Ceritera Kak Juju : Gangguan

Terima kasih kalau cerita aku disiarkan.

Semenjak tiada sumber pendapatan, aku berjinak-jinak membaca fiksyen shasha. Terus rasa nak share pengalaman mistik bertahun-tahun. Dari zaman mak pak aku kawen dan didengki oleh orang lain, hinggalah ke saat anak aku pulak asyik terkait dengan benda mistik sekarang.

Anak aku tu sebijik macam aku. Penakut pun boleh tahan jugak. Macam aku. Haha. Dalam penakut penakut aku tu macam-macam dah aku hadap. Dari hijab terbukak… tertutup… dari kena kacau zaman kanak-kanak, sampailah aku sendiri ada anak. Laki aku selalu cakap, aku ni semua nak cakap ada hantu. Dia ni jenis manusia yg moden. Tak percaya semua ni. Aku pun malas nak yakinkan dia. Maka aku redha sajalah.

Aku nak cerita gangguan masa aku anak dara. Masa tu aku tinggal dengan kawan, dok menyewa dekat apartment. Aku kerja shift. Sorang cikgu. Sorang lagi polis. Semua kerja tak menentu. Kadang-kadang sampai selalu tak jumpa satu sama lain.

Ada satu masa tu, aku sorang je duduk kat umah tu. Tiba-tiba balik rumah, nana kawan aku yg duduk master bedroom, orang first yg duduk rumah tu, maki-maki aku sebab pengotor. Sampah bersepah dari depan tv sampailah dapur. Aku terdiam. Terpinga-pinga pun ada..sebab bukan aku yang buat…tapi aku iyakan aje..sebab malas nak gaduh. Lepas-lepas tu, aku asyik kena marah je dengan housemate aku tu, sebab asal rumah kotor ja, masa tu aku ja yangada dekat umah. Yang polis tu lagi jarang ada, sebab dia selalu balik Melaka. Last- last pindahlah Nana, sebab dia tak tahan rumah tu aku kotorkan (rasanyalah). Lagipun masa tu Nana dah beli rumah sendiri dekat dengan sekolah dia.

Nana… kalau kau baca cerita ni, aku nak kau tahu yang aku tak buat pun kekotoran tu. Aku cuma iyakan sebab aku malas nak dengar kau naik suara tinggi-tinggi dan marah aku, tuding-tuding jari dekat muka.

Lepas Nana pindah, polis tu pindah masuk bilik master bedroom. Aku malas nak tukar bilik. Agreement rumah jatuh atas nama aku.

Lepas Nana pindah, lagi banyak pula yang berlaku. Ketukan di pintu tanpa ada sesiapa. Televisyen tertutup dan terbuka sendiri. Pintu dapur terkunci sendiri.

Belum lagi malam-malam aku diganggu bayang hitam sampailah aku terpaksa tidur dengan lampu bernyala. Sebab bayang hitam cuba acah-acah nak cekik, hempap aku sampai sesak.

Mula-mula aku fikir aku sorang aje. Tapi ada satu malam aku dan polis tu sama-sama ada kat rumah, aku nak pergi tandas, aku tengok pukul dua pagi bilik dia terang. Esoknya aku mesej dia, kenapa bilik terang rupa-rupanya dia kena ganggu.huhu.

Sudah. kami terkena bersama-sama rupa-rupanya.

Masing-masing minta tolong mak bapak masing-masing.

Masa aku berubat tu, atok tu kata ada orang seberang hantar benda nak takut-takutkan seseorang. Sambil tu dia cakap ada orang melaka pun sama nak tolong buangkan benda yang dihantar ke rumah kitorang.

Balik tu, ada masa aku terserempak ngn polis tu (Tuty nama dia). Pun dia ceritakan perkara yang sama. Barang dari seberang. Masa tu kami syak mungkin ada orang yang pernah Tuty tangkap hantar “barang” kat dia. Masa tu aku yakin gila bukan aku lah punca.

Tapi lepas tu Tuty pun pindah. Tinggallah aku sorang. Masih ada lagi benda-benda mengganggu. Pelik. Masa inilah aku mula syak benda ni dihantar untuk aku.

Masa tu baru aku teringat kawan baik aku bertunang dengan orang seberang. Masa aku kerja kat KL dulu, memang aku selalu ke hulu ke hilir dengan dia sebab aku tak ada kereta masa tu. Bila aku pindah ke daerah lain, kadang kala kalau aku susah, dia akan on the spot datang.

Aku terfikir, mungkinkah tunang dia yang marah kat aku?

Aku mula cari pasal ngn Sam. Aku cari gaduh. Saja-saja. Aku hantar mesej bukan-bukan maki dia and minta dia tak payah cari aku lagi.

Aku dah tak kena hempap atau kena cekik, tapi bayang-bayang hitam masih ada. Kelibat, kilasan dan sebagainya masih mengganggu hidup aku. Aku give up. Aku pindah rumah.

Masa Sam kawen (2009) aku datang lambat. Masa tu tunang yang sudah jadi isteri peluk aku sambil ucap terima kasih. Isteri dia, Shasha tengok aku dengan senyuman yang sinis. Tapi masa tu aku still sangka baik senyuman sinisnya kerana aku bawa hadiah kahwin kecil.hehe. (aku sangka baik sebab lepas aku jauhkan diri dari Sam benda hitam tu masih berlegar-legar dalam dalam rumah sewa aku ).

Lama lepas Sam kahwin baru aku kahwin. 2013. Aku jemput ala kadar di facebook. Aku nikah dulu. Sanding lambat. Masa sanding tu aku dah ada isi. Menggebu masa tu. Sam dan Shasha datang dan aku terkejut sebab Shasha datang kat aku nangis-nangis minta maaf. Dia minta aku maafkan dia. Dia dah bertaubat. Terkedu aku. Sampai mak aku tanya, siapa tu? Bekas kekasih laki aku ke? Hahaha.

Masa tu lah kuat firasat aku, gangguan aku dapat masa duduk apartmen tu adalah arahan daripada dia.

Masa tu dia mohon maaf daripada aku. Dia dah serik kena katanya. Masa tu aku blur. Sebab aku tak ada balas apa-apa sebab aku pun tak sure dia yang hantar atau tidak.

Tapi lepas baru-baru ni skandal abang aku yang telah beristeri (yang baru bergaduh dengan aku) ditimpa kemalangan. Aku terfikir sesuatu.

Yalah, yang bersemuka dan marah dia adalah aku. Bahkan abang aku bermasam muka dengan aku sebab sound girlfriend dia.

Aku terfikir mungkin aku ada sesuatu yang jaga. Aku tak tahu apa. Tapi dulu tahun 1998 masa Tok Kiai nak tutup hijab aku daripada nampak pelbagai makhluk pelik, arwah ada cakap, ada sesuatu yang istimewa lahir bersama aku tapi bidan yang menyambut aku telah mengambilnya. Pada waktu itu bidan tu telah tiada dan tiada siapa yang menjaganya. Arwah panggilnya selendang. Aku masih sekolah masa tu, sedangkan aku takut nampak makhluk yang bukan-bukan, masakan aku nak pula pendamping?

Tapi sejak kekasih abang aku accident, aku perasan. Satu persatu kejadian membuatkan aku terasa pendamping itu ada.
Wallahu’alam.

Ps: kalau cerita aku disiarkan dan umur yang panjang akan aku ceritakan perihal santau mak bapak aku, kisah santau sekolah, perihal hijab yang ditutup, sihir pemisah dihantar untuk kami laki bini dan juga kisah mistik anak aku.

Aku mohon pembaca doakan aku tabah menghadapi hari-hari mendatang. Menghadapi sesuatu yang aku tak nampak tapi anak aku nampak serta mengharungi kepelikan hari-hari terakhir di sini sebelum kembali semula ke kampung halaman.

Salam sayang, Kak Juju.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kak Juju

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

31 thoughts on “Ceritera Kak Juju : Gangguan”

  1. setori simple & direct..direct sgt smpai keseraman tu x sampai kt jiwa cikbambam..hehe..tp bagus jgk x sampai..nnt mlm2 ssh plk cikbambam nk tido..huhu..cikbambam bg kak juju 5/10..

    semoga kak juju tabah hadapi hari2 akan dtg..teruskan berkarya..

    Reply
  2. Kira kak juju ni seorg yg berani juga la ye… walaupun ada gangguan kt aptmnt tu, still boleh hadap sorg²… klu sy, dh lama pindah keluar… hehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.