CERITA SATU MALAM

Part 01 : CERITA SATU MALAM


Hari ni hari pertama aku bekerja di salah sebuah syarikat rekaan senibina di sebuah negeri.Setelah menganggur 2 bulan selepas tamat konvokesyen,penerimaan status kerja sebagai multimedia designer di syarikat ni tentulah memberi semangat baru untuk aku.

Syarikat ini tidaklah terlalu besar,hanya terdiri seramai 10 orang staff sahaja.Dan aku?Iya satu satunya yang memenuhi jawatan tersebut kerana status itu kosong sejak 6 bulan lalu.

Mereka hanya memanggil “part time” designer untuk melunaskan kerja sebelum ini,tetapi mungkin rezeki aku mencuba diperkenan,maka aku dipanggil.

Pertama kali aku diperkenalkan oleh HR syarikat,Kak Syikin dengan teman teman sepejabat rasa sedikit gementar,almaklum “first job”.Gembira ada,gementar lagilah pula.

Di saat aku melalui ruangan meja setiap pekerja,aku melempar senyum sambil mata memerhati keadaan keliling.Agak unik dan kelam.

Secara jujur,semasa menjejak kaki ke sini,aku agak terkesima dengan keadaan geografi kawasan.

Syarikat ini bukan bertempat di kawasan pencakar langit,tetapi sebuah rumah banglo lama yang dijadikan sebuah pejabat.Banyak pokok pokok sudah tua merimbun rimbun menjengah bumbung banglo dua tingkat ini.

Daun kering kecoklatan yang berselerak di lantai tanah jelas kelihatan,tetapi masih bersih dan nyaman untuk dilihat.

Dan kawasan ini juga berdekatan beberapa buah kilang.Agak tersorok tetapi tidaklah begitu sukar untuk ke jalan besar.Dan…Aku datang kesini dengan kapcai cabok ku.

Macam “Creepy”?
Mm..bolehlah dikatakan tetapi demi rezeki dan peluang,aku turutkan saja.Hendak takut apa,janji niat harus betul.

Semasa Kak Syikin tunjukkan aku tempat untuk bekerja,aku sedikit berasa tidak selesa.Hendak ke kawasanku itu,suasana  sedikit gelap.

Ku pandang kanan,ada lampu lantai yang segan segan mahu menyala.Sekejap terkelip sekejap ok.Eh main main kau lampu.

Di sebelah kiri pula ada satu lagi meja,tiada penghuni dan kerusi rapat disisi.Bahagian belakang pula ada rak buku buku rujukan.Terdapat dua tingkap di sisi kami dan diluarnya hanya pemandangan hutan belantara.

“Jangan pelik kalau dengar suara monyet tiba tiba” ehh sempat dia berseloroh.Mungkin dia perasan aku terjenguk ke tingkap.”Buat masa ni, ni je tempat kosong.Kami belum buat pengubahsuaian tempat.Bertahan la dulu ya” katanya.Aku mendengar saja.

“Bos suka kawasan tenang dan dekat dengan hutan.Nanti lama lama awak ok lah” sambungnya.

Macam tau tau saja apa aku fikir Kak Syikin ni.Aku sengih sengih saja.

“Kalau ada apa apa,cakap ya.Jangan malu segan kita dekat sini dah macam keluarga” leret senyum kak syikin dengan lipstik merah menyalanya masih ku ingat.

“Oh ya,satu lagi, kalau rasa tak selesa,boleh tutup bidai tu.Lampu ini,tepat pukul 6 mesti On ya.Jangan lupa sebelum balik” pesannya sambil mengarah jari ke suis yang ditandai ayat “PLEASE ON” di satu lorong kecil.

“emm..ok kak.Itu lampu apa ya?”soalku ingin tahu.Kak Syikin terdiam.Lalu dia menghampiriku.

“Itu lampu koridor ini.Sini bila dah nak malam gelap sikit,jadi kena on awal.Sebelum ni Arif selalu tolong On kan.Sekarang awak yang paling dekat dengan suis ni,jadi tugas awak ya”
Balasnya.

Oh.macam tu ke Ok.No problem.
Bisikku.Lampu je pun kan?Dan aku menjengah jengah keadaan keliling lagi.Dan dihujung sudut aku ternampak satu bilik yang dikunci mangga.

“Ok kak…mm..nak tanya, itu bilik apa ya?”
Aku selamba bertanya.Iyalah kenalah ambil tahu setiap ruang.Mana boleh mana tak boleh.

Tiba tiba aku tengok muka Kak syikin sedikit berubah.Dia seperti berkerut kerut.

“Er..takde apalah.Itu bilik stor.Dah 2 tahun kami tak guna bilik tu.Ada barang lama je sebab tu kami kunci.Oklah,duduk dulu.Akak nak siapkan file awak.Akak pergi dulu ya.Nak apa apa call je ” jawabnya seperti tidak keruan.Bergegas dia berlalu meninggalkan aku yang seperti kerang busuk.

Aku hanya mengangguk.
Menggaru kepala yang tidak gatal.
Lantaklah.Bukan menjadi soal pun.Asal tidak berkenaan kerja aku, segalanya akan baik baik saja.

Hari pertama, kedua dan ketiga aku tidak buat banyak kerja,hanya membantu kerja kerja asas yang ditinggalkan.Dan aku juga pulang awal seperti yang lain dan aku sedang dalam proses untuk menyesuaikan diri termasuk buka tutup lampu lorong tengah seperti diarahkan.

Tetapi….

Tibalah hari ke 4, bermulanya satu kejadian yang tidak mungkin aku lupakan daripada kotak ingatan.

Apabila satu pagi,bossku Tuan Ahmad datang ke meja dan……….

Bersambung di link

Part 02 : CERITA SATU MALAM


Pagi tu cuaca agak mendung.
Sampai saja di depan pintu “pejabat” banglo, aku terserempak dengan Amir, junior akitek yang juga baru tiba.

“Bro..cepat.Kita ada meeting mengejut pagi ni” jerkahnya.Tidak sempat aku nak meremos jambul ala Remy Ishak.Kacau betul.

“Ok.Ok”
Aku membalas dan meletak helmet di penjuru almari kayu.

Aku dan Amir lalu bergegas menaiki tangga dan masuk ke bilik atas “discussion” yang di dalamnya ada sebuah meja panjang yang agak tradisional boleh memuatkan 10 orang.Nampak sedikit old school dengan gambar kepala singa dan rusa sebagai hiasan di dinding.Bercita rasa sumber alam dan antik sedikit tuan aku ni.Orang lama.

“Tak tahu pun ada meeting mir” soalku gelabah.
“Baru terima wassap group tadi.Kau tak baca ke bro?” Ammir menoleh.

Oh yeah?Alamak,aku tak perasanlah tu agaknya.Bisikku sendiri.Aku menyeluk smartphone dari dalam poket.Iya,benar ada notification baru masuk beberapa minit lalu.Nasib baik jumpa Amir,kalau tidak haram aku tak pergi sebab tempat aku tu jauh sikit dari mereka ni.

Setiba di atas,aku nampak dua tiga orang sudah duduk tetapi tuan Ahmad belum kunjung tiba.Aku ambil tempat paling hujung,malas bertentang mata dengan bos.

Baru nak duduk,aku nampak Kak Syikin pandang aku dan dia panggil aku ke depan,duduk sebelah dia.Aiseh.Aku pun tak boleh nak mengelak dan nampaknya memang aku kena renung muka bos la macam ni.

“Awak kena duduk sini.Penting untuk awak harini”
Ujar kak Syikin.Aku kerut dahi.Apa hal pula.Suspen betul lah.

Sedang yang lain berbual,aku nampak Tuan Ahmad masuk dengan muka bengis.Bos aku memang tegas sedikit orangnya.Sedikit berusia tetapi masih segak.

“Selamat pagi semua.Maaf i buat meeting terkejut pagi ni.i hanya panggil yang berkenaan terima wassap Miss syikin saja” katanya mula bicara.Dibelek belek kertas di tangan.

“Orang paling penting i nak ada…you, Eddy”

Gulp.
Aku telan air liur.Semacam pula dia pagi ni.Apa aku dah buat ni?Aku membalas renungan tajamnya.

“Dengar sini.i akan berangkat ke Thailand Sabtu ni atas urusan.Sepanjang ketiadaan i, Miss Syikin dan Sufian akan assist you all.i menerima maklum positif dengan projek resort kita baru baru ni dan kenalan i di Thai berminat untuk buat satu konsep lebih kurang tetapi di sana.Dia ada review projek kita tu,but this time i nak buat lebih baik.”

Semua tekun mendengar.

“Jadi…you Eddy.I nak you siapkan dengan secepat mungkin conceptual dalam bentuk montage video dan susunan image fresh, presentation skill baru.Sila work closely dengan Diana dan Amir.Don’t make mistake.” dia menunjuk nunjuk arah jari ke arah mereka.Mereka berdua berpandangan dan mengangguk faham.

“Anything you can ask both of them.Yang i tahu latest you perlu tunjuk On friday before i fly.Harini…mmm” dia melihat lihat jam tangan.Tengok tarikh mungkin.

“Harini dah hari Selasa.Please push your limit.Show me what you have.It’s important to us so work hard ” jelingnya tajam.Aku dah telan air liur.Macam pasir selut je rasa air liur haritu.

Mak ai tendang terbalik tergolek 3 hari je nak buat semua tu?
I am dead.Ku bilang bilang dalam hati.

Sah sah aku takkan balik rumah kalau macam ni.Oh no!Tapi,inilah masanya aku kena buktikan graduan macam aku ni boleh buat kerja dan kuat mental.Ayuh,aku boleh!

“EDDY..are you listening?” Tepukan bahu Tuan Ahmad menyentakku.

“Err..ya ya tuan Ahmad I will try my best” ketar ketar aku menjawab.Yang lain hanya berpandangan.

“Good.Now bersurai.Please assist him ok”
Mereka mengangguk dan memandangku dengan pandangan yang hairan.

Tuan Ahmad  berlalu meninggalkan mereka disitu.Yang masih di meja Diana,aku dan Amir.Mereka berbincang sesama sendiri.Aku berkhayal entah hilang kemana.

“Eddy”
Diana bersuara.Aku mengamati.

“Aku tahu kau terkejut,tapi work is work.Actually kami jarang sangat dapat meeting terkejut macam ni sebab selama ni projek kami buat tak besar mana pun.But i believe,Tuan Ahmad sangat teruja so i really hope you can deliver your work perfectly” katanya bermadah.Ok ok,janganlah bagi aku cuak.Relax please?

“Don’t worry.Info ke material semua dah ada.Tuan Ahmad nak enhance je,so kena creative skitlah ikut skill kau ada.Kitorang akan supply dan help mana patut ok?Nanti aku print kod folder kau boleh refer” mereka berdua angguk angguk.

“Ok guys.Please help me ya.Aku baru je lagi dekat sini,mungkin akan ambil masa nak hadam,tapi aku akan accept this as a challenge” ujarku.Peh,iya iya saja aku.Poyo.

“Bagus..so lets start.Kita tak boleh bazir walau sesaat” Amir mencelah.Diana mengangguk setuju.

“Korang pergi dulu,aku nak ke toilet” ujarku.Terasa nak melepas hajat pula selepas mendapat khabar terkejut ni.Mereka lalu meninggalkan aku bersendiri di bilik itu.

Oh man.

Aku mengeluh seketika.
Jem otak sekejap nak susun strategi.Sedang aku mengemas buku,terjatuh pula pen yang ku pegang.

Aku bangun dan menunduk sedikit badan untuk mengambil pen yang sedikit terperosok ke dalam meja dan mencapai bag galas yang elok diletak di bawah kaki.

Saat aku tertunduk,saat itu jantungku seakan gugur.Jelasnya,aku seperti ternampak sepasang kaki yang pucat,putih dan disaluti lumpur di bawah meja hadapan.pantas hilang tetapi jelas.

Tersentak.
Aku bangun.Ku jengah kepala ke atas,tiada apa apa.Sekali lagi aku telan air liur.Rasa tersekat di kerongkong.Aku pandang kiri.Aku pandang kanan.Sunyi sepi.Bunyi suara bercakap saja di tingkat bawah sayup sayup.

Hai mambang.
Cepat cepat aku ambil bag dan tergopoh keluar dari bilik dan menuruni tangga.Apa aku nampak tadi?Siapa?Apa benda?Ah..syaiton betul.

Ahh..lantaklah.Aku ada benda lagi berat nak fikir.
Nak fikir,macam mana aku nak siapkan kerja ni.

Setiba di meja,aku hempas badan yang sudah berpeluh.Aku buka laptopku dan pc serentak.

“Berpeluh..takut ke?”
Satu suara menjengah tiba tiba.Aku terperanjat.Mana pula datangnya ni?

“Eh..Tuan Ahmad..mm..taklah..takde apa.Panas sikit harini” elak elak aku memberi jawapan.Dia masih dengan muka separuh ketat.

“Nah..ini copy daripada i pasal projek tu.Boleh buat reference.Jangan kecewakan i ” dia meletakkan isi format.Aku mengangguk faham.

“Baik Tuan Ahmad.Terima kasih”

Tidak banyak berbicara,dia beredar dari situ.Tidak perasan pula aku dia sememang sudah ada di kawasan itu dari tadi.Aku mencapai info di beri.Perlahan lahan aku buka dan belek.Tapi entahla kenapa,lirik hujung mata aku seperti tertangkap sesuatu di tepi mata.

Damn.
Apa lagi ni?

Aku tak mahu tengok.
Tapi,otak dan hati tetap berkata “apa benda plak tu”

Aku tahan diri membuat tidak tahu,tetapi semakin ku rasa seram sejuk.Tangan sedikit menggeletar tapi ku tahan.Hampir keronyok kertas dibuatnya.Badan seperti kaku dan hanya bola mata bergerak laju.

Tidak tahan untuk tahu,akhirnya aku……

Part 03 : CERITA SATU MALAM


Akhirnya….
Aku menoleh juga!

Tiada apa apa.
Hanya kerusi kosong yang masih diam disitu.

Aku menarik nafas panjang.Sambil mengelap peluh yang jatuh di dahi,aku cuba untuk fokus dan meneruskan pemerhatian ke skrin komputer walaupun dalam kepala masih terfikir fikir apa yang aku nampak itu.Is it real?

Klik.
Klik.
Klik.

Aku tidak banyak bercakap.
Dari satu jam ke satu jam aku meneliti kerja dan berusaha mempercepatkan “speed” kerja ku sehingga nak ke bilik air pun aku “hold”.

Aku hayati setiap kerja dengan tekun.Diana dan Ammir banyak membantu.Aku bersyukur atas semua tu.Aku persetankan semua bayangan dan tidak sedar sudah seharian suntuk rupanya aku habiskan masa menghadap presentation ni.

“Bro”
Ammir panggil aku dari arah tempatnya mematikan fokusku.Aku bangun dan bergerak ke sana.

“Whats up?” Aku soal.Ammir tarik aku duduk disebelahnya dengan emosi bercampur.

“Kau ada plan nak stay ke malam ni?” Soalnya tiba tiba.Aku usap usap janggut yang sejemput.

“Plan tu begitulah.At least banyak sikit aku boleh siap.Aku pun memang selalu je spare t-shirt ” kataku spontan.

“Oh ya ke.Mm..macam mana nak cakap ya.Dekat sini,kitorang tak pernah stay selewat tu” ujar Ammir sambil memandang keliling.

Seriuslah?
Aku kerut dahi.

“Sejak aku kerja sini,paling lewat Kak Syikin bagi aku stay pukul 8 malam.Aku memang akan balik lepas jam tu.Aku pernah tanya tapi kak syikin cuma cakap protokol syarikat.So aku ikut jelah.Most of,kerja kalau tak siap sangat aku bawa balik rumah atau esok tu aku datang awal sikit”

Aku dah pelik.Jarang pula aku dengar ada protokol tak boleh stay lewat melainkan sistem kau guna cara barat.Aku angguk sajalah.

“Habis..macam mana ni?file kena guna pc sebab berat dan info semua dekat pc.Aku tak boleh balik rumah seawal tu selagi tak siap.”

Ammir terdiam seketika.
“Kau boleh stay..tapi at your own risk.Tapi aku nasihat jangan lama sangatlah.Lepas jam 10 chow ok?inform kak syikin” pesannya awal.

Aku ikut saja.Aku ni takdelah berani sangat,dan takdelah takut sangat.Aku selalu cuba mempositifkan diri pada setiap perkara.Aku pun meneruskan kerja seperti biasa.

Sesekali aku jenguk jendela.Nampak sudah kejinggaan.Mungkin sudah waktu maghrib.Aku boleh nampak seekor dua monyet kadang kala bergayutan dan bersahutan.

Uuu akk  akk ..uuu.
Uuuuui…..
Begitulah sahutannya.

Selama 4 hari aku disini,tiada yang pelik pelik berlaku sehinggalah kelibat sepasang kaki pagi tadi berlaku di tingkat atas.

Ahh.
Malas fikir.Otak penat agaknya.

Aku tengok dekat depan hanya tinggal Ammir,Diana dan abang Pian.

Aku sapa mereka dan pesan jika mahu balik,tunggu sampai aku habis solat maghrib.Satu hal nak solat,kena solat dekat bilik atas.Boleh je aku nak sembahyang bawah ni tapi tak selesa sebab mereka pasang lagu tak khusuqnya pula.

Tapi memang bercinta betul nak naik ke atas ni.Lampu malap malap.Bilik bos dah gelap dah.Yang bercahaya cuma lorong nak ke material dan tandas.

Aiseh.
Aku terus sajalah lalu tanpa pandang kiri kanan.

Tandas ni nasib baik kecik saja tidaklah aku memikir bukan bukan.

Selesai ambil wuduq,aku masuk bilik solat.Kecik saja ruangnya.Sunyi sepi atas ni.Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan unggas malam.Ada satu tingkap kecik dalam bilik ni dan ia berkunci.Aku pekakkan saja segala bunyi bunyian yang didengari.

Sssssss…..sssss…

Eeikk..eikk…

Klak..klakk..klakk…

Allah.
Benda pulak bunyi tu.

Al fatihah masih teguh ku baca.
Jantung entah kenapa laju pula.
Solat Maghrib kali ini terasa laju betul.

Sesekali terasa seperti ada bayang melintasi depan pintu bilik ke arah tandas.Aku teruskan pembacaan meski aku sudah tidak khusuq lagi.

Alhamdulillah,di saat akhir salam aku terus berdoa yang baik baik.Aku lekas lekas bangun dan mengangkat sejadah dan meletakkan di rak nya semula.

BAMMM!!!

aku terperanjat.
Segera ku toleh.Pintu tertutup sendiri.
Aku telan air liur.

Allah,apa perasaan sekarang ini.Aku perlahan lahan berjalan ke arah pintu.Aku tarik tombol.

Kluk.klak.kluk.
Haa sudah.Jem pula ke?Jangan buat hal.Aku berdetak.Aku cuba bertenang dan menyapu peluh di pipi.

“Bismillahirahmanirahim.La hawla wala quwatta illa billah” aku kuatkan hati.Dan aku cuba sekali lagi.

Klak.
Pintu tiba tiba boleh terbuka.

Aku kejung sebentar disitu.Eh.Tadi memang jem.Ahh..mungkin tombol lama.Kan selalu rosak.Malam ni sejuk anginla tu.Aku positif sendiri.

Aku terus berlari menuju ke bawah,dan aku lihat lampu meja aku dan abang pian saja yang menyala.

Alamak.
Dah balik ke?

“Bang..Diana dengan Ammir dah balik ke?” Soal ku pantas.Abang pian membetulkan spek matanya.

“Ya sudah.Baru je tadi.Diorang kata esok sambung.Lu jangan lama sangat” – pesannya pula.Aku angguk saja.

“Aa..abang nak balik pukul berapa ni?”
Soalku.Abang pian membelek jam tangannya.

“Gua pun tak lama ni.Jap gi gua chow.lu ada kunci tak?Nah..pakai gua punya esok gua cuti.” Dia bagi aku kunci rumah pejabat.Aku ambik lekas.

Aku berlalu dengan perasaan berbaur.Perlu ke tak aku stay malam ni?Alah..nak takut apa.Selama ni pun aku tinggal sorang jugak kat sini.Jauh dari famili.Nanti balik tak siap pulak kerja.

“Eddy…lupa nak cakap.Diorang ada call runner hantar food.Jap lagi sampai makan ya.Diorang da bayarkan.Sini runner last hantar pukul 8″

Aku mengangguk.”ok bro.thanks”
Nasib baik hati diorang belikan aku makanan.Memang lapar juga ni.Sempat aku menjeling bilik stor bermangga hujung sudut.

Sesuatu betul la rasa bila tengok bilik tu.Aku usap usap lengan.

Dengan berpeluh,aku kembali ke meja bekerja.
Nak hilangkan rasa mengantuk dan gundah,aku pasang lagu avenged sevenfold “dear god”.

Irama yang tenang tenang saja.
Aku cuba untuk fokus tapi masih tak mampu.
Akhirnya aku ambik keputusan menyalakan sebatang rokok sambil menunggu runner datang.

Aku berjalan semula melintasi abang pian yang seperti sedang mengemas.
“Bro..nak balik dah?”
“Ahh..lapa plak perut.Bini gua mesej suruh balik sekarang.Dia da masak.Eh..ingat jangan lama sangat.Nak balik nanti tutup lampu lain kecuali lampu tu ya.Ok..gua chow” –

Dia tepuk bahu aku.
Aku iringi dia keluar.Sambil perhati dia hidupkan enjin kereta,aku berdiri di pintu menyalakan asap rokok.Berkepul kepul asap menerawang angkasa.

Fuuh..
Fuuh..
Asap ku sembur.

Ku lihat saja dari jauh abang pian berlalu.
Maka tinggallah aku bersendiri di banglo dua tingkat ini dengan sahutan bunyi cengkerik malam yang menegakkan bulu roma.

Angin malam ini terasa lain benar.
Sejuk mencengkam.Cuaca redup sejak pagi tadi membawa ke dingin malam.

Tidak berani hendak menjenguk jenguk langit bimbang lain yang terlihat.

Tengah asyik aku menghembus kepulan asap,tiba tiba…..

Part 04 : CERITA SATU MALAM


Aku terasa angin sejuk seperti melalui dan menerjah tubuhku.Aku terkesima sebentar.

Rokok di bibir jatuh ke lantai.Terpadam.
Aku menoleh ke belakang.Gelap.Hanya cahaya lampu di mejaku dan lorong kecil.

Apa yang aku rasa tadi?
Tengkuk mula rasa meremang.Aku alih ke tepi batang rokok yang terpadam.Dari jauh kedengaran sebuah enjin motor menderu laju.

Seorang budak lelaki berhenti dan mengeluarkan sesuatu dari kotak motornya.

“Bang delivery makanan.Mereka dah bayar.”
Kata budak tu.Aku mengangguk.

“Thanks ya dik.Selalu ke diorang order dan hantar kawasan sini?” Tanyaku ingin tahu.

Budak itu tersenyum kelat.
“Kadang kadanglah.Jarang saya hantar lewat macam ni selalu paling lambat pun pukul 6..sebab jalan ni gelap.Oklah bang,saya balik dulu” mintanya tergesa gesa .Aku membiarkan saja dia berlalu.

Aku mempercepatkan langkah masuk ke dalam.Sengaja aku membiarkan pintu terbuka
In case apa apa berlaku mudah aku keluar.

Aku kembali ke meja kerja dan membuka kotak makanan.Semerbak bau piza yang masih panas likat dengan cheese.

Perlahan kedengaran lagu Misha omar “pulangkan” dimainkan.Bila masa pula playlist ni ada lagu tu.Aku dah hairan.

“Pulangkan..
Cinta hatiku…oh .pulangkan padaku” liriknya kedengaran.

Aku buat tidak dengar kerana perut memang sudah lapar.Lupakan!

Aku terus ambil satu dan menikmati dengan emosi yang pelbagai.Tengah asyik aku mengunyah,lampu di lorong kecil berkedip kedip.Aku memperlahankan kunyahan.Semakin berat rasa mahu menghabiskan.

Aku perhati saja kelip kelip itu.
Tiba tiba ia berhenti berkelip.

Prap.prap..prap..prap.

Kedengaran tapak kaki pula seperti ke tingkat atas.Laju seperti dikejar.Aku terus berhenti makan.Aku bangun dan cuba mencari sesuatu.Tidak habis sepotong,aku tolak ke tepi.

Mana boleh pergi tanpa sesuatu di tangan.Melilau aku mencari,nah aku ternampak payung yang elok tersandar di tepi rak buku.Tanpa berfikir..aku cuba mencari arah bunyi tapak kaki yang ku dengar tadi.

Siapa pula berlari lari waktu begini?kacau!

Aku berdiri betul betul di tengah laluan yang sisi pintunya bermangga.Aku memaling kepala,hanya merenung bilik tersebut.Terlupa sebentar arah bunyi derapan kaki tingkat atas.

Aukkkk…auuuuuuu….
Aukkkk…auuuuuu………

Sayup kedengaran anjing liar menyalak mendinginkan malamku.Aku lihat jam di tangan baru pukul 8.30 malam,tapi keadaan rumah di kelilingi hutan bukanlah cerita kelakar.Dan salakan anjing juga kedengaran bukan biasa biasa.

Entah kenapa,aku berani betul malam tu.Terasa ingin tahu yang mendalam.Sudah diberitahu bilik itu hanya stor lama,tapi aku tetap merasa sesuatu tentang bilik itu sejak aku ke mari.Aku perasan setiap staff di sini seperti buat tidak nampak kewujudan bilik ini.

Mengapa ya?

Perlahan aku menyusuri langkah ke sana.
Satu.Langkah.
Dua.Langkah.
Tiga.Langkah.

“Eeee…dddd..yyyyy” tiba tiba.

Zap.Halus suara itu bermain di cuping telinga.

“Hoi..siapa tu?”
Aku tak tahan lagi.Dimain mainkan namaku pula.Makin kuat aku genggam payung yang berlipat.

“Siapa kau.Jangan main main.Aku tak kacau kau,jangan kacau aku” teriakku keras.

Suasana sunyi semula.Terpana.Tiada apa apa.Aku diam menelan air liur.Hampir seminit keadaan senyap tanpa bunyi curiga.

Aku berpatah.Tidak jadi hendak ke sana.

Klak.
Bunyi seperti mangga terbuka.
Aku berhenti semula.Aku diam kaku disitu.Peluh mulai turun membanjiri kepalaku.Entah pelbagai ayat pendinding cuba aku mainkan dalam memori otak semuanya tunggang langgang.

Eeeeekkkkkkkkkkkk……….

Kedengaran daun pintu seperti sedang dibuka seseorang dari dalam.Aku perlahan lahan memberanikan diri berpaling semula.Yang ku lihat hanya satu keadaan dengan di dalamnya suasana gelap dan pekat.

Gulp.

Aku seperti terpanggil untuk ke sana kembali.
Aku seperti tidak sedarkan diri.Bagai ada sesuatu yang menolak tubuhku untuk melihat apa ada di dalam sana.

Auuuuukkkkk……
Auuukkk……
woooooo…woooooooooo

Kali ini kedengaran lebih jelas salakan anjing.
Aku tidak peduli.
Aku mesti masuk.

Macam mana pintu ini boleh terbuka?
Bukan ke dah bermangga?
Apa yang aku nampak sekarang ilusi atau realiti?

Aku mengintai intai,cuba menilik lebih dekat.Selangkah aku mahu sampai…….

BANGGGG!!!!
pintu kembali rapat.Aku terjatuh ke lantai kerana terlalu terkejut.Aku cuba menolak pintu,dan membukanya tetapi hampa.Ia terkunci daripada dalam.

Dalam kepanikan,aku mendengar suara rintihan yang sayu dari dalam bilik.Aga panjang dan mendayu.Berpeluh peluh aku menahan takut.Tak semena mena ,terdengar kuat jatuhan bangku ke lantai.Terperanjat aku.

Aku perlahan lahan menjauhi pintu puaka bermangga.Aku bersandar ke dinding jauh sedikit dari kawasan tadi dalam kepenatan yang amat.Aku pejamkan mata seketika.Terlalu berserabut dengan pelbagai perkara.Adakah aku berhalusinasi??betul ke??

Dan aku buka mata.

Dari ekor mata,aku merasakan ada susuk sedang berdiri tepat di dinding hujung berdekatan meja kerjaku.Aku tidak nampak jelas dari hujung mata tapi aku yakin ada sesuatu sedang merenungku tajam.

Apa lagi dimahunya?

Aku terkumat kamit membaca zikir.

Allahuakhbar!Katakan tidak.Allah.
Aku pantas berpaling dan bayangan itu hilang.

Sesaat,Terus lampu di koridor dan di meja kerja terpadam semua.Zas.

Allah
Allah
Allah

Tercungap cungap aku mencuri nafas.Meraba raba aku dalam kegelapan merangkak mencari jalan keluar.Nasib baik aku masih nampak sumber cahaya daripada pintu hadapan.Dan aku perlahan menuju ke arah itu,tetapi aku terasa berat untuk bangun dan bergerak.Bagai di gam gam.

Makin cuba untuk bangun,makin aku rasakan ada sesuatu menjalar di kaki.Makin lama cengkamannya semakin kuat.

Apa ni.

Aku cuba juga untuk berpaut.
Aku sudah tidak sedap hati kerana aku mula merasakan seperti ada rambut panjang disisi yang memaut kaki ku dengan kukunya.

Aku kelu kata kata.
Ku laungkan sekuatnya Allahuakhbar berkali kali tanpa hirau.Apa nak jadi jadilah malam ini,aku melawan rasa dicengkam itu.Dengusannya ku dengar kuat sekali di hujung kaki.

Zett..zettt..
Lampu kembali terpasang.

Aku sudah terlalu keletihan.Ku rasakan masa terlalu panjang.Sudah habis tenaga ku kerah.Tiada yang tersisa.

Ku pandang siling atas dengan pandangan yang kabur.Aku hairan mengapa kaki ku masih berasa sakit dan tidak dapat bergerak.Aku menjeling ke bawah.

Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat satu rantaian tali lusuh yang dipintal terbalut di kakiku.Di tali itu,terdapat beberapa helaian rambut panjang yang mengerikan.Terdapat juga kesan darah kering seolah seseorang menggunakan tali itu untuk berbuat sesuatu seperti….

Gantung diri???

Aku terkesima.

Aku cuba duduk.
Menanggalkan ikatan dengan jemari yang terketar ketar.Tali itu ku campak jauh ke depan pintu stor.Aku tarik nafas dalam dalam.

Aku tak mampu bertahan lagi.
Aku gagahkan diri kembali ke meja kerja.Mengambil semua barang barangku dan menutup komputer dalam lelah yang teramat.

Fikiranku kosong.

“Lebih… baik….kau…pergi”
Satu suara berkumandang lagi.Sayup tapi aku tahu “dia” seolah benci aku ada disini.Aku senyap tidak bersuara.Aku biarkan saja dia bersuara.

Aku peluk rapat bag galasku.
Aku sudah tidak mampu untuk berdiri lagi.
Aku tidak tahu mengapa tubuhku seperti terkunci.
Tidak mampu berbuat apa apa.
Tidak mampu berkata apa apa.
Hanya mendengar audio yang menyeramkan.

Prap.Srettt..srett.

Aku terdiam.Bunyi seretan kaki datang lagi.

Prap.srett..srett..

Aku terdiam lagi.Rasa mengapa dekat benar bunyinya seperti dia di……

Errr….
BELAKANG AKU!!!
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…………..

Jeritan berpanjangan yang berkumandang di tengah hutan dalam kesunyian malam…..

Part05- finale

Part 05 : CERITA SATU MALAM


“Eddy!Eddy!Eddyyyy”

Teriakan demi teriakan.
Kedengaran bising dan hingar bingar.

“Astaghfirullah..Eddy.Bangun.Aamir..bawak air cepat” Kak Syikin pucat lesi wajahnya.Ditampar tampar muka aku.

Aku dengar kata katanya.
Cuma mataku berat untuk dibuka.

Aku dapat rasakan orang memegang tubuhku.Menggoncang untuk segera bangun.Aku perlahan lahan cuba membuka mata.

Ku lihat Kak Syikin, Diana dan Abang pian mengelilingiku.Mereka cuba memapahku bangun dan meletakkan ku kerusi.Badanku sengal.Kakiku sakit.

Ammir lekas menghulurkan segelas minuman.Aku minum dengan rakus.Terasa kering betul tekakku.Aku mula batuk batuk kecil.

“Ish..panas badan kau ni.Kenapa jadi macam ni Eddy?” Tanya kak syikin cemas.Aku diam saja.Tak larat hendak berkata kata.Aku mulai rasa bahang di dahi dan badan.Aku demam agaknya.

“Entahla kak…saya penat”
Itu saja aku mampu hamburkan.

“Ok. Takpe.Macam ni,Eddy rehat je dulu harini.Kejap lagi kak syikin suruh abang pian pergi beli makanan,Eddy tidur dulu dekat atas ya”

“TAKNAK!!” Tiba tiba aku gertak.Tidak.Aku taknak berada di atas walau sesaat.Mereka terpana dengan jeritanku.

“Ok..mm..kalau macam tu,kak syikin hantar balik rumah.Lepas tu ke rumah Eddy terus ya.Eddy rehat je.Harini Tuan Ahmad takda.Dia tak masuk ofis.”

Aku senyap saja.
“Kerja saya..macam mana?.Saya tak sedap hati kak” kataku.Aku dapat lihat mereka berpandangan sesama sendiri.

“Cuba berehat dulu.Nanti sambung apa yang boleh kemudian.Tapi harini cuba rehat sekejap”

Aku mengangguk.
“Pian..tolong aku bawa Eddy masuk kereta.Diana dan Zain tolong akak ya assist harini kalau ada apa apa.Mungkin lepas lunch akak masuk”

“Ok kak.Dont worry.Cepat bawa Eddy.Kesian kami tengok”

Abang Pian memapahku perlahan.Sempat aku berhenti seketika dan berpaling ke arah pintu bermangga.

Sumpah.
Malam tadi aku campakkan tali ke situ.
Kemana perginya???
Menghilang???

Dannn…pintu itu masih bermangga seperti biasa.
Aku terkelu lagi.

“Kak..tadi masa masuk ada nampak tali tak dekat situ?” Soalku ingin kepastian.Mungkin ada seseorang yang mengalihkan.

“Ha?Tali apa?akak masuk tadi tengok pintu tak bertutup dan kau terbaring tak sedar diri.Nasib baik Pian dah sampai.Kami cuba call gerakkan kau,tapi tak berjaya.Kami tunggu Diana dan Ammir sampai dan cuba kejutkan sekali lagi”

Kata kak syikin serius.
Aku terdiam.Aku teruskan langkah menuju ke kereta Avanza milik kak syikin.

“Baik baik ya Kak.Saya tengokkan budak budak” kata Abang pian. “Bro..lu jaga diri.Makan ubat.Letih sangat tu”

Aku angguk saja.
Menunggu Kak Syikin masuk ke dalam dan bawa aku pulang.Aku tahu aku mungkin hanya demam terkejut.Aku berharap semua yang berlaku malam tadi hanya khayalan semata.

Aku membiarkan saja diriku dibawa ke mana.Aku sudah terlelap dalam pacuan 4 roda kak Syikin.Sedikit pun aku tidak sedar.

  • ++++++++++++++++++++

“Eddy..akak dah belikan panadol.Lama kau tidur.Akak sengaja tak mahu gerak.Bangunlah.Makan ubat dulu” kak syikin kejutkan aku.Terkenyit kenyit mata aku menahan sinaran matahari.

“Thanks kak” aku capai mineral dan menelan 2 biji panadol.Sesekali aku sendawa.Mungkin sudah masuk angin.

“Jom kita pergi makan dulu ya sebelum balik..bagi tenaga”
Dia keluar dari pintu dan mengajak ku keluar.

Aku mengikut saja tanpa berlengah.Lemah betul rasanya.Aku mengurut urut lengan yang rasa sengal.

Di kerusi makan,aku duduk termanggu.Kak syikin buat pesanan pun aku tidak endah.Aku picit picit kaki terasa pedih.Aku selak bawah seluar sedikit menampakkan betis.

Nah,tiga jaluran panjang samar samar di betis.Memang pedih sungguh.Betul ke semua ni? Tapi kenapa aku.

Kenapa.
Kak syikin menoleh ke arahku.Segera aku melepaskan tangan.

“Nanti..kalau tak keberatan,dah ok sikit cerita pada akak ya.Apa jadi sebenarnya” dia beria benar bertanya.Seperti ada sesuatu yang disembunyikan dan di gusari.

“Saya tak tahu kak.Saya jem.Ada sesuatu tak kena dengan opis tu” aku memula bicara.Ku picit picit kepala.Kak syikin bulat mata.

“Apa yang tak kena?” Soalnya pantas.Aku membalas renungan.”emm..maaf kalau akak terburu.Tapi..akak rasa,akak perlu beritahu kau juga sesuatu” tiba tiba dia menambah.Aku kerut dahi.

“Boleh akak beritahu saya apa?Sebab semalam…pintu stor yang akak kata berkunci tu terbuka.Saya tak tahu nak explain macam mana” aku memula cerita selepas merasa sedikit lega selepas bendalir meresap dalam tubuh.

Seorang gadis datang memberikan kami sandwich dan pancake berisi strawbery jem.Terhenti seketika disitu.

Kak Syikin menggenggam genggam tangannya.Seperti tidak mahu dilepaskan.Sekali sekala dia menjeling jeling keliling.

“Akak da lama kerja dengan Tuan Ahmad”

Dia terhenti disitu.
Aku fokus mendengar sambil mencucuk pancake dihadapan.Lapar pula rasa lepas pengsan malam tadi.

“Dulu..ada seorang gadis bekerja dengan kami.Dan dia adalah anak Tuan Ahmad.Sara namanya.Dia selalu bantu ayahnya kerja kerja projek marketing.”

“Ok” aku khusuq menanti.

“Satu hari,ada seorang lelaki yang digajikan untuk position kau tu kerja dengan kami.Namanya Hairi.Memang bagus kerjanya cuma akak tak berkenan dengan perangai sosial dia”

Kak Syikin menghirup air oren dihadapannya.

“Entah macammana,waktu tu akak tahu Sara ada menaruh hati pada dia.Dan Hairi ambil kesempatan pula atas kelemahan Sara tu.Akak berkeras kata pada Sara,yang Hairi tu cuma nak main mainkan dia.Tapi Sara tak percaya.Dia kata akak membuat cerita”

“Lalu..apa jadi?Tuan Ahmad tahu ke pasal hal ni?”
Aku bertanya ingin lanjutan.Kebah sudah rasa demamku bila cerita ini semakin menarik.

“Akak tak puas hati.Akak takut Sara kecewa teruk sebab dia layan Hairi sangat istimewa sampai Tuan Ahmad kecewa”

“Maksud akak?”

Dia terdiam seketika.

“Satu hari Tuan dapat tahu,Sara bercinta dengan Hairi.Mengamukla orang tua tu.Dia memang tak benarkan anaknya bercinta dengan orang di pejabat.Tuan kecewa sangat sebab Sara membelakangkan dia dan mengutamakn Hairi lalu dipecatnya budak tu.Makin berapilah hati Sara”

Oh…makin menarik.
Aku terus mendengar.Tapi apa kaitan dengan aku?

“Hairi bukan lelaki yang baik.Dia terkantoi dengan Sara bila kami terserempak dengan dia dekat bandar bermesraan dengan sorang perempuan.Balik daripada tu,teruk Sara menangis di pejabat” matanya mula berkaca.

“Jadi..lepas tu?”

Kak Syikin tarik nafas.
“Sara jatuh sakit.Tidak terurus.Mmm..Kau tahu kenapa bilik tu berkunci?kerana dalam bilik tu lah satu malam Sara menggantungkan dirinya.Teruk Eddy keadaannya…akak rasa terpukul sangat dengan cara kematian dia.”

Aku terlopong.
Adakah yang aku jumpa malam tadi adalah….mmm…jelmaan Sara?

“Allahu.Err…Sudah takdirnya begitu kak..moga iman kita ni terus kuat” terkejut aku.

Kak Syikin menganguk lagi.
“Insyaallah Eddy.Lepas kejadian tu,Bisnes kami down seketika.Ramai staff lari.Yang ada sekarang ramai budak baru dan yang tahu cerita cuma kami.Abg pian,Diana dan Ammir.Kami yang masih setia dengan Tuan Ahmad.Sejak kejadian tu,Tuan kunci bilik tu dan tiada siapa dibenar masuk lagi”

Aku terkesima.
Tak mampu berkata kata.

“Ada beberapa kejadian pelik terjadi masa baru baru kami meneruskan kerja disitu.Sebelum ni,memang ada juga sorang budak try position kau  tu tapi 3 hari  je dia kerja.Blah macam tu je.Itu sebab Tuan tak benar kami stay up lebih jam 8 malam..sebabb…Sara menamatkan nyawanya tepat pada waktu tu.Akak tak sangka kau nak stay malam tadi eddy!Maafkan akak”

“Kenapa tidak pindah saja kak?”soalku.

“Sebab..Tuan memang selesa disitu.Seolah anaknya masih ada.Dan masa kami jumpa dia,ada cebisan nota di tangannya..tentang betapa kecewa dan tertekannya perasaan dia”luah kak syikin dalam kekesalan.

Aku menarik nafas panjang.Dan melepas dengan keluhan berat.Tidak hairanlah malam tadi,kemarahan memuncak bila aku berdegil untuk stay up dan leka disitu.Lagi pula duduk di kerusi kerja tempat lelaki yang dibencinya ketika hayat, Hairi.

Sekarang segalanya jelas.Mengapa tali itu terikat di kakiku.Mengapa pintu tiba tiba terbuka.Mungkin untuk beritahu aku sakaratul yang dilalui Sara semasa akhir hayatnya.Dan kaki pucat berlumut itu miliknya.

Allah.
Aku berasa sebak tiba tiba.Daripada keseraman menjadi rasa kasihan.

“Baru saya faham kak..rasanya tak perlulah saya cerita apa kejadian yang berlaku malam tadi.Yang pasti…yang hidup akan merasai mati.Saya rasa…lepas ni,apa kata kita buat doa sikit untuk dia.Dia dahaga doa kita”

Kak Syikin mengangguk.

“Kita doakan moga Allah ampunkan dosa dosa dia dan terima kebaikannya.Saya anggap semalam adalah dugaan kecil saya kak.Kita bukan hidup seorang atas muka bumi ni” kataku.

Allah uji aku.

Aku menghabiskan sedutan terakhir milo ais.
Setakut mana kita,jangan lupa ada yang lebih berkuasa.

Allah.
Aku lepas keluhan.

“So..macammana..kau nak balik tak?Ada rasa ok?”Soal kak Syikin.

Aku mampu tersenyum sedikit.
“Alhamdulilah..ok sikit.Saya rasa saya akan kembali ke pejabat.Kena siapkan juga.Akak tunggu saya bersiap nanti ya kat bawah.Kita pergi sama”

Kak Syikin tersenyum.
“Maafkan akak..mungkin ada hikmah semua ni”

“Ya kak..saya masih terkejut..tapi saya akan cuba lawan perasaan ni.Kejap lagi balik pejabat kita buat bacaan sikit dan doa untuk arwah.”kataku ringkas.

Kak Syikin bersetuju.

“Dan saya janji,saya takkan riak stay up sorang diri lagi.Saya akan sambung di rumah atau Dan saya janji,saya takkan riak stay up sorang diri lagi.Saya akan sambung di rumah atau siapkan secepat boleh” sambungku.

Wanita separuh usia ini hanya menggeleng kepala.”kau memang gila” .

Selesai semua,kak syikin bangun untuk membayar.

Aku memerhati saja dari jauh.Aku meraba poket seluar terasa seperti ada wang kertas.Aku ingin membayar makananku kepada kak Syikin,tetapi apa yang aku jumpa cuma helaian sehelai kertas putih yang sudah terkoyak bersama gumpalan kecil rambut bertulis sesuatu…Mungkinkah nota yang diceritakan Kak Syikin tadi?

Aku menggigil seketika.Allah..kuatnya dugaanmu.

“Don’ t…. leave me.I need you”

Aku tidak pasti dari mana datangnya nota ini.Mungkin hanya mesej untuk menyatakan kehadirannya wujud.
Aku menelan air liur dengan sukar.Ku buang kertas sejauh mungkin dan aku terus berjalan yakin ke kereta.Tuhan mencipta makhluk,Tuhan juga menjadikan kita kuat.Aku buang rasa keresahan.

Semoga roh kau tenang Sara.
Aku bukan lawanmu.
Aku bukan Hairi.
Aku bukan sesiapa.
Cukup cerita satu malam membuat aku sedar,kita tidak bersendiri di dunia ini.

Ingat.
Ingat.
Ingat.

Hanya Allah perlu ditakuti.
Tiada selainNYA.

-TAMAT-

40 thoughts on “CERITA SATU MALAM”

  1. Best gilerrr! Mmg berani la ko Eddy, meremang je baca cerita ko ni weh. Terbaikkkk, mmg 10/10 hakak bg. Kalau ada cerita seram yang lain share lagi plis. 😉

    Reply
  2. CikLeeyaAngker ni perempuan kan?
    tapi menggambarkan watak sebagai lelaki menjadi.
    terbaik.
    mintak karya seterusnya pulak.

    Reply
  3. even panjang but finally aku dapat habiskan hahah..to those yg skip ke comment aku just nk bgitahu cerita ni best boleh layan..keep it up writer! :,)

    Reply
  4. huhh. berpeluh yang baca ni. Bunyi org sblh datang pun berderau darah. hahah
    Kalau ada, nak sambungan lagi… Sesuatu sangat sara bagi note tu.

    Reply
  5. aku bace cerita kau sampai boleh masuk dalam cerita ni. Tahniah.
    Penggunaan effect bunyi yang baik dan penceritaan yang jelas.

    terima kasih!

    Reply

Leave a Comment