Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca FS. Nama aku Yus. Aku seorang jurujual di sebuah shopping mall di Batu Pahat. Mall mana aku tak nak bagitahu. Nanti takut pula orang nak datang shopping. Kisah ini kisah benar dan berlaku depan mata aku, ada juga aku dengar dari mulut-mulut dari pekerja-pekerja shopping tersebut.
Dulu masa memula masuk kerja, promoter lain mesti cerita pasal hantu di Mall tersebut. Aku hanya mendengar. Ada yang bercerita bahawa dia tertinggal barang kat floor 2 waktu balik nak punchcard. Gigih naik balik dari groundfloor. Floor 2 da gelap semua suis lampu dah tutup. Masa kat floor 2 tiba-tiba komputer cashier hidup dengan sendirinya. Skrinnya ibarat tv rosak. Fuhh apa lagi dia terus lari turun balik. Nasib baik sempat ambil barang.
Cerita lain pula, seorang promoter terjumpa tapak kaki yang agak besar. Penuh dengan lumpur. Kau rasa ada ke orang pergi mall berkaki ayam lepas tu berlumpur. Tapak kaki tu ibarat main lari-lari. Padahal semalam sebelum balik kaunter bersih je. Benda ni berulang beberapa kali.
Ada juga bercerita bahawa dia terdengar bunyi guli mengalir dekat dalam stor. Biasa hari sekolah customer tak ramai. Jadi keadaan agak sunyi. Ketika itu dia beseorang di dalam stor. Dia kata dia dengar bunyi guli masa kira stok. Lepas tu dengar bunyi air mengalir. Tapi dia terus beranikan diri sebab bunyinya tak berapa menakutkan.
Dalam memberanikan diri terdengar pula perempuan mengilai. Siang hari pun mengilai. Suara tu dengar dari atas siling. Bulu romanya terus meremang. Lantas keluar dari stor dengan muka pucat. Selepas kejadian tu, nak kira stok mesti berteman. Untuk pengetahuan semua floor 2 tingkat atas sekali. Atas bumbung tempat letak kereta.
Aku hanya mendengar saja. Nak percaya memang tidaklah. Dalam hati “hmmm yelah tu”.
Ok kali ni aku yang alami sendiri masa raya cina hari tu. Time tu customer memang ramai. Biasalah time nak rayakan, aku pun kelam-kabut. Sampai lagi 10 minit nak tutup waktu perniagaan still ada customer. Time ni lah aku kene. Customer ni nak saiz kasut 9, stok ada dalam stor. Aku pun berlari masuk stor sebab nak cepat. Masa masuk stor aku ada bau sesuatu yang sangat busuk. Baunya macam bangkai. Menusuk hidung. Tapi aku gigih masuk ke arah belakang stor.
Last-last aku ternampak kelibat putih dari celahan-celahan rak. Kau tahu apa benda tu? Pocong kau tahu. Aku terus keluar cakap dengan customer saiz habis. Time tu memang aku berpeluh-peluh tambah semput sebab terkejut. Nasib baik dia customer last. Kalau tak memang takla aku nak masuk stor lagi time tu.
Itu jelah cerita yang aku dengar dekat Mall ni. Mall apa? Rahsia. Yang penting dia belum pernah kacau customer. Benda ni terjadi bila keadaan sunyi dan kau berseorangan.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
macam tau jew mall mana…
BP Mall la ni…kalau parking dekat bumbung. Kat Batu pahat ada 2 je mall, bp mall dgn summit tu…mana ada mall lain lg.
Dengan aeon,tapi macam tak mungkin je aeon,huhuhu
Sooo pasni akak taulah klu tetbe salesman ckp size abis/takde pastu muke cuak sepesen mesti die ade jumpe benda dlm stor…
Heheheheheh…
Kah kah kah kah kah…!
Haruslah kita pulak nak masuk stor, betul ke saiz abis, atau ada cik cong try nak sarung kasut.
Kaannn…
Pasni kena kes xde size, makanye sila carik sendirik…
Abg Cong bg karung guni jer…
Die mne blh pki kasut…
Satu lg, kalo sales person tu ckp saiz xde, muke pucat, g la memana dulu, lps 2 jam try tny kat sales person lain, mungkin saiz tetiba ade.. Huhuhu
Klu xde gak pakat2 ngan tokey buat bacaan yassin kt kedai pastu dh selesai tu tanye lg size yg same…
Kompem ade…
Hehhehehe…
Haha.. agknya mall y saya slalu g pn ada cik cing tnggu dlm stor la kot… sbb bile g beli kasut je, tnya2 kt salesprsn tu msty xde size je mmanjang…
Hahahahha pakej tanya skali la kak… Ada jumpa Abg chong ke?
Mana mana mall memang banyak hantu. Terutama hantu shopping. Hehe
kau copy paste cerita aku ea. Nmpak sangat pembohong. Apasal kau kata kau yang kena. Nmpak sangat nak nama. Sudah2 lah nak cari publisiti murahan mcm ni
This is so awkward?
Pulak dah
kau menipu ni. kau yang nak nama. kalau dia nak nama, dia dah letak nama pena. tuduhan tak valid. booo!
mcm mana bunyi guli mengalir.. hihiihihi..
BP mall la ni sbb mall stu pun mcm angker sikit wlpn tgh bando ek.
BP Mall mmg berhantu. Aku pernha lalu kwsan tu. Suasana luar dia tu dah cukup seram. Aura negatif
Shopping mall mane2 pon mmg berhantu..tmbah2 time bru gaji n waktu nak raya..cume time tgh bulan je hantu kurg
Hahahaha.. hntu shopping ke mksdnya?
Berhantu ke? Saya Masuk Pun Langsung takde rasa pelik.Siap Tiap kali nak gi bp mall..Beli Video game..?..But Btw..Bagi Saye. It’s Nothing..
aku pon dulu penah keja kt mall ni. jaga bahagian kanak2. tepi tu ade side jual anak patung. aku penah dtg awal, time tu mmg takde org lagi. lampu pon tak semua on, tiba2 ade bunyi anak patung menyanyi. mencicit aku lari turun. hahaha
Gila arhhh!
wife aku dulu pernah kerja situ. dia pernah kena dlm toilet, tolak pintu nampak benda tgh duduk rambut panjang cecah lantai. tp wife aku kira kuat gak semangat
Nak secret konon padahal cakap keja promoter kat bpmall. Lawak apa kau yus
Pengalaman hampir serupa dengan wife en.abrahim