Ceritera Kak Juju: Hasad

Terima kasih siarkan kisah terdahulu.

Thank you admin dan reader.

Ada yang cakap tak habis-habis dengki. Ya, hasad dengki manusia ni memang tak akan berhenti selagi manusia itu tak kenal erti syukur. Lagi mengharukan apabila rasa tidak senang pada orang lain itu disatukan dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Kali ni aku akan bercerita tentang kisah yang wujud sejak tahun 70-an dan pada abad ke-21 masih belum berakhir. Namun kisah aku latarnya sekitar tahun 80-an dan 90-an. Di mana aku sudah mula mengingat (dalam usia di zaman tadika).

Pada usia 4 tahun aku sudah fasih membaca. Mak aku sangat garang. Tapi dalam garang-garang mak aku, bapak aku lagi garang. Namun hanya garang dengan isteri sahaja. Dengan anak-anak , bapak aku tempat dituju jika dihambat emak.

Pada masa kecil, aku selalu tak faham kenapa mak aku garang sangat. Masa kecil kalau buat salah sikit je mak aku boleh marah sampai hentak kepala aku kat dinding. Tali pinggang, batang ubi kayu, getah paip semua pernah hinggap. Bukan aku sahaja. Abang aku pernah kena simbah air panas dan kena pukul pakai penyapu lidi sebab ponteng kelas tuisyen. Pendek kata mak aku garang dengan semua. Kecuali dengan bapak aku.

Pernah satu hari cikgu sekolah aku tolong ikatkan tudung aku masa PJ. (Aku sorang je yang pakai tudung masa sekolah rendah, walaupun masa PJ. Zaman 90-an semua pakai pinafore. Yg pakai baju kurung masa tu pun boleh kira pakai jari.) PJ- pendidikan jasmani. Masa tolong ikat tu Cikgu Amy perasan belakang badan aku berbirat. Aku yang naif cerita pada Cikgu Amy, mak aku yang pukul.

Esoknya cikgu kaunseling Cikgu Razak panggil bapak aku. Minta mak aku datang sekolah. Mahu bincangkan tentang “penderaan” yang aku alami.

Balik dari sekolah, habis aku kena belasah dengan mak aku. Bapak aku macam biasa memang tak akan menghalang. Lepas aku kena tibai, bapak aku dukung aku letak atas bahu ajak aku jalan-jalan tepi sungai.

Sambil pujuk aku, bapak aku minta aku faham; mak aku macam tu sebab dulu mak aku kena dera masa kecik. Aku dengar ajelah. Tapi aku tak faham kenapa bapak aku tak halang.

Bila aku naik rendah atas, aku mula faham. Masa tu lah aku dah faham kenapa kitorang ada atok angkat di gemas. Selalu berikan doa-doa dan air penawar.

Ada sesuatu yang tidak kena pada mak bapak aku.

Aku rasa ingatan aku masa kecil yang aku masih boleh ingat sejak tiga tahun. Masa tu kami duduk kuartes kayu. Aku masih ingat nampak api dalam rumah tapi tiada apa yang terbakar.

Aku ingat bagaimana aku mencangkung tepi emak aku sambil mak aku basuh setimbun jersi bola dengan tangan. Zaman 80-an masa tu. Tak ada mesin basuh. Mak aku sental baju pakai kayu bergeriji tu. Sapa-sapa dok tahun 80-an masih ingat rasanya..kalau iklan sabun fab buku..busa…mesti ada papan basuh baju tu.

Aku ingat sikit-sikit pergaduhan mak pak aku. Aku juga ingat bapak aku berbual mesra dengan perempuan mana entah dekat laman rumah dan bila malam mak pak aku bergaduh.

Panas.

Mak pak aku hubungannya panas.

Bila aku sekolah rendah aku ingat bagaimana cekalnya mak aku menambah ekonomi keluarga dan betapa segaknya bapak aku dan selekehnya kami anak beranak.

Bapak aku kerja kerajaan. Gaji ciput. Anak tujuh. Kami hanya akan dapat baju baru (sehelai sahaja) masa raya. Tu pun mak aku yang jahit. Mak aku tambah pendapatan keluarga dengan menjahit dan memasak.

Tshirt basahan di rumah adalah t shirt besar kerajaan bagi free. Kalau cantik sedikit,boleh buat jalan.

Bila bisnes masak mak aku makin berjaya, barulah merasa beli baju kat pasar malam. Tu pun dah rasa gah sangat.

Tapi bapak aku? Baju kemejanya ditempah di tailor Oriental. Seluar kerja pun. Tshirt jalan dibeli di Parkson. (Tahun 90-an Parkson adalah gedung membeli belah terkemuka tau).
Duit dapur mostly rolling dari hasil niaga mak aku. Macam mana aku tahu? Aku selalu kena naik basikal pegi kedai India beli barang dapur. Hurmm..

Bila kita dah besar dalam darjah tiga empat lima enam macam tu kita dah semakin faham.

Aku sedar betapa kasarnya bapak aku pada mak aku. Tengking mak aku. Tapi bapak aku sangat mesra dengan perempuan lain tapi tidak dengan mak aku. Panggil mak aku lembap. Bodoh. Sehinggalah kini. Cucu dah berbelas-belas. Buat mak aku macam hamba abdi.
Bapak aku ini aku tak tahu nak desribed bapak aku macam mana. Bukan tak bertanggungjawab. Dia sambil lewa, selalu lepas tangan macam tu. Lepas tangan macam mana tau, yang macam kalau dia makan kat luar tak apa. Cukuplah tak fikir yang dekat rumah tak ada lauk. Sabun habis kat rumah buat dek saja. Kitorang berhempas pulas basuh baju pakai limau nipis/ kasturi. Dia akan beli bila masa dia suka. Syampoo tak ada ye. Sabun mandi itulah dibuat syampoo rambut. Untunglah sabun mandi ada. Sebab sikap sambil lewa bapak aku macam nilah mak aku start berniaga makanan.

Tapi lepas tu lagilah dia punya lepas tangan tu… sampai sekarang, dah tua ni, kalau tak anak-anak belikan, dia akan buat tak tahu je. Kalau masa habis tu anak-anak tak balik, mak akulah beli pakai duit anak-anak bagi dan jika tahu mak aku ada duit anak-anak bagi, bapak aku buat bodoh tak beli lauk dan mak aku akan guna duit tu sampai habis untuk belanja rumah (ini contoh part yang bapak aku culas part tanggungjawab dia).

Ingat tak aku mencangkung tepi mak aku basuh jersi bola? Mak aku masa tu kena basuh baju bola satu team. Sebab bapak aku kapten, takut jersi hilang, mak aku kena basuh semua.

Kalau tong gas dekat umah tu habes, yang angkat bukan bapak aku, tapi bapak aku suruh mak aku. Cuma lepas mak aku kena mini stroke dan on ubat cair d***h, barulah bapak aku nak angkat tong gas.

Kepanasan hubungan mak ayah aku bukan sekadar itu sahaja.

Rumah pun panas. dulu masa kecik yang aku ingat ada api dalam rumah. tapi tak ada apa-apa terbakar.

Selalu jumpa atok gemas. Berubat. Ada tangkal kain kuning dan sebagainya.

Bila sudah agak besar gangguan semakin nyata. Aku boleh nampak muka nenek tua dalam cermin masa sikat rambut. (Aku tak suka cermin.sampai sekarang!)

Akak aku jerit-jerit nampak “gula-gula” dalam rumah.

Adik aku menangis kena kejar harimau dalam rumah.

Adik beradik selalu sakit-sakit. Abang aku sampai kna pergi scan otak sebab menderita sakit kepala.

Cuba bayangkan betapa serabutnya keluarga aku. Suami isteri panas. Anak-anak selalu tak sihat. Rumah macam rumah berhantu kat fun fair. Rumah tu dah jadi macam sesuatu yang menyeramkan. Lagi suka kat sekolah dari rumah.

Ada satu pergaduhan mak bapak aku yang aku ingat sangat. Masa tu aku ponteng sekolah. Mak aku suruh jaga adik kat rumah. Sebab akak dan adik aku kena pergi hospital.

Mak aku jalan kaki pergi hospital. Bawa akak dan adik yg demam. Aku jaga lagi dua adik. Sambil tu mak aku pesan suruh siang ikan. Masa tu aku sekolah rendah dalam darjah empat masa tu. Lama mak aku kat hospital. Nasi dah masak. Lauk dah siap. Aku tinggal suapkan. Aku pulak dekat petang baru terhegeh-hegeh nak siang ikan.

Busy tau.adik aku pakai lampin kain. kalau cuci dia berak tu kena kaut tahi dia pakai tangan masuk tong sampah bertutup. Nak pasang ko ingat senang? Budak bergerak..kena hati-hati pinkan kat depan.lepastu ikat plastik getah luar lampin kain tu kiri kanan. Nak suap makan lari-lari.

Dengan ada rasa creepy dalam rumah,lagi. Tapi tahulah ada dua adik yang aktif gila menghantu…hantu dalam rumah pun takut. Haha.

Ok.balik semula pasal siang ikan. Masa aku siang ikan, adik-adik dah tidur. Belum pun pukul 4.30 tapi kereta bapak aku dah bunyi kat depan rumah. Aku biar je. Tahu- tahu aku dengar suara adik aku yang pergi hospital nangis…mak aku jerit-jerit. Aku nampak adengan mak aku baling penutup pengukus kat bapak aku. Bapak aku angkat tangan. Belum sempat singgah kat mak aku,aku jerit JANGAN!!! Dari sinki dapur. Bapak aku dan màk aku terpaku tengok aku. Tahu-tahu mak aku datang kat aku..bapak aku keluar start enjin.

Rupa-rupanya aku hiris ibu jari kiri dengan dalam kat bahagian sendi tu sampai nampak putih. Tak tahu yang putih tu tulang ke sendi.

Mak baca-baca ludah kat luka aku dan bilas kat sinki. Pedih. Mak aku tekan luka. D***h tak henti. Sambil mak aku tenyeh nutri rich kat jari aku (nutri rich ni sebahagian dari set kosmetik nutri metics. Masa ni mak aku jadi ahli nutri metics sebab mak aku dah ada duit, nak jaga muka sebab bapak aku gatal nak mampus.sampai dah tua kerepot ni) ..mak aku cerita sambil nangis…

Lepas bawa pi jumpa doktor, doktor tanya nak balik macam mana sebab akak dan adik aku tak larat nak jalan. Mak aku tak bawak cukup duit nak charter teksi. Tapi opis bapak aku dekat dengan hospital. Tinggalkan sekejap akak n adik kat hospital sekejap. Sampainya mak aku kat parking opis bapak aku, mak aku nampak bapak aku tengah bukak kan pintu kat sorang perempuan masuk kereta dia. Mak aku apa lagi, naik hantulah.

Anak-anak sakit tak boleh nak bawak hospital alasan busy, tapi belum pukul 4 dah sibuk nak hantar perempuan lain naik kereta dia? Aku pun tak ingat apa mak aku cakap kat bapak aku masa kat parking tu, tapi mak pak pergi amik akak dan adik kat hospital dan sambung gaduh kat rumah.

Banyak sebenarnya kes gaduh makpak aku sebab kegatalan bapak aku. Tapi yang ni aku ingat sebab aku masih ingat masa aku siang ikan aku tengah dalam perasaan takut. Adik-adik tidur dan sambil aku siang ikan tu aku dengar macam-macam hembusan kat telinga. Dengusan nafas kat leher. Kaki aku masa tu lutut memang dah longgar gila. Aku takut.tapi aku kena jugak siang ikan. Mak aku punya naik gila kalau aku tak buat apa dia suruh lagi menakutkan dari hantu.

Masa dengar bunyi kereta bapak aku lega dah. Masa mak pak aku gaduh tu aku nampak satu lembaga berbulu antara mereka mata merah.besar. tangan dia seolah memeluk kedua mak pak aku. Seolah-olah suruh dekat lagi..gaduh lagi…

Bila aku jerit jangan!!! Lembaga tu lesap. Mak pak aku berhenti bertelingkah.

Aku ingat juga sebab ada parut kat ibu jari kiri dan sukar dibengkokkan. Sampai sekarang.

Mak pak aku sedar diorang celaru.anak asyik sakit. Rumah macam-macam hado. Pergi berubat ke pelbagai tempat. Dari ustaz baca-baca hinggalah ke dukun berubat pakai pensil cucuk jari. Bawak ayam hitamlah. Tampi segitiga la. Macam-macam.

Hinggalah muncul buruh indonesia yang boleh mengubat. Wak Joyo namanya.

Yang paling aku ingat aku nampk tulisan ayat dalam jawi bertukar dari biru ke merah dalam air diputar. Bangkai kala jengking keluar dari lantai rumah. Keris dalam pasu bunga. Kain kapan beserta patung jerami bawah pokok jambu.

Selepas tu baru tahu mak pak aku dihantar macam-macam oleh ramai orang. Salah satunya peminat mak aku. Mak aku kawin tahun 70-an kot. Mak aku dah anak 7, lebih dua puluh tahun berlalu, masih lagi xpuas hati lagi ….nak gak mak pak aku bercerai. Satu lagi dua orang staff seliaan bapak aku. Bapak aku bukan boss besar pun. Dia kena kawal claim orang seliaan dia. Yang tak logik, bapak tak approve, tak hantar. Marah sangat orang tu..claim dia kena reject….dia hantar macam-macam.

Jadinya rumah aku ni bergelodak. Dek hasad dengki pelbagai orang. Peliknya kata Wak ni..kalau orang lain lama dah bercerai. Mak bapak aku masih bertahan.

Benda-benda yang dihantar ni buatkan mak pak aku asyik bergaduh dan juga buatkan mak aku bengis. Bapak aku benci mak aku… (Benci-benci pun anak tujuh..hurmmm).. anak-anak sakit-sakit…rumah ada penghuni lain…

Selepas berubat dengan Wak ini, alhamdulillah keadaan pulih sedikit demi sedikit. Namun perkara ni tak berakhir macam tu sahaja. Mak pak aku taksub dengan wak ni sampaikan suruh wak ni tilik orang pulak. Aduh!

Ps: Maaf, kalau kali ini panjang. Ini adalah permulaan kisah mistik dalam hidup Kak Juju. Mungkin lepas ni Kak Juju cerita pula pasal kes di sekolah menengah dan perspektif orang yang dirasuk dari kaca mata mereka sendiri atau mungkin cerita santau atau mungkin sejarah yang berulang dalam perkahwinan kak juju pula.

Salam sayang, kak Juju.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Kak Juju
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

30 comments

  1. Masa mak kau “dera” kau ayah kau langsung tak halang padahal kalau gaduh dengan mak kau dia akan naik tangan….
    Aku simpati dengan kehidupan kau.. Darjah empat je kene masuk dapur masak.. Lepas tu jaga adik.. Semoga Tuhan lebih memberkati kau selalu..

    1. err…rasanya zaman-zaman 80/90 an, memang kecik2 dah diajar memasak. sebab saya pun start pandai masak nasik, lauk2 telur dan jaga, suap adik makan semua pada waktu darjah 3/4 macam tu. basuh baju, kasut sekolah sendiri. Kena belasah tu pun merasa jugak..kena kurung..kena libas..alah bisa tegal biasa kata pepatah. Mungkin nak mengajar kita untuk lebih berdikari. Just my 2cent..

      1. Saya darjah 3/4 reti makan je ? darjah 6 baru mula belajar masak apa semua sampai sekarang..waktu tu adik sorang je jadi tak rasa beban sangatla Yg bab kena pukul tu memang selalu kenelah mak selalu pakai hanger ?Tapi adik-adik saya sekarang mak dah tak pukul dah… Rase tak adil pulak 〒_〒

        1. takpa..lain orang lain caranya. haha. kena libas dulu pakai hanger, tali pinggang, getah paip. banyak juga merasa. haha..nakal sangat kot dulu. takpa la ni, alhamdulillah dah jadi orang.

          1. dulu aq pon masa kecik selalu kena hntam gak ngn mak ayah aq tp slalu keqap kna dgn mak laa pantang buat silap ja haa pasang mmg habuan laa…pak aq plak dia pyh nk buat tp skali dia buat gila mmg habuan smpai laqi pi tidoq qumah jiran sbb takut kna tibai pnya psai tp tu dulu2 laa ni dak dh mungkin sbb masing2 dh besaq kot…klau tak buat lagutu dlu smpai ke laa ni tak jadi oqang,bdk2 laa aq tgk untung byk tak mcm bdk2 dlu meqasa jgk dunia sblum era teknologi membangun….btw i’m 97 boy

      2. sy darjah 4 jaga mak pantang. bsuh baju baby, lampin yg dia berak segala. mgkin dulu lain skang lain. darjah 4 dh pndai bakar ikan ok.

        1. ibu bapa sukakan anak2 yg suka menolong ..ringan sikit beban mereka kita sekarang dah besar tua ?tak payah diaorang suruh -suruh dah boleh tolong masak dah…

          1. sy tadika lagi dah cuci baju sendiri. darjah 3 dah pandai masak buat kerja rumah. punya lah sedih bila nampak kwn2 main dengan riang ria.nak join tapi tak dpt 😀 ank sulong besar sikit tanggungjawab, tambah lagi adik2 masih kecil.

  2. kesian kak juju..sedih baca penderaan zaman dulu2..mmg betul niat mereka supaya anak jd org berguna..tapi kesannya akan dirasai sampai dewasa…semoga Allah mengampuni mereka..mungkin mereka x tahu… bak kata org ilmu x sampai lagi… kita yang dah tahu ni di harap ikutlah kaedah dan psikologi islam dalam mendidik generasi muda…insyAllah berjaya bukan sahaja dari segi fizikal malah MENTAL pun sama.

  3. Penyakit hati ni susah nak ubat dengki ni menyusahkan diri je dari kepo hal org baik baiki diri sendiri pastu sapa suruh compare dgn org lain bagi hati sendiri Sakit instead of fixing it .

  4. “Pada masa kecil, aku selalu tak faham kenapa mak aku garang sangat. Masa kecil kalau buat salah sikit je mak aku boleh marah sampai hentak kepala aku kat dinding. Tali pinggang, batang ubi kayu, getah paip semua pernah hinggap.”

    Part yg ni buatkan aku teringat zaman time aku kecik. mak ko sebiji mcm mak aku. pantang buat salah sikit, merasalah ko hanger ke. penyapu ke. kena cubit ke. yg cubit tu paling aku tak tahan. sebabnye mak aku cubit pakai kuku pastu sekuat kuatnye die tekan kalo boleh smpai ke isi. siap berbekas lagi. purple biru. haha. kena tengking. kekadang stress jugak. mcm ko cakap tak faham ape yg die nak. tp bile da besar ni, da start nampak sesikit kenape mengape die buat mcm tu. tapi bosan jugakla rase. kalo hari2 cenggitu. haha.

    eh cam meluahkan perasaan lak rase.

    btw kak juju. share lah lagi stori yer. keep writing!

  5. Best story nie…. Teringat pula beli baju dekat pasar malam. Masa dedulu beli baju dekat pasar malam standard beli baju kat mall2…huhu I will waiting for the next story…:)

  6. hmmmm org dulu2 kalau ade bini dibuatnya mcm hamba abdi je… dia asal kyg perut n melawa. sam amcm kes kak juju ni.

    sabar deh kak juju… hrp kak juju jgn jd panas baran ngn anak2 plk…

  7. Ko ni nak cerita masalah keluarga ke nk cerita kisah seram?.ni fiksyen shasha bukan page masalah rumah tangga

    Xpyh balas ak bkn baca pon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.