#ceritaNasa – Bisikan Itu (Full story)

#Thriller #Real #Ilmuiktibar. Assalamualaikum admin dan pembaca.

“Kenapa kau cakap sorang-sorang tu, Hajar?” Nas masuk tanpa dipelawa. Memang sering juga dia berkunjung kerumah kawannya. Begnya diletakkan di atas kerusi.

“Praktis…”

“Praktis?” Nas menoleh kiri kanan. Tengok apa benda yang cuba disampaikan oleh kawan yang bolehlah dianggap ‘gila’ itu.

“Kata orang, minda kita boleh dengar suara halus…” Hajar mendongak. “Air kau aku dah siapkan atas meja. Minumlah.”

“Jadi, kau dengar apa-apa ke?.” Nas mengambil cawan tadi.

“Syhhhhhh….”

Nas mendepa kedua tangan lantas menarik kerusi duduk berhadapan.

SEBUAH rumah batu dua tingkat. Tengah bandar, berkereta mewah. Malah kawasan itu bukan calang-calang tempat tinggal. Rushdi berjogging seawal pagi. Meliuk lentok badan apabila sampai di depan pagar, meregangkan urat seluruh tubuh. Menarik nafas dan menghembus kuat. Peluh membasahi baju, rambut sedikit berserabut ditiup angin. Kereta jiran sebelah keluar awal pagi. Baru jam 7, namun sibuk sudah mereka semua.

“Abang, sarapan dah siap,” Pelawa Zurina, isterinya. Berlari keluar, memimpin tangan suami masuk ke dalam. Memang cara layanan yang cukup mesra. Tidak pernah berkasar malah menyenangkan hati Rushdi.

“Masak apa tu Zurin?”

“Nasi goreng je bang. Saya masak lebih, boleh abang bawa ke tempat kerja sekali, bagi staff rasa.”

“Rajin bini abang…” Rushdi mengambil kuih di atas meja, namun tangannya ditampar manja oleh Zurin. Rushdi terperanjat, wajahnya mencuka. Zurin meletakkan ubat di sebelah suaminya.

“Makan ubat doktor dulu ya bang… lepas tu barulah boleh abang makan nasi goreng ni.”

“Abang tak suka makan ubat.”

“Kena makan juga sayang…” Zurin mencubit pipi suaminya. Lantas dia meninggalkan Rushdi untuk melayan dua anaknya yang baru bangun. Melihat layanan itulah yang melembutkan jiwa lelaki itu. Ubat itu ditelan juga walaupun tidak suka.

“ENCIK rushdi, perniagaan kita semakin merosot. Hutang kita banyak.” Sebaik Rushdi tiba di pejabat, itulah yang pertama kali staffnya sampaikan. Sudah sedia maklum kedai mereka terbeban dengan hutang, dan sejak akhir-akhir ini ada sahaja stok yang tidak habis. Cuma kali ini tidak surut juga masalah itu malah makin teruk. Rushdi mempunyai lima kedai runcit, namun entah kenapa semenjak dua ini semuanya bermasalah, tidak ramai pembeli apabila tempat mereka niaga mula didirikan pasaraya besar. Sedikit sebanyak persaingan itu mempengaruhi aktiviti dan kegiatan mereka.

Disebabkan tidak mampu mengawal kesemua sekali hutang, tiga daripada kedai mereka terpaksa ditutup dan Rushdi kehilangan banyak wang. Kerugiannya tidak mampu menampung balik modal dan hutang-hutang lain. Namun dia terpaksa juga bertahan kerana itu adalah sumber pendapatannya sekarang.

Rushdi duduk di kerusi bilik pejabat, menyemak fail invois masuk dan keluar barang. Semakin lama semakin terbeban benak otaknya. Hari tu pihak LHDN ada turun berkenaan cukai yang gagal dilaksanakan, malah pihak bank juga sudah beri amaran tentang pinjaman yang belum diselesaikan.

“Dahlah tu, Rushdi…” Sahut satu suara di sebelahnya. Rushdi benar-benar terkejut. Lelaki itu adalah dirinya sendiri. Dia meraba tubuh. Masih lagi duduk di kerusi yang sama. Namun di hadapannya adalah juga ‘Rushdi’.

“Aku ni kaulah. Apa yang pelik?” Tanya lelaki itu duduk bersilang kaki, dengan wajah serius. Kedua tangan disilang di dada.

Rushdi terkejut. Sudah lama lelaki itu tidak muncul. Kemudian dia bangun dari kerusi mahu keluar dari bilik, namun apabila menoleh kembali, ‘Rushdi’ tadi sudah hilang. Dia kembali duduk di tepi sofa sebelah pintu. Memejam mata, meraup wajah dan memandang sekeliling. Rasanya pagi tadi dia sudah makan ubat seperti yang disuruh oleh isterinya. Rushdi takut dia terlupa.

“Perasaan aku je ni,” Rushdi kembali ke kerusi. Tidak mahu memikirkan. Nanti jadi tekanan. Lagipun doktor telah berpesan dia tidak boleh terbeban dengan masalah atau terlalu berfikir. Nanti bermacam-macam bayangan akan muncul.

“Astagfirullah….” Rushdi mengelap wajah. Tidak menghabiskan kerja, dia ke hadapan mencari staff lain, duduk berbual dengan mereka, sekadar melepaskan tekanan di jiwa. Sesekali menoleh ke arah biliknya, pintu terkuak sedikit menampakkan ruang dalam. Dia meninjau perlahan, kelihatan kerusi yang diduduki tadi bergerak kiri dan kanan. Rushdi menggeleng kepala, melihat sekali lagi. Kelihatan seorang lelaki berdiri membelakanginya. Lelaki itu menghadap tingkap. Berdiri tegak. Berdebar dadanya melihat. Sebaik lelaki itu berpaling dan tersenyum dari dalam bilik, Rushdi cepat-cepat memejam mata. takut melihat dirinya sendiri.

“Encik ok ke?” Tanya staff tadi. Kerana terperanjat, terangkat kedua bahu Rushdi.

“Saya ok, saya cuma penat…”

“Encik balik rehatlah, lagipun hal pengiraan stok tu nanti saya buat. Selesai sahaja, saya akan beritahu encik.”

“Banyak ke rugi kita ni?” Tanyanya lagi walaupun tahu jumlah sebenar. Mungkin sengaja melegakan hati sendiri. Dan hal hutang telah dibincangkan dengan Zurina beberapa hari selepas itu. Untuk masa sekarang ini , Zurin terpaksa mengeluarkan wang simpanan bagi membayar sejumlah hutang yang ada, membuatkan Rushdi terasa bersalah. Isterinya penat bekerja dan dia tahu gaji isterinya tidaklah besar mana.

“Saya tak kisah bang, susah dan senang kita sama-sama.” Zurin membelai lembut pipi suaminya, dia tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada Rushdi. Itu juga pesanan doktor dulu. Untuk beberapa minggu berikutnya, Rushdi tidaklah susah dalam urusan kewangan, cumanya dia perlu berfikir bagaimana untuk menggantikan duit Zurin. Duit itu disimpan agar boleh digunakan untuk masa susah atau terpaksa. Melihat air muka isterinya yang ceria, terubat segala beban dan risau di hati.

HARI INI mereka sekeluarga makan malam bersama, namun anak-anaknya sibuk bermain di atas, sikit sahaja yang mereka berselera, tidak habis-habis bergaduh. Zurin minta diri untuk masuk ke bilik mempersiapkan anaknya tidur, lagipun perutya sakit tiba-tiba. Dia membiarkan Rushdi makan berseorangan di bawah. Malah setiap pertanyaan Rushdi dijawab hambar. Perutnya terasa memulas. Suara bingit anaknya mula kedengaran. Beberapa kali zurin mengeluh dan menjerit agar mereka senyap.

“Sayang tak teman abang ke?”

“Tak nampak ke anak kita tu bang?!” Zurin tidak sengaja meninggi suara. Tidak bermaksud pun, cumanya dia letih, balik kerja tadi terus menguruskan anak.

“Rosni! Zira! Cuba jangan main tolak-tolak!” Marah Zurin dari bawah. Tangisan kedua anaknya itu membuatkan Zurin hilang sabar, sudahlah kudratnya tidak seberapa. Dia kemudian menyudahkan basuh pinggan dan berlari naik keatas. Dari bawah Rushdi hanya memerhati. Dia tidak suka suasana yang bising apatah lagi dengan suara yang bingit dengan kemarahan dan tangisan.

“Isteri kau dah tak suka kau, kau dah jatuh miskin…” Sekali lagi suara itu berbisik. Rushdi segera bangun dari kerusi, menoleh sekeliling, dia melihat di setiap sudut, tidak ada orang, namun suara itu terngiang-ngiang.

“Isteri kau bosan dengan kehidupan kau.”

“Siapa tu?!” Rushdi berpusing-pusing sekeliling ruang tamu.

“Akulah… aku ni kau…” Seorang lelaki muncul tiba-tiba. Ya! Itulah dirinya sendiri. Rushdi tahu dia tidak berkhayal dan dia nampak jelas dirinya sendiri di depan mata. Berdiri, berpakaian sama, berwajah serupa. Tubuhnya sendiri diraba dan Rushdi menoleh ke arah cermin, wajahnya pucat kemudian dia menoleh kembali ke arah dirinya yang satu lagi. Hilang! Rushdi berjalan di sekeliling rumah mencari lelaki yang menyerupainya tadi. Apabila tiada, dia duduk di sofa, memegang kepala. Rasanya dia makan semua ubat, tidak ada satu pun yang tertinggal. Sekali lagi dia beristigfar.

ZURINA mendengar cerita suaminya di hadapan doktor psikiatri. Doktor itu menjelaskan beberapa perkara yang tidak boleh diambil ringan. Malah Rushdi berterus terang yang dia memang ada tekanan sejak kebelakangan ini. Namun masih bersikap normal dan tidak menyakiti sesiapa. Malah Zurina sendiri mengesahkan yang Rushdi tidak agresif. Sejak kemalangan yang hampir meragut nyawanya dua tahun lepas, Rushdi sendiri melepasi beberapa fasa yang melibatkan dia hilang ingatan, lumpuh sementara, dan sukar bercakap. Dalam tempoh itu, masalah yang tidak boleh dikawal adalah emosi. Sukar untuk Rushdi mengawal kemarahannya. Rushdi mengalami hentakan yang kuat pada bahagian kepala, di mana kesan itu dilihat sehingga sekarang. Malah dia juga mula ternampak bayangan bukan-bukan dan suara yang macam-macam.

“Awak berhalusinasi. Itu kira berat tu Rushdi,” jawab Doktor tersebut. Namun Rushdi menerangkan yang dia mampu mengawal semuanya. Melihat perlakuan Rushdi yang normal, memang tidak ada yang membimbangkan. Selama dua tahun dia menderita penyakit ini, tidak sekalipun Rushdi berkasar. Jadi doktor tidak meletakkan Rushdi di bawah pengawasan yang ketat, bekalan ubat diberi dan dia berpesan agar Zurina melaporkan untuk setiap perubahan.

“Macam ni, dalam bulan depan, kita buat semula appointment ya. Ubat yang saya beri tu makan.” Ujar doktor tersebut. Dan sepanjang perjalanan balik, Zurin tidak banyak bercakap, dia tidak tahu kenapa suaminya merahsiakan perkara tadi. Sepatutnya ujian psikiatri ini tidak perlu dibuat setiap bulan memandangkan rekodnya bersih. Namun sekarang lain pula.

“Isteri kau akan tinggalkan kau…” Sekali lagi bisikan itu terdengar, namun Rushdi malas mengambil pusing, dia tidak mahu memberatkan keadaan. Lagipun itu hanya mainan minda dan jiwa.

“Siapa yang nak dengan orang sakit macam kau ni?” Suara itu berlegar di minda. Rushdi menahan hati dan teruskan pemanduan. Dan memang benar akibat dari kerugian dan masalah perniagaan itu menyebabkan Rushdi bersikap berlainan. Dia mudah marah, mudah letih dan tidak bersemangat, susah juga untuk Zurin membantu, sungguhpun begitu Rushdi tidak menyakitinya. Rushdi juga sengaja menjauhkan diri dari bercakap, dan Zurin agak terasa hati dengan sikap suaminya.

RUSHDI meneguk air di dapur, gelas tersebut diletakkan di dalam sinki. Tidak dibasuh. Wajahnya serabut. Isteri dan anaknya telah tidur, namun entah kenapa dia rasa tidak selesa untuk memandang mereka. Semalam sahaja sudah tiga kali mereka bertekak perkara yang sama, malah Zurina ada meminta duit simpanan yang dipinjamkan itu untuk kegunaannya. Apabila Rushdi tidak mampu beri, Zurina jadi marah. Malah kadang kala ada masanya Zurina pula yang menjauhkan diri. Dia faham antara mereka perlukan masa dan ruang, tapi dia tidak boleh menerima keadaan sekarang. Dia serabut! Selama beberapa minggu perkara yang sama berlarutan. Tidak tertanggung rasa hati apabila pihak kilang dan isterinya mempersoalkan tentang perkara yang sama. Iaitu duit…. sudahlah sekarang perniagaannya bolehlah dikatakan merosot teruk sampaikan keretanya juga ditarik.

Ubat di atas peti ais diambil dan dia mengeluarkan beberapa biji, masuk hari ini sudah seminggu dia tidak mengambil walau sebiji pun. Zurina juga tidak bertanya, mungkin kerana pergaduhan mereka, habis semua terlupa.

“Nak makan ke ubat tu? Tak payahlah… kau tak salah pun…” Lelaki yang menyerupainya muncul seperti biasa.
“Isteri kau dan anak kau yang salah, mereka menyebabkan kau terbeban.”

“Kau diamlah….”

“Aku nak diam? Aku tolong kau Rushdi…” Lelaki itu tersenyum. Duduk di atas para dapur.

Rushdi membuang ubat tadi di dalam tong sampah. Dia meneguk air semula menoleh ke arah lelaki itu. “Jangan nak sibuk hal aku!.” Bentaknya kasar.

“Kau tak salah, isteri kau yang salah.”

“Tidak ada siapa yang salah. Bukan salah mereka.” Rushdi memepertahankan.

“Kau lelaki malang…”

“Lebih baik kau pergi. Aku tak tahu kau siapa!.” Marah Rushdi menolak pinggan dan cawan ke dalam sinki dapur.

“Abang….” Zurina menggosok mata. Dia berdiri tidak jauh. Melihat sekeliling. “Abang cakap dengan siapa?.” Tanya Zurin lagi. Dia melihat botol ubat yang dipegang suaminya. “Abang dah makan ubat?.”

“Dah…” Jawab Rushdi pendek segera berlalu naik ke bilik tidur. Sekali lagi Zurin menoleh ke setiap sudut, meremang juga bulu romanya kali ini. Ternyata suaminya masih lagi melihat ‘seseorang’ seperti yang selalu diceritakan.

ZURINA tidak dapat menumpukan tumpuan dalam tugas mengajarnya. Beberapa cikgu yang menegur pun tidak disahut, tidak tersenyum malah berwajah tegang. Risau melihat sikap suaminya yang bercakap sendiri sejak kebelakangan ini. Telefon dicapai dan dia mendail nombor doktor psikiatri semula, menerangkan apa berlaku dan mahukan pertemuan segera minggu ini, dia jadi risau tidak tentu arah. Malah semalam malam juga suaminya tidak tidur. Hanya duduk berpeluk tubuh di birai katil.

RUSHDI berjalan keliling bilik pejabat. Serabut otaknya. Malah tidak ada staff yang berani menegur apabila Rushdi menengking mereka tidak semena-mena, hal yang kecil pun jadi besar pada pandangan Rushdi. Dua orang staff nya berhenti 24jam kerana tidak tahan. Yang lain hanya melihat, namun tidak pula bertanya perihal bos mereka.

“Zurina ada lelaki lain?.” Rushdi bertanya diri sendiri dan menjawab juga sendiri, sebenarnya itu adalah pantulan bisikan dari mindanya sahaja. Dia berdiri sedikit membongkok dengan kedua tangan menampung meja.

“Kenapa dia nak ada orang lain?.”

“Sebab kau tak layan dia baik. Kau dah rugi… kau pun muflis. Mana ada perempuan yang suka.” Bisikan itu sering terdengar perkara yang sama.

“Kau sakit… kau sakit…” Itulah yang berkali-kali diulang. Bisikan yang tidak pernah hilang.

“Aku nak buat apa?.”

“Bvnuh anak kau. Kerana merekalah kau terbeban. Banyak duit nak bayar untuk mereka.” Suara itu bermain lagi. Rushdi menarik rambutnya beberapa kali.

“Anak aku.???.”

“Bvnuh anak dan isteri kau… Kau tak perlu fikir tentang mereka mahupun masalah lagi.” Sebenarnya sudah beberapa kali suara itu menyuruh hal yang sama, dan Rushdi jadi hilang pertimbangan kadang-kadang.

“Yaaa… bvnuh mereka…” Rushdi mengangguk sebagai balasan diatas cadangan mindanya sendiri, malah dia juga yang menjawab segala soalan dari diri sendiri. Seorang staff tidak jadi masuk mendengar perbualan Rushdi, walaupun dia tahu Rushdi bersendirian, namun dia juga tahu penyakit yang dialami lelak itu. Tidak jadi melangkah masuk, staff itu berlari keluar. Dia segera mendapatkan rakannya yang lain, cuba menghubungi Zurina agar dapat membantu.

ZURINA melihat panggilan masuk beberapa kali di telefon, namun dalam waktu mengajar dia abaikan. Telefon dimatikan dan dia menyambung kembali mengajar.

“Keluarkan buku kamu dan buka muka surat empat belas ya…” Zurina tersenyum memandang muridnya.

RUSHDI berhenti di hadapan sebuah taska. Dia tersenyum memandang wanita yang menyambutnya.

“Awal encik datang ambik anak?.”

“Yaa saya ada hal sikit, nak bawa diaorang jalan-jalan.”

“Biasanya isteri encik yang ambil.” Jawab wanita itu, namun Rushdi tidak menjawab dia mendukung kedua anaknya

“Encik Rushdi ok? Kenapa nampak serabut dan pucat? Tak sihat ya?.” Tanya wanita itu namun Rushdi mencium anaknya sambil berjalan ke arah kereta. Sedikit sebanyak terasa sedikit janggal dengan perlakuan Rushdi hari ini. Sebaik kereta itu pergi, wanita tadi cuba menelefon Zurina namun tidak juga berjawab.

STAFF tadi mendengus, dia mendail lagi namun panggilan termati. “Aduhhh!!!.”

“Dapat ke???.”

“Tak dapat…” Jawab staff tadi semula.

“Mana Encik Rushdi?.” Kedua staff tadi berlalu semula ke bilik pejabat majikannya. Menolak pintu perlahan-lahan. Bilik kosong tidak ada sesiapa. Mereka tidak tahu kemana Rushdi pergi. Baru kejap tadi lelaki itu ada. Kedua mereka tercengang-cengang memandang sesama sendiri, akhirnya membuat keputusan untuk pergi ke rumah majikannya berharap agar bertemu Zurina di sana. Kedua mereka berlari keluar ke arah parking.

“NAK PERGI mana ayah?.” Tanya Rosni di dalam kereta. Mainan yang dibeli Rushdi di belek, dia suka dan gembira, aiskrim yang dimakan comot. Kedua anaknya senyap sepanjang perjalanan.

“Balik…”

“Kenapa? Mama mana?.” Rosni menoleh.

“Di rumah…” Rushdi tersenyum manis, namun matanya tajam menerkam kedua kanak-kanak itu.

SELEPAS HABIS mengajar, Zurina membelek panggilan telefon yang diterima. “Pejabat Rushdi dan taska? Kenapa ni?.” Tanpa banyak soal, dia menelefon dulu taska tempat anaknya, mendengar suara dari sebelah sana, Zurina tersenyum.

“Waalaikum salam kak Zurin… maaflah ganggu tadi, saya cuma nak tanya, nak bawa budak pergi mana? Awal sangat ambil?.”

“Tak ke mana pun Su. Kenapa?.”

“Encik Rushdi datang ambil anak, itu yang saya pelik. Dia nak bawa pergi berjalan.” Sedikit sebanyak penerangan itu menghairankan, masakan waktu kerja? Tidak pula Zurin mengesyaki apa-apa. Sebaik talian dimatikan barulah dia mendail staff pejabat tadi semula. Zurina terdiam mendengar setiap bait kata-kata staff tersebut. Dengan termengah dengan kelam kabut, mereka menyatakan yang mereka juga dalam perjalanan ke rumah Rushdi. Zurina mengemas barang dan terus pulang. Panggilan guru lain tidak diendahkan. Sepanjang pemanduan dia menangis tidak sudah.

RUSHDI membaringkan anak sulungnya yang berusia lima tahun diatas tilam. Selesai memberi makan dia mengajak kedua kanak-kanak itu tidur. Rosni tersenyum, kemudian bantal di sebelah diambil dan dilekap di wajah anak sulungnya. Meronta-ronta anak kecil itu minta dilepaskan. Tekapan itu kuat dan jeritannya tidak kedengaran. Lama kelamaan pergerakannya terhenti. Pisau di sebelah diambil dan leher anak sulongnya dikelar. Darah memancut membasahi tilam tersebut.

Zira bangun dan menghindar, menapak kebelakang melihat abangnya terbaring kaku. Rushdi menghela nafas, dia tersenyum, mendongak mencari kelegaan. Anak keduanya berusia empat tahun, walaupun belum berakal, namun dia tahu perkara itu tidak baik.

“Anak ayahhh… mari.” Pujuk Rushdi sambil tersenyum, menghulur tangan.

“Tangan ayah berdarah….” Jawab zira berwajah blur. Tidak mengerti apa berlaku dan terjadi.

ZURINA menghentikan kereta di depan pagar. Turun sahaja, kakinya sudah menggigil, malah tubuhnya terasa lemah. Dia belari masuk ke rumah. Memanggil nama suaminya dan kedua anak. Mendengar jeritan dari tingkat atas, Zurin berlari menaiki tangga. Dia berhenti di hadapan bilik. Terkaku melihat anak sulungnya yang sudah terbaring di atas katil berlumuran darah.

“Allah… ya Allah…” Zurina menolak suaminya yang duduk di atas anaknya Zira. Tergolek Rushdi di atas lantai. Zurin segera mendukung Zira dan menarik keluar. Sebaik melihat Rushdi bangun, dia berlari masuk ke dalam bilik satu lagi, menutup pintu dan kunci. Zira diletakkan di atas katil. Zurina menangis melihat bekas tikaman di dada anaknya. Bukan satu bukan dua, malah lebih dari lima. Dan Zira sudah tidak bergerak.

“Bangun Zira… bangun sayang… bangun….” Air matanya membasahi pipi. menggigil seluruh tubuh. “Mama ada ni sayang….” Zurina menggerakkan badan anaknya. Dia menangis memeluk tubuh kecil itu. Pintu ditendang kuat! Zurina terperanjat, dia mengesat air mata. Zira diletak dan dia berlari ke tingkap. Menggigil tangannya membuka cermin itu. Kemudian Zurin menjerit sekuat hati meminta pertolongan.

“Sayang… bukan pintu ni sayang….” Rushdi ketawa di luar.

Zurina tidak peduli, jeritannya disedari jiran dan dia menyuruh mereka memanggil polis. Malah tidak memberi kebenaran untuk jirannya masuk, risau jika mereka cedera kerana Rushdi bersenjata.

“Aku buat semua ni sebab orang tu suruh. Kau akan tinggalkan aku, dan kau pun dah benci aku Zurin.” Rushdi membebel di luar pintu, sambil menendang beberapa kali.

“Betul kata dia! Kau ni isteri tak guna!!!.” Pekik Rushdi lagi. “Kau dan budak berdua tu mati, aku boleh hidup bebas. Menyusahkan aku!!!.” Zurina tidak mempedulikan suaminya. Zira didakap erat, anak itu tidak bernyawa. Betapa hancur hatinya kala ini. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Anak yang dikandung 9 bulan sekelip mata hilang keduanya.

“Buka!!!!!! Buka pintu ni!!!!.” Rushdi menendang sehingga terbuka pintu tersebut. Pisau masih erat di tangan. Zurin melepaskan Zira, dia menyerang dulu sebelum lelaki itu. Tubuh Rushdi ditolak. Beberapa kali dirinya ditendang, namun kudrat untuk selamat dan ingin hidup itu tinggi menyebabkan Zurin dapat memukul suaminya berkali-kali. Kayu meja di sebelah katil diambil dan dihayun tinggi mengenai kepala Rushdi. Melihat lelaki itu terhuyung hayang dan terduduk barulah Zurin berhenti, dia mencapai Zira dan membawa ke bilik di mana Rosni dibvnuh. Kedua anaknya itu dipeluk kuat. Zurina menjerit sekuat hati. Tidak peduli lagi.

Polis mungkin akan lewat kerana panggilan baru dibuat, namun bunyi dan jeritan Zurina membuat jiran semua bimbang. Tidak lama kemudian bebrapa jiran datang, mereka beranikan diri juga beramai-ramai. Dua orang staff Rushdi sampai di perkarangan rumah.

Rushdi berjalan ke bilik sebelah memegang kepalanya yang berdarah. Dia duduk di depan pintu. “Sayang….” Panggilnya perlahan, namun bersandar letih. “Sayangg… mana anak kita?.” Rushdi melihat tapak tangannya.

“Sayang…. kenapa Rosni?.” Ternyata dia tidak ingat apa berlaku malah tidak tahu siapa pelakunya. Soalan itu hanya disambut dengan tangisan dari Zurina. Apabila jiran sampai di atas, Rushdi masih tertanya-tanya apa berlaku pada anaknya dan meminta mereka membantu.

“Auditory hallucination”.

Ia adalah sejenis halusinasi pendengaran apabila seseorang pesakit boleh mendengar suara ghaib dalam bentuk bisikan atau percakapan padahal pada waktu tersebut tiada orang yang bercakap dengannya.Bisikan suara ini sebenarnya disebabkan ketidakseimbangan sejenis neurotransmitter di dalam otak yang dipanggil dopamine. Ia bukan disebabkan oleh bisikan makhluk halus. Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Seseorang yang mendengar suara ghaib pada kali pertama biasanya keliru. Mereka akan tercari-cari puncanya. Ini kerana mereka boleh mendengar suara tersebut dengan begitu jelas seperti ada orang bercakap di telinganya. Pesakit pada mulanya cuba berlagak seperti biasa tetapi lama-kelamaan mereka mula tidak selesa kerana bukan semua isi kandungan bisikan tersebut menyenangkan.

Jenis suara bergantung kepada isi kandungan dan penyakit mental yang dihidapi. Bagi pesakit kemurungan, mereka biasanya mendengar suara ghaib yang merendah-rendahkan diri dan menyebabkan mereka sedih, termasuk suara menyuruh pesakit membvnuh diri atau membvnuh orang lain.

Nas meletakkan cawan tadi di atas meja. Duduk bersilang kakii, bersandar membetulkan tengkuk. “Mana Rushdi sekarang?.”

“Mental hospital mungkin. Aku cuma tahu sampai situ je. Tak ada maklumat lain mungkin dalam proses siasatan lagi?.” Jawab Hajar bersandar.

“Hurmmm…” Nas menghabiskan air di dalam cawan, mengangguk faham. Sedikit sebanyak kematian dua anak kecil yang baru didengar itu agak ngeri namun ternyata mereka pasti bahagia di syurga, sekurang-kurangnya ada juga pekara yang boleh menyejukkan hati Zurina nanti.

“Sooo. Kau mandi dulu, kejap lagi kita keluar makan.” Hajar senyum ala kadar. Nas mengangguk dan berlalu dari situ.

Pembaca sekelian, dunia ini cuma pinjaman, dalam setiap perkara ianya bukan hak mutlak kita. Dari sekecil zarah hinggalah sehalus nafas. Maka bersedia atau tidak, ketahuilah bila tiba masanya, kita akan merasai erti KEHILANGAN. Sambil menaip sambil mengingatkan diri sendiri juga. Sebab aku bukan sesiapa, cuma seseorang yang berkongsi pengajaran dan peringatan melalui setiap penulisan. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

118 thoughts on “#ceritaNasa – Bisikan Itu (Full story)”

  1. Wehhh gile ahhh..aku bolot tmpat ketama kedua ketigaaaa…tahniah pd diri sendiri..tido lena ceq malam niiii…RC hang manaaaaaa…

    Reply
  2. kak nasariatunadawiyah..best cite ko..walaupun x seram tp sedih..aku bg 9/10..

    **aku selalu terbayang2 kan abg singkong..adakah aku berhalusinasi???

    Reply
  3. First….!

    Takut baca… Sbb hentakan je bole jd cam tu eh…
    Stori kak nasaraemmamaembong tak penah tak bestt…. Huhuhuu nah ???

    Reply
  4. ada kawan2 yg ada dgr bisikan… diorg depression sampai hallucination, tp still ada gangguan juga sebenarnya.bila iman lemah, unsur lain mudah menguasai

    Reply
  5. Penah kena cmni dulu..
    Teruk tahap dngar suruh bunuh n bunuh diri dngan mkn pil bnyk2..(iman lemah ketika tu)
    Beberapa bulan lepas jd lgi.. suh bunuh org yg berhampiran..
    Nauzubillah…
    Kembali kepada fitrah..ingat yg maha KUASA..

    Seperti di janji kannn… 5?????

    Reply
          • Yup.. selama ni ummi just simpan jer perasaan tu..
            Muke2 kena dulu..suh bunuh diri..
            Bebaru ni jer.. sebb trlalu ikut emosi..

            “Seperti yg syaitan janji kan..akan menyesat kan anak cucu adam dgn mcm2 cara”

          • habis ada jumpa doktor ke, dia kata apa? masa yang aku kene dulu, masa yang orang hantar sihir kat aku tu…. lepas jumpa doktor ok dah… lepas buang sihir tu ok dah

          • Tak penah jmpe doc la nas..
            Just berubat care islam..
            Aku takut jmpe doc..
            Takut dye bg ubat..kdg2 ubat tu kalo mkn trlalu kerap.. akn pngaruhi akal jgk..
            Like panadol..
            (Takut jgk nk trma knyataan kalo doc ckp aku ade sakit sekian2)

          • Owh ye ke. Hbis sekarang ko dh ok ke tidak? Aku sangt2 lah tku benda mcm ni weh. Sbb pernah alami. Perasaan tu tuhan je yg tau ??

          • Dah ok alhamdulillah..
            Cume kena pndai kawal tekanan perasaan amarah yg meluak luak tu.. ?
            Nak2 kena dgn org yg sedia baran cm aku ni..
            Skrg pun tgh berperang ngn nafsu kemarahan ni..
            Try to control..
            Sakit nye rase kalo bnde jdi..
            Like you..perasaan Allah jer tahu..

  6. “Sedikit sebanyak kematian dua anak kecil yang baru didengar itu agak ngeri namun ternyata mereka pasti bahagia di syurga”..nasib baik ada ayat nih..stress gak baca kisah benar cenggini..

    Reply
    • Kisah bunuh anak sendiri dan bunuh satu keluarga sangt banyak berlaku. Cite dia mental problem… tpi klo bendung dari awal ok je sebenarny

      Reply
    • Muar :: 4 sekeluarga disembelih
      kuala Lumpur :: India bunuh sorang anak dan isteri’
      Perak tak silap :: bunuh keluarga dan bunuh diri

      kes semua atas perkara yang sama.

      Reply
    • Dia cuma pengenalan cerita je. Dia nak cuba2 kot2 boleh dengar suara halus. Tpi buka semua org boleh dengar benda mcm ni melainkan klo memang kita ada penyakit auditory halucination tu….

      Reply
    • kat sini ko ye bebulu? Well sebab ko cakap baik, sooo aku cakap baik lah… Penulisan ni bukan satu perkara yang mudah banyak nak fikir, samaada kurang atau lebih satu cerita tu kadang boleh berbeza mengikut persepsi pembaca. mungkin ko jenis minat citer triller sebb tu ko rasa cite lain tak best. tapi setiap idea writer tu berharga… Anyway thanks for the rate! aku join sebb diorang dah mcm kawan-kawan aku. tak adalah tempat komen ni tegak je… kalau tak best, ko skip je komen tu… ok 😉

      shake hand

      Reply
  7. 9/10

    Kak untuk cerita ni… Maira dah agak Rushdi akan bunuh anak bini dia. Sebab Auditory hallucination tu memang selalunya macam tu la kesudahannya.

    Reply

Leave a Comment