#ceritaNasa – Maria (full story)

#Thriller #Fiksyen #ilmupengajaran. Salam admin dan pembaca.

Maria berlari memapah Fakrul. Langkah mereka cepat. Sesekali Fakrul mengeluh dan mengerang apabila bisa tembakan itu menjalar menyakiti tubuh.

“Berhenti, Maria! berhenti!” Fakrul menolak wanita itu dan terduduk di sebalik pokok. “Aku tak boleh lagi.”

“Kita kena cepat, Fakrul…” Maria berbisik menahan suara. Dia menarik kembali tangan Fakrul dan memaksa lelaki itu bangun. “Cepat… nanti dia jumpa!”

“Maria!!!” Laung satu suara kasar.

Fakrul terkejut. Kedua mereka terdiam. Menoleh ke arah jalan di belakang. Dia menelan liur, berpeluh satu badan. Oleh kerana takut, Maria menyorok tidak jauh dari situ. Fakrul menunggu dan bangun perlahan-lahan. Sebelah tangannya menutup bahu di mana terletaknya luka tembakan tadi. Dedaun pokok bergerak menyerlahkan sesusuk tubuh tidak jauh darinya.

“Kat sini kau rupanya!” Laras senjata diangkat menghala ke arah Fakrul. “Kau nak lari mana?” Jerkah lelaki itu sambil tertawa.

“Faizal… dengar cakap aku dulu,” Fakrul bersuara perlahan.

“Pergi mampos! Kau abang yang paling tidak berguna, Fakrul!” Faizal menarik penukul belakang, bersedia untuk menembak. Wajahnya tersenyum sinis. Jarinya diletakkan pada picu. Kedua mereka berdiri bertentangan.

“Bamm!” Tembakan dilepaskan.

Tiga bulan sebelum kejadian…..

“Wah! Tahniah, Faizal. Kau dah nak jadi bapa. Jadi suami yang soleh kepada keluarga, ok?” Ucap Fakrul bersungguh. “Baru-baru ni, kena tahan sikitlah kerenah isteri yang mengandung.”

“Mesti!” Faizal memeluk abangnya. Sejak kematian ibu bapa mereka, Fakrul yang banyak menasihati dan menjaga adiknya. Dan untuk itu banyak yang Faizal terhutang budi. Kalau bab duit tak payah cakaplah, memang abangnya menyumbang penuh.

“Terima kasihlah, bang…. sebab banyak bantu saya.”

“Tak ada hal… tapi ingat janji kau. Kau janji tak akan buat perkara tu lagi…” Fakrul memperlahankan suaranya.

“Saya faham bang…” tidak lama selepas itu, Maria datang. Dia memeluk lengan manja suaminya, Faizal.

“Bang, kami balik dulu. Ni singgah kejap je jumpa abang sebab kebetulan Maria yang nak datang sini ambil barangnya.” Faizal meminta kebenaran sebelum pulang, dia bersalam dan memeluk erat Fakrul. Saat ini Maria bertentang mata dengan lelaki itu. Fakrul cepat menunduk dan melepaskan pelukan.

“Take care ya, Faizal.”Kedua mereka berlalu. Sesekali Maria menoleh ke belakang. Fakrul mengangguk dan tersenyum. Dia kemudian berlalu masuk. Memang setiap minggu Faizal akan melawat abangnya. Fakrul belum berumah tangga dan hidup sendiri. Dia risau akan abangnya. Namun Fakrul tetap mahu memilih untuk bersendirian. Dan setiap kali datang ke rumah itu, Maria dan Fakrul rancak berbual. Maria nampak lebih gembira apabila berbual dengan Fakrul berbanding suaminya.

Makanan di dalam pinggan tidak berusik. Faizal tidak menjamah langsung makanan tersebut. Perkahwinan mereka sudah dua bulan, namun terasa tidak ada kebahagiaan. Rumah itu tidak ada seri. Tidak banyak bercakap dan Maria suka mengasingkan diri. Maria juga tidak menghabiskan makanan, segera bangun dan membawa pinggan untuk dibasuh, baki makanan dimasukkan ke dalam tong sampah.

“Aku nampak cara kau pandang dia,” tegur Faizal.

“Abang hanya buat andaian,” Maria tidak mahu menyambung bicara. Bosan sudah dia bercakap soal ini. Dia tahu kenapa Faizal berfikir buruk.

“Kau suka pada Fakrul?” Tanya Faizal sekali lagi.

“Jangan merepek!” Usai basuh tangan, Maria meminta kebenaran untuk naik ke atas bilik. Hanya sebulan berkahwin sahaja cukup untuk dia mengenali siapa Faizal sepenuhnya. Malam itu sekali lagi Faizal keluar rumah. Dari tingkap atas Maria hanya menjeling. Mengeluh nafas. Dia bosan!

Fakrul melihat pemanggil di skrin telefon. Nama Maria terpampang. Kalau boleh dia tidak mahu lagi berhubung dengan wanita itu. Puas dia cuba mengelak, namun Maria tetap mencari. Dia tidak mahu Faizal tahu. Lagipun usia perkahwinan mereka masih baru. Sekali lagi telefon berbunyi nyaring. Fakrul akhirnya mematikan talian. Walaupun hatinya resah, rasanya itu yang terbaik. Sejak beberapa minggu ini dia banyak kali berhubung dengan Maria. Fakrul berbaring di katil, memikirkan soal Faizal dan Maria. Tidak tahu sama ada mereka bahagia atau tidak. Namun wajah Maria sering mengganggu fikiran. Fakrul duduk kembali dan meraup wajah dengan kedua tangannya.

“Kenapa suami awak tak datang, Maria?” Tegur pegawai atasan. “Ini bukan kali pertama tau? Ingatkan dah kahwin berubahlah. Tapi masih sama.”

“Dia tak berapa sihat, tuan.”

“Pasal kamu berdua bergaduh?” Sudah lali dia sebagai ketua di situ mendengarnya. Kadangkala bergaduh secara terbuka di khalayak rakan sekerja. Dan pegawai itu tidak bersetuju dengan cara Faizal mengendalikan masalah rumahtangga. Sudahlah kadangkala datang dengan keadaan tidak terurus.

“Hal kerja tidak boleh dicampur dengan rumahtangga!” Hafis menghentak meja. Dan bagi Maria, sudah tentulah dia tidak menyukai perkara ini. Hal suaminya membabitkan dia hanya kerana mereka bekerja sama. Maria duduk di kerusi beroda, memusing kiri dan kanan. Rakannya yang duduk berdepan hanya ketawa. “Macam itulah Maria, kalau dah kahwin,” pesannya.

Maria menunduk. Mereka tidak tahu apa yang berlaku. Mereka boleh berkata apa sahaja. Kepalanya teringat pada Fakrul. Sejak semalam dia cuba menelefon, namun tidak berjawab. Dia perlu berjumpa dengan lelaki itu. Dan sebelum-sebelum ini juga biasa baginya bercakap dengan Fakrul. Tidak menjadi masalah pun. Hanya baru-baru ini yang Fakrul nampak sedikit mengelak. Walau apa pun, dia tetap perlu berjumpa dengan lelaki itu. Banyak perkara perlu dibincangkan. Terutama soal hidupnya dan anak dalam kandungan ini.

Petang itu selepas habis kerja, dia memandu ke arah rumah mertuanya yang kini diduduki oleh Fakrul, abang kepada suaminya. Maria berhenti, keluar, menutup pintu kereta dan menunggu di luar pagar. Dari dalam Fakrul tersenyum menghampiri.

“Mana Faizal?”

“Macam biasa…” Maria meminta agar pintu pagar itu dibuka. Sesekali Fakrul menoleh sekeliling melihat agar tidak ada sesiapa yang sibuk memerhati. Maria berjalan masuk dan duduk di kerusi laman luar rumah. Dia bersilang kaki. Wajahnya marah, berpeluk tubuh.

“Kenapa masam mencuka ni?” Tanya Fakrul yang sengaja duduk menjauh. Kawasan laman rumah itu sangat lapang. Dan sebuah bangku kayu siap tersedia untuk diduduki.

“Kenapa tanya lagi kalau dah tahu?” Maria mendengus. Dari jauh sebuah kereta hitam berhenti memerhatikan rumah tersebut. Faizal tersenyum sinis. Sudah dia tahu tentang hubungan Maria dan Fakrul. Sejenak kemudian, gear dimasukkan dan keretanya berlalu dari situ. Hatinya membentak marah. Banyak perhitungan yang perlu dilakukan terhadap abangnya.

Hari ini Maria bertekak lagi dengan Faizal. Yang paling membuatkan dia marah adalah masih lagi lelaki itu keluar bersama temannya malam-malam. Dan sikapnya tidak berubah. Dia tidak suka dengan keadaan suaminya sekarang. Semua hal rumahtangga diabaikan.

“Saya tak suka sikap abang!”

“Dan aku juga tak suka dengan cara kau, Maria! Anak dalam kandungan tu anak siapa?” Marah Faizal tidak berselindung.

“Astagfirullah, apa abang cakap ni?”

“Aku tahu tu bukan anak aku. Entah anak jantan mana entah!”

“Bawa mengucap! Jangan biadap!” Tidak tahan dengan tuduhan yang sentiasa sama, Maria menampar wajah suaminya. Faizal menolak isterinya lantas keluar dari rumah. Semakin lama semakin teruk sikap Faizal. Sebaik keadaan reda, Maria mengambil kunci kereta dan memandu ke arah rumah Fakrul. Tidak ada tempat lain untk dia mengadu lagi melainkan lelaki itu. Sepanjang perjalanan Maria menangis tidak berhenti sehingga tidak perasan dia melepasi garisan pembahagi jalan. Selama ini dia berpura-pura baik dan bahagia dengan Faizal semata-mata untuk menutup kekurangan yang sedia ada.

Bunyi dentuman itu mengejutkan Fakrul yang berada di dalam rumah. Dia mengintai dari langsir tingkap. Melihat kereta Maria terbalik, dia berlari keluar. Tidak jauh dari rumahnya kejadian itu berlaku. Orang ramai sudah berkerumun.

“Maria… Maria… Allah…” Fakrul melihat kandungan wanita itu. Itu yang paling dirisaukannya. Dia mendukung dan membawa Maria ke hospital berdekatan. Nasib baik kemalangan itu tidak teruk. Maria hanya pengsan dan memerlukan rawatan buat masa ini.

Seorang doktor keluar menemui Fakrul yang sedang menunggu di ruangan depan. Dia hanya tersenyum sebagai bahasa yang Maria dalam keadaan baik.

“Macam mana dengan anak?”

“Alhamdulillah,” doktor tersebut menepuk bahu Fakrul, “jangan risau, anak encik selamat.”

“Errr… bukan… saya….”

“Fakrul!” Jerit Faizal dari ruang pintu depan, berlari mendapatkan lelaki itu, menolak tiba-tiba. “Kau buat apa dengan isteri aku?!”

“Apa ni, Faizal?”

“Kau buat apa dengan isteri aku?!” Jeritan Faizal menarik perhatian seluruh pesakit yang berada berdekatan. Doktor tadi cuba untuk menenangkan, namun Fakrul menarik lengan adiknya untuk berbincang di luar. Hal adik-beradik biar dia yang selesaikan.

“Kau ni kenapa, Faizal?” Tegur Fakrul sebaik sahaja mereka berada di luar. Jauh dari pandangan orang ramai.

“Kau jangan ingat aku tak tahulah tentang kau! Tentang isteri aku! Aku tahu kau ada hubungan dengan isteri aku!” Faizal berlegar-legar di sekeliling, mengesat hidungnya. Fakrul menggeleng kepala. Dulu adiknya sudah berjanji tidak akan mengambil dadah lagi, tapi sejak berkahwin, tingkahnya cukup teruk. Maria menderita mental dan emosi melayan kerenah adiknya dan dialah tempat Maria meluahkan perasaan. Berkali-kali Maria meminta pendapatnya untuk menamatkan hubungan, namun Fakrul tidak sampai hati pula memikirkan anak dalam kandungan. Anak itu memerlukan Faizal dan Maria sebagai ibu bapa, namun sekarang dia berkira-kira.

“Kau dah janji tak akan ambik d4dah lagi, Faizal.”

“Tepilah! Aku tahu kau ada hubungan dengan isteri aku!” Balik-balik itulah yang dituduhnya. Fakrul memicit kepala. Dia tahu kenapa Faizal bercakap begitu. Dalam pengaruh dadah, apa sahaja boleh dibayangkan. Dan sejak minggu pertama perkahwinannya pun Faizal menuduh Maria curang dengan mana-mana jantan. Menuduh yang bukan-bukan, berkhayal yang entah apa-apa. Memaki dan mencarut jadi kebiasaan. Memukul dan mabuk jadi makanan. Semuanya serba tidak kena. Malah cukup sakit apabila dia mengatakan yang anak dalam kandungan itu bukan anaknya sendiri. Faizal berdiri terhuyung-hayang.

“Kau mabuk lagi?” Tegur Fakrul. Dia menarik lengan Faizal dan menyuruh lelaki itu duduk dahulu. Dia terlalu sayangkan Faizal. Silap dirinya juga kerana terlalu beri muka pada lelaki itu. Namun Fakrul buntu. Hanya Faizal yang ada dalam hidupnya sekarang. Kalau boleh, dia mahu Faizal bahagia. Dia mahukan yang terbaik untuk adiknya. Sedaya upaya dia memberi nasihat agar Maria mempertahankan rumah tangganya dengan Faizal.

Maria pula terseksa dengan cara Faizal melayannya. Sering dipukul dan dihina, Maria tidak mampu bertahan. Melihat keadaan Faizal sekarang yang masih tidak berubah, rasanya Fakrul perlu juga membantu Maria. Satu penganiayaan pula bagi Maria jika perkahwinan itu diteruskan. Selama ini Maria banyak mengharapkan dia untuk membantu. Maria tidak mahu melibatkan orang lain. Lagipun, hal keluarga ini jika tersebar sangat memalukan dirinya sendiri. Kalau boleh, Maria mahu menutup aib suaminya. Lantas Fakrul adalah orang yang tepat untuk dia mengadu.

Melihat Faizal terbaring di kerusi dan terlelap, Fakrul masuk ke dalam melihat adik iparnya, sekadar memastikan wanita itu elok dan sihat. Dia yang mempekenalkan Maria pada Faizal, tapi adiknya pula yang mencalarkan kepercayaan itu. Serabut betul otaknya saat Maria mengatakan yang Faizal tidak berubah. Bersungguh dia cuba melindungi sikap Faizal, namun kalau sudah isteri, duduk serumah, tidur sebantal, siapa lagi yang lebih mengenali Faizal berbanding Maria? Pintu bilik wad ditolak, Fakrul melangkah masuk.

“Maria ok?”

“Sihat.. alhamdulillah…” Senyumnya. Terasa bersalah pula melihat Maria pucat dan tidak bermaya. Dia mengabaikan aduan Maria sejak akhir-akhir ini, malah dengan sengaja buat tak tahu. Terasa dirinya sangat kejam. Maria juga manusia, berhak bahagia.

“Saya bantu Maria proceed urusan penceraian itu, ya?” Akhirnya Fakrul akur. Habis sudah ideanya untuk membantu jika Faizal tidak berusaha. Maria juga tidak punya sesiapa, tinggal dengan neneknya, sekadar wanita yang bekerja di bengkelnya dahulu. Perasaan cintanya disekat semata-mata untuk memberi kebahagian pada Faizal, namun tidak sangka begini sekali perlakuan adiknya.

“Kalaulah saya berkahwin dengan awak dulu.”

Fakrul berdehem beberapa kali. “Jangan fikir macam tu. Berdosa,” tegas Fakrul. Maria hanya tunduk malu. Berfikir tentang lelaki lain selain suami, sedangkan kau masih seorang isteri? Besar dosanya. Nasihat itu Maria terima. Dan dia memang cintakan Faizal sesungguhnya. Sekadar kata-kata terluah kerana mengenangkan nasib yang menimpa.

“Jangan menyesal dengan perkahwinan. Gugur pahala selama jadi isteri,” senyum Fakrul menasihati. Maria tersenyum mengangguk dan dia tidak bermaksud pun untuk menyatakan tadi. Dan untuk beberapa minggu sebelum urusan itu, Maria disuruh duduk di rumah neneknya dan Fakrul menyuruh Faizal pulang ke rumah. Berasingan duduk untuk sementara, agar adiknya boleh berfikir waras tentang apa yang baik dan tidak.

“Makanlah,” Fakrul mempelawa. Faizal telah diberhentikan kerja. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk adiknya yang menjadi hamba kepada dadah. Semua tidak kena. Hanya kerja sekejap lepas tu berhenti. Malamnya hilang, baliknya mabuk. Pulangnya lewat, tidur sehingga petang. Bangun makan, kaki gaduh, kaki pukul. Tidak ada perkara yang berfaedah yang dilakukannya. Malah Faizal sering mengamuk apabila kemahuannya untuk membeli ‘barang’ tersebut tidak dituruti. Sebagai abang, dia tetap sayang Faizal walau siapa pun dia. Tidak jemu dia menasihati. Cuma ada masanya, dia juga letih.

“Ada duit tak?” Faizal menyuap makanan.

“Abang tak akan beri kau duit lagi Faizal buat masa ni. Business abang pun masalah sikit. Jadi, kau gunalah apa yang ada. Abang kena keluar ni,” Fakrul menggosok kepala Faizal sambil tersenyum.

“Mana Maria?”

“Abang suruh dia pulang ke rumahnya semula. Dan kalau begini sikap Faizal, abang tak akan membantah kalau penceraian yang Maria mahukan,” sekadar satu semangat agar adiknya berubah.

“Sebab kau boleh ambil dia sebagai isteri?” Sinis Faizal memerli. Fakrul hanya senyum dan berlalu. Malas rasanya untuk berbetah, sebab dia tidak akan mendapat apa pun faedah. Dari semalam Faizal asyik mengamuk dan menengkingnya. Dia mungkin boleh berbincang dengan orang yang bodoh, tapi untuk orang yang jahil… bukan pilihan untuk Fakrul bertekak.

“Abang nak keluar ni, ada nak kirim apa-apa tak?”

“Kau nak ke mana malam-malam? Jumpa Maria? bersedap dengan dia?”

Fakrul memakai kasut. “Kau ada kereta sendiri, kan Faizal? Kau boleh pergi jumpa dia kalau rindu. Abang nak keluar sebab nak ambil angin.” Tiba-tiba Faizal bangun dan berlari ke arah beg yang dibawa. Mengeluarkan sepucuk pistol dan dihalakan ke arah Fakrul.

“Kalau aku tak dapat Maria, tak ada siapa akan dapat!” Tembakan dilepaskan dua das. Tidak sempat mengelak, sebiji peluru mengenai bahu kiri Fakrul. Dia yang terkejut segera berselindung, merangkak untuk pergi dari situ. Terkejut dengan tindakan Faizal yang tiba-tiba. Faizal berlari mendapatkan abangnya. Dia menendang lelaki itu. Berhamburan rak kasut dan meja depan sebaik tubuh Fakrul melayang ke atasnya. Sebatang besi dicapai dan Faizal menghentak kepala abangnya sebelum Fakrul terbaring tidak sedarkan diri.

Faizal menghalakan senjata ke arah Fakrul, namun beberapa budak berbasikal sedang melewati kawasan rumah. Habis basah lencun tubuh mereka semua berkejar-kejaran dengan pistol air. Mereka ketawa gembira bermain bersama. Faizal membatalkan niat, dia masuk ke dalam kereta dan memandu kenderaan itu menuju ke rumah Maria. Dia tidak akan melepaskan Maria langsung! Maria adalah miliknya.

Kereta dibelok ke arah perumahan di hujung kawasan. Rumah masih terang, penghuni belum tidur. Faizal menghentikan keretanya di hadapan rumah. Dia turun, memasukkan pistol di belakang baju, mengeluarkan pisau dan berjalan perlahan mengetuk pintu. Seorang wanita tua membuka, namun wajahnya tegang saat memandang Faizal.

“Nek… Erm, Maria ada?” Tanya Faizal tersenyum, terjengah-jengah ke belakang.

Fakrul memandu kenderaan perlahan. Dia memegang bahu dan kepala. Sekejap-sekejap dia berhenti di tepi jalan jika terasa pening.

“Aduhhh… mana Maria ni?! Jawablah phone!” Bentaknya. Dari tadi cuba menelefon, tapi tidak berjawab. Dia mencangkung memegang kepala, melihat tapak tangannya yang tercalit d***h. Meraba dahinya yang terluka. Beberapa tapak melangkah, Fakrul jatuh melutut. Dia memegang tepi kereta, duduk menenangkan diri.

Fakrul menekan punat nombor di telefonnya sekali lagi. “Hello… polis?.”

FAIZAL menarik pisau itu dari dada wanita tua tadi. Mengesat hidungnya beberapa kali. Matanya merah dan wajahnya berpeluh. Maria menjerit tidak keruan, dia mendapatkan neneknya dan memeluk erat.

“Bangun! Bangun… nenek!”

Faizal menarik rambut Maria. Ditolak wanita itu ke atas sofa kasar. Menggeleng kepala sambil ketawa. “Kau tak patut cintakan abang aku, Maria!”

“Aku tak pernah cintakan Fakrul. Kau yang salah faham, Faizal! Kau ambil dadah! Otak kau rosak!”

“Kenapa kau nak bercerai dengan aku? Semua sebab Fakrul, kan?!”

“Sebab diri kau! Kau ambil dadah! Kaki judi! Main perempuan! Minum arak! Kau pukul aku! Sekarang, nak b***h aku pula?! Macam mana lagi aku nak cintakan kau?!”

Faizal mengangkat pisau, berlari ke arah Maria.

“Hon! Hon!” Beberapa kali Fakrul menekan bunyi itu agar mat rempit yang sibuk berbaring di tengah jalan itu beralih. Dah tidak jauh lagi untuk dia sampai ke rumah Maria. Beberapa budak lelaki membaling batu dan pasir ke arah keretanya.

“Kurang ajar betul lah!” Pekik Fakrul. Budak-budak remaja tadi mengejek serta mempermainkan kereta yang berhenti di depan mereka. Kerana hilang sabar, Fakrul keluar kereta memegang senjata. Dia menghalakan pistol itu ke arah mereka semua.

“Ahhh!” Lintang pukang kesemua mereka lari meninggalkan motor hingga ada yang tersungkur. Fakrul bersandar di tepi kereta, memegang bahunya yang semakin sakit, separuh membongkok. Dia menembak pistol air yang dijumpai di depan rumahnya tadi lalu dibuang di tepi jalan, tersenyum sinis. “Padan muka!” kemudian kembali memandu ke arah rumah Maria.

MARIA MENJERIT apabila Faizal menampar wajahnya. Tubuhnya dipijak dan lehernya dicekik. Tercungap dia bernafas. Kakinya menendang kuat. Faizal menumbuk perut wanita itu dengan sengaja. Sekali lagi Maria menangis.

“Mampos kau!” Faizal mencengkam kuat. Hilang sudah warasnya akal. Tidak lama itu tubuhnya tersungkur. Pistol di tangan terlepas. Belakang kepalanya berdarah. Faizal terkejut. Fakrul menarik tangan Maria untuk lari. Namun Faizal berpusing dan menikam kaki abangnya menyebabkan lelaki itu terbejat pergerakan. Jatuh melutut dan menjerit kuat. Faizal menendang Fakrul menghentak rak kaca tidak jauh dari situ. Dia mencapai pistol tadi, mengangkat separas bahu, namun cepat Fakrul menyepak tangan adiknya sebelum menghentak lutut pada wajah lelaki itu. Faizal terlentang ke belakang.

Maria sekali lagi mengambil buku tebal dari rak di sebelah lalu menghentak kuat kepala suaminya. Dia menarik Fakrul agar beredar dari situ. Larian mereka laju, semua benda diredah, beberapa kali Fakrul terjatuh. Maria tetap menarik agar dia dan Fakrul dapat larikan diri. Bisa tikaman di kaki itu semakin terasa dan Fakrul tidak larat untuk meneruskan.

“Berhenti, Maria! Berhenti!” Fakrul menolak wanita itu dan terduduk di sebalik pokok. “Aku tak boleh lagi.”

“Kita kena cepat, Fakrul…” Maria sekadar berbisik menahan suara. Dia menarik kembali tangan Fakrul dan memaksa lelaki itu bangun. “Cepat! Nanti dia jumpa!”

“BIADAB!” Faizal bangun dari situ, menggosok kepalanya beberapa kali, terasa bergegar otaknya dihentak tadi. Menendang semua barang di dalam rumah. Dia mengikut arah pintu belakang yang sudah terbuka, memegang pistol dan berlari keluar. Menoleh kiri kanan, memastikan laluan mana mereka berdua ikut.

“Kau tak akan lepas, Maria! Kau milik aku!” Dia ketawa kecil, melangkah laju mengejar kedua mereka yang jauh di hadapan. Dedaun dan ranting ditolak tidak peduli tentang kesakitan yang dirasa.

“Maria!” Jerit nya kasar. Langkahnya membelah pekat malam. Beberapa kayu dilangkah dan dia melompat tinggi melepasi halangan.

Fakrul terkejut. Kedua mereka terdiam. Menoleh ke arah jalan di belakang. Dia menelan liur, berpeluh satu badan. Oleh kerana takut, Maria menyorok tidak jauh dari situ. Fakrul menunggu dan bangun perlahan-lahan, sebelah tangannya menutup bahu di mana terletaknya luka tembakan tadi. Dedaun pokok bergerak menyerlahkan sesusuk tubuh tidak jauh darinya. Lelaki itu ketawa kuat.

“Kat sini kau rupanya,” laras senjata diangkat menghala ke arah Fakrul. “Nak lari mana?”

“Faizal… dengar cakap aku dulu.” Perlahan-lahan Fakrul bersuara.

“Pergi mampos! Kau abang yang paling tidak berguna, Fakrul!” Faizal menarik penukul belakang, bersedia untuk menembak. Wajahnya tersenyum sinis. Jarinya diletakkan pada picu. Kedua mereka berdiri bertentangan.

Tembakan dilepaskan! Suasana sepi, diam, sunyi. Maria terbuntang mata. Fakrul menurunkan tangan. Dia bersandar di sebalik pokok. Meraba dirinya yang tidak apa-apa, menoleh kembali ke arah Faizal yang sudah jatuh melutut. D***h mengalir dari kepalanya. Dia jatuh tersungkur. Dari belakang seorang lelaki memegang pistol, berjalan perlahan menghampiri mereka.

“Encik Fakrul?” Panggil lelaki itu. Fakrul tergamam. Dia hanya mengangguk, terduduk. Benar-benar dia ingat dia akan m**i tadi.

“Encik ok?” Tanya lelaki itu. Sekali lagi Fakrul mendongak mengangguk. “Saya polis,” lelaki itu menghampiri dan membantu Fakrul bangun. Maria mendekati dan menangis. Tidak lama selepas itu barulah ramai anggota yang hadir dan membawa mayat Faizal keluar dari situ. Mayat nenek Maria juga dibawa bersama. Fakrul tidak tahu apa yang dirasa, melihat mayat adiknya diusung. Dia menenangkan Maria. Sungguhnya mereka berdua terkejut dengan apa yang berlaku. Malah tindakan Faizal sangat tidak masuk akal, namun pemikiran di bawah pengaruh dadah sukar untuk diduga.

Tak payah aku nak terangkan lagi pasal ungkapan “Dadah musuh negara.” Semua tahu, tapi macam biasa, ramai je dekat negara kita ni yang ambil dadah. Even aku juga ada kawan rapat yang terlibat dengan jenayah dadah ni. Macam virus aku tengoknya. Yang terbaru ni aku tengok dekat internet namanya Flakka, dah macam zombi dah gaya. Nak terang pasal kesan dan akibat tak payahlah. Rasanya semua tahu. Korang buka Google dan cari sendiri.

“Jangan jadi mat rempit yang menyusahkan orang.”

“Jangan hisap dadah sebab menyusahkan orang.”

“Nak kerja, buat betul-betul jangan menyusahkan orang.”

“Perhati anak-anak jangan main tengah jalan malam-malam.”

Senang cerita, hidup kita ni cuba jangan menyusahkan orang, menganiaya orang, mempermainkan orang. Tak suka je, b***h orang. Tak berkenan je, aniaya orang. Tak puas hati je, sihir orang. Kau ingat sihir-sihir orang tu bagus sangat?! Apa dah gagal sangatkah life kau sampai nak buat macam tu? Tak pasal-pasal orang lain yang menderita. Sorry, aku teremo sikit. Haha! Apa pun, semoga kita semua terhindar dari sebarang musibat. Ya, maksud aku musibah. Assalamualaikum!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#Nasa
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

181 comments

  1. adehhh macam mana story kak nas keluar dulu ni?? HAHAHAHAHA

    maira park dulu ea.. bizi. Ade misi nak dibongkarkan.. hahaha

  2. Yes..cite dari cik CN keluar lagi..aku booking tempat kedua dulu ya..jangan marah..haha
    **Scroll balik sampai atas..dan baca

  3. Best cerita kak nasa macam biasa. Banyak pengajarannya. Teringat satu petikan, ”Saya menyeru kepada semue belie, janganlah tuan-tuan menghisap dade” – Tun Samy Vellu

  4. Dah dpt abg yg baik, dh ada isteri, buat perangai jugak.
    Tanda2 manusia yg x reti bersyukur.
    Thanx ceritaNasa.nice story!

  5. Nice..best macam biasa..part paling sedih bila nenek maria kena tikam.. sebak.. serius mengalir air mata ku..
    Apa² pun terbaik lah..

  6. Yes!! Dadah memang memusnahkan. Bukan pada diri sendiri je…pada orang sekeliling juga.

    9.8/10 untuk cerita kak nas & 0.2/10 untuk emosi kak nas. hahahahaha

  7. aduh kak nasa nie. org tgh kerja nie release story pula! haha!
    memg saja refresh nak tengok ada cerita baru dari kak nasa tak. haha!

    1. salahkan FS hahahaha aku hantar dah seminggu lebih cerita ni hahaha dia kuar hari ni, time kau kerja pula hahhaah

  8. hm CN ni cepat betol publish cite. Cite parking aritu pun aku tak sempat nak baca lagi. Hahahahaha Maaf.. Nanti aku baca. Jangan risau. Muah ciked!

          1. dah! hahahahahaha ko ke yg detektif nye? hebat lah kau!

            aku buat fb fake nama Fatin Farhah hahahahah

          2. Alah medi.pegi buat fb fake nama mediketiak. Aku add dalam grup fb nanti.haha.

            Yes aki kan detective conan kogoro mauri. ?

          3. halaaa biar jelah, kalau kat forum macam tak berseri. kat komen juga yang best nak baca ahahah

    1. weh cite ni dah seminggu lebih parking dalam garaj… baru hari ni release weh hahahaa. koreang dah ada group wasap serius ah!! kisah cintan korang memang benar berlaku ke pergh!!!

        1. Jadikan kenyataan FF hahahaha walaupon aku nmpak hilang nampak hilang tpinya cite korang buatkan aku tertanya2 hahahah

  9. Misteriny kurang.tapi akak tpikat dgn citer2 si Nas ni sebab byk konflik dsebalik setiap kejadian pmbunuhan tu.
    Kipidap! Best!

        1. dia kalah.. sbb x bole catch music.. slow sangat nenek tu.. tangan dia obviously shaking haha.. saguhati je dapat.

  10. ntah la,,yg amik dadah ni bukan xtau bahana dia..sshkan org..xnak kerja lg tu.kononnya nak lepaskan stress.tendang je bagi.bodoh gila.sorry ter emo..mmg penah deal dgn lahant mcm ni.menyesal sbb xtendang time tu. thanks nas.cerita selalu ada lesson learn.boleh la aku share dgn workers aku..tetiba..hahahhaa

    1. Liani hahhaha sila kan share dengn mereka. Satu hal lagi dadah ni. Org yg dh berhenti pon terlibat balik sbb pengaruh mmbe. Kawan aku gitu lah beb. Sekarang ni tinggal rangka. Dah x da tempat nk cucuk lagi kt badan semua tmpat dh berlubang scaryyyy

      1. Auchh jarang sy benarkan org panggil sy putri. Haha. Kak nasa, kesian kat faizal m**i dalam keadaan yang sia2. Haihh betullah kata orang, dadah m******h.

        1. Hahaha biarlah aida menjadi putri di sini chewahhh hahaha nk buat mcm mana itu jalan ceritanya. Dia isap dadah. X yah idup kikiki

    1. Begitulah seadanya. Memang mereka dulu suka sama suka. Tpi si fakrul ni sanggup bekorban demi faizal x guna tu. Last m**i juga

          1. Makan la banyak2 esok lusa kalo nampak ini nama lagi sudah anti dah tak rasa laparrrrr??

  11. Cerita kak Nasa tak penah tak best….??
    Yg paling kesian si abgnya, dah laa ada adik sorg tu je.. Pastu buat prangai pulakk.. Ishh…

    Syer meraikan cerita meletop kebabom kak nasa dengan bom pop2… Yayy~ ???

    1. Aum tq baby sharkk smpai sekarang aku cuba hafal stepp singong kata klo aku x pndai menari dia x mo berbual ngn aku

    1. hahaha aku perempuan… kalau ko follow dari awal cite sihir pemisah-dengan izin allah… dalam tu aku seorang isteri yang comel lagi manja. kah!! panggil kakak pun boleh. damn!!! rasa tua… ko panggil kko aku pun ok dah perero hahahah

  12. macam biasa. U’re the one CN!

    Mula mula aku tak berapa nak faham. Berkali kali aku baca. Part klimaks baru aku faham kenapa Faizal camtu huhu semua di sebabkan Dadah ~

    Daripada ko makan dadah, baik ko minum teh aku. Sama je. Hahahahahahahahah. K gurau~

          1. hahahahahaha ko pitonah ni juri ~

            takdelah dadah. tp boleh lah bawak ko pi atas langit lepas ko minum hahaahahahhahahahah

          2. HAHAHAHAHAHA PULUN WEH PULUN! HAHAHAHAHAHAHAH

            Aku selapan dengan kau. hahahahaha. Selapan ni anak tiri aku yang ajar huhu tiap hari dia dok selapan selapan.

          3. aku x jual kopi CN. aku jual teh je. aku ingat aku nak kasi Fakrul pulak rasa air teh aku hahahahahahhaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.