#Cerita Ahmad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS. Terima kasih kepada admin jika sudi publish cerita aku ini. Mungkin kisah yang aku ingin kongsikan ini tidak begitu seram namun cukup sekadar diambil sebagai iktibar.

Nama aku Ahmad, bekerja sebagai sebagai New Product Innovation (NPI) engineer di salah sebuah syarikat Jepun di Pasir Gudang. Bagi mereka yang tidak tahu tugas seorang NPI engineer ini adalah sebagai lead atau mengetuai sesuatu projek baru. Sekiranya kilang aku ingin melancarkan produk baru, kita mesti akan buat development stage dahulu sebelum produk itu boleh dilancarkan ke pasaran pengguna. Jadi NPI engineer akan terlibat secara total sewaktu development stage ini. Jadi sewaktu development stage ini tugas kami memang agak sibuk. Selalu overtime. Memang sibuk. Setelah tamat development stage dan produk telah berjaya dilancarkan ke pasaran, barulah kami boleh bernafas sedikit.

2014

Nak dijadikan cerita, aku tidak ingat waktunya bila tetapi pada hari kejadian aku balik agak lewat.

Seingat aku selepas jam 9 malam. Aku ketika itu menggunakan kereta Proton Preve berwarna putih.

Disini aku ingin ceritakan sedikit layout tempat parking di kilang aku. Tempat parking kereta dikilang aku dalam keadaan berpagar. Tempat parkingnya agak luas. Tidak berbumbung. Untuk ke tempat parking ini, jika dari jalan besar kami perlu masuk ke kiri dan jalan masuknya kecil dan perlu menaiki bukit sedikit. Di laluan masuk itu kita akan melalui satu palang automatik dan sebelah kiri adalah tempat parking motor berpagar.

Maksudnya di sini tempat parking kereta berpagar dan didalamnya ada tempat parking motor yang juga berpagar. Jadi apabila sudah melalui palang automatik tadi dan selepas melalui tempat parking motor yang berada di sebelah kiri, kita akan nampak 3 barisan utama untuk parking kereta. Parkingnya agak luas dan panjang ke hujung dan biasanya aku akan parking kereta aku di barisan tengah dengan keadaan menggundur. Aku memang suka parking mengundur. Senang nak keluar. Hihihihi. Panjang pula aku cerita bab tempat parking ni. Maaf ya. So apabila aku parking di barisan tengah maka aku selari atau setentang dengan area parking motor, dan apabila aku park kereta dalam keadaan mengundur maka dengan kata lain di sebelah kanan aku, walaupun dari jauh aku boleh melihat dengan jelas parking motor.

Aku juga boleh melihat palang automatik tempat laluan kereta masuk dan keluar. Harap boleh faham ya.

Berbalik kepada kisah aku balik lambat tadi..pada hari itu aku pulang agak lewat dan sewaktu aku pulang, kenderaan di tempat parking sudah kurang bilamgannya. Aku masuk ke dalam kereta dan memanaskan enjin terlebih dahulu. Kemudian aku menoleh ke sebelah kanan. Dari jauh aku boleh nampak seorang sosok wanita bersama seorang lelaki berada berhampiran tempat palang automatik tadi. Oh rupanya Kak Ana dan lelaki yang sedang duduk di atas motor itu aku kira suaminya.

Aku mula mushkil..kenapa ya Kak Ana masih berdiri di situ sedangkan suaminya sudah ada di sebelahnya. Kenapa mereka tidak pulang lagi. Oh ya, untuk pengentahuan Kak Ana merupakan staf di kilang aku dan bekerja di bahagian Engineering Control. Sewaktu development stage memang banyak dokumen yang perlu dibuat. So Kak Ana ini adalah salah seorang staf yang menguruskan dokumen-dokumen tertentu sewaktu development stage mahupun ketika mass production. Jadi hubungan aku dan engineer yang lain dengan Kak Ana agak rapat.

Berbalik pada kisah Kak Ana tadi, aku merasa pelik kenapa Kak Ana masih belum pulang bersama suaminya. Aku pun berniat untuk menegur sewaktu aku melalui laluan itu nanti. Aku pun memandu kereta perlahan-lahan. Sampai je dekat dengan Kak Ana, aku merasa segan untuk menegur kerana adanya suaminya di situ. Sewaktu aku melintasi Kak Ana dan suaminya (yang ketika itu berada di sebelah kiri kenderaan), aku perhatikan Kak Ana memandang ke arah kereta aku dengan keadaan curious. Agak pelik seketika.

Aku pun keluar dari area parking, masuk ke jalan besar dan ketika aku membuat pusingan U, aku memerhatikan Kak Ana dari jauh dan aku perasan Kak Ana kelihatan pelik (cara dia memerhatikan kereta aku). Jika tak silap aku selepas aku membuat pusingan U di jalan utama itu, Kak Ana masih memerhatikan aku. Aku terus membawa kereta aku ke stesen minyak dan terus pulang ke rumah.

Esoknya..

Jika tidak silap aku masuk sedikit lambat. Sampai di kilang aku terus dikejutkan dengan sapaan-sapaan teman-teman sekerja. Mereka menanyakan adakah aku membawa perempuan semalam. Aku agak terkejut.

Apa mereka merepek ni. Salah seorang staf menyarankan agar aku segera bertemu Kak Ana.

Aku bertemu Kak Ana dan bertanyakan perihal semalam. Aku merasa pelik dengan kelakuan Kak Ana semalam. Kak Ana bertanya pada aku, dalam kereta aku ada rambut palsu atau tak. Merepek. Mana ada.

Kak Ana memberitahu aku yang semalam dia dan Kak Ruki (watak yang aku tidak perasan semalam) ternampak ada rambut panjang berombak keluar dari tingkap belakang kereta aku dan tingkap itu adalah tingakap di tempat duduk belakang pemandu. Dengan kata lain betul-betul di belakang aku. Mereka memberitahu aku yang rambut itu makin lama makin panjang. Aduh rambut apa pula ni.

Kak Ana bercerita lagi yang Kak Ana dari jauh nampak rambut tersebut dan dia dan Kak Ruki menunggu kereta aku lalu untuk kepastian rambut itu dan kepastian pemandu yang memandu kereta tersebut.Mereka tidak tahu yang membawa kereta tersebut adalah aku (bukan main terkejut mereka sebaik sahaja melihat aku yang membawa kereta tersebut). Sebaik sahaja aku menghampiri Kak Ana dan Kak Ruki rambut tersebut hilang. Aku memberitahu Kak Ana yang aku singgah di stesen minyak dahulu sebelum pulang ke rumah. Risau juga takut “benda” tu aku bawa balik ke rumah. Tamat bahagian pertama.

2017

Aku amat bersyukur pada Allah S.W.T kerana melindungi aku dari melihat benda-benda pelik ketika kejadian pada 2014 dahulu. Pada tahun ini (2017), aku ke tempat Kak Ana dan Kak Ruki.

Saje buka balik cerita-cerita dulu. Saje borak-borak kosong dengan mereka perihal kisah dahulu.

Tapi kali ini, agak menyentap aku. Kenapa? Kerana aku dapat tahu versi cerita Kak Ruki dan Kak Ana yang sebetulnya. Sejujurnya pada malam kejadian aku memang tidak nampak atau tidak perasan wujudnya watak Kak Ruki pada malam tersebut. Kak Ruki dan Kak Ana memang pulang lewat pada hari tersebut.

Kak Ruki memberitahu aku yang beliau dan Kak Ana masing-masing memang nampak akan rambut tersebut. Mereka berdua memang menunggu kereta aku melalui melintasi mereka kerana mereka inginkan kepastian dan ingin tahu siapa yang membawa kereta tersebut. Yang menjadi persoalan adalah tempat mereka menunggu. Kak Ruki memberitahu bahawa dia bersama Kak Ana menunggu di tempat area parking motor. Dengan kata lain sewaktu aku melalui mereka, mereka berada di sebelah kanan aku. Memang patut pun mereka berada di sebelah kanan kerana mereka mahu melihat rambut di tingkap penumpang sebelah kanan kereta. Sementara itu, Kak Ana memberitahu bahawa suaminya memang ada menunggunya di seberang, maksudnya disebelah kiri aku.

Kak Ruki m**i matian memberitahu bahawa dia dan Kak Ana duduk menunggu di area parking motor.

Aku pula yang jadi sedikit tidak waras kerana aku melihat Kak Ana dengan jelas berada di sebelah kiri bersama suaminya sambil memerhatikan kereta aku. Aduh..habis tu siapa yang aku tengok malam tu.keknapa setelah sekian lama baru aku tahu…

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Samson Ahmad
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 comments

    1. Hihihi..terima kasih..just sharing pengalaman yang ada..semoga kita semua lebih hati2..in shaa Allah..

    1. Hihihihi..makasih2..cuma berkongsi sedikit pengalaman..semoga kita semua dilindungi selalu..in shaa Allah..

  1. kilang2 dekat pasir gudang memang banyak benda2 ni.. simpang 4 trafik light tasik mmg ada 1lembaga bertengek kt citu hari2.. real mmg besar lh lembaga tu…masjid jamek 100meter dr ctu..

    1. Yeker..aiseyh…sllu blik johor umah mertua lalu stu malam2..jgn la dia ikut balik ke taman mawar.masakkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.