#ceritaNasa – Dendam (Full story)

#Thriller #kisahfiksyen #pengajaraniktibar

Salam admin, salam pembaca, salam satu Malaysia, terima kasih sudi baca!

Helmi menunduk. Air yang mengalir dari rambut melurut ke wajah, dagu dan menitik semula ke sinki. Air paip masih terbuka, dibiarkan dengan sengaja. Dia mengeluh berat, menutup wajah dan meraup rambut beberapa kali. Kedua tangan menggenggam sinki. Dia mendongak melihat wajah di cermin hadapan, tersenyum sinis, menutup mata mengenangkan semula perbuatannya.

“Helmi… tolong jangan bun-uh aku…” Rayu Salleh. “Aku minta maaf. Kita dah lama berkawan baik.”

Helmi sekadar mengangguk tersenyum. “Lamaaaa…. kita kenal cukup lama, sebab tu kau boleh gunakan kesempatan yang ada untuk meniduri isteri aku!” Satu alasan dan fitnah secara sengaja dalam mencari alasan pembun-uhan.

“Astagfirullah… tak pernah sampai ke situ pun Helmi.” Sekali lagi Salleh merayu. Kedua matanya ditutup dengan kain dan tangannya terikat, tidak dapat bergerak. Duduk diatas kerusi, sudah dua hari di situ tidak boleh melepaskan diri. Helmi mengambil hadiah yang siap dibungkus oleh Salleh lalu dibuka, dia ketawa melihat hadiah itu. Barang tersebut dibaling. Kedua bahu Salleh terangkat serentak apabila barang itu terhempas ke lantai.

“Helmi…. lepaskan aku…” Suara Salleh kedengaran bergetar. Ketakutan menyebabkan dia hampir menangis. Helmi berjalan berlegar di sekeliling. Ketawa tidak semena-mena. Tertoleh-toleh kepala Salleh cuba mengesan bunyi.

“Orang akan cari aku Helmi…” Rayu Salleh. Di kala ini Helmi menarik kolar baju lelaki itu, berdiri tegak berhadapan, membuka pembalut matanya. Menyerlahkan wajahnya sekarang yang sedang berserabut. Tiba-tiba Helmi menangis.

“Aku cuba sayangkan Zura…. tapi aku tak boleh… Kenapa? Apa kelebihan korang semua? Apa kurangnya aku dulu? Sebab aku bodoh ke? Sebab aku miskin?.”

Salleh hanya menggeleng. cerita lama yang tidak boleh untuk diubah, satu kisah yang dia sesali menyeret kemana dia sekarang. “Aku minta maaf…. Kita duduk berbincang dulu soal ni ya… kau bertenang dulu.”

Helmi hanya menggeleng, lantas pisau panjang yang dipegang ditikam di perut Salleh, memusing dan mengunci tikaman. Jeritan Salleh satu kejayaan baginya. Salleh jatuh melutut, namun Helmi hanya ketawa sakan. Pisau ditarik dan dia mengelar leher lelaki itu kejam. Salleh jatuh tersungkur, tidak ada lagi suara tidak ada lagi rayuan. Helmi berpuas hati, dia ketawa terbahak-bahak.

Pintu bonet belakang ditutup dan Helmi menolak kereta Salleh ke dalam gaung. Tayar bergolek dan kenderaan itu jatuh menjunam melepasi dedaun dan pokok sehingga terhempas di tanah, meletup menghasilkan bunyi yang kuat. Helmi menyilang tangan dihadapan wajah apabila bahang api itu terasa, sesudah puas, dia segera berlari dan meninggalkan kawasan tersebut.

DENDAM !!! – TIDAK ADA YANG UNTUNG MELAINKAN RUGI SEMATA-MATA!!

“Abang…..” Zura mengetuk pintu bilik air. Lama benar suaminya di dalam. “Abang lama lagi ke? Dah dekat setengah jam dah.” Zura mengetuk lagi, tidak ada jawapan. Panggilan telefon yang diterima sebentar tadi menyebabkan dia tidak keruan. Jika betul, sudah tentu ini pembunohan kedua yang berlaku di tempat kerjanya. Dan setiap kali pembunohan itu berlaku, dia adalah orang terakhir yang berjumpa dengan mangsa.

Pintu bilik air dibuka kuat, mem4tikan lamunan Azura tadi, cepat-cepat dia memandang suaminya. “Abang… Salleh bang… Salleh eksiden!.” Namun Helmi tidak pula menunjukkan yang dia berminat. Hanya mengangguk dan berdiri tegak, berkerut wajah seperti tidak mengenali Salleh.

“Salleh!! Kawan kita masa sekolah dulu… abang ingat tak?!.” Marah Zura sedikit meninggi suara. Kali ini barulah Helmi mengangguk dan mencebik. Zura mendapatkan suaminya, duduk besebelahan. “Mak dia called tadi, cakap yang Salleh eksiden, kereta dia jatuh gaung dan terbakar.”

Helmi berdehem beberapa kali. Lantas membelai rambut isterinya lembut. Melihat isterinya menangis, Helmi memeluk wanita itu erat di dada sambil mencium dahi. Menenangkan sedaya upaya. “Kita ziarah dia nanti.” Helmi membuat keputusan, namun hatinya lega. Dia memujuk supaya isterinya bersabar dan menganggap itu semua dugaan.

Hari ini Zura disoal siasat berikutan dia adalah orang terakhir yang bercakap dan berjumpa dengan Salleh sebelum lelaki itu m4ti. Zura memberi penerangan penuh tanpa menyembunyikan apa-apapun maklumat. Malah kem4tian Zubir sebelum ini juga seolah berkaitan apabila dikatakan Zura adalah orang terakhir yang berjumpa dengan kedua lelaki itu. jarak waktu pembunohan yang sangat dekat, iaitu selang sebulan. Walaupun dikatakan kedua lelaki itu terlibat dalam kemalangan, tetapi kedua cara kem4tian adalah sama. Bedah siasat mayat menunjukkan ada bekas tikaman pada perut dan kelaran pada leher mangsa. Jadi polis mengesahkan ianya kes bunoh.

“Mangsa ada masalah dengan sesiapa ke sebelum ini?.” Tanya inspektor Shah. Zura menggeleng kepala dan hanya mengatakan yang Zubir dan Salleh itu merupakan kawan nya sejak dari sekolah. Tidak ada masalah di tempat kerja dan memang rapat sejak dari dulu. Selepas habis keterangan barulah Zura diberi pulang.

“Pelik!!.” Zura menghempas pintu kereta. Menoleh ke arah suaminya di sebelah.

“Apa yang peliknya?.”

“Kenapa mereka nak dibunvh? Padahalnya mereka tu tak ada masalah pun dengan sesiapa.”

“Sayang… kita tak tahu pun siapa Zubir dan Salleh tu di luar. Entah-entah ada masalah dengan ah long ke, mana-mana orang ke…” Terang Helmi besemangat. “Tak payah fikir sangatlah ya. Lagipun sekarang ni, tak ada siapa lagi yang nak ganggu kita.”

“Ganggu kita?.”

“Errrr…. maksud abang. Dah bebas dari pertuduhan membunvh diaorang. Pihak polis tak boleh ganggu kita lagi.” Jawab Helmi teragak-agak. Zura hanya tersenyum memegang jari jemari suaminya.

“Zura sayang abang…” Balas Zura sambil memicit manja hidung lelaki itu. Namun Helmi tidak pula tersenyum, dia melepaskan pegangan tersebut dan terus memandu. Zura sudah lali dengan suaminya, kadang-kadang dingin dan kadang-kadang romantik.

Sudah sebulan kem4tian Salleh namun Zura masih lagi tidak behenti dari berfikir tentang lelaki itu. Iman memujuk Zura di ruang tamu. yang membuatkan Helmi marah adalah setiap kali Iman datang, Zura adalah orang pertama yang akan dia jumpa berbanding dirinya. Iman itu meskipun sepupu kepada Zura, hatinya tetap membentak marah. Helmi mendengus kencang. Dia masuk ke dapur, menyediakan air untuk kedua mereka. Helmi mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

“Julap….” Dia tersenyum. Lalu dibancuh sekali dalam air teh tersebut. Banyak diletak, sambil mengacau air, sambil matanya melirik ke arah ruang tamu depan melihat Iman menyerahkan beberapa barang kepada Zura. Dia menyudahkan bancuhan meletakkan sudu ke dalam sinki. Meninggalkan tanpa dibasuh.

“Ni designnya.” Iman menyerahkan pendrive. Sepatutnya itu tugas Salleh namun memandangkan Iman juga tahu selok belok bidang grafik, tugas itu disudahkan olehnya sejak kem4tian Salleh. Bekerja dalam syarikat grafik, kesemua mereka memainkan peranan yang berbeza. Syarikat itu ditubuhkan oleh ayah Zubir dan Zubir mengambil rakan baiknya untuk bekerja bersama, iaitu Zura, Iman dan Salleh bagi memudahkan urusan.

“Dah lama kita berkawan, sedih bila seorang demi seorang pula meninggalkan kita.” Sahut Azura sambil menyimpan pendrive tersebut.

“Dah ajal Zura….” Balas Iman.

“Macam berturutan pula kan?.”

Helmi berdehem beberapa kali sambil membawa dua cawan kehadapan. “Iman, sayang… jemput minum.” Pelawanya. “Berbual dari tadi sampai dah pukul 10malam dah ni…” Sedikit perli dalam ketegasan. Zura membeliakkan biji matanya agar Helmi bersikap sopan. Bukan dia tidak biasa dengan kehadiran Iman. Helmi kemudian ketawa mengambil gambar yang dibawa oleh Iman diatas meja. Satu persatu gambar diperhati. Ya.. gambar Zubir, Iman, Salleh dan Zura. Gambar yang sama dimiliki isterinya.

“Gambar waktu sekolah ni kan?.” Tanya Helmi serius tidak pula tersenyum. Iman hanya ketawa bertepuk tangan.

“Ya! Kami dulu kawan baik. Tapi dua dah tak ada…. tinggallah aku dan Zura.” Jawab Iman selamba. “Dan syarikat tempat kami kerja ni kepunyaan ayah Zubir.”

Helmi hanya mengangguk dan mencebik, seraya mendongak memandang mereka berdua. “Minumlah…” Pelawanya sambil merenung gambar tersebut kembali.

ZURA mengerekot menahan sakit perutnya, masuk kali ini sudah berapa kali dia ke tandas. Helmi berdiri di depan pintu tandas, mengetuk perlahan memanggil isterinya. “Sakit lagi ke sayang….” tersenyum sinis, hatinya puas!! Dia berdiri berpeluk tubuh sambil memandang kukunya yang semakin panjang. Zura membuka pintu bilik air dan membongkok.

“Tak tahulah makan apa tadi bang….” Dia menarik tangan suaminya agar turut berbaring di atas katil. “Minta maaf ya bang… malam ni saya tak sihat pula.” Rayu Zura sambil mencium pipi Helmi. Dia sangat sayangkan lelaki itu. Helmi tersenyum memujuk dan mengajak isterinya berehat.

“Abang sapukan minyak eh?.” Manja Helmi melayan isterinya, dan untuk seketika mereka bergurau senda sebelum Zura meminta kebenaran ke tandas semula.

ENCIK Ghazali menyerahkan beberapa dokumen untuk disiapkan, turut bersama adalah orang baru yang menggantikan tempat anaknya dan Salleh. Selepas perbincangan dilakukan barulah kesemua mereka meminta diri untuk beredar. Encik Ghazali tersenyum ke arah Azura yang baru sahaja hendak pergi.

“Zura happy belated birthday!.” Ucap Encik Ghazali. Maaf sebab terlalu memikirkan pasal Zubir sampai saya terlupa soal hari jadi awak. Kami pun tak buat apa-apa untuk menyambut awak.” Dia bersuara sayu.

“Birthday? Bila hari jadi saya?.”

“Owh… haritu saya teman Salleh beli hadiah untuk awak katanya, untuk hari jadi awak. Saya ingat hari jadi awak bulan lepas.”

“Hari jadi saya lambat lagi encik.” Zura tersenyum. “Salleh sengaja lah tuuuu….”

“Jadi awak dah ambik hadiah tu? Cantik betul kuali yang dia belikan, katanya supaya awak rajin memasak untuk Helmi.”

Zura ketawa sakan. Tidak sangka pula jika Helmi mengadu kepada Salleh, nasib baik sahaja tidak diadu kepada Iman, jika tidak tentu sahaja Iman mengejek. Sudahlah dari kecil Iman suka benar menyakat. Zura meminta diri kerana waktu rehat mereka tidak lama. Encik Ghazali sekadar mengangguk dan meminta diri.

“Sedap tak sayang?.” Tanya Helmi. Suka dia melihat isterinya makan dengan penuh beselera. Tengah hari itu mereka makan di restoran berdekatan, lagipun termpat kerja mereka tidak jauh.

“Mana-mana pun sedap asalkan makan dengan abang.” Tawa zura. “Owh ya! Saya ajak Iman sekali tadi bang. Sebabnya dia ada sesuatu untuk kita.” Tawa zura, namun tidak bagi Helmi, senyumanya term4ti serta merta, wajahnya mencuka.

“Abang ok? Abang tak suka ke? Kalau abang tak suka, saya suruh Iman datang lain kali je.”

“Eh! Tak adalah sayang, abang cuma ingat kerja abang yang berlambak.” Balas Helmi acuh tidak acuh. Dia menyambung makan. Tidak lama kemudian Iman datang membawa dua tiket untuk kedua mereka.

“Percutian ke Thailand koh lipe untuk korang berdua. Happy anniversary pertama!!! Semoga dapat anak cepat!. ” Iman gembira. “Tiket ni hadiah aku untuk korang.”

“Errr…. tapi lambat lagi kan?.” Zura jadi hairan. Rasanya tidak sampai setahun dia berkahwin, baru tujuh bulan.

“Thank you!.” Jerit Helmi gembira, cepat memotong. Dia menoleh kearah isterinya. “Kenapa nak tolak kalau orang dah bagi.” Melihat suaminya gembira, Zura tidak peduli tentang tarikh, baginya setiap hari adalah hari untuk mereka. Zura ketawa melihat Helmi yang tidak sudah-sudah senyum. Soalan dari mana Iman mendapat tahu hari ulang tahun perkahwinannya pun sudah lupa untuk ditanya.

HARI ini cuti bagi Helmi namun tidak Zura. Helmi menyediakan sarapan dengan sangat romantik. Memasak dan menyanyi kecil menyediakan masakan untuk isterinya sebelum ke tempat kerja. Zura turun kedapur dengan berpakaian tidur. “Masak apa bang!!!.”Jerkahnya dari belakang.

“Special!.” Jawab Helmi selamba sambil membasuh segala pinggan yang kotor. Zura menghampiri dapur,melihat kuali yang sedikit unik, tidak pernah dibeli sebelum ini. Dia meraba dan memegang setiap inci, memang dia tidak pernah ada pun kuali tersebut di rumah.

“Hari jadi saya lambat lagi encik.” Zura tersenyum. “Salleh sengaja lah tuuuu….”

“Jadi awak dah ambik hadiah tu? Cantik betul kuali yang dia belikan, katanya supaya awak rajin memasak untuk Helmi.” Kata-kata Encik Ghazali terngiang-ngiang.

“Sayang!! Nak makan tak? Pergi mandi…” Helmi memeluk belakang isterinya sekaligus memeranjatkan Zura yang sedang mengelamun. Dia hanya mengangguk dan berlalu dari situ. Dia tidak makan banyak pun, tidak berselera, sesekali menoleh ke arah Helmi yang sibuk bercerita tentang kerjanya. Dia menoleh ke arah kuali di dapur itu semula. Bermacam-macam perkara terzahir dari benak minda. Sedaya upaya cuba disingkirkan. Hatinya tetap bertegas tidak mungkin perkara lama berulang…

“Sayang…” Tegur Helmi. “Kenapa ni? Tak sedap ke?.” Tanya Helmi melihat isterinya bermuram.

“Kenapa abang tak makan?.”

“Abang suka tengok sayang makan… selalu Zura sediakan abang sarapan, hari ni biar abang buat untuk sayang…” Pujuk Helmi menyuruh isterinya menghabiskan sarapan, tidak mahu isterinya belapar nanti.

“Err… saya dah lambat nak ke tempat kerja ni. Nanti Iman tunggu pula sebab kami ada meeting hari ni, kertas kerja pada saya.” Zura menghabiskan air dan segera bangun mengemas meja. Melihat kuali tersebut hatinya berdebar. Tidak tahu kenapa, namun nalurinya tidak senang.

“Tak nak bawa sarapan ke? Abang masak lebih ni. Boleh makan dengan Iman.”

“Tak apa… Iman cakap dia dah belikan tadi, semua dah disediakan di sana.” Zura berpaling dan tersenyum. Dia mencapai beg. “Owh ya! Saya tak sabar nak pergi honeymoon tu, nanti jangan lupa abang ucap terima kasih pada Iman sebab dia sanggup aturkan untuk kita semua tu.” Jujur Zura akui. Dia memeluk dan bersalam dengan suaminya sebelum pergi.

Helmi melambai sebaik pemergian isterinya. senyumannya term4ti. Dia menghempas pintu rumah. “Iman… Iman… Iman….” Dia menendang semua barangan di dalam rumah tidak semena-mena, habis beselerakan makanan yang dihidangkan di atas meja. “Aku masak kau tak makan, kau tunggu juga si Iman!!!!.”

Zura duduk termenung, jenuh otaknya berfikir. Selepas habis meeting tadi dia makan beramai-ramai. Makanan yang telah disediakan oleh Iman seperti yang disuruh oleh Encik Ghazali untuk semua staff. Melihat bosnya berlalu Zura mengejar dari belakang. Encik Ghazali berhenti dan menoleh.

“Maaf encik, saya cuma nak tanya, macam mana Salleh tahu hari jadi saya bulan lepas pula?.”

“Helmi yang cakap! Dia ada datang berborak dengan Salleh dulu. Masa nak beli hadiah tu kebetulan saya ada di tempat yang sama, jadi Salleh ajak saya teman dia. Lepas tu saya terus tak jumpa dia, dan tahu-tahu dia meninggal sebab kemalangan.” Encik Ghazali mengeluh , namun dia dongak tersenyum. “Awak tak jemput saya pun ke rumah ada majlis makan-makan?.”

Sekali lagi Zura terkejut. “Errr.. suami saya cakap macam tu ke?.” Encik Ghazali mengangguk, dia tidak berkecil hati pun walaupun jemputan itu hanya untuk Salleh. Dia sekadar memerli sahaja. Tidak lama itu dia meminta diri dan berjalan melepasi koridor tersebut. Runsing Zura memikirkan. Namun hatinya semakin banyak tertanya-tanya.

“Tak kan lah sebab dulu tu, Helmi masih berdendam…..” Dia malas berfikir lagi. Zura berjalan ke ruang kamar pejabat. Mencari Iman. Dia perlu mengetahui sesuatu. Namun Iman tiada. Apabila ditanya orang sekeliling, mereka menyatakan Iman keluar ke suatu tempat namun tidak dinyatakan. Puas Zura menelefon, namun tetap juga Iman tidak menjawab. “Mana dia ni!!.” Zura jadi tidak sedap hati. Dia segera keluar dari pejabat mencari sepupunya.

Iman menghentikan keretanya di luar sebuah pondok usang. Dia berjalan perlahan meniti kayu dan terlihat Helmi berdiri tidak jauh dari luar pintu rumah. Iman berlari anak. “Kenapa nak jumpa di sini?.”

“Zura tahu ke aku yang suruh kau belikan tiket ke Thailand tu?.” Tanya Helmi sambil menyalakan sebatang rokok. Iman sekadar menggeleng, menoleh sekeliling rumah dan kawasan. Agak sunyi dan dia tidak selesa.

“Sejak bila kau merokok ni?.” Tanya Iman. Namun Helmi sekadar tersenyum. Menghembus asap rokok tersebut, menoleh ke arah Iman. Sekejap-sekejap matanya dikecilkan apabila asap rokok memenuhi wajah.

“So! Mana duitnya? Aku dah belikan tiket ni pakai duit aku dulu. Kau janji nak bayar.” Namun Helmi masih lagi tersenyum merenungnya. Menyedut asap rokok sambil menghembus ke arah lelaki itu. Iman benar-benar tercabar. Dia memang tidak pernah bersetuju pun Zura berkahwin dengan Helmi, namun kerana untuk menjaga hati terpaksa dia turutkan, berbuat gembira adalah cara terbaik agar Zura tidak berkecil hati.

“Mana duit aku!.” Tengking Iman. Dia sudah puas berpura-pura selama ini.

Helmi mengeluarkan duit lantas dibaling ke arah Iman. Dia menyambung kembali rokoknya. Sikapnya yang biadap itu tidak menyenangkan langsung! “Sepatutnya Zura tu berkahwin dengan Salleh bukan kau!!! Kau tak layak!!.” Iman berlalu pergi.

“Hurmmm dia pun dah m4ti kan…” Garau suara Helmi berbicara. Iman sedikit hairan namun dia tidak peduli, mahu cepat balik.

“Kau ingat dulu… waktu kau ajak aku ke sini?.” Tanya Helmi, lantas berdiri dan bersandar. Iman terhenti dan menoleh.

“Masatu…. kau tipu aku. Kau cakap nak sambut hari jadi Zura di sini, tapi kau, Zubir dan Salleh pukul aku, kau buli aku, kau kurung aku, kau hina aku, kau layan aku macam sampah! macam-macam kau buat…. Aku anak yatim, korang kaya… apa aku boleh buat pun….” Helmi tertawa lagi.

“Apa kau merepek ni!!” Marah Iman. Dia tercengang, perkara tersebut telah berlalu hampir 15 tahun. Helmi mengeluarkan gambar yang ditangkap oleh mereka suatu masa dulu, di pondok yang sama. Gambar Iman, Zubir, Salleh dan Zura. Gambar yang sama Iman bawa pada malam dia berkunjung ke rumahnya. Gambar itu di koyakkan dan dibaling.

“Kau ikat aku dekat pondok ni dan kau bergembira di luar bergambar bersama. Dengan Zura! Dengan Salleh dan Zubir!!!.” Pekik Helmi. “Kau kurung aku dua hari di sini!!!!.” Terangkat kedua bahu Iman kerana terperanjat akibat ditengking. Helmi duduk kembali menghabiskan rokoknya.

“Kenapa korang benci aku??? Apa salah aku???.”

Iman benar-benar terkejut. Dia terdiam tidak bercakap. Memang Helmi adalah mangsa buli mereka dulu, dia sering diketepikan dalam setiap keadaan. Malah kerana dia agak lambat dalam pembelajaran dia tidak pernah mendapat perhatian dari mana-mana kawan. Namun itu semua telah berlalu. Walaupun bertahun Helmi bertahan, apabila meningkat dewasa mereka telah pun meminta maaf. Malah perkara tersebut telah dilupakan. Ya! Hanya dia yang melupakan, tapi bukan Helmi.

“Kau yang bunvh Zubir dan Salleh???.” Tanya Iman teragak-agak, tidak percaya dengan perubahan lelaki itu yang tiba-tiba. Helmi sekadar ketawa dan mengangguk bertepuk tangan.

Sebuah kereta berhenti mengejut, menyebarkan debu-debu tanah di sekitar. Kedua kakinya dihempas ke tanah, Pintu ditutup kuat dan Zura berlari dari situ. “Abang!!!. Abang!!!.” Zura cepat menuju ke arah pondok berkenaan, Tidak semena-mena dia terbatuk batuk teruk dan langkahnya longlai. Nafasnya lelah. Zura bangun dan berdiri tegak semula. Tidak tahu kenapa tiba-tiba pandangannya kabur.

“Abang….” Panggil zura perlahan, hidung dan batuknya berdarah. Namun dia kuatkan dirinya untuk pergi ke arah pondok tersebut. Dia tahu mereka berdua ada di situ.

“Kau gila ke Helmi!!!.” Marah Iman, mendepa tangan.

“Ye!! Memang aku gila!!! kau ingat aku nak lepaskan macam tu je ke??!.”

“Zura isteri kau!!! Isteri kau Helmi!!!!.”

“Well…..Aku masih tak boleh lupakan perbuatan dia.” Senyum Helmi sambil bersiul kecil. Kedua mereka terdiam tidak bercakap. Hanya dengusan nafas yang membuak menahan amarah jiwa.

“Kau akan m4ti dan Zura aku akan bunvh di Thailand supaya ianya kelihatan seperti kemalangan seperti mana Zubir dan Salleh… itupun jika dia tak m4ti hari ni.”

“Kau buat apa pada Zura!!!.” Tengking Iman.

Tidak menjawab, Helmi mengambil sebatang kayu, berlari mengejar. Lintang pukang Iman berlari tidak cukup kaki. Meminta tolong. Akhirnya dia tersungkur dan Helmi menghentak kayu tersebut di belakang kepalanya sehingga pengsan. Tubuh itu diseret dan dibawa kembali ke pondok tadi, diikat dan dilakukan seperti mana zubir dan Salleh sebelum ini. Sebilah pisau panjang dipegang dan Helmi ketawa menyeringai.

Azura berjalan terhuyung hayang, memegang kepala. “Kenapa pula ni???.” Sesekali dia berhenti memegang dada. Mengurut serta bernafas semahunya. Dia muntah. Dan muntahnya berdarah lagi. Zura menggigil resah.

“Kenapa ni??.” Tangisannya kedengaran kerana terlampau takut. Perlahan-lahan Zura melangkah, dari jauh kelihatan pondok tersebut mengecil dan kabur. Dia berjalan memapah dahan pokok, sehingga hampir dengan kawasan yang dituju. Nafasnya semakin lelah.

Sebaik tiba, pintu ditolak kasar dan kelihatan mayat Iman sudah terbaring di lantai. Zura segera mendapatkan sepupunya, mengendong kepala lelaki itu. sekali lagi dia terbatuk dan darah bersembur dari mulut. Zura memegang bibir dan hidung, dia mendongak memandang Helmi sambil menangis memeluk Iman.

“Cepat racun tu bertindak?.” Tawa Helmi, dia meletakkan cecair itu dalam sarapan dan minuman isterinya pagi tadi, namun Zura tidak makan banyak, rasanya cukup untuk menyakiti dalam tempoh sekarang. Tidak lama itu Zura terbaring di lantai, bernafas lemah. Matanya terbeliak memandang ke atas. Helmi mendekati dan membelai Zura perlahan.

“Aku benci kau Zura… aku benci kau dan kesemua mereka.” Ucap Helmi berbisik sambil melirik ke arah gambar tersebut. Susah payah dia mengambil hati Zura untuk mengahwininya hanya semata-mata untuk melihat mereka semua m4ti di depan mata.

Di luar, anggota polis sudah memenuhi ruang pondok. Sebaik mendapat laporan dari Zura, anggota polis cepat bertindak, namun zura terlebih dahulu ke tempat kejadian. Pintu di tendang dan Helmi masih lagi memeluk Zura dalam dakapan. Membelai rambut wanita itu lembut sambil menyanyi kecil.

Buli bukan satu perkara main-main! Tegas dan cukup jelas!! Berapa ramai mereka di luar sana yang masih tidak boleh berganjak dari pengalaman silam? Kalau dah namanya manusia, keputusan itu kadang kala menyebelahi kejahatan!! Buli diletakkan di bawah kesalahan jenayah. Dan sehingga sekarang laporan keatas kes buli boleh dilihat dari sekecil institusi iaitu sekolah sehingga di tempat kerja.

“Orang yang kuat bukan yang banyak mengalahkan orang dengan kekuatannya. Orang yang kuat hanyalah mereka yang mampu menahan diri di saat marahnya.” (HR. Al-Bukhari no. 6114). Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

330 thoughts on “#ceritaNasa – Dendam (Full story)”

  1. yes, nenek komen dlu baca..yahooo…nenek komentar pertama… dikesempatan ini ingin nenek luahkan ucapan terima kasih kp cucu nenek yg byk bg sokongan..ayam2 nenek yg sentiasa berkokok setiap pagi..oh ya, kpd penyapu nenek yg banyak berjasa…uhuk2..

    Reply
      • i ols pun pernah kena pulau masa sekolah rendah.
        Sekolah tu ramai anak cikgu, mereka berkawan pun pilih bulu.
        Kalau ada ko-ku selalu la i ols kena ketepikan, jd mcm kera sumbang.
        Org kampung semekin mcm i ols ni diaorg tak mau kawan.
        naik sekolah menengah i ols kawan dgn yg sekufu sajok.
        Ditakdirkan zaman fb ni boleh trace diaorg ni.
        Diaorg maybe tak ingat apa yg berlaku, tapi i ols terasa sakitnya tuh di sini sampai sekarang.

        Reply
        • Melorq…
          Akk penah gak kena ngan anak cgu…
          Mase tu akk baru pindah sek…
          Darjah 6, lps abis UPSR…
          Pastu minah ni bwk pen Parker g sek menayang2…
          Tup2 ilang…
          Mse blk sek, tgh jln seramai2 bdk sek ni, die serang akk tengking2 kate akk amik pen tu…
          Siap kutuk kate klu akk dh miskin x mampu xyahlah nk mencurik…
          Mase tu akk senyap lg…

          Esoknye akk bwk g sek 5btg pen Parker abah akk punye…
          Akk ckp kt die, setakat sebtg pen die tu akk mmg x heran…
          Dan akk akn buktikan sape pencurinye…
          Haaa kompiden ko nk menyiasat pdhal br sek situ 2mggu…
          Allah nk tunjuk kan, akk mmg dpt pencurinye dan tunjuk kat die…
          Mmg mendapat ar ko kan x pepasal dpt double malu…

          Akk ckp kt die, andai kalau betol pn akk ni anak org miskin, ape hak die nk tuduh dan malukan akk depan seluruh sek, sambil akk offer die pen Parker sebtg…
          Hahahahahah pueh hati ko…!

          Reply
          • husshhh berani la kak yulie ni…tapi kesian juga tgk mangsa buli ni…walaupun tak pernah dibuli tp saya sangat bersimpati kepada si mangsa…masa sekolah rendah dulu adala sorang budak kelas sebelah ni selalu kena buli dgn kawan ii…kesian dengan dia masa tu…saya tegur jugak rakan ii yg x berhati perut tu keje membuli budak tu sampai menangis dia…nasib baik la mangsa buli tu sekarang da ok ada kawan…harap ii dia x simpan dendam la..baik budak tu..senyum je..tapi dalam hati sape yg tahu…harap ii dia dapat melupakan sejarah silam gelap dia….buli ni bukan satu perkara kecil lebih ii lagi kalau dah berdendam…macam ii boleh berlaku…nauzubillahminzalik..

            semoga kakak ii dapat memaafkan dan melupakan sejarah gelap tu n live a happy life till jannag :)))

      • Same la kite..
        Elok2 aku minat belaja smpai ilang minay akuu…
        Pelajaran aku merosot kat skolah..
        Bertahan smpai tingkatan3 ??
        Smpai mati gamak nye aku akan ingatt…
        Xde yg manis dalam alam persekolahan hakuuu.. huaaaaa….

        Reply
        • sabo annur.. aku merasa tu.. sb tu kita kena ajar anak2 kita supaya jgn diam bila dibuli n jgn membuli.. aku trauma betol kalau aku drngor anak jiran ckp nak bantai anak aku.. nasib aku dengor.. mcm pop corn mulut aku membebel

          Reply
          • Muahahahahah… tak akan ku biar kan itu terjadii…. ckup la pngalaman aku.. xmo ank2 merasa plak.. aku mang didik ank2 jadi tegas.. tp sweet2 ngn adik beradik.. jage antara 1 sama lain…
            Bile balik kg anak pompuan aku sllu kena buli..
            Ku tenung kan ajer gelagat budak tu.. kang penapak kaki ku kasi budak tuh..

  2. “Orang yang kuat bukan yang banyak mengalahkan orang dengan kekuatannya. Orang yang kuat hanyalah mereka yang mampu menahan diri di saat marahnya.” (HR. Al-Bukhari no. 6114).

    Reply
  3. Kalau i dengar news ni dekat luar, mesti i judge Helmi tu teruk.
    Tapiii cerita Kak Nas bg pengajaran ‘jangan suka suki judge some news kalau kita taktahu’

    #tenoverten

    Reply
  4. Akk tau pembunuhan bukan jalan penyelesaian, tapi semua tu berlaku akibat dendam dan tekanan perasaan yg dh terbuku terlalu lame…
    Api dalam sekam, wpon tak dpt dilihat tapi membakar diri…

    Budaya raging atau buli, salah satu budaya yg mmg akk cukup2 anti sejak dr zmn sek smpi skrg…

    Reply
    • ‘Allahu..’ ‘kesiannya..’ ‘zalimnya..’ ‘padan muka’
      kata kata yg terkeluar bila baca cerita ni Kak Yulie

      Buli susah nak dibendung kak.
      Baru baru ni cousin Arya darjah 3 kena paw duit belanja dgn budak darjah 6
      EHH MAU TAK MENYINGA KITA huh!

      Reply
      • Akk plak ble abis bace tu ayat pertama. HUH!!! PUEH HATI KOO…
        Yg lg bengong mse die kena buli tu, Si Zura tu ade sekaliii ghupenyeerr…
        BANG**T punye Zura…
        Padan muke koo…

        Anak akk plak bdk senior sllu ejek die rambut keteng…
        Smpi ank akk down, pastu buek nayoo mtk nk rebonding…
        Mampuiihhh…
        Mendidih ghase nk jer g sek pijak mulut satu2…

        Reply
        • jahatnya kecik2 da kuang haja dok mengejek org.. kak yulie la kena bg semangat kat anak kak yulie.. cakap dia special.. rambut tu boleh di repair.. hati kalau busuk susah nak adjust.. kalau da beso sok nak rebonding.. rebonding la nak.. masa kecik ni sian nnt chemical banyak.. kak yulie rajin la microwave kan minyak zaitun dlm 30second.. pastu lumut kat rambut dia bila minyak tu suam.. then balut gn tuala panas dlm 15 minit pastu cuci.. lama2 nnt rambut dia lurus.. tapi kena rajin la kak.. adik aku dulu mak aku buat centu.. rambut adik aku mcm rambut anak kak yulie yg sulung.. skg da lurus tapi bukan lurua rebonding.. dia ada wave2 sikit.. tapi lawo..

          Reply
          • Kaaannn…
            Akk pon pelik ape rambut anak aku ni nyusahkan ko ke yg seboookkk noo nk ejek2 tu…

            Akk mmg sgt full support kat Ain tu…
            Ape sahaja pertandingan kat sek tu, ape sahaja event yg ade, ape sahaja xtvt, akk mmg bg full commitment soh dia involve…
            Biar ummi kuor modal kuor tenaga, yg penting anak ummi berani berjaya…
            Akk ckp kat die, bebudak tu ejek sbb diorg dengki, diorg krg kasih syg…
            Bajet2 diri tu hebat dgn ejek Ain, tp hakikatnya Ain lg hebat dr diorg…

          • aku kak kalo aku dkt gn ko kak .. aku da tampo sekor2 yg ngejek tu.. alhamdulillah kak.. untung ain dapat ummi cam kak yulie.. cakap kat ain cik myza cakap u are beautiful the way u are.. muamuah banyak2 kat dahi dia..

          • Arya…
            Ayah ain mmg dah beriaaaa jer nk rebonding rmbt anak tu, akk yg x bg…
            Mslhnye smpi bile kita nk ajar dia utk cipta keyakinan diri di sebalik rmbt rebonding tu…
            Tu blom cerita kosnye yg almost 1k sbb rmbt Ain jenis keteng padaatttt…
            Kot wholelife ketahanan kelurusan tu xper gaakkk…

  5. kak mami masa skolah rendah pon selalu kena buli.. tak penah ada kawan rehat sampai darjah 6.. masuk je form 1 kak mami jadi nakal.. sapa je yg buli kak mami.. kak mami jadi agresif.. even ejek nama bapak je pon kak mami dah meroyan.. kak mami campak kusi kat budak tapi jatuh ke bawah bekecai.. kelas tingkat 3.. habis parents dtg skolah.. kak mami kena jalan itik masa perhinpunan.. tp kak mami tak insaf.. kak mami lagi menjadi2 nakal.. kak mami puas krna buli n org tanak kawan.. bila kak mami nakal ramai yg nak kawan tapi kak mami ttp lone ranger sbb kak mami ada dunia sendiri.. jiwa ni tersiksa tau kesan buli.. smpi skg kak mami rasa mcm rendah diri sbb kak mami mmg pendek.. hehehe..

    Reply
    • nenek dlu perangai cam ala2 tomboy sikit..nenek dlu suka selamatkan bebudak pomuan yg teraniaya dan di buli..dlu masa sekolah rendah, bdk laki suka bawak ari botol air budak pompuan…nek laa yg gigih kjor sorg2 selamatkan botol air budak tu…sampai ke tingkatan lima, nek penah cekak kolar baju budak laki n heret ke tepi dinding…betapa garangnya nenek dlu..hahahaha….adoi, bila ingt balik, nak tergelak pon ada, malu pon ada…

      Reply
      • kenapa nenek tak satu skolah gn aku masa sek rendah nek.. tak la aku jd mangsa buli.. sekolah menengah bleh kita sama2 menegakkan keadilan mcm kamen raider.. hahahah.. aku trauma nek kena buli.. smpi skg kalau laki aku tegur je aku da anggap dia buli aku.. aku jadi sedih padahal laki nasihat je ponn

        Reply
        • hahaahahahahahaha…yg ni kelakar cu mami..ada ke sampai laki ko tegur pon ko anggap buli…ishhh teruk betol kisah silam ko ni cu mami…adoiii…ape pengalaman teruk yg ko penah kena cu mami..cer kongsi sikit kat nek…

          Reply
          • ada parut kt tgn cu nek kesan melecur.. dorang gesek pembaris besi kat simen.. pastu tepek kat lengan.. cu mami tak jerit pon.. nangis senyap2 kt tandas.. hehe

          • wahhhhh!! bdk2 dlu pon bole tahan erk membuli…tp tak seteruk bdk2 skrg..siap pakej mati lagi haaa..

          • dulu pon teruk nek.. tapi takda socmed.. muncul myspace frnster bagai pon cu mami da nak abis skolah.. haha

    • aku pun dulu kena buli juga kak mami masa form 1.. orang x nak kawan dgn aku.. nickname aku hantu tinggi ngan tiang bendera (lydia & the gang i still remember ur face).. tp buli x berpanjangan.. aku fight untuk diri sendiri and fight for bully victims..

      **Background music ( We will rock you)

      Reply
      • haha.. ko mcm adik. kak mami kna buli sb tinggi.. sian dia.. kak mami pasal kecik sangat.. kecik salah tinggi salah.. meh bincang budaya buli ni start dari rumah ( asuhan mak ayah) atau kawan? haha

        Reply
        • Setelah di fikirkan dengan tak seberapa terperinci.. aku rasa budaya buli tercetus mostly dekat sekolah (Pngaruh kawan).. dalam konteks pengaruh kawan ni (Si pencetus) berkemungkinan tertekan dengan keadaan/persekitaran kawasan tmpt dia tinggal.. bole jadi dia juga mangsa buli di kawasan dia dan memberontak di tmpt lain untuk mengelakkan buli kuasa 2..

          Reply
          • kan.. kak mami rasa cmtu jugak.. n kak mami rasa samaada dirumah terlalu dimanja parents ataupon parents selalu begado berhentam.. jiwa dorang terganggu.. pastu kat skola lepas geram and ada la pengikut kan..

          • Bila act kuat kat sekolah.. mmg senang nak gain attention orang.. lagi ramai yg support dia.. lg dia menggila..

    • maira masa mula2 masuk asrama pun kena buli. Senior pakat ramai2 berkampung atas katil maira sampai tilam jadi nipis dek keberatan masing2. Dah duduk tak reti nak mengemas yg kena denda maira. Lepas dari tu, maira jadi spy warden. segala salah laku maira la tukang report. hahahaha. padan muka.

      Reply
      • haha siannya maira.. mesti sakit2 badan.. kak mami dok asrama form 3-5 da pndai nakal.. tapi kak mami tak buli org cuma kak mami dah tak rela dibuli. sampai warden marah pon kak mami kejar dia.. nampak tak betapa kak mami trauma.. kak mami bukan setakat budak skolah buli.. sepupu2 pon buli siram air masa kak mami tdo klu blik kg.. cubit kak mami masa tengah makan.. kadang tolak kak mami dari tangga.. kak mami diam tak ngadu pon sbb takut sangat masa tu

        Reply
        • balik kampung selalu kena buli dengan kakak2 sepupu. dorang selalu gune alasan maira budak bandar kena belajar cara budak kampung. what the?? badan luka2 pun cuma nangis bawah katil sorang2. tak berani nak mengadu sebab takut takde kawan. depan mak abah, diorang baik macam kita ni la kawan dorang. belakang…. Allah je yang tahu. bila dah besar ni… tak rasa pun nak rapat dengan dorang sebab tak boleh lupa apa yg dorang buat dulu.

          Reply
          • yess sama gn kak mami.. kak mami tak baik langsung gn dorang.. n bukan kak mami nak gebang.. kak mami agak susah masa kecik sb adik2 ramai wpon both parents keje.. sepupu2 kak mami org senang la (belagak senang wpon yg hado) skg kak mami saja show of kat dorang ape yg kak mami ada.. padan muka.. dorang lak skg nak acah senang pon takleh.. ingat ni sinetron kak mami leh berhati mulia selepas dibuli dihina.. wooo sory

    • cikbambam penah kene buli masa masuk skola baru..masa tu f4..
      ade sorg budak laki ni g letak fail cikbambam kat atas whiteboard..die tau cikbambam ni pendek..
      konfem xsampai nak amek..sume dok gelak kn cikbambam masa tu..last2 cikbambam nangis tersedu2 lari g toilet..ala2 cite hindustan..hahaha..lepas dr aritu cikbambam dgn si kaki buli tu berkawan baik..skg cikbambam plk yg buli2 die..hahaha

      Reply
  6. Buli bukan perkara yang normal but lately buli jadi trend to show keberanian..
    Yang di buli juga kena berani utk bersuara dan lawan balik.. trust me si pembuli x kan berani membuli kalau yang di buli tak izinkan perkara tu jadi..society pun kena peka keadaan sekeliling juga.. Masuk campur lah sekiranya keadaan mengizinkan..

    10/10

    Reply
  7. Cerita best!

    Aku dulu pun mangsa buli, tapi sekejap je lah. Tapi aku tak da lah niat sampai nak membunuh, cuma pernah lah doa sorok2, minta si pembuli tu jatuh longkang, sembelit seminggu. Haaa macam tu je lahhh.

    Reply
  8. min… dalam cite aku kereta tu meletup, tapi gambar kete tu elok je min… aku paling eksaited bila cite aku keluar adalah tang gambarnya. hahahahhaa…. tak sabar nak tengok gambar apa min letak sebagai hiasan tajuk. ahaks!

    Reply
    • bersangka baik.. masa api tgh kuat polis x benarkan jurugambar dtg dekat atas faktor keselamatan.. bila api da mati baru drng dpt ambik gmbr.. tu yg api x de tu.. haha

      Reply
  9. Manchego pun kena buli dulu sampai sorg kena tampau skali lepastu kena pulau. Nasib la manchego ni lone wolf xde kawan pun kesah . Manchego kalau mengamuk mcm hulk slalu buat bodoh je. Nama lelaki tapi mulut mcm pompuan tu bagi pang skali. Pastu yang tapi insecure mcm semua org nak bf dia. Nak muntah dia dok kasi warning

    Tapi skrg buli lagi teruk sampai mati.

    Reply
  10. Yes! Buli memang akan memberi kesan yang sangat mendalam dalam diri seseorang. Hm. Pembuli? Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada guna nya lagi.

    Mangsa? Kesan sangat dalam! Sampai ada yang menjadi dendam akibat perkara yang dah lepas bertahun lamanya. Kesan mental, fizikal, emosi. Semuanya akan menjadi sebati dalam diri mangsa.

    Aku pernah “membuli” dan pernah “di buli” . Dua perkara yang sangat berbeza. Membuli, kau akan dapat satu perasaan yang sangat seronok seolah olah kau ada satu kuasa yang mangsa buli tiada. Di buli, kau akan dapat satu perasaan yang bercampur (Sakit hati, Sedih, Takut) sehingga dapat menjadikan seseorang itu menjadi seorang yang PENDENDAM!

    So, ada pengajaran yang terdapat dalam cerita ini. JANGAN LAH MEMBULI DAN JANGANLAH BIARKAN ANDA MENJADI MANGSA BULI !

    Sekian terima kasih hahahahaahahha. ok bai.

    Reply
      • Alhamdulillah dah minta maaf dan dah di maafkan hahahaha. Minta maaf sebelum exam spm dulu.. Kalau tak minta maaf, mau tak tenteram jiwa nak jawab exam dulu hahahaha.

        Sekarang ni FF ade gak buli orang baru masuk kerja. Alaaa buli sikit jer suruh fotostet paper. hahahahahahaha

        Reply
  11. KORANG NI TERENCAT KE SEMBANG CAM ORG XDE KEMALUAN KAT SINI? DAH KENA TEGUR PON XPHM BAHASA LAGI. SILENT READERS LAGI RAMAI KAT SINI DARI PEMEGANG2 TROFI BUDGET BAGUS XLEH DITEGUR TU. JANGAN KERANA KORANG YANG BEBERAPA KETUL TU, ROSAK FIKSYEN SHASHA NI. DAH MACAM GROUP MAKCIK2 BAWANG DAN PAKCIK2 XDE LIFE.

    Reply
    • owhhh aku minat citer triller, dan aku minat menulis. ehheheh, lepastu kadang-kadang dah keliling orang citer pasal-pasal ni kan… yang mana ingat aku tulis. terima kasih sudi baca.

      Reply
  12. best! ketahuilah yg membuli itu boleh mendatangkan trauma dan dendam. semoga generasi2ku yg akan dtg dijauhkan dari sifat pembuli

    Reply
  13. Best story kak nas.. sy mmg follow sume story kak nas.. Kak nas dah jd salah sorg fav writer sy.. Kalo nmpk citer kak nas kluar, skip dulu citer lain.. Teruskan berkarya.. kipidap.. ??

    Reply
    • ini fiksyen. biasanya kalau kisah benar aku akan mulakan dengan dialog antara aku dan hajar… ataupun dialog antara aku dan yusuf. kalau straight terus cerita macam ni biasanya fiksyen. huhuuu

      Reply
  14. bestla cerita #kakNasa…kongsila lagi

    Kadang ii terfikir pulak, puas ke balas dendam…
    tak mendatangkan sedikit keuntungan pun..
    Meskipun dia berdendam ber’sebab’
    tapi sebab tu tak menghalalkan cara..
    lagipun time dia kena buli tu masa zaman kanak ii\remaja..
    bila dah besar ,da matang kita boleh berfikir secara waras n rasional kan..
    bunuh tu bukan jalan penyelesaian tp jalan ke neraka wei…
    memang rasa sakit hati tu akan muncul setiap kali terkenangkan peristiwa gelap tu..
    tapi bila da besar tu anggaplah tu history utk djadikan teladan kpd anak cucu
    lagipun tu semua time budak ii…si pembuli tu pun budak ii yg baru nak up..
    kalau ada anak kena buli , nasihatkan diorang ”jangan berdendam” dan jadila pemaaf..
    dan bagitau tindakan sebetulnya… ibu bapa pula janganla jd penghasut suruh anak ii balas balik kpd pembuli tu…tu maknanya kita dah pupuk sikap balas dendam dlm diri anak ii…saya dpt lihat ibu bapa zaman sekarang yg berada di sekeliling saya esp my family suruh anak pukul balik budak yg pukul dia…tak patut tak patut…tapi kalau nak balas dendam, ”kejayaan ” adalah cara terbaik…tunjukkan kejayaan korang kpd si pembuli tu…itu adalah balas dendam yg terbaik..

    #2cents

    Reply
    • wow ilmu dari kris hehehe…. penuh pengjaran juga. tap apa yang kris cakpa tu betul. sebab mak sekarang ni membesar pada zaman buli jadi dengan anak2 di sekali suruh pertahankan diri. tapi salahhh salah tuuu macm ko cakap kita kene back to normal kan..

      Reply
    • haah biasa aku kaitkan isu semasa sekali, sambil baca, sambil dapat ilmu, dapat pengajaran dapat sekali iktibar. lengkap…. sekali jalan.

      Reply
  15. Aku amat faham perasaaan Helmi kena pinggir dengan kawan-kawan dia sebab aku pun macam tu jugak kena pinggir. But, Alhamdulillah dorang dah minta maaf dan aku pun maafkan

    Reply
  16. cter best.

    maka, jgn la kita membbuli. ibu bapa mainkan peranan penting dan pantau anak2.

    bila dh besar, kenangan silam tetap menghantui. tu yg jd kes balas dendam mcm ni.

    salah siapa?

    Reply

Leave a Comment