontianak satu keturunan ataupun…?

Belum sempat aku menghabiskan soalan itu dia dengan gahnya memintas pertanyaanku.

“Kamu yang gelarkan kami langsuir, pontianak itu kamu juga yang gelarkan. Kami sama sahaja. Beza dari rupa. Mereka juga boleh bertukar rupa.” Jawapan sudah diterima. Maka dengan ini, pada saat ini barulah aku tahu fakta yang sebenarnya.

“Betulkah di leher kamu ataupun mereka ada paku? Kau jawab betul-betul Ananim. Sebab aku tahu semua itu mengarut.”

“Paku apa?”

“Benda yang tajam ditusuk di leher belakang kau ataupun pontianak?”

“Mungkin dan tidak. Cerita padaku tentang paku itu.”

Aku terpaksa menjelaskan kepadanya sambil menunjukkan beberapa gambar pontianak di dalam carian google. Penjelasannya agak kabur dan dia sendiri seperti m**i akal apabila aku bersoalkan tentang paku. Mungkin ianya adalah mitos semata-mata. Di belakang lehernya juga tiada kesan lubang ataupun sebarang objek besi yang tertanam di situ.

“Kita ke soalan yang seterusnya. Boleh?”

“Boleh.”

“Kenapa langsuir ataupun pontianak jantan jarang muncul? Sangat jarang dan hampir tiada. Kenapa ya?”

“Di mana kamu jumpa yang jantan?”

“Aku pernah jumpa dulu. Lama dulu. Rambutnya pendek bersuara lelakiโ€ฆ”

“Itu bukan golongan kami. Kami tiada jantan tiada betina. Hanya beginiโ€ฆ”

“Kau nak tipu? Habis tu siapa mak bapak kau?”

“Aku sumpah. Aku wujud sendiri. Aku tidak kenal apa itu yang kau sebutkan mak bapak.” Penjelasannya agak mengejutkan kerana aku tahu dia sedang berbohong. Banyak perkara yang dia cuba sembunyikan daripada pengetahuanku. Ada soalan dan jawapan yang terlalu sensitif tidak dapat aku paparkan di sini kerana ia terlalu berat dan bertentangan dengan akidah umat Islam.

“Kau seekor jin. Daripada bangsa apa?”

“Aku tidak akan jawab soalan itu. Kamu sudah banyak bertanya. Belum pernah seorang manusia yang bertanya soalan dan melayani aku sebegini rupa. Hanya kamu satu-satunya.”

“Hanya aku? Well it’s my honour when you said that. I bet you can’t understand what i”m saying right now.”

“Young man…Don’t you ever underestimate my capability.”

“You can understand? In English? WTF? Kau biar betul Ananim?”

“I’m able to manipulate everything. It’s my intelligence. Kamu jangan terkejut iya? Hihihi Hihihiโ€ฆ”

Berdekah-dekah aku ketawa kerana kata-kata tersebut terbit daripada mulutnya sendiri. Aku tidak gila dan tidak mamai. Apa yang pasti dia juga mampu untuk berkomunikasi di dalam pelbagai bahasa. Bukan sahaja di dalam Bahasa Melayu ataupun Inggeris, malahan bahasa Arab, bahasa Jepun hatta bahasa Mandarin mampu disebut olehnya dengan begitu lancar sekali.

“Ananim, wo ai ni. Ni ne???”

“Bu yaoโ€ฆ” Dia tersengih seperti kerang busuk. Renungan tajamnya penuh dengan rahsia dan helah yang boleh menggugat iman.

Suasana yang awalnya seram kini menjadi lebih santai dan aman. Sukar untuk aku bayangkan seekor langsuir mempunyai sifat humor. Perasaan sayang, marah, sedih, dan humor itu juga wujud pada mereka. Jadi tidak hairanlah terdapat banyak kes yang melibatkan jin yang jatuh cinta pada manusia ataupun sebaliknya.

“OMG, you’re something bitch. I’m impress!”

“You’re cursing me?” Raut wajahnya menampakkan sedikit marah.

Terkejut? Aku yang sedang berkomunikasi dengannya lagilah terkejut dan terasa kagum. Memang di luar jangkaan. Adakah aku sedang bermimpi ataupun ia adalah realiti? Ia sememangnya realiti. Seekor langsuir bercakap di dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Di bumi Malaysia! Hahaha. Aku umpamakan temubual ini seperti temubual dengan sebuah robot yang memiliki kepintaran buatan ‘Artificial Intelligence’. Dia tidak mempunyai akal tetapi banyak helah dan kemahiran.

“Ananim, satu soalan yang agak pelik akan aku tanya. Kau harus jawab dengan betul sebab ini adalah untuk pengetahuan kaumku.”

“Apa?”

“Adakah kau tahu siapa yang sedang membaca tulisan-tulisan yang telah aku coretkan ini? Maksudku cerita yang sedang dikarang ini. Adakah kau ataupun keturunan kau tahu bahawa ada pembaca yang sedang membaca cerita ini?”

Dia diam. Aku menatap matanya sambil membelai rambutnya dengan begitu lembut sekali. Argh, Ananim, kau ada rupa tapi sayangnya engkau hanyalah jelmaan langsuir semata-mata.

“Iya.”

“Maksudmu?”

“Kami tahu dan kami sekelip mata di sisi mereka.”

“Sekelip mata?”

“Iyaโ€ฆ”

“Bagaimana kamu semua boleh tahu? Bagaimana dalam tempoh sekelip mata kamu semua boleh sampai kepada mereka?”

“Itu rahsia.”

Seperti yang selalu aku jelaskan sebelum ini. Mereka boleh muncul sekiranya kita membayangkan ataupun terfikirkan akan diri mereka. Itu bukan rahsia. Itu adalah kebolehan semulajadi mereka. Bukan sahaja langsuir malahan makhluk halus lain juga mempunyai kebolehan yang sama. Bezanya adalah samada mereka menampakkan jasad fizikal mereka ataupun tidak sahaja.

“Ananimโ€ฆAnanimโ€ฆApa yang rahsianya?” Aku membelai lagi rambutnya. Wajahnya jugaku belai. Aku tersenyum apabila mendengar kenyataannya. Dia mengetapkan bibir, nafasnya naik turun. Mungkin dia tidak selesa dengan tindakanku yang agak mengghairahkan itu.

“Kamu manusia yang juga berhelah. Itu rahsia.”

“Kalau aku sebut beberapa nama di sini, bolehkah kau tahu di mana mereka sekarang?”

Nama-nama tersebut tidak dapat aku tuliskan di sini di atas faktor peribadi dan keselamatan. Jangan bimbang kerana mereka adalah saudara mara rapatku sahaja.

“Dia ada diโ€ฆIni pula diโ€ฆIni tidak jauh dariโ€ฆYang ini mungkin sudah ke alam arwahโ€ฆDan yang ini langsung tidak dapat aku jumpaiโ€ฆ”

“Apa maksudmu tidak dapat dijumpai?”

“Ada benteng sekatan.”

“Jadi kau tak dapat kesan dia?”

“Iya.”

Maka benarlah bahawa barang sesiapa yang kuat amal ibadahnya dan bertakwa kepada Allah SWT maka dia dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT sepanjang masa.

“Kau lapar tak?”

“Tidak?”

“Aku laparโ€ฆ”

“Aku nak tengok kau makan.”

Aku membakar lagi sebatang rokok. Aku menyedut asapnya sedalam yang mungkin lalu aku hembusnya keluar tepat ke arah mukanya. Kali ini dia tidak menyedut asap itu.

“Kenapa kau tak makan asap tu?”

Dia hanya diam dan memuncungkan lagi bibirnya. Barangkali dia terasa hati dengan perlakuanku yang seakan-akan menghinanya dengan memaksanya memakan asap rokok.

“Aku mintak maaf. Mungkin kau terasa hati. Kita teruskan lagi dengan soalan lain ok?”

“Baiklahโ€ฆ” Keadaan kembali reda. Dia membetulkan postur badannya. Sambil itu dia beberapa kali menundukkan wajahnya ke bawah. Adakah dia malu padaku?

“Soalan ini mungkin berat sikit. Adakah kau pernah dilaknat ataupun dikutuk? Maksudku kau disumpah dengan ayat-ayat dari Quran, doa-doa dari mangsa usikanmu, ataupun kau pernah terpukul dan disiksa oleh manusia?”

“Iya. Banyak kali.”

“Tapi kamu masih di sini. Belum m**i?”

“Hayatku dan keturunanku adalah panjang. Tapi memang aku selalu disumpah. Maaf, sebentar lagi aku terpaksa pergiโ€ฆ” Riak mukanya berubah lagi. Terpancar sebuah kesedihan. Mungkinkah kerana?

“Kau mahu ke mana?”

“Tempat asalku.”

“Kenapa?”

“Kamu manusia penuh berhelah, sengaja berkelakuan dangkal.” Kali ini dia kelihatan sedikit manja. Seperti malu-malu kucing.

Aku diam. Aku tahu jawapannya. Barangkali pembaca-pembaca yang sedang membaca cerita ini pun tahu akan jawapannya.

“Aku harap lepas ni kau jangan masuk lagi ke dalam rumahku. Tempatmu bukan di sini. Sepatutnya aku juga boleh menyumpah dan mencederakanmu Ananim. Akan tetapi aku biarkan sahaja. Kau harus tahu di antara kau dan aku, kita tiada ikatan. Aku bukan temanmu, aku bukan sahabatmu, dan kau bukan pendampingku. Faham?”

“Iya.”

“Kau faham tak?”

“Iyaโ€ฆAku faham.”

“Kita tidak akan bertemu lagi wahai Ananim. Kau faham?”

“Faham.”

Jam sudah menghampiri ke angka 5:20 pagi. Waktu subuh juga semakin menghampiri. Aku terpaksa menghalaunya pergi secara lembut. Taktikku berjaya.

“Ananim. Datangmu tidak dijemput. Pergimu akan aku rindui buat seketika. Ingat janjimu itu. Jangan kita bersua lagiโ€ฆ”

“Aku faham. Aku tidak akan sesekali menceroboh masuk ke kawasan kamu lagi. Aku sumpah.”

“Kita berpisah di sini. Aku tidak akan berkasar dengan kau. Selamat tinggal Ananimโ€ฆ”

Zuss.

Dia hilang pada tepat jam 5:33 pagi. Langsuir mahupun makhlus ghaib yang lain adalah berasal daripada suku sakat keturunan jin. Jin seperti yang kita semua sedia maklum mampu menjelmakan diri mereka ke dalam pelbagai rupa bentuk yang lain. Ada yang difitrahkan secara semulajadi untuk berada di dalam rupa bentuk seperti hantu puaka dan ada juga yang sebaliknya. Sesi temubual secara langsung itu telah dibuat di rumah kediamanku sendiri. Nama sebenar langsuir itu terpaksa aku tukar kepada nama yang lain kerana aku bimbang akan keselamatan pembaca-pembaca budiman sekalian. Aku namakannya semula kepada ANANIM.

Sebenarnya banyak lagi soalan yang telah aku tanyakan padanya. Ada yang terjawab, ada yang mengarut, dan yang paling banyak adalah melibatkan akidah agama Islam dan tauhid. Jadi adalah lebih baik sekiranya aku paparkan apa yang dirasakan perlu sahaja. Aku inginkan setiap manusia terutamanya yang beragama Islam supaya tidak takut dan tidak tunduk pada makhluk-makhluk puaka ini. Aku juga takut dan seram tetapi dalam masa yang sama aku cuba bertindak rasional dan mengawal emosi itu semampu mungkin. Tajuk yang aku rasakan sesuai dengan cerita pada kali ini adalah ANANIM; KISAH SATU MALAM. Mengapa aku namakan ia semula kepada ANANIM?

Semoga kita semua beroleh manfaat dan semoga pembaca semua sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT sepanjang masa. Sehingga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. InshaAllah.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Salam Sejahtera, & Jazzakallah Khairo Khotiro.

-Carlito Rocker 2018-

#CarlitoRocker #CarlitoRocker2018 #KisamSeramBenar #PartTimeWriter
#AnanimKisahSatuMalam

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Carlito Rocker

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

40 thoughts on “#CarlitoRocker – ANANIM (KISAH SATU MALAM)”

  1. Fuhhh memang seramm bro carlito rocker kali ni. Sambil membaca nama ananim pandang ke kiri kanan, jantung pun dah berdegup laju…

    Reply
    • Wooow.. Besttt . walaupun panjang, gigih abeskan baca.. mula2 takut nk sebut nama tu, mujurla ckp d tukar.. hahaha.

      Reply
  2. Ermmm puitismu indah carl… seolah aku mengenal peribadimu hanya melalui penulisan.. newayy iolss sukaaaaa teruskan berkarya

    Reply
  3. ai bukn kaki puisi @ bunga2… bnyk yg ai skip baca…๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ต Anywy, wow sngt bckp ngn entiti.. if real citer lh.. xrsa seram ke bork2 ngn mahluk tu..?

    Reply
  4. Lidahku terbungkam… dengan renungan mata yg masih tertancap di skrin telefon pintar… jariku terasa ghairah utk menaip kedalam ruangan komen.. namun minda ku buntu.. tepu dan kosong.. sebuah keluhan kelepaskn… karya karangan lelaki yg menggelarkn dirinya carlito rocker benar2 menyentuh perasaanku.. seakan akan aku ikut hadir kedalam ceritanya yg kuandaikan sebagai mitos mistik.. atau fantasi garapan akal semata mata.. atau realiti yg tak tercapai fikiran.. ahhh… segera kusuakan sebatang rokok dibibir.. hujungnya kunyalakan dan asapnya kusedut rakus… lelaki yg brnama carlito rocker cukup bijak bermain dengan perasaan insan seperti aku..

    Reply
  5. wooowww impress siut klaw aku tak taw la nk berdepan mcm mana
    salute laaaa ko berani giler anyway cerita yg membuat kan mata aku x lepas nk teruskan bacaan dan rasa nya mcam xjadi nk g toilet dowhhhh hahahaaa serammmmmmm
    looking for another story after this bero GL ..

    Reply
  6. no name barangkali? memang betul lah kalau kita terbayangkan mereka sebenarnya mereka memang ada dekat dengan kita? fuhhh seram

    Reply
  7. Starting bace cm pnjang sgt mukadimah nye.lame2 best plak.cite ni meyakinkan.tq jamu mate ngan cite best cm gini

    Reply
  8. hmm..minana? entah kenapa aku terbayang watak ‘Constantine’ lakonan keanu reeves, bila bayangkan watak constantine sedang berbual dengan ananim pun, langsung tak janggal, cumanya constantine isap marlboro merah.. Anyway, 11/10 it is.

    Reply
  9. A very impressive story if it’s true. But, it is still very interesting even if it’s only a fiction. Looking forward to your future stories. Hope we do not have to wait for long. Thanks for sharing, Carl.

    Reply
  10. cisss aku baca ni nmpk sgt gaya playboy sdg flirt di situ. yg si lang tu pon malu2. xleh blah la aku.. haha..
    btw setel marathon story kau bro. mmg terbaeklah smua. thanks sudi share,, nnt2 ada masa cerita la lg.. rite now aku plg nak taw psl saka. sbb rasanya aku mcm terlibat dgn gangguan saka ni tp xtaw saka apa.. hijab aku kuat sgt (actly kdg2 aku suka jgk hijab kuat ni) tp hdup dlm misteri la – rasa, dgr, alami mcm2 tp xsure sbb xbetul2 nmpak. hdung aku pun m**i bau, dlu kecik2 pernah sumbat guli dlm lubang hdung, so teknik2 bauan kemboja daun limau sgla yg kau ajr dlm cerita2 kau mmg aku xdptlaa aku nk praktis utk kenal apabenda dkt dgn aku ni

    Reply
  11. Carlito Rocker ….
    Memang terbaik ….
    Huraian jitu,penuh Panduan …
    yang penting tidak lari dari Akidah Sunnah Umat Islam ..
    Tak sabar nak baca hantaran baru dari Carlito Rocker …
    Semoga terus berkarya …
    dan Sentiasa dalam Rahmat Allah swt …

    Reply
  12. Macam novel “Interview with The Vampire” pulak. Ada banyak pengajaran boleh diperolehi dari cerita-cerita Carlito Rockers. Memang patut pun nama Cik Lang ditukar, takut nanti ada pembaca yang cuba seru-seru, naya kang. Yang saya nak tau, macam mana dorang pilih saper yang dorang nak usik tu. Macam mana pula nak elakkan daripada diusik.

    Sekarang sudah 2021 tapi cerita Carlito Rockers yang terakhir diterbitkan di sini pada tahun 2018. Ke mana Carlito Rockers menghilangkan diri ye.

    Saya berminat untuk mengetahui soalan-soalan yang tidak boleh diterbitkan di sini (untuk pengetahuan sahaja). Iyelah, sekarang nie dah terlalu ramai orang yang over-sensitive. Dulu, semua orang boleh hidup aman damai dan menghormati satu sama lain. Mengapa sekarang dah tak boleh?

    Tak boleh atau tak mahu?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.