#Cerita Ahmad : Grab Larut Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua peminat fiksyenshasha.com. Sudah lama rasanya tidak mengarang cerita baru. Hehehe..
Baiklah, kali ini aku ingin kongsikan suatu kisah rakan aku yang bernama Hafiz (kalau ada yang masih ingat, Hafiz ini adalah watak dalam #cerita ahmad : Jemaluang-Mersing). https://fiksyenshasha.com/cerita-ahmad-jemaluang-mersing/   Namun cerita yang aku nak kongsikan kali ini bukanlah suatu cerita makhluk halus atau cerita hantu atau rasukan atau seangkatan dengannya. Tapi kisah kali ini adalah lebih kepada santai dan ada sedikit mengupas akan logik akal. Tak tahulah kalau korang rasa ini cerita hantu atau tidak, dan mohon maaf ya jika tak seram atau terlalu panjang. Baiklah sedikit mukadimahnya, dalam menempuh alam masa kini yang penuh dengan pancaroba, Hafiz cuba untuk menambah pendapatan sehariannya dengan mendaftar menjadi pemandu Grab. So ini adalah sedikit titik-titik pengalaman awalnya sebagai pemandu Grab. Suatu hari, Hafiz mengambil trip Grabnya di sekitar Johor Bahru. Hafiz menyelesaikan trip Grabnya sekitar jam 12.00 malam. Agak lewat rasanya, jadi Hafiz tanpa membuang masa, dia bergegas pulang ke rumahnya di Mount Austin. Seperti biasa jalan yang perlu dia lalui adalah highway Pasir Gudang. Mungkin rasa santai barangkali ketika itu, sambil memandu pulang Hafiz mengaktifkan servis Grabnya kembali. Sambil memandu dan menikmati cuaca malam,tiba-tiba ada notifikasi muncul di paparan maya aplikasi Grab. “Hah!!! Rezeki.. Dalam alang-alang mahu pulang ini ada juga orang nak order Grab” betah hati Hafiz sambil menguntum senyuman.
Tanpa berfikir dua tiga kali, order pelanggan itu diterima. Pada hemat Hafiz mungkin pelanggan ini mahu menggunakan khidmatnya secara sehala. Sambil memandu pulang bolehlah dia menghantar pelanggan sekali. Setelah bersetuju menerima order tersebut pada paparan aplikasi,barulah Hafiz tahu akan lokasi yang perlu dituju.
Lokasinya sekitar stesen minyak Shell dan satu syarikat permotoran betul-betul di tepi highway Pasir Gudang.
Senang dan mudah pada sangkaan Hafiz. Hafiz memandu tanpa rasa menatang minyak yang penuh. Setelah sampai di lokasi tersebut, Hafiz mulai pening. Hafiz berpusing beberapa kali di sekitar stesen Shell tersebut tapi tidak dijumpai pin lokasi yang ditandakan oleh pelanggan. Setelah melihat kawasan sekitar barulah Hafiz perasan bahawa di antara stesen minyak Shell tersebut dan syarikat permotoran tadi, adanya satu lorong kecil yang bersaiz lebar sebiji kereta. Kiri dan kanan semak dan hutan. Paling menarik… Ya, paling menarik, jalan yang kecil tersebut adalah seperti noda hitam pekat. Gelap gelita. Tiada lampu. Sangat gelap menuju ke dalam hutan sana. Hafiz termenung… Apakah dia mahu meneruskan misi mengambil pelanggan tadi atau tidak. Setelah berfikir sejenak…
Redah jelah…
Hafiz memandu perlahan. Keadaan sunyi. Sepi bercampur gelap. Kiri kanan hutan yang sudah ditengelami hening malam. Hafiz memandu perlahan. “Betul ke customer ni??? Jalan kecik macam ni dalam hutan… Gelap nauzubillah…” getus hati Hafiz. Matanya melilau kiri dan kanan. Hanya lampu keretanya sahaja yang menyinari hamparan di hadapan. Tiba-tiba….. “Argh sudah!!!! Minyak tinggal satu bar lah pulak!!!!. Dari tadi aku memandu ni, tak nampak apa pun kat depan ni. Lorong dah lah kecik, aku nak reverse kereta tak boleh. Mana kau pin lokasi ni”, membebel sendirian Hafiz. Reverse kereta tidak dapat di lakukan kerana jalan di belakang terlalu gelap. Lampu kereta belakang tidak cukup menerangi keadaan. Manakala kiri dan kanan juga sangat gelap. Risau juga jika di reverse, buatnya ada longkang atau jurang. Memang menempah sangat.
Namun Hafiz gagahi juga menekan pedal minyak perlahan-lahan dan tiba-tiba dari jarak beberapa meter ada satu tiang lampu tidak jauh di hadapan. Sedikit lega kerana di situ adanya ruang untuk Hafiz berpatah balik. Namun!!!
Secara mengejut Hafiz menekan pedal brek. Terkejut nauzubillah. Mengucap panjang Hafiz kerana di bawah tiang lampu yang di belakangnya hutan, ada tangan melambai-lambai dari jauh. Sayup-sayup melambai-lambai.
Hafiz terkedu. Kereta masih berhenti di situ. Diamatinya dengan teliti objek yang melambai-lambai tersebut. Risau juga bimbang makhluk Allah yang tidak diundang. Setelah lama memerhati, tangan yang melambai tadi memegang handphone dan melambai kembali. Yakinlah Hafiz bahawa itu adalah manusia. Kusss semangat. Rupanya itu dua orang pelanggannya berbangsa Bangladesh yang sedang menunggu. Hafiz tanpa berlengah lagi terus mengambil penumpangnya sambil menyumpah di dalam hati. “Kau buat apa dalam hutan ni malaun!!!”. Setelah bertanya kepada penumpangnya, rupanya mereka datang ke situ kerana menziarahi rakan mereka di tapak pembinaan berdekatan. Mungkin kerana sudah larut malam, mereka takut untuk berjalan keluar dan menyusuri jalan kecil yang sememangnya gelap. Logik juga jika mereka menunggu Grab mengambil mereka di situ. Baiklah tamat penyeksaan yang pertama. Seterusnya sesi menghantar mereka pulang. Ke mana agaknya ya??
Satu lagi mimpi buruk. Mereka mahu pulang ke Gelang Patah. Sekitar 45km dari tempat tadi. Aduh!! Hafiz sedikit gusar. Sudahlah jauh, kena masuk tol, dan paling tak best perlu berpatah balik dari haluan highway Pasir Gudang tadi. (maka hilangnya dogeng-dogeng mengambil pelanggan sambil pulang ke rumah).
Disebabkan Hafiz memikirkan untuk topup petrol dan kos tol nanti Hafiz terpaksa mengambil extra kos dari pelanggan sebanyak RM3. Setelah dipersetujui, Hafiz memandu ke Gelang Patah. Sekali lagi mimpi ngeri terpaksa dihadapi. Laluan yang sama seperti laluan tadi terpaksa dihadapi.
Jalan kecil tidak bertar. Hanya berhamparkan tanah merah. Kiri dan kanan hutan. Dan Ya… Gelap itu memang termaktub di situ. Paling ironik, signal petrol Hafiz sudah bernyala merah.
Hafiz nekad.. Selesai hantar mamat dua orang ni, dia akan mengisi petrol. Memang nasib kau lah labu wahai Hafiz. Keadaan sama seperti tadi. Hafiz memandu perlahan di dalam kegelapan malam di tengah-tengah hutan. Hafiz makin buntu kerana dia memandu jauh ke dalam. Akhirnya Hafiz sampai di simpang tiga. Penumpang tadi menunjukkan arah yang perlu dilalui. Perasaan was-was Hafiz cukup menebal waktu itu. Risau juga Hafiz mana tahu dua orang mamat ni nak merompak ke. Nasib baik penumpangnya meyakinkan bahawa memang ada rumah di dalam sana. Akhirnya mereka bertiga sampai di satu lokasi yang mana wujud nya satu rumah flat..emmmmmm…so weird. Hafiz bertanya kepada mereka di mana stesen minyak berdekatan. “Abang jangan risau, abang patah balik jalan tadi kemudian nanti abang akan jumpa highway. Nanti abang akan jumpa stesen minyak. Abang jangan takut ya, kami bukan hantu” begitulah serba sedikit info yang mereka sampaikan pada Hafiz Jam menunjukkan 1.30 pagi. Hafiz tanpa berlengah lagi meneruskan pemanduannya untuk pulang. Namun malang apakah yang menimpa, jalan yang di carinya tidak dijumpai. Jalan kecil itu disorotinya bertemankan gelap pagi hutan. “Argh….mana pulak jalan yang mamat tu cakap tadi. Minyak kereta aku dah nyawa-nyawa ikan ni. Kiri kanan hutan je. Depan belakang gelap. Ke mana pulak aku kali ini?”. Hafiz mengambil keputusan untuk membuka Waze walaupun dia tahu line tidak berapa memberangsangkan. Hafiz membuka Waze dan menaip stesen minyak di Gelang Patah.
Waze mengambil sedikit masa untuk searching route. Tiba-tiba muncul paparan di skrin handphonenya dan ada tanda stesen minyak Shell berdekatan. Namun….
Route yang diberikan oleh Waze cukup membantutkan. Laluan jalan Waze yang berwarna biru itu seolah-olah berbentuk nombor 8 tetapi bertindih-tindih. Seolah-olah jalannya berpusing bertingkat-tingkat. Arghhh.. Sudah bala apa pulak ni. Melupakan Waze, tanpa disedari Hafiz melepasi satu roundabout kecil ditengah-tengah hutan belantara tersebut. Hafiz meneruskan perjalanannya dengan yakin akan menjumpai apa yang di carinya (highway + stesen minyak). Namun segala bagai hampa belaka. Perjalanannya makin jauh ke dalam. Paling mengembirakan hatinya ketika itu, line telefon out!!! “Emmmmm, memang baguslah. Memang baguzzzzzz sangat. Minyak kereta dah nak kering, aku sorang-sorang dalam hutan mana entah ni, line telefon out habis… jam pulak dah lebih 1.00 pagi..Emmmmmm bagus padan muka aku”.. Hafiz membebel sendirian. Sambil meneruskan perjalanan yang semakin jauh ke dalam… Sayup-sayup.. Nun di sana tiba-tiba di sudut pandang hadapan wujudnya WARUNG SATE yang entah dari mana. What the world!!!! Dalam hutan gelap-gelap macam ni, jam sewaktu begini ada orang buka warung sate. Sekitar empat orang berada di warung tersebut. Seorang membakar sate, seorang membancuh air, manakala dua orang lagi adalah pelanggan yang sedang menjamah hidangan. Semua lelaki. Berpakaian biasa. Dalam keadaan ragu-ragu terkejut dan sedikit gementar..
Hafiz memberanikan diri untuk berhenti bertanya. “Assalamualaikum abang. Saya sesat ni abang. Boleh saya tahu di mana jalan nak ke highway dan stesen minyak?” “Oh nak ke highway ya? Boleh-boleh.. Adik kena patah balik sehingga adik jumpa roundabout kecil. Dekat situ ada empat simpang kan. Adik ambik laluan ke kiri. Adik terus je sehinggalah adik jumpa jambatan. Hah… dekat jambatan itu, adik berhenti. Kemudian adik kena turun ke bawah jalan kaki dan jangan lupa bawa botol ya. Sebab dekat bawah jambatan itu ada highway dan stesen minyak”. Hafiz mendengar dan mengamati arahan itu dengan jelas. Diingatnya satu per satu kata-kata abang tersebut. “Baiklah kalau begitu saya jalan dululah abang. Lagipun dah lewat sangat dah ni. Terima kasih ya abang”. Hafiz meninggalkan warung sate pelik itu tanpa banyak soal. Dipandunya kereta perlahan-lahan menyusuri jalan kecil di hutan itu. Rasa tidak sedap hati mula menerpa. Minda mula bermain teka-teki. Apa betul ke arahan abang tadi. Hafiz tidak menunggu lama lantas meneruskan perjalanan sehingga sampai ke roundabout tadi. Dia memberhentikan keretanya disitu. Diamatinya tiga laluan di kiri, kanan, dan hadapannya. Jika tadi dia dari laluan sebelah kanan lantas terua menyusuri jalan ini yang membawanya ke warung sate. Manakala abang warung sate memberitahu untuk dia mengambil laluan ke kiri untuk sampai ke stesen minyak. Sekarang ini.. Antara ke empat-empat laluan, dia cuma punya dua pilihan samaada ke kiri atau mengambil jalan terus di hadapannya. Setelah berkira-kira Hafiz membuat keputusan untuk mengikut arahan abang tadi. Hafiz memasuki lorong kiri dan meletakkan harapan yang tinggi untuk menemui jalan keluar. xxxxxxxxx 15 minit berlalu.. Hafiz dah mula mengelabah. Mana ni jambatan? Tak ada pun. Betul ke tidak abang ni. Haih… Pelik ni. Rasa beban tak sedap hati menyelubungi hati. Hafiz menarik nafas perlahan lalu memohon pertolongan Allah S.W.T. “Jika ini ujian dan dugaanMu Ya Allah, aku redha Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah”. Dia telah memilih untuk berpatah balik. Haraplah jumpa balik roundabout tadi. Janganlah dia bawa aku sesat lagi.
Alhamdulillah akhirnya jumpa juga roundabout tadi. Tinggal satu lorong sahaja yang belum dicuba Hafiz. Kali ini.. Memang tawakal.
Tanpa berlengah masa, Hafiz meneruskan perjalanannya dengan tekad menyusuri lorong tersebut. Di susurinya jalan itu perlahan-lahan. Yakin inilah cubaan terakhirnya untuk keluar dari kawasan tersebut. Hafiz meneruskan perjalanan sehinggalah dia ternampak sesuatu..
GLOBE ARCA GELANG PATAH!!! Ya, Hafiz kenal akan globe arca tersebut yang sememangnya dibina di tepi jalan besar. Dia meneruskan perjalanan dan Alhamdulillah akhirnya dia berjaya menemui jalan highway. Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadirat Ilahi. Tanpa berlengah masa dia terus ke stesen minyak berdekatan untuk mengisi minyak. Mata Hafiz menjeling ke belakang melihat kembali jalan yang dilaluinya sebentar tadi. Satu sahaja yang dia nampak. Hutan belantara yang bermadahkan kegelapan. Terfikir dua kali Hafiz akan arahan abang sate tadi. Ada ke jambatan di Gelang Patah yang menyeberangi highway yang mana adanya stesen minyak di bahagian bawah?? Selepas kejadian tersebut Hafiz nekad untuk tidak mengambil trip Grabnya lagi selepas jam 12.00 tengah malam.

59 thoughts on “#Cerita Ahmad : Grab Larut Malam”

  1. Saya mohon maaf jika cerita tak seram. Mohon maaf juga kerana banyak perenggan hilang. Sebenarnya dah taip elok kat Microsoft word. Lepas tu copy paste kat Fiksyenshasha.com saya tak edit semula. Dah publish baru perasan, perenggan semua hilang. Sorry ye kawan2.

    Reply
      • Ooo update bru pny kot, sy dh stop grab dr raya aritu. Papepon seram cte ni. Kalau tny driver grab yg slalu on slps 12 mmg byk kisah seram. Yg cust ilang mcm tu je, tau2 tggl duit. Xd bukak pintu. Xsure jd daun ke x duit tu

        Reply
        • Haaaa… Ni ada tanya juga Hafiz pasal customer dia. Dia cakap nasib duit tu duit betul. Confirm manusia lah tu.. Hehehe

          Reply
    • Makasih Kak Yulie.. Saje je kongsi pengalaman member.. Time dia citer pon sy terbawak bawak seolah olah sy yg drive.

      Reply
    • Waktu Hafiz citer, ada juga suggest.. NAK TAK KITA PERGI SEMULA KAT TEMPAT TU. CHECK WARUNG SATE TU ADA KE TIDAK..

      Reply
      • haa.. baru nak tanya tak pegi check balik ke tempat tu betul ke tak mmg ada jalan2 kecik tu, warung sate semua tu?

        mujur la Hafiz tak singgah lepak makan sate dulu kan.. risau pulak kalau2…………………..

        Reply
  2. Hafiz tu dah lepas dr pekan gelang patah ke masa anta mamat 2 org tu?…jln lps pekan gelang patah tu mmg len mcm sikit…nk2 bile waktu mlm…

    Reply
  3. Highway pasir gudang.. Area shell, beberapa kali dah kena.. The same budak dlm umur 5 or 6 tahun duduk cangkung tanpa berbaju kat tanah (penghadang antara jln)dok peratikan kereta2.. Lalu situ dlm pkl 12 mlm ke atas.. Ngantuk.. So buka tingkap n drive slow.. Bila dah bertentang mata terus naikkan tingkap n cuba tgk dari side mirror.. Mmg xde..suruh member toleh belakang n tgk pun ckp xde org.. Huhuhuhu..

    Reply
  4. Klu terpusing-pusing dlm “hutan” kt Gelang Patah, mungkin area Tanjung Adang dan Kampung Pok tu. Kt situ mmg byk “jalan dalam” dan x mengejutkan klu tetiba ada warung kt situ. Warung Mee Bandung yg best kt situ pun, meredah hutan nak cari warung yg bernaung di bawah pohon ara tu. Byk pekerja indon, bangla kt situ sbb dekat ngan kawasan industri PTP.

    Reply
    • Menarik menarik.. Hehehe.. Sebab situ banyak kawasan construction kan. Yang si Hafiz gi jalan ni tak tahu lah area apa. Yang pasti dia kata memang tak ada orang. Kereta lalu lalang pun tak ada. Dia ada cakap juga yang dia pon tak tahu kampung apa. Tak tahu lak ada warung mee bandung (peminat setia).. Bole ajak Hafiz p survey kalau macam ni. Tq untuk info.

      Reply
  5. Saya ada cerita harap awak masuk kat mana mana
    Namaku Susi aku seorang kakak
    Saya ada beberapa cerita kisah seram
    Pada tahun lepas aku pergi ke sekolah (untuk belajar)selepas habis sekolah aku pergi sekolah lagi (sekolah agama)selepas balik aku mandi dan tidur

    Masa tidur aku mimpi pasal rumahku aku ternampak hantu tiada muka dan aku ketakutan dan mengigil

    Aku terbangun dan aku pergi ruang tamu ibuku suruh makan malam aku dan keluarga makan malam

    Selepas makam aku tengok tv selepas tengok tv aku tidur aku terbangun pada pukul 3.00 pagi aku ternampak hantu tiada muka aku terus baca doa dan tidur keesokkanya aku bangun dari tidur

    Inilah kisah saya
    Sekian terima kasih

    Reply
  6. Kalau ada kisah grab ni lg post lah.
    Jarang pulak jumpa cerita mcm ni.
    Btw jalan cerita boleh faham n suspen sbb tk thu hantu ke manusia.
    Nanti cerita lagi ye

    Reply
  7. alhumdulillah beberapa tahun ni ulang alik kempas ke tanjung kupang jam 3am xde apa2 yang seram.
    cuma takut hightway lanun je terutama jalan kulai tanjung kupang.

    Reply

Leave a Comment