CERITA SERAM JALAN PASAR MALAM

Sesiapa yang tinggal berdekatan Jalan Meru Tambahan mesti tahu di jalan ni. Alkisahnya macam hari-hari bekerja biasa, pukul 6.30 pagi dinihari dah keluar dari rumah dan berkira-kira nak lalu jalan ni sebab congak-congak masa akan cepat sampai ke pejabat kalau lalu jalan ni. Kadang-kadang lalu jalan lain. Memang dah biasa tak ikut satu jalan sama je setiap hari untuk keselamatan. Manalah tahu kan.. ada orang yang dah aim kita ke apa ke. (Perasan selebriti terkenal sangat)

Kenapa Jalan Pasar Malam ? Sebab setiap Selasa jalan ni dijadikan Pasar Malam sebab tu lah dapat nama Jalan Pasar Malam.

Sambung cerita. Sampai simpang 4, Waze menunjukkan ke arah kanan dengan melalui Jalan Meru Tambahan tapi sebab degil (nauzubillah. Nasib degil dekat Waze bukan degil dekat suami ataupun mak bapak) lalu ambil keputusan terus je untuk melalui Jalan Pasar Malam ni.

Jalan Pasar Malam ni sebenarnya agak menakutkan sebab menuju ke kuari dan entah mana-mana yang aku pun tak pernah nak teroka. Dari simpang empat tadi, dalam 400 meter masuk ke kanan sebelah tu di sebelah kiri jalan ni ada tempat pembuangan sampah.

Jalan ni memang tak ada lampu jalan. Memang gelap gelita betul lah. Kena pakai lampu tinggi jugak kadang-kadang sebab terlampau gelap. Lepas 1 kilometer baru terang sikit sebab dah sampai kawasan taman-taman perumahan.

Jalan ni kalau ikutkan taklah seram sangat sebab kalau dah pukul 6.30 pagi mesti selisih satu atau dua kereta dan selalunya akan berderet-deret dengan 2-3 buah kereta lalu jalan sama.

Balik kepada cerita tadi, masa masuk Jalan Pasar Malam ni, depan keretaku ada Saga lama merah dan di belakang pulak diekori kereta lain tapi tak pasti pulak jenama apa. Lalu menyusurilah Jalan Pasar Malam ni dan sebagai pemandu berhemah, bagi signal masuk kanan dan sebabkan depan ni ada kereta lain so bawak pun dalam 30-40km/j je lah. Slow and steady je siap elak lubang sebab dah expert jalan ni.

Sampai je depan tempat pembuangan sampah tu, kereta saga lama bagi signal kiri nak berhenti. Maybe nak buang sampah kot so aku bagi signal ke kanan untuk alert orang belakang aku nak p****g kereta saga ni. Elok je p****g kereta saga tu tiba-tiba lampu kereta ni tersuluh satu benda tinggi berwarna putih betul-betul tepi jalan.

ALAMAK! Apa pulak ni. Tiba-tiba bulu roma meremang secara automatik tapi tangan masih di stereng. Dalam kepala dah siap bergerak pantas fikir.. ujian apa pulak Allah SWT nak bagi ni ? Pocong ? Pontianak ? Dah pagi kot bukan tengah malam ? Ha kalau bagitau si suami ni mesti kena marah sebab dia dah cakap jangan selalu sangat lalu jalan ni ? Aduhh janganlah dia buat apa-apa lagi ? Kalaulah kereta ni boleh pecut 300km/jam kan bagus ! Hanya Allah SWT je yang tau betapa aku terpegun dan cemas masa tu.

Bila kereta mula dekat lagi dengan ‘‘BENDA“ tu.. walaupun dah takut separuh nyawa, tetap juga nak fokuskan mata nak tengok apa sebenarnye ‘’BENDA’’ ni.

Elok je lintas ‘’BENDA’’ tu aku pecut laju-laju sambil mencarut @*#H*(U*(&++*#&^@# sorang-sorang dalam kereta.

Korang nak tau ke apa yang aku nampak tu ?

Rupenye lelaki India pakai baju putih dan kain sarung putih berdiri tegak tepi jalan tu sambil tengok sampah !! Hampehhh ! Buat penatttt je nak terkejut.

Yang India ni pun apa jadahlah berdiri tepi jalan gelap-gelap tu ??? Takde tempat lain ke dia nak berdiri wei pepagi buta ni ?!
Sampai di office ingatkan nak cerita pada suami tapi lupa.

Baru ni je semangat cerita pada suami.

Lepas tu tiba-tiba terfikir. Betul ke apa yang aku nampak tu manusia betul ??

Apa dia buat dalam gelap tu sorang-sorang pukul 6.30 pagi?? Bukan nampak pun kalau tak suluh lampu kalau nak cari barang-barang terpakai.

Sumpah besok aku tak lalu jalan Pasar Malam tu dah..

.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

10 comments

  1. yg bodo sini ADMIN coz gi publish cite ni .author mmg da lme bodo da ,syok sendri.please la admin,bpe kali ak nk ulang filter dulu cite sblm publish bangang!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.