Aku, Sarah. Minta maaf sebab cara penulisan yang lepas agak berterabur sikit seperti yang dikatakan aku tak pandai sangat menulis. Aku cuba baiki lagi supaya sampai apa yang aku nak ceritakan. Ya, cerita yang lepas macam tergantung. Sebenarmya bukan tergantung tapi memang habis setakat sampai situ je. Dah takda kejadian lain yang related dah ataupun ada tapi aku je yang tak perasan tak tau lah. Takpe biarkan, aku teruskan dengan kejadian yang lain….
Bismillah…. Dulu, masa ni aku agak dalam umur 15 ke 16 tahun macam tu dekat rumah lama keluarga aku. Jenis perumahan lama terletak di pinggir bandar di pantai timur, rumah 2 tingkat dan jiran keliling aku tak cina, singh. Agak sunyi sikit la tapi aku pun suka je suasana macam tu mungkin sebab aku pun tak berapa suka campur orang. Jiran aku ni ada bela anjing putih tompok hitam…besar. Depan rumah ada pokok mangga lebat, rendang je dan selalu jadi mangsa kena rembat dengan mat pet buat jual. Dulu kalau nampak mat pet nak curi buah aku jerit ‘Woi, curi buah!’ Kadang dia lari kadang dia sengih rilek sambil petik buah masuk karung.
Ok balik pada cerita, satu hari nenek aku datang tiba-tiba untuk jaga kitorang 4 beradik. Aku tak ingat dah mak ayah kitorang pegi mana…seminggu dua juga nenek jaga. Kami 4 beradik semua perempuan aku anak kedua. Kitorang tidur sekali 1 bilik dengan nenek, tapi nenek tidur asing jauh sikit. Nenek nak tido menghadap tingkap dari tingkap tu nampak la pucuk pokok mangga. Dia tak nak tidur sekali dengan kitorang dia selesa macam tu kot. Aman je macam biasa.
Ok, ada satu malam ni aku terjaga dengar bunyi bising, nenek marah terjerit2. Bingit sekali! Aku tengok kakak aku dah jaga awal lagi tapi senyap je duduk dekat bucu dinding. Nenek aku tak habis lagi marah siap maki2, jasad dia terbaring mulut je berbunyi, mata pejam.
“Pu****k kau jangan kacau!”.
“Jangan kau masuk!”.
“Ce***a kau setan!”.
Lama jugak nenek macam tu. Masa ni semua orang dah jaga sebab kuat sangat suara dia. Kitorang 4 beradik berhimpit duduk serapat yang boleh dekat bucu. Sambil tu aku buat pendinding dekat sekeliling kitorang. Ni arwah tok aku yang ajar sebelum dia meninggal, kalau amalkan benda tak elok tak boleh sentuh. Dah la mak ayah takde aku ni tawakkal lillahi taala je masa tu, takut sampai meleleh air mata dan rasa hopeless. Satu2nya orang dewasa tempat bergantung harap iaitu nenek, dia pula tengah gila terjerit marahkan siapa pun tak tau, nak kata tengah mimpi pun bukan. Dengan tangan terawang terkapai2, mata terpejam rapat tapi mulut tak berhenti2. Takut betul aku masa tu. Tak tau nak buat apa, taktau nak panggil siapa. Dengan anjing jiran sebelah menyalak tak henti-henti.
Dalam 45 minit macam tu nenek senyap tiba-tiba dia bangun pergi bilik air. Keluar bilik air dia tutup langsir tingkap terus dia baring tidur semula. Kitorang ni dia biar terkontang kanting. Tak lama tu aku yang menangis tiba-tiba. Sebenarnya aku takut yang amat, kakak aku pulak macam tak berfungsi masih senyap membisu. Tak lama tu nenek aku tegur, “tak tidur lagi?”. Aku terus baring, air mata tak berhenti-henti sampai la aku tertidur sendiri. Kakak dengan adik aku tak nangis, tak berbunyi sekutik haram, aku je yang beria. Loser betul.
Esoknya, semua orang bangun awal aku paling lambat bangun. Turun bawah tengok diorang tengah sarapan. Nenek buat nasi goreng sedap, aku ingat lagi. Sambil makan aku tanya nenek marah siapa malam tadi. Dia kata malam tadi ada langsuir dengan hantu raya nak masuk rumah ikut tingkap. Langsuir tu tak dapat masuk, dia berdiri atas pucuk pokok mangga tengok dengan pandangan tajam ke dalam rumah. Yang hantu raya ni badan berbulu, tinggi sangat tak nampak kepala cuma nampak kaki je berbulu. Yang ni sakai sikit nenek kata alat sulit hantu raya ni macam gerimit gerudi berpusing2, dia nak pergi ke arah aku sambil dia halakan alat sulit dia yang tengah berpusing2. Korang boleh bayangkan tak macam mata kapal korek muncung tajam tu. Itu yang nenek terjerit-jerit maki segala benda macam keluar. Tapi entah kenapa tiba2 makhluk berbulu tu hilang, tak sempat sentuh aku pun. Langsuir tu masih ada lagi nenek kata dekat pokok mangga. 2 3 hari jugak nenek kata dia tunggu kat situ tak dapat masuk.
Tapi, yang peliknya sampai sekarang kakak dan adik aku macam hilang ingatan kejadian haritu. Sekarang pun kalau aku tanya diorang macam ingat2 lupa. Nenek aku meninggal lama dah. Aku yakin aku tak mimpi sebab tu antara benda skeri aku ingat lagi2 lepas aku gugel nak tau bentuk gerimit tu macam mana. Makhluk berbulu ni pernah datang lagi tapi masuk dalam mimpi, masih lagi dekat rumah yang sama.
Masa tu aku tengah Diploma, dapat duduk dalam kampus sebilik 2 orang. Rakan sebilik aku tu sama kos, sama kelas masa sem 4 kalau tak silap. Malam tu aku mimpi aku dalam rumah lama tu aku naik tingkat atas, sampai dekat tangga atas aku nak turun semula. Tengah aku taip cerita ni pun bulu roma meremang. Ok, masa nak turun makhluk berbulu ni halang aku nak turun, aku cuma nampak kaki dia…tinggi melangit. Kaki dia berbulu kerinting kasar, hitam pekat. Nak turun tak boleh, aku menangis. Aku baca ayat kursi sambil nangis. Setiap ayat kursi dia ikut sambil ketawa mengejek. Aku habis baca 1 ayat dia mengejek, kalau ada ayat yang salah lagi kuat dia mengejek. Berkali-kali aku ulang ayat yang sama, punya la seksa nak dapat habiskan. Punya la takut, dia punya hopeless tu sama macam sebelum ni cuma beza kali ni dalam mimpi tapi macam betul-betul nyata. Dia mengejek sinis macam tak takut langsung dengan ayat kursi. Tapi sampai ayat last je dia tak ikut, terus hilang dan aku terjaga.
2 3 hari lepas kejadian tu roommate aku tanya aku kenapa aku nangis malam tu, gaduh dengan bf ke atau ada apa2 masalah lain? Aku pun cerita apa aku mimpi tu dekat dia. Dia diam kejap sebab malam yang sama dia mimpi pasal aku jugak tapi lain sikit.
Mimpi dia….
Dia sampai depan 1 rumah macam dia disuruh2 je masuk. Hati dia kuat mengatakan dalam rumah tu tengah berlansungnya satu ritual untuk memurtadkan seseorang tapi ikut kepercayaan agama Hindu. Macam mana dia tau entah, tapi dia rasa macam tu dan tu la yang buatkan dia rasa dia kena masuk jugak tengok. Bila masuk rumah, dia nampak aku dikelilingi lilin yang banyak macam dalam cerita orang buat ritual pelik2 tu. Orang sekeliling bulatan tu semua berpakaian macam agama Hindu. Dia takut, dia terus lari keluar.
Tak tahu samada 2 mimpi tu berkait atau cuma mainan syaitonirajim nak menyesatkan kitorang. Ada pandangan orang lama, 2 mimpi tu tak berkait dan jangan di fikirkan sangat. Ada satu lagi pendapat mengatakan nak memberi aku amaran/teguran/nasihat yang bahawa aku ni dah makin terpesong dr landasan agama. Tapi amaran tu diberi melalui orang terdekat. Bermula dari haritu, aku hafal betul2 ayat kursi supaya aku tak silap baca lagi….solat pun makin teratur.
Tapi…..lepas tu masih lagi ada kejadian lain yang tak datang dalam mimpi dah. Muncul nyata, samada aku sendiri nampak atau orang lain yang bagitahu. Aku berhenti dekat sini dulu esok baru post cerita, dah macam2 bunyi aku dengar dekat luar rumah ni. Terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit