#ceritaNasa – Psikik – season 2 (Full)

PREVIOUSLY ON PSIKIK SEASON 1

PROLOG

AKIRAH berpuas hati melihat pn Jenny terbaring di lantai. Selepas ini tidak ada lagi yang akan mengganggu hubungan antara dia dan Adam. Dia segera meninggalkan mayat pn Jenny sendirian

AKIRAH BERJALAN dengan baju jaket labuhnya berwarna biru cair. Laju! Kasut hitam bertali putih itu kelihatan menyerlah disimbahi cahaya. Satu tindakan yang tidak waras bagi mereka yang ingin menyembunyikan penampilan. Dia tidak takut dilihat, malah pakaiannya juga berwarna terang, Di kedua tangan, dia memegang pisau panjang siap bersedia untuk menyerang. Wajahnya tidak ditutup, malah tidak kisah jika terserlah. Ini adalah kerana mangsanya semua m**i!

Dan kini… Mangsanya adalah Tiger, yang ada di depan.

*****************************

PINTU HADAPAN rumah AKIRAH diketuk kuat. Beberapa kali namun tidak ada jawapan! Adam jadi bengang! Dia melangkah beberapa tapak kebelakang. Kemudian menolak ke dua tapak tangannya ke arah hadapan. Pintu itu bersepai pecah. Sebaik itu, dia melangkah. Hilang sudah waras fikirannya.

“Akirah!!!!.” Dia berjalan masuk ke dalam, setiap tempat, setiap bilik di cari.

“Akirah!!!!.”

*****************************

“NI HA… VIDEO NI.” Sekali lagi Rico mengetuk laptopnya. Akirah berdiri tegak di sebelah. Kesan lukanya berdarah kembali. Melihat keadaan itu Rico jadi hairan. Risau juga hatinya tp Akirah masih diam, di tangannya ada sebilah pisau panjang seakan pedang, cuma agak pendek sedikit. Berkilat tajam.

“Kau nak buat apa dengan senjata tu?.” Rico menelan liur. Hatinya mula bersebar.

******************************

NOW! PSIKIK SEASONS 2

 

BENJAMIN MEMBAWA keretanya bagai orang gila. Habis semua lampu isyarat dilanggar. Bunyi hon bergema di setiap pelusuk jalan.

“Benjamin!!! Berhenti!!!!.” Inspektor Shah menggunakan speaker dari dalam keretanya. Ya! Lelaki yang dikejar itu memang gila.

“Catch me if you can bebeh!.” Sesekali Benjamin akan memandang ke cermin pandang belakang. Melihat kereta yang dinaiki inspektor Shah itu juga turut sama terhuyung hayang. Ketawanya besar kedengaran.

Pagi tadi dia hanya keluar mencari pekerjaan, tiba-tiba pula terserempak dengan  pegawai polis itu. Dia ingatkan kisah lima tahun lepas sudah dilupakan, ternyata namanya masih dalam fail siasatan polis lagi. Salahnya juga menghilangkan diri. Bagi benjamin dia tidak perlu untuk pergi ke balai dan menerangkan keadaan sebenar. Hidup ini penuh hipokrit. Rasuah merata-rata. Itu pada pandangannya!.

Kematian Sakinah, Azhar dan Fazli lima tahun lepas merupakan kes yang masih belum selesai. Benjamin hilang begitu sahaja malah Azilah turut lesap. Rumah yang diduduki dijual pada orang lain. Tanah dikampung juga dijual. Malah tidak ada pun yang tahu di mana Azilah berada sekarang. Tapi itu bukanlah menjadi soalnya. Perkara utama yang ingin dicari oleh Shah sekarang adalah Benjamin. Itupun dia terpaksa lakukan sendiri apabila inspektor Yusuf buat endah tidak endah tentang hal itu.

Benjamin belok ke kiri. Berdecit tayar tersebut. Sikit lagi keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Tuan! Kita buat apa ni?.” Tanya anggota di sebelah Shah. Mana tidaknya, sepatutnya sekarang ini mereka bersarapan. Bukannya mengejar orang. Entah macam mana tajam betul fikiran Tuan Shah sampaikan wajah Benjamin lima tahun lepas pun masih diingati.

“Kita kejar orang Zahid.. kenapa bodoh sangat ni tanya soalan tu?.”

Zahid terdiam. Masih dia teringat keenakan subway chiken tandori yang baru sahaja masuk ke mulutnya sebentar tadi, namun terpaksa dilupakan hasrat, hanya kerana cinta kepada negara. Klishe ayat tu.

“Cepat Zahid!!!.”

“Ye tuan, sabarlah…” Jelingnya

************************************

“Awak ok Akirah?.” Tanya Rico sebaik melihat tubuh wanita itu berdarah.

“Ok….” Jawab nya pendek. Dia menoleh sekeliling, tahu yang Adam tiada dan Rico berseorangan.

“Kejap lagi Adam balik.” Komputer riba di hadapan itu tiba-tiba elok. Rico melihat kembali video tadi yang masih kabur.

Wajah Akirah selamba seolah tidak ada rasa sakit. Di tangannya ada sebilah pisau panjang seakan pedang, cuma agak pendek sedikit. Berkilat tajam.

“Kau nak buat apa dengan senjata tu?.” Rico menelan liur.

Tidak bercakap banyak, Akirah terus melibas senjata itu mengenai dada Rico. Sekali lagi kakinya menendang dada Rico dan lelaki itu tercampak kebelakang.

“Apa ni Akirah??!!.”

“Kau patut m**i macam mana Jenny m**i!!!.” Akirah berlari dan melompat sekaligus menghalakan senjata ke arah kepala Rico. Nasib baik sahaja mengenai para di atas, habis bersepai kaca. Separuh darinya mengenai tubuh Rico, membelah dan melukakan.

Rico menendang perut wanita itu hingga tergolek dan dia segera berlari keluar dari situ. Pintu tidak ditutup. Dia cabut lari tidak cukup kaki. Tangannya menutup dada sesekali mengaduh sakit.

Akirah bangun. Menarik nafas dalam. Dia menendang semua barang di dalam rumah. laptop tadi juga dibaling hingga berkecai.

“Rico!!!!!!!!.”

Akirah berlari keluar pintu. Luka di tubuhnya tidak diendahkan. Pendek kata tidak ada langsung rasa sakit.

**********************************

Benjamin berlari melintasi setiap batu bata di kawasan belakang bangunan. Keretanya di parking jauh, sengaja ditinggalkan. Memang dia mahu pegawai polis itu penat. Lagipun setakat berlari dan menyorok, dia memang pakar. Jika tidak, tak adalah dia lepas sampai lima tahun.

“Kejar dia Zahid Kejar!!!.” Arah tuan Shah.

“Ye tuan… tuan ingat saya tengah menari ke ni!.” Zahid melompat tembok batu yang baru dilalui oleh Benjamin. Dia berlari mendahului meninggalkan pegawainya di belakang.

“Eh!! Tolong aku dulu!!.” Arah Shah menjerit dari belakang. Melihat keadaan itu Zahid berhenti, terpaksa berpatah balik. Lambat!

“Tolong Zahid… aku tersepit ni!!.”

“Tuan! Dekat sana boleh lalu. Kenapa tuan ikut sini??.” Tanya Zahid mendepa tangan. Laluan itu memang sempit

“Kau tolong je keluarkan aku boleh tak, kenapa nak membebel ni!.” Marah Shah. Dia ingatkan laluan sebelah pagar itu muat. Sekarang dia pula tersangkut. Badannya bukanlah besar, malah fit sebagai seorang anggota kumpulan khas, tapi memang kawasan itu kecil dan sempit.

“Cepatlah tuan…”

“Ko ingat aku sengaja ke nak melekat kat sini???.” Marah Shah

Zahid malas betul melayan, dia menghampiri dan cuba menarik pegawainya keluar dari kawasan tersebut.

**************************************

Rico menyorok di bahagian bawah tanah, tempat di mana kerta penghuni kondominium itu ditempatkan. D***h sudah membasahi baju. Sesekali dia mendongak mencari di mana jaga kawasan tersebut.

“Makan gaji buta ke ni!.”

AKIRAH sampai di tempat tersebut. Dia berhenti, dadanya berombak deras. Kedua senjata yang berbentuk pedang itu erat di tangan. Kepalanya menoleh sekeliling, ke kiri dan ke kanan. anak matanya bergerak.

Dia senyap!

Perlahan-lahan kakinya melangkah. Sesekali dia menunduk melihat tapak kaki dari bawah kereta. Kemudian dia bangun dan berjalan semula.

RICO memejam mata. Terfikir-fikir bagaimana dia boleh terselit dan tersepit dalam situasi yang dia sendiri tidak tahu akan berlaku.

“Gila…” Bisiknya perlahan sambil bersandar. Kepalanya awas melihat sekeliling. Dia memang ingin menjerit, namun rasanya tidak sampai lima saat Akirah akan menemuinya. Jadi lebih baik dia diam.

Rico merangkak. Dia melihat Akirah dari jauh. Kawasan basement itu tidaklah besar. Kecil sahaja jadi dia perlu berhati hati. Rico kemudian meraba jaket yang dipakai.

“Damn!!! Macam mana boleh tertinggal telefon ni???.”

AKIRAH menjengah kepala cepat, membongkok sedikit, tapi tidak ada orang. Bunyi seretan bilah tajam itu ke arah dinding sangat ngilu malah Rico dapat mendengar dari jauh

“Kenapalah kau bercinta dengan orang psiko ni?.” Sampai sekarang pun Rico tidak tahu apa tujuan Akirah bersikap begitu. Wanita itu bukanlah kasar, malah seorang yang lemah lembut. Mereka tidak pernah bersengketa malah entah apa tujuan dia bertukar watak.

Rico berdiri perlahan-lahan, tubuhnya diselindung di balik kereta,  hanya matanya sahaja yang kelihatan.

Akirah tiada. Hilang! Rico berdiri tegak. Tercari-cari juga. dia menginjak ke belakang, menapak perlahan-lahan, dihadapannya hanyalah berbaris kereta sahaja.

“Mana pula Akirah ni?.”

Rico berpatah balik dan berpusing. Namun sebaik itu dia berhenti. Akirah betul-betul berada di hadapannya sekarang.

”Hai Rico….” Sapa Akirah seraya mengangkat tinggi hulu pedangnya.

***************************************

KERETA inspektor Yusuf berhenti di bawah kondominium tempat dimana Adam tinggal. Tadi Adam berjumpanya di balai menyatakan tentang Akirah. Tidak pasti adakah wanita itu suspek, dia sendiri tidak percaya, tapi kemungkinan itu ada. Sebaik keluar, Yusuf melihat sekeliling. Kemudian menoleh kebelakang.

“Kau nak ikut ke tak?.” Tanyanya. Dari tadi Adam mengadu sakit kepala.

“Nak lah… dah tentu rumah saya…” Adam terbongkok-bongkok menahan sakit. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia menurut.

Sebaik pintu rumahnya ditolak, Adam terkejut apabila melihat d***h bersimbah di merata tempat. Rumah terabur dan laptop bersepah pecah. Manakala tidak ada sesiapa di rumah. Yusuf mengeluarkan senjatanya. Mengacukan laras kehadapan.

“Akirah tentu cari saya.”

“Kau cakap nak bawa aku tengok video… video apa?.” Marah Yusuf.

“Tulahh ko tak nampak ke laptop tu dah pecah!.” Tidak ada lagi hormat pada panggilannya. Mereka berdua mencari di setiap sudut rumah. Adam berdiri, bernafas semahunya. Dia juga hairan apa berlaku. Tidak boleh berfikir apa yang terjadi. Akhirnya mereka berdua hanya tercegat di situ.

TELEFON bimbit pegawai polis itu berbunyi. Senjatanya disimpan kembali. Dia berjalan jauh sedikit untuk menjawab. Matanya mengerling Adam yang masih blur dengan apa berlaku. Nama Shah tertera.

“Apahal ni Shah call aku?.” telefon itu diletak di telinga

“Kau tahu tak aku jumpa Ben!!!!.” Jawab Shah mengibas bajunya yang sedikit terkoyak mengenai dawai. Dia berjaya keluar dari celahan pagar tadi

“Ben??? Siapa tu?.” Tanya Yusuf tercengang.

“Benjamin Ibrahim!! Suspek pembunuhan kita lima tahun lepas!!!!.” Tangan Shah mendepa, terangkat kiri dan kanan. Zahid duduk bersandar di tempat di mana Shah tersepit tadi.

“Ok….” Yusuf menggaru dagu. Dia menoleh ke arah Adam. Kedua kening lelaki itu terangkat, tidak tahu kenapa direnung begitu. Kemudian Yusuf mengangkat tangan kanannya sedikit menyuruh Adam tunggu.

“Ok!! ok??? Itu sahaja???! Itu je Yang kau boleh cakap Suf???.”

“Kau nak suruh aku buat apa? terbang ke sana?.” Marah Yusuf

“Beb!!! Aku dah agak dia hidup lagi!.”

“Bila pula dia m**i?.”

“Yusuf!! aku serius!!.” Tengking Shah.

“Ok… aku call kau semula.” Sebaik itu talian di matikan. Malas lagi Yusuf mahu menyambung dengar bebelan rakannya. Dia mengeluh seraya menyimpan telefon tersebut. pening kepalanya melayan kerenah Shah. Dia memicit dahi dengan kedua jarinya.

Tidak cukup kerjanya, kesnya, ragam pegawai atasannya, isterinya dan sekarang ni…

“Partner?.” Tanya Adam mengangkat kening sambil mendepa tangan. Merujuk kepada lelaki yang baru sahaja membuat panggilan tadi.

“Ha???.” Kedua jarinya diturunkan

“Err…. tuan nampak stress.”

“Bukan urusan kau!.” Yusuf berlalu dan dia melihat keadaan sekeliling. Adam hanya mengangkat bahu. Baginya Yusuf sinis. Siapalah yang boleh tahan dengan orang sepertinya.

********************************

Benjamin memandu keretanya laju meninggalkan kawasan tadi. Dia ketawa gembira apabila berjaya. Malah melihat pegawai tadi tersepit pon sudah cukup menghiburkan.

“Kau tak akan dapat tangkap akulah…” Mata Benjamin melirik kepada kereta di belakang, sekadar memerhati jika ada lagi pegawai polis yang mengekori. Untuk seketika dia lega.

Sebaik Benjamin membelok kenderaannya, keretanya berlanggar dengan sebuah kereta lain yang dibawa dalam keadaan kelam kabut.

Wanita!

Ya.. dan wanita itu tidak berhenti.

“Woiii!!!!.” Jeritnya dari dalam kereta dengan tingkap yang terbuka. Namun wanita itu tidak mengendahkan.

Benjamin behenti di tepi. Bonet depannya terangkat. Dia memegang kedua kepala dengan kedua tangannya. Rambutnya ditarik.

“Aku tak kerja!!! Macam mana aku nak betulkan kereta!!.” Kepalanya berpaling ke arah kereta wanita tadi yang semakin menjauh. Akhirnya Benjamin masuk  semula dan mengekori kereta tadi dari belakang.

Sepanjang perjalanan Benjamin menekan hon beberapa kali, namun wanita itu tidak mengendahkan.

Benjamin menekan dan menghantak stereng keretanya beberapa kali. Bunyi hon yang membingit menarik perhatian orang sekeliling. Aksi kejar mengejar itu dirakam.

“SHIT!!! Siapa ni!!!.” Akirah menoleh kebelakang. Kedua tanganya memegang stereng kereta. Bukan Akirah tidak tahu lelaki itu yang dilanggar, namun dia tidak menyangka lelaki itu nekad untuk mengejar.

RICO menendang bonet kereta. dia memegang kepalanya yan sakit. Bengkak! Entah bila dia tidak sedarkan diri, tiba-tiba ada di dalam bonet pula.

“Oi gila!!!!! Oi Akirah gila!!! Lepaskan aku lah!!!.” Rico menendang beberapa kali. Sudahlah dia tu penakut, malah berlawan pun tidak pandai. Yang dia tahu lari.

Rico menoleh sekeliling, mencari apa-apa perkara yang boleh digunakan untuk melapaskan diri.

“Gelap pula… mana ni…” Tangannya teraba-raba.

Tiba-tiba badannya terhumban ke depan dan sekali lagi dia terhumban kebelakang. Melayang-layang kereta yang dinaiki.

BENJAMIN melanggar kereta wanita tadi. Akirah semakin melajukan pemanduan. Sekali lagi Benjamin menekan minyak dan melanggar belakang bonet kereta.

Akirah membelok kenderaan ke kiri dan kanan. Tanpa dia sedar, keretanya hampir sahaja terbabas, Akirah cepat memusingkan stereng, ke kanan, namun malang bagi Benjamin apabila tidak sempat mengelak.

Keretanya melanggar pembahagi jalan dan terbalik berpusing-pusing.

AKIRAH ketawa besar dan akhirnya pemanduannya tidak ada lagi gangguan.

BENJAMIN keluar secara merangkak dari keretanya yang semakin penuh asap. Dia terbatuk-batuk. Kereta Akirah semakin menjauh. Dia melihat kawasan lorong bukit itu yang mana menggunakan jalan yang sama. Tidak membuang masa, Benjamin berlari menuruni curam perlahan-lahan mengikut ke arah mana kereta itu pergi. Bagai manapun dia tahu, Akirah akan melalui jalan di bawah juga.

“Bodoh!! Kau tahulah nasib kau!!.” Sekejap sahaja Benjamin hilang dalam semak samun yang menebal.

***********************************

“RICO!!!!.”

Sudah habis usaha Adam mencari, namun temannya tidak juga dijumpai. Adam terduduk di ruang tamu rumah rakannya. Sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.  Dia kemudian bersandar dan mendongak perlahan….

Suasana sunyi.

Sepi.

Adam bersendirian di tengah ruang tamu yang suram itu, dia janji! Janji tidak akan berputus asa dalam mencari semua jawapan yang tersembunyi.

“Dam!!! Jom ikut aku…”

“Ha???.”

“Jomlah ikut aku kejap…” Arah Inspektor Yusuf.

“Nak pergi mana???.”

“Video tu dah berfungsi… aku nak suruh kau tengok orang dalam video tu.” Mereka masih lagi di rumah Rico. Dan kali ini video itu akan ditayangkan di rumah Pn Jenny, yang tidak jauh dari mpenempatan Rico.

Adam berjalan perlahan, sebenarnya dia berdebar-debar, sebab mengetahui apa yang bakal dilihat. Tapi demi untuk mencari kebenaran, dia terpaksa turutkan.

Adam menginjak kawasan ruang tamunya perlahan-lahan. Kaca bersepah-sepah. Kemudian dia duduk di kerusi yang disediakan. Yusuf sekadar berdiri di sebelah memeluk tubuh.

Rakaman video di matikan di saat wajah Akirah betul-betul berhadapan kamera, ketika itu dia sedang mengangkat dan bersedia untuk membaling kerusi ke arah Pn Jenny yang sudah pun terbaring di lantai.

Sengaja Yusuf tidak memainkan perakam video tersebut. Tahu tentang perasaan dan penerimaan Adam nanti.

“Your mom?.”

Adam mengangguk.

Yusuf membongkok separas mata dan mendekatkan tubuhnya. Dia menekan beberapa kunci di laptop. Kemudian menoleh ke arah Adam.

“Itu Akirah?.”

Adam mengangguk lagi.

“Ok!.” Yusuf berdiri, dia menoleh ke arah anggotanya yang ramai di situ. Suspek dijumpai dengan mudah. Dan sekarang gerakan mencari akan dilakukan.

Adam teragak-agak untuk memainkan rakaman video di hadapan, kepalanya menoleh kearah pegawai polis dan anggota yang sudah pun beredar. Kemudian kepalanya menoleh kembali kearah skrin latptop di hadapan. Nafasnya dihela kasar kemudian, Niatnya dimatikan dan skrin laptop ditutup kembali.

“Dia mungkin tak jauh.” Arah Yusuf kepada anggotanya. Tidak lama kemudian Shah datang, terkocoh-kocoh. Dia menyatakan tentang maklumat yang didapati. Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita dan lelaki kejar mengejar di jalan raya besar. Ada beberapa orang yang menelefon polis dan sekejap sahaja kejadian itu viral di facebook, twitter dan instagram.

Shah bersemangat menunjukkan video itu kepada Yusuf, jelas dapat dilihat Benjamin yang memandu, namun wanita itu tidak nampak pula. Dari siasatan awal tentang jenis kereta dan susuk tubuh, memang mereka mengesyaki kereta yang sebuah lagi dipandu oleh Akirah. Yusuf lebih tertarik tentang keadaan Adam sebenarnya.

“Aku tak kira, Benjamin mesti ditangkap.” MARAH Shah.

“Yeee…” Yusuf tidak terlalu mengambil berat kerana dia rasa Benjamin tidak bersalah langsung. Kejadian malam dia hampir ditembak itu menceritakan segalanya. Lagipun Benjamin hanya m******h mereka yang terlibat yang terlepas dari hukuman gantung. Mungkin! Mungkin juga tak! Dia polis, dia tahu ada yang tidak kena dengan perihal kes tersebut.

“Shah, kau tunggu aku, nanti aku jumpa kau semula.” Yusuf melangkah pergi.

“What!!!!.”

“Shah… please…” Yusuf malas melayan. Dia segera meninggalkan rakannya

ADAM masih duduk di kerusi tadi, wajahnya berpeluh, sebenarnya dia menahan marah. Bagaimana dia boleh buta. Dan dia hampir sahaja mengahwini wanita itu. Kedua tangannya menakup kepala.

“Kami akan cari dia.”

Adam mengangguk, namun tidak mendongak. Kedua matanya dipejam rapat. Yusuf duduk di sisi sekadar menenangkan.

“Bila m**i, manusia terpisah dengan tiga perkara. Amalnya. Ilmu yang dibawa dan…. doa dari anak yang soleh. Kau berdoalah untuk dia.” Pujuk Yusuf dalam diam. Sebenarnya dia tidak tahu pun menenangkan, ayat tu pun difikir masa dia melihat video tersebut.

“Tuan ada mak?.” Barulah Adam menoleh.

“Ada…”

“Bila last tuan jumpa dia?.”

Soalan tersebut mematikan kata-kata Yusuf. “Errr….”

“Pergilah jumpa. Kalau tak sempat, telefon…. itu pun dah cukup.” Adam tersenyum lantas bangkit dari situ meninggalkan mereka semua.

*********************************

BENJAMIN berhenti berlari apabila dia melihat kereta yang dinaiki Akirah tadi tersadai, namun tiada penghuni. Kepalanya terjengah ke dalam, pintu bonet terbuka, d***h pula mengotori setiap temapt.

“Apa benda ni?.” Terluah juga perkataan itu dari mulut Benjamin. Pelik benar dengan apa berlaku.

“Patutlah ko bawa kereta macam orang hilang akal.” Benjamin menutup pintu bonet dan dia menoleh sekeliling. Memikirkan kemana wanita tadi. sepatutnya wanita itu membayar ganti rugi keretanya yang sudah hancur di atas.

Benjamin memandang ke atas bukit, di mana dia tinggalkan keretanya. Cahaya matahai sangat terik. Berpeluh tubuhnya kala ini. Sudahlah penat berlari. Kepalanya merunduk ke bawah, melihat kesan seretan.

Benjamin merangkak di atas tanah, dia menekap telinganya. Dan kemudian barulah dia terfikir

“Apahal aku buat macam ni? Dah macam haiwan pula???.” Benjamin bangkit kembali, dia berlari mengekori kesan seretan. Mengikut dari arah di mana bermula sehinggalah ke kawasan semak-semak.

Dia akhirnya berhenti apabila melihat seorang wanita sedang mengkabus tanah. Terdetik rasa hairan tapi dia tidak mahu mengambil tahu hal itu. Dengan beraninya dia berjalan mendekati. Ketika itu Akirah baru sahaja selesai.

Benjamin bertepuk tangan, memeranjatkan wanita dihadapannya. Akirah berpaling pantas.

“Kau kat sini perempuan!.”

Akirah mengacukan senjata ke arah Benjamin. “Kau nak apa?!.”

“Nak apa??? Kau langgar kereta aku!!! Aku nak ganti rugi. Kau tahu tak aku tengah cari kerja? Mana ada duit nak bayar semua tu!!!.”

Akirah malas melayan, dia sambung mngemas kini tanah tadi.

“Kau tanam apa tu?.” Benjamin sedikit menjengah. Suaranya Mendatar

“Bangkai…”

“So! Macam mana dengan kereta aku tu?.” Benjamin mendekat dan menarik tangan wanita itu. Cepat sahaja Akirah melompat dan menumbuk, namun Benjamin menepis mudah.

“Wohoooo pandai berlawan…” Tawa Benjamin

“Aku tak nak cederakan kau, jadi tolong berambus!.”

“Wooo I like…” melihat keberanian perempuan itu, Benjamin kagum! Dia kemudian duduk bersandar di atas sebatang pokok yang menjulur sambil merenung Akirah yang sibuk mengambus tanah. Hairan! Wanita itu berlagak macam tak ada apa berlaku.

“So cik adik manis. Macam mana kereta abang.” Serta merta Benjamin berubah watak. Gadis tadi masih lagi tidak melayan.

“Well sekurang-kurangnya beritahulah nama….” Benjamin berpaling kebelakang, dia memegang batang pokok yang diduduki tadi. berdiri tersipu malu “Abang boleh lupakan masalah kita dengan satu syarat….” Benjamin menoleh

Sebaik sahaja melihat lelaki itu berpaling, Akirah dengan pantas menghentak kayu di kepala Benjamin. Benjamin jatuh dan pengsan. Kemudian Akirah menyambung kerjanya. Sebaik selesai. Dia meninggalkan tempat tadi.

************************************

Adam membongkar laci rumah Akirah. Habis semua barang di rumahnya disepahkan. Walaupun rumah Akirah sudah direntang dengan plastik kuning – dilarang melintas. Namun apa yang dilihat dan diketahui sangat mencabar kesabarannya.

Laci ditarik dan Adam membaling kesemua barang di dalamnya. Begitulah yang dilakukan pada setiap benda di rumah Akirah. Tujuan? Sebenarnya dia tidak tahu apa yang dicari pun. Tapi dia kesal, kesal kerana menyintai wanita itu. Dan dia masih menyintai????

“Damn!!!.” Habis semua kerusi dan meja di baling. Adam berdiri di tengah ruang tamu. Dia memejam mata, menunduk dan mendepa kedua tangannya. Perlahan-lahan barang di dalam rumah itu terangkat dengan sendirinya, terapung tidak ada graviti.

Ya! Dia marah, kali ini dia betul-betul marah. Kemudian kedua tangan itu di angkat ke atas dengan kasar, menyebabkan semua barang di dalam rumah itu menghentam dinding. Pecah dan kopak segala almari. Malah kaca pula berderai. Untuk seketika dia penat. Dia terduduk. Walaupun perbuatannya tadi nampak mudah, tapi dia menggunakan keseluruhan tenaga dalamannya. Keadaan itu seperti dia berlari laju tanpa henti.

Dadanya turun naik bernafas. Hidungnya berdarah.

YUSUF DAN SHAH menghentikan keretanya di hadapan rumah Akirah. Namun dia terkejut apabila melihat semua cermin tingkap pecah.

Sebaik mereka baru mula menghampiri, Adam dilihat keluar dari situ menggunakan pintu belakang.

“Weh!!!.” Sapa Shah berlari mendapatkan lelaki tadi. Sebaik tiba dia menarik baju Adam kasar sehingga lelaki itu terpaling dan tanpa sengaja juga, Adam menolak tubuh pegawai itu. Tidak kuat, hanya sekadar  luahan perasaan marah.

Tanpa sengaja juga Shah tercampak jauh menghentak keretanya sendiri. Yusuf tercengang. Dia berpaling ke arah Adam.

“Sorry…” Adam mengangguk beberapa kali, dia tidak terniat. Tapi Shah tidak bersopan dalam menegurnya.

“Apa… kau…” Yusuf menoleh ke arah rakannya sekali lagi memastikan Shah dalam keadaan baik dan dia berpaling ke arah Adam semula.

“Aku minta maaf… aku minta… maaf…” Suaranya tenggelam dan matanya semakin kabur.

”Adam kau ok?.” Yusuf memapah lelaki itu yang tidak berdiri betul.

“Aku penat…” Adam berwajah pucat dan dia pengsan tidak lama itu. Inspektor Shah berlari mendapatkan rakannya. DIA sedikit membongkok.

“Huhh…” Nafasnya dihela. “Dasatnya dia… kuatnya.” Ujar Shah dalam tidak sedar sedikit memuji.

“Kita bawa dia ke klinik.”

********************************

Benjamin tersedar dari pengsan. Dia terduduk melunjur. Memandang kiri dan kanan dalam keadaan siap siaga. “Pukul curi!!.” Kemudian dia membebel sendiri.

Sebaik dia bangun, dia terdengar bunyi hentakan tidak berhenti. Puas dia mencari namun tiada. Benjamin merangkak kembali. Dan menekap telinganya di atas tanah.

“TOLONG!!!!! TOLONG!!!.” Rico mengetuk kotak yang ditutup di atas nya. Dia dimasukkan ke dalam kotak berbentuk keranda dan di tanam di dalam tanah. Manakala lokasinya tidak diketahui. Jeritannya kedengaran sayu. Dia terbatuk-batuk.

Di sebuah kawasan yang jauh dari orang ramai. Rico bersendiri. Dia menangis. Tubuhnya sakit, luka itu semakin membisa. Walaupun tidak sampai setengah jam, namun dia terasa seperti bertahun di dalam. Sudah tentu tiada yang menjumpai.

“Makkkk….” Jeritan Rico semakin kuat. Tangisannya teresak-esak. Kali ini dia gagal melawan ketakutan. Dia rasa m**i sebelum m**i. Rasa sakitnya hilang dek kerana takutnya pada keadaan sekarang. teresak esak dia menangis. Bahunya terhenjut henjut manahan sedih.

Setelah penat dia berhenti. Namun tidak lama dia terdengar kayu di atasnya diinjak kasar. Mendengar sahaja, Rico terus meronta-ronta dan dia menendang kayu tersebut. suaranya hilang akibat menjerit dengan terlalu kuat.

“Tolongggg!!!!!! Tolong!!!!!.”

Dan tidak lama kemudian penutup atas keranda itu terbuka. Sinaran cahaya matahari mengaburi pandangan. Di atasnya kini seorang lelaki yang tidak dilihat jelas, sedang berdiri memegang kayu. Lagaknya gagah sebagai seorang hero.  Rico menutup dengan kedua tangan. Dia menangis kerana kegembiraan.

“Kau datang selamatkan aku???.”

Benjamin menunduk melihat seluruh tubuh Rico yang cedera. Kemudian dia memandang mata lelaki itu semula dan mencangkung.

“Aku nak ganti rugi kerosakan kereta aku.”

Rico tercengang. Dia terbeliak mata. Dia baru sahaja dijumpai dan dia tidak tahu kereta apa yang dimaksudkan.

“Haaaa?????.”

*************************************

Akirah berjalan ke arah rumahnya yang sudah pun habis disita. Dia berlari meninggalkan tempat tersebut. Tidak tahu mahu kemana. Kereta polis sudah banyak berlegar mencari, dan wajahnya terpampang di televisyern mahupun siaran di alam maya.

Akirah berlari laju. Ketanya ditinggalkan di tepi jalan, kemudian dia menuju ke arah suatu kawasan lapang. Sebenarnya  tidak tahu mengarah ke mana. Semua polis mencarinya. Untuk masa sekarang dia akan menyendiri, biarlah keadaan reda, barulah dia akan fikir apa yang perlu dilakukan.

Dan kakinya melangkah pergi. Dia perlu sihat sebelom meninggalkan tempat dan negeri di mana tinggalnya orang yang dicintai. Segalanya akan dimulakan semula. Dan dia akan kembali lagi.

Untuk seketika, Akirah perlu berehat dan dia memerlukan rumah, tempat untuk berlindung.

*******************************

“Ya bang… saya sihat…” Azilah menyiapkan makanan di dalam pinggan. Pagi ini dia bangun awal kerana hari cuti. Tujuannya membawa anaknya berjalan.

“Abang tak payah risau, saya sihat je.” Azilah merenung anaknya yang sedang bermain video game di hadapan.

Tadi Benjamin menelefon ambulans menyatakan lokasi Rico. Semalam dia membawa lelaki itu pulang ke rumah tumpangannya untuk merawat sendiri memandangkan dirinya siburu polis, tapi keadaan Rico snampak tidak sihat. Lelaki itu lemah dan dia tidak akan meninggalkan lelaki itu sendirian. Lagipun kos kerosakan keretanya siapa nak bayar?

Namun kemudian, Azilah MENelefonnya tidak berhenti

“Kenapa telefon abang ni?.” Benjamin tidak selesa bercakap waktu sekarang.

“Ya.. saya nak ingatkan abang hari jadi Danial minggu depan. Jangan lupa datang.”

“Ye… abang ingat.”

DANIAL berhenti bermain permainan video tadi sebaik sahaja pintu depan rumahnya diketuk. Dia membuka dan tersenyum melihat wanita yang berdiri di depan. Namun senyumannya dimatikan apabila melihat ke arah tubuh yang berdarah.

“Mama!!!.”

“Sekejap sayang…” Azilah meletakkan pinggan di tempatnya. “So abang jangan lupa ok! saya tunggu, Danial pun tunggu.”

“Ya Zilah. Errr kita bercakap nanti lah ya?.” Benjamin mematikan talian. Dia menoleh ke arah Rico yang sudah pun tidur.

“MAMA!!!!” Danial menjerit lagi apabila panggilan petama tidak disahut.

“Ye Danny, kan mama dah cakap jangan jerit kalau…. ahhh!!!.” Azilah terperanjat melihat seorang wanita berdarah di muka pintu, langkahnya terhenti.

Azilah memapah wanita itu masuk. Keadaannya sungguh lemah. “Saya telefon ambulans.”

“Jangan!!.” Wanita tadi menghalang, menarik tangan Azilah lemah. “Mereka nak b***h saya… mereka nak b***h saya.”

“Cik ni siapa?.”

“Akirah….” Selajur itu Akirah tidak sedarkan diri.

 

NEXT, ON PSIKIK SEASONS 3

 

Yusuf mengacukan senjata ke arah Benjamin. Lelaki itu menaikkan kedua tangannya ke atas.

“Nanti dulu… nanti dulu…” Ujar Benjamin

“Pusing belakang… pusing!!!.” Pekik inspektor Yusuf

Benjamin berdiri menghadap dinding. Sebaik sahaja Yusuf mendekati. Dia berpusing dan menolak pegawai itu. Yusuf terpelanting, senjatanya dirampas dan kini Benjamin pula yang menghulurkan senjata  itu ke arah pegawai polis di depannya.

Penukul belakang ditarik dan dia memejam sebelah mata sedia untuk menembak.

***************************************

Azilah memeluk Danial dalam dakapan. Anaknya sekadar memerhatikan Akirah di hadapan.

“Kau nak apa?.” Tanya Azilah

“Orang dalam gambar tu… berguna untuk aku.” Akirah tersenyum, di tangannya masih lagi memegang pisau sebagai senjata, sesekali dia akan menyelak langsir luar untuk melihat situasi.

“Aku dah tolong kau Akirah.”

“Anggaplah kau masih hidup sekarang sebagai ucapan terima kasih aku.”Akirah tersenyum sinis.

********************************

Adam menolak tangannya ke kiri, sekaligus Benjamin terpelanting jauh ke tepi. Kemudian dia segera mendekati, menarik kolar lelaki itu

“Mana Akirah!.”

Benjamin menghentak wajahnya ke arah Adam menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan dan menutup wajah, membongkok menjerit sakit.

Benjamin berpusing dan menendang Adam sehingga terusngkur,  sebaik lelaki itu baru bangun, dia sekali lagi melompat untuk menendang namun Adam terlebih dahulu menyentak tangannya ke hadapan.

Tubuh Benjamin melayang menghempas kotak dan beberapa kayu yang ada.

Adam berdiri tegak. Tidak berpuas hati. Amarahnya menguasai. Adam Berdiri di tengah ruang yang kosong. Dia menunduk, memejam mata, mendepa tangan. Sekaligus barang yang ada di sekelilingnya terapung.

“Adam….” Rico menjelma dari belakang

Serentak itu keadaan kembali normal, barang tadi terjatuh semula dan Adam cepat berpaling.

“Apa kau buat????.” Rico benar-benar terperanjat dengan apa yang dilihat.

 

-To be continue –

 

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

31 comments

    1. Weh delu part mana lawak hahaha

      Ko nak seram lawak ko p kat arkeb anker negara page. Kat situ aku anta cerita jangan tegur hahahha itu seramkomedi

      1. part ni..
        “Kau tolong je keluarkan aku boleh tak, kenapa nak membebel ni!.” Marah Shah. Dia ingatkan laluan sebelah pagar itu muat. Sekarang dia pula tersangkut. Badannya bukanlah besar, malah fit sebagai seorang anggota kumpulan khas, tapi memang kawasan itu kecil dan sempit.

        “Cepatlah tuan…”

        “Ko ingat aku sengaja ke nak melekat kat sini???.” Marah Shah

        lagi satu,
        Benjamin berlari melintasi setiap batu bata di kawasan belakang bangunan. Keretanya di parking jauh, sengaja ditinggalkan. Memang dia mahu pegawai polis itu penat. Lagipun setakat berlari dan menyorok, dia memang pakar. Jika tidak, tak adalah dia lepas sampai lima tahun.

        “Kejar dia Zahid Kejar!!!.” Arah tuan Shah.

        “Ye tuan… tuan ingat saya tengah menari ke ni!.” Zahid melompat tembok batu yang baru dilalui oleh Benjamin. Dia berlari mendahului meninggalkan pegawainya di belakang.

        sebijik cam perangai aku…

  1. bila akirah nak kena tangkap nih.
    ramai sgt kena b***h.
    rasa mcm nak masuk dlm cerita tu jadi the avanger tlg selamatkan adik adam.

  2. “Apa kau buat????.” Rico benar-benar terperanjat dengan apa yang dilihat.

    -To be continue –

    Hening suasana…
    Terdiam..
    Kosong…
    Kusyuk itu m**i begitu sahaja..
    Pre-enjaculation…
    Celaka…
    Hummmmph…
    Tenangkan diri…
    Sedarkan diri…
    Bangun…
    Masih ada urusan yg perlu diselesaikan…
    Nanti aku kembali…

    1. Nama polis tu aku malas nk cari banyak2 haaaa untuk semua watak polis memeng diaorg ke yg selesaikan dalam semua cerita aku. Shah dan yusuf hahahaha

      Benjamin tu mmg aku masukkan dalam cite ni sbb sambungan dari citer mastermind tu. Bijak x aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.