Cermin Antik 3: Final

PART 1
PART 2

Angin sepoi-sepoi bahasa ditambah bunyi cengkerik dimalam hari begitu menenangkan. Namun tidak bagi Celestine. Hatinya resah dan pelbagai persoalan mula keluar dibenak fikirannya. Berat sekali perasaan yang ditanggungnya. Dia merebahkan badannya ditilam. Matanya ligat memerhatikan kipas disiling yang sedang rancak berputar. Sekali sekala dia melihat telefon pintar jika terdapat notifikasi.

“Huhhh! Alangkah bagusnya jika aku dapat menyewa rumah dengan perabot sekali.” keluh Celestine.

Titt! Tittt! Titt!

Celestine mengapai telefon lalu menyemak notifikasinya. Rupanya Remey mesej di Whatsapp. Hatinya keriangan. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang kerana rakan karibnya Remey berjaya menemui rumah dengan harga seperti yang diingininya. Senyumannya terukir dan menghembus nafas kelegaan. Celestine berasa senang. Bagaikan beban sudah terangkat dibahunya.

“Celestine Oooo.. Celestine! Makanan dah siap!” Teriak Majeng sambil menghidangkan makanan di meja dapur.

“Kejap Jeng, nanti saya turun.”

“Sudah sudahlah kau main telefon tu. Turunlah cepat. Kang sejuk makanan tu nanti, tak sedap tau.”

“Ye.. Ye.. Bagi seminit jap.”

Celestine hampir terlupa bahawa dia belum lagi menjamah apa lagi untuk mengalas perutnya. Tiba di meja makan, Celestine mencedok nasi dan lauk pauk yang sudah terhidang. Celestine begitu berselera.

“Astaga, Cel. Kot yer pun makanlah perlahan sikit. Selera betul kau ni”

“Alah Majeng, relaks la. Aku ni tengah bahagia sekarang tau sebab aku dah jumpa rumah sewa dengan perabot sekali. Remey yang tolong carikan”

“Kau dah tengok ke persekitaran rumah tu? Kau jangan main setuju jer. Pastikan rumah tu selamat dan terjaga”.

“Majeng janganlah risau. Lagipun rumah tu dekat jer dengan tempat kerja Celestine. Kalau Majeng ‘free’ nanti silalah bertandang kerumah Cel.”


Keesokkannya Remey dan tukang sewa rumah membawa Celestine ke tempat rumah yang bakal disewanya. Celestine melihat keadaan sekeliling. Celestine sangat berpuas hati dengan persekitarannya. Tukang sewa telah memberikan kunci utama kepada Celestine dan memberitahu tentang cara pembayaran. Semasa tukang sewa dan Celestine sibuk berbincang, Remey membakar rokok sambil melihat kawasan sekeliling. Entah mengapa ekor matanya terlihat bayang seperti orang melihatnya dibalik jendela di tingkat atas. Bila diamati semula, ia hilang. Mungkin cuma perasaan Remey sahaja. Remey memungah bagasi milik Celestine. Celestine membuka manga pintu bilik utama yang kelihatan sedikit berhabuk. Selesai membuka manga pintu, Celestine dan Remey masuk kedalam rumah tersebut. Kelihatan semua perabot masih ditutupi kain putih. Celestine dan Remey membuka semua jendela bagi mendapatkan pengudaraan yang baik. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi kenderaan yang tidak asing lagi bagi Celestine telah berhenti diluar rumah. Telihat kelibat Majeng dan Igat keluar dari kenderaan.

“Haaa! Baguslah korang datang. ‘Atlest’ boleh cepatkan lagi kerja permbersihan dalam rumah ni” ujar Celestine.

“Amboi Cel, mesti ada gaji ni” ujar Igat.

Mereka berempat pun ketawa. Semasa Celestine sibuk mengemop bahagian tangga, Celestine merenung keluar jendela meratapi suasana yang masih baru baginya. Matanya tertumpu di sepohon pokok ara yang agak besar. Didahannya mempunyai sebuah buaian. Siapakah yang membuat buaian tersebut tanya hati kecilnya. Kelihatan juga seorang pakcik tengah melihatnya sambil mengalas cangkul di bahunya. Matanya tidak berkelip memandang Celestine bersama dengan Celestine yang berdiri kaku melihatnya juga. Lamunan Celestine terganggu apabila Igat melambai tangan kearah mukanya.

“Ko tenung apa weh sampai tak bergerak?”

“Eh.. Igat, takda apa-apa.”

Entah berapa lama Celestine berdiri tercegat di jendela tersebut. Apabila Celestine mengalih semula pandangannya semula kearah pakcik tersebut, pakcik tersebut tidak ada lagi di tempat seperti yang dilihat Celestine. Serta merta meremang bulu tengkuk Celestine. Namun tragedi tersebut tidak diceritakan Celestine kepada rakannya. Akhirnya kerja pembersihan mereka siap sesuai yang dirancang.


Petang hampir menjelma. Kelihatan seperti Celestine, Igat, Remey dan Majeng berasa lapar. Oleh kerana kepenatan, mereka malas untuk masak dan bersepakat untuk menapau makanan di warung di hadapan jalan. Tinggallah Celestine dan Igat dirumah tersebut. Sedang Igat khusyuk merehatkan badan, matanya tertumpu kotak yang tersusun rapi. Igat bingkas bangun dari kerusi dan mendekati kotak tersebut. Entah mengapa dibelakangnya seperti ada tombol pintu. Igat pun memanggil Celestine.

“Celestine! Ooo.. Celestine! Ko sini jap.”

“Apa dia Gat?”

“Weh, ada pintu disebalik kotak yang tersusun ni.”

“Aa.. Aa.. Apa kata kita pindahkan kotak ni dan buka pintu tu dan tengok apa benda kat dalam.”

“Boleh gak. Musykil juga saya.”

Celestine dab Igat mula memindahkan kotak tersebut. Selesai sahaja memindahkan segala kotak, Celestine cuba membuka pintu tersebut. Terasa pintu agak susah dibuka dek kerana usang. Kelihatan ruang didalamnya agak sedikit berteraburan dan berhabuk. Celestine dan Igat memasuki bilik tersebut berlampukan ‘Torch-Light’ di telefon milik Igat. Kelihatan satu benda yang ditutupi dengan kain putih yang terdapat beberapa kesan tompokan merah. Celestine berasa pelik dan berhusnuzhon saja. Mungkin tompokan tersebut kesan daripada cat. Mereka berdua mendekati kain tersebut lalu menariknya. Alangkah terkejutnya mereka bahawa dihadapan mereka terdapat sebuah cermin yang begitu antik sekali.

“Celestine, ni cermin apa? Kenapa ukirannya pelik tapi cantik.”

“Entah Gat, aku tak ‘sure’ lah. Apa kata kita dua tarik cermin ni keluar?.”

“Boleh gak atau letak di bilik tidur kau.”

“Boleh gak. Biar tak jauh.”

Mereka berdua menggunakan kudrat yang masih tersisa menarik cermin antik tersebut keluar dari bilik tdan memasukkannya di bilik Celestine. Selesai saja menarik cermin antik tersebut, Celestine mengelap kotoran dan debu yang terlekat di cermin antik tersebut.

“Milik siapakah cermin antik ini?” Celestine bermonolog sendirian.

Tidak lama selepas itu Majeng dan Remey akhirnya sampai dirumah. Malam tu mereka makan agak kekenyangan. Mana tidak, lauk yang dibeli berasaskan lauk kampung yang agak sukar didapati. Jam didinding hampir menunjukkan jam 11.00 PM. Majeng, Remey dan Igat meminta kebenaran untuk pulang. Tinggallah Celestine kesorangan dirumah.


Sebelum tidur, Celestine membersihkan badannya kerana seharian tidak mandi kerana sibuk mengemas rumah bersama rakannya disiang hari. Sedang kusyuk mandi, anak telinganya menangkap bunyi seperti orang menanggis. Bila pili air ditutup, bunyi tanggisan tersebut hilang. Serta merta Celestine naik bulu roma dan terasa seperti diintai orang. Celestine menghabiskan mandiannya dan segera kebilik tidurnya. Selesai berpakaian, Celestine baring dikatilnya sambil bermain telefonnya. Kelewatan mandi malam telah membuatkan matanya terasa segar sehingga menyebabkan hilang rasa mengantuk. Dalam sibuk melayari Facebook, IG, dan Whatsapp, Igat telah ‘video call’ Celestine untuk memastikan Celestine baik baik sahaja. Sedang rancak video call, Igat seperti melihat seseorang bersama dengan Celestine.

“Eh Celestine, ko sorang jer ker? Aku nampak kau ada dengan orang jer?”

“Amboi Igat, agak agaklah kalau nak bergurau.”

“I swear. Aku nampak la Cel. Dia sedangkan membelakangkan awak.”

Serta merta Celestine menoleh kebelakang namun tiada apa yang mencurigakan, hanyalah sebuah cermin antik dibelakangnya yang berdiri tegak. Bulu romanya berdiri dan berpaling semula ke telefonnya namun telefonnya seperti tidak membuat ‘video call’. Untuk kepastian, Celestine menelefon Igat semula jika Igat ada video call sebentar tadi. Sekali lagi bulu romanya berdiri kerana Igat memberitahu bahawa dia langsung tidak membuat sebarang video call dengan Celestine. Celestine melepaskan telefon lalu menutupi seluruh badannya dengan selimut. Entah pukul berapa matanya terlelap. Malam pertama tidur disana, Celestine mendapat sebuah mimpi aneh dimana dia didatangi seorang wanita telah memberinya seketul batu. Batu sebesar kepala budak kecil. Sesudah diberi batu, wanita itu hanya berdiri, terdiam dengan rambut panjangnya yang menutupi wajahnya. Dia hanya menangis tersendu-sendu sambil menunjukkan cermin antik tersebut, tapi ada yang aneh. Terlihat tetes demi tetes darah pun jatuh dari wajahnya. Sampai tiba-tiba dia mengangkat kepalanya dan melihatnya dengan mata merah menyala itu. Celestine tersedar dari mimpi. Keringat mula membasahi dahinya. Turun naik nafas Celestine mengatur pernafasannya.

Mimpi apakah ini keluh hati kecilnya sambil mengusap peluh didahi. Sedang asyik bersandar dikatil, kedengaran lolongan anjing mula bersahutan. Entah apakah yang disalak anjing ditengah malam tersebut. Celestine malas melayani perasaannya. Celestine baring semula dikatilnya sambil melayani ‘Youtube’.

DUPP!! DUPP!! DUPP!!

Bunyi seperti hentakkan sekali lagi menggangu ketenangan Celestine. Celestine bangun lalu memasang lampu di meja kirinya. Terlihat kelibat seorang lelaki membelakanginya sambil menghentakkan kepala didinding. Darah mula mengalir dari kepala lelaki tersebut.

“Siapa kau? Hello.. Siapa kau? HOII!! KAU SIA….”

Belum sempat Celestine menghabiskan ayatnya, lelaki tersebut memalingkan wajah kearahnya. Kelihatan wajahnya hancur dan berulat serta berlumuran darah. Lelaki tersebut menerkam dan mencekiknya sambil berkata;

“LEPASKAN AKU!!!”

Celestine tersedar. Rupanya dia hanya bermimpi. Jam ditelefonnya hampir menunjukkan 08:00 pagi. Nasib baik hari tu hari ahad. Celestine menggapai telefonnya dan menelefon Majeng.
TUTT… TUTT….

“Hello”

“Majeng, ko busy ke hari ni? Kalau tak busy aku nak korang temankan aku gi mall.”

“Ermm.. Boleh la Cel. Nanti saya beritahu Remey dan Igat join sekali.”

“Boleh juga. Okla Jeng. Aku nak mandi jap. Apa-apa nanti aku citer.”

“Roger”

Celestine menggapai tuala mandi di ampaian. Kelihatan seorang pakcik yang dilihatnya tempoh hari berdiri melihatnya dibawah pokok ara. Kali ini pakcik tersebut tidak membawa cangkul, tetapi membawa seekor ayam yang sudah mati tiada berkepala. Celestine yang melihat kejadian tersebut lalu menutup jendela dan meneruskan tugasnya. Setibanya dibilik mandi, Celestine membersihkan dirinya. Alangkah terkejutnya dia melihat sekitar lehernya lebam kehitaman seperti baru dijerut oleh tali. Teringat tentang mimpinya semalam. Celestine terdiam seribu bahasa.


Di Dalam kereta Majeng

“Hai Cel, apa khabar? Macam mana rumah tu? Ok tak?”

“Entahlah Jeng, malaslah nak fikir. Tak nyenyak tidur semalam. Mimpi yang entah papa.”

“Eh Cel, kau buat apa semalam? Kenapa ada kesam lebam kat leher kau ni?” Tanya Igat.

“Aaa Aaa.. Cel, kau buat apa?” Sampuk Remey.

“Entahla. Korang, korang boleh tak stay kat rumah aku malam ni?” Tanya Celestine.

“Boleh!” Mereka bertiga serentak menjawab soalan Celestine.


Di Malam Hari Di Rumah Celestine

Celestine sibuk memasak didapur sementara Igat, Majeng dan Remey sedang rancak menonton rancangan “Jangan Benci Cintaku” di TV, semuanya berjalan seperti biasa. Namun tidak seperti yang dihadapi oleh Celestine.Sedang sibuk Celestine membela sayur-sayuran, kedengaran suara Majeng datang dari belakangnya.

“Cel, aku tolong kupaskan bawang ya.”

“Aaa.. Aaa.. Bolehla” Jawab Celestine bersahaja.

Tidak lama kedengaran seperti seseorang memotong benda dengan kuat. Celestine kehairanan namun tidak menoleh kebelakang.

TAPP!! TAPP!!

“Eh Majeng. Buang tabiat ker potong benda kuat sangat?” Tanya Celestine selamba.

Namun bunyi tersebut belum jua berhenti, malah semakin kuat sehingga menyebabkan Celestine menoleh ke belakang. Pisau genggaman Celestine jatuh kelantai lantaran melihat kawannya Majeng sedang memotong tangan kiri. Matanya merah mencanang melihat kearah Celestine. Darah mengalir diluka tangan kirinya bagaikan tidak berhenti sehingga menyebabkan Celestine jatuh terduduk.

“MAJENG!!”

Celestine telah menutup muka dengan kedua belah tangannya kerana tidak sanggup melihat keadaan seperti itu. Jeritan Celestine yang begitu kuat telah membuatkan Remey, Majeng, dan Igat bergegas kedapur melihat keadaan Celestine.
“Kau ni kenapa Celestine?” Tanya Remey.

“Ak.. Aku.. Aku.. Nampak Majeng memotong tangan kirinya.” Jawab Celestine yang masih gugup.

“Takpala Cekestine, kau duduk jer di meja makan. Biar kita bertiga masak untuk malam ni.” Jawab Remey.


Malam semakin kelam. Tiada bintang yang menghiasi langit. Hanya unggas memecahkan keheningan malam. Mereka berempat memutuskan untuk tidur sebilik. Remey menatap wajahnya di cermin antik di bilik Celestine. Semakin lama dia menatap wajahnya, semakin refleksi dicermin tidak mengikuti pergerakannya malah berubah menjadi seorang wanita berambut serabai dan berpakaian lusuh. Semakin dilihat semakin menyeramkan sehingga menyebabkan Remey terpukau. Ligatnya menari diatas katil persis seorang wanita disertai menyanyi lagu “Ulek Mayang”.
Igat, Majeng dan Celestine baru sahaja masuk ke bilik tidur terkejut melihat Remey yang sedang rancak menari. Mereka bertiga menarik Remey untuk turun kebawah namun telah ditolak Remey. Kekuatannya bagaikan 10 orang lelaki. Sedang bergelut menghentikan Remey dari menari mereka didatangi seorang pakcik yang datang tidak diketahui.

“Jangan kau ganggu budak ni setan. Pulanglah kau ke tempat asalmu!” Pakcik memberitahu.

“Tidak! Aku cukup selesa dibadan ini.!”

“Kau datang tanpa diundang! Kembali ketempat asalmu sebelum kau diseksa lagi!”

“Tidakkkk!! Aku tetap mahu dibadan budak ini!. Dia lemah semangat! HAHAHAHA!” Jawab setan yang merasuki tubuh Remey.

“Ikat dia dibangku. Kita berempat kena bersama membantu menyelamatkan kawan korang!” Jelas Pakcik tersebut.

Remey diikat dikerusi. Seluruh badannya ditutupi kain putih. Pakcik tersebut mula membaca sesuatu yang kurang jelas.. Akhirnya Remey sedar daripada kerasukkan. Namun badannya masih lemah kerana habis tenaga akibat kerasukkan. Mereka berempat berterima kasih kepada pakcik tersebut diatas pertolongannya. Celestine menghantar pakcik tersebut ke pintu utama. Sebelum keluar dari rumah tersebut, pakcik tua sempat berpesan kepada Celestine untuk menghancurkan cermin antik tersebut. Jauh disudut hati Celestine, beliau begitu berminat dengan cermin tersebut. Kata kata pakcik tersebut dipendam oleh Celestine sahaja kerana dia tidak mahu memecahkan cermin tersebut.
Malam tersebut mereka tidur dalam satu bilik. Celestine beranggapan semuanya kembali normal. Namun, sangkaannya meleset. Sekali lagi Celestine didatangi oleh seorang perempuan yang sama seperti dalam mimpinya tempoh hari. Perempuan tersebut basah kuyup sambil mendekati Celestine. Kali ini wanita tersebut telah memberikan Kacip kepada Celestine. Wanita tersebut merayu Celestine sesuatu. Belum sempat menyampaikan permintaannya, kelihatan seperti lembaga berambut putih panjang melimpasi punggung dan dari punggungnya hingga ke kaki seperti kuda telah menerkam perempuan tersebut. Kukunya begitu tajam sekali menyebabkan jari Celestine terluka akibat cakaran. Celestine lantas tersedar dari tidurnya. Apabila melihat jejarinya, dia mendapati jarinya terluka seperti terkena cakaran. Dibilik yang kelam yang hanya diterangi cahaya bulan yang masuk kedalam cermin tingkapnya, Celestine seperti menangkap sesuatu objek keluar dari cermin antik tersebut. Ya, Celestine pasti dia tidak salah melihat. Kelihatan seperti satu lembaga yang dilihat seperti dimimpinya. Lembaga tersebut keluar melalui pintu. Kesan tangannya dapat dilihat kerana kukunya telah tercakar pintu kayu tersebut.

Celestine bingkas bangun dari katilnya dan memperlahankan langkah kakinya supaya tidak didengari. Sesampai dipintu, Celestine menjenguk keluar dari pintu. Kelihatan lembaga tersebut persis seperti pontianak. Pontianak tersebut sedang menyikat rambutnya menggunakan tangan. Langkahnya terhenti dan berpaling kearah Celestine lalu melompat kearahnya. Celestine segera menutup dan berpaling ke belakang dan terkejut melihat Remey, Igat, dan Majeng berdiri didepannya. Apa yang lebih menakutkan Celestine. Kedua-dua belah mata mereka tidak kelihatan anak mata hitam, yang jelas cuma mata berwarna putih. Celestine bergegas keluar dari bilik dalam menyelamatkan diri tetapi bajunya telah ditarik Remey. Celestine menggunakan sepenuh tenaga. Nasib menyebelahinya. Ia berjaya melepaskan diri. Celestine bergegas keluar daripada bilik. Entah kenapa hatinya terdetik untuk menyorok di bilik tersebut. Selama menyorok dibilik tersebut, Celestine melihat seorang perempuan seperti didalam mimpinya sedang melakukan upacara dihadapan cermin antik dimana dia telah menghentakkan tangannya dengan batu besar. Darah yang mengalir diusapkan di cermin dan seperti melukis sesuatu. Seterusnya sebuah kacip emas digunakannya untuk memotong hujung tunjuk jari dan diletakkan di mangkuk. Setelah itu dia menunjukkan cermin antik tersebut. Belum sempat dia memberitahu, pontianak tersebut menggoyakkan mulutnya. Keadaan sekeliling menjadi gelap semula. Hanya kedengaran suara tawa kecil sahaja. Celestine seperti tahu sesuatu. Dia pun memasang lampu di telefonnya dan mencari batu dan kacip didalam bilik tersebut. Ternyata kedua dua barang tersebut ada dibilik tersebut.

Dia kembali kebilik tersebut namun berat sekali cubaan. Celestine telah diganggu pocong yang berdiri didepan pintu. Celestine tidak berputus asa, dia berpatah semula kembali membawa batu dan kacip keluar dari bilik tersebut. Kali ini Celestine mengumpul segala kekuatan. Dia mengeluarkan diri tanpa melihat kanan dan kiri. Sesampainya dibilik tidur, kelihatan Remey, Igat, dan Majeng terlentang di lantai menahan akibat luka parah dibadan kesan cakaran pontianak tersebut. Pontianak tersebut mendekati Celestine. Kukunya yang panjang dituju kearah Celestine. Terketar-ketar Celestine melihat kejadian tersebut. Namun hanya dia sahaja dapat menyelesaikan masalah pada malam tersebut. Kedinginan bayu malam tidak dirasainya.

Pontianak mendekatinya. Wajahnya hodoh dan berulat, rambut putih, badan mengerutu dan sangat tidak menyenangkan. Suara helaian ketawanya memecahi suasana malam tersebut. Entah bagaimana Celestine mendapat kekuatan. Tetapi otaknya seperti menangkap satu suara seperti lelaki tua menyuruhnya menolak pontianak tersebut kedalam cermin antik. Celestine menarik nafas sedalam dalamnya. Dia membuka mata namun pontianak tersebut meminta agar dia dibela. Celestine menolak permintaannya. Pontianak bertindak agresif namun sempat dilemparkan kacip ketubuhnya. Entah mengapakah badannya berasap dan menggetar. Celestine bingkas bangun dan teringat akan pesan gurunya dahulu untuk tentang ayat sebagai pendinding diri. Celestine membaca namun segalanya kucar kacir membuatkannya bertindak menolak pontianak tersebut kedalam cermin.

Klimaks perlawanan diantara Celestine dengan pontianak semakin menjadi. Dalam perlawanan tersebut datanglah pakcik yang membantu menyelamatkan Remey, namun Celestine salah sangka. Rupanya pakcik tersebut ingin menjadi tuan kepada pontianak tersebut untuk meraih apa yang dimahukan. Batu yang digunakan untuk memecahkan cermin antik digunakan untuk memukul kaki Celestine.

Dushh! Duhhh!

“Wahai anak muda, sudah lama aku menantikan saat ini. Biarlah aku menjadi tuan kepada pontianak ini.”

“Bertaubatlah pakcik. Ikutlah perintah tuhan, sesungguhnya amalan ini sangat tidak disukaiNya. Kembali kepangkal jalan.”

“Tidak! Tidakkk! Sudah lama aku hidup begini.”

Dalam perdebatan tersebut, pontianak yang sudah setengah keluar dari cermin mencakar leher pakcik tersebut sehingga putus. Percikan darah memenuhi ruang sekeliling. Matilah pakcik tersebut hingga jatuh tersungkur ke bumi.

“Apakah yang dimahukan pontianak tersebut?” Celestine bermonolog dalaman.

Celestine mencuba sedaya upaya untuk berdiri. Kaki cedera tidak dihiraukannya. Dia bangkit. Dia menarik cermin antik tersebut sehingga jatuh. Sangkaannya salah. Rupanya cermin cuma retak sedikit dan masih membuatkan pontianak dapat keluar. Dialihkan cermin. Setengah kaki pontianak sudah dikeluarkan. Tanpa membuang masa Celestine menikam kacip kearah cermin sehingga menjadi retak seribu namun masih belum pecah habis. Keretakkan kembali menjadi baik semula. Celestine tangkas mengambil batu dan melemparkan ke cermin antik tersebut. Akhirnya cermin antik tersebut pecah segalanya. Pontianak berteriak dan perlahan-lahan menghilangkan dirinya. Celestine pengsan dan rebah kelantai. Keesokkan harinya, dia mendapati dirinya dan ketiga tiga rakannya yang lain turut serta di ward yang sama. Seluruh ahli keluarganya memenuhi ruang bilik mereka berempat. Kata orang tua mereka bahawa mereka eksiden semasa perjalanan menuju kerumah baru Celestine. Selain itu, ibu bapa Celestine menceritakan bahawa Celestine pengsan sambil memegang kacip dan batu. Ibu Celestine memberikan kacip dan batu kepada Celestine. Remey, Igat, Celestine, dan Majeng saling berpandangan.

“Cermin Antik!!” mereka berempat bersuara.

“Cermin Antik belum pecah. Kita harus kesana!” tegas Majeng.

Mereka berempat mengangguk tanda faham. Mereka berempat meminta kebenaran dari hospital untuk keluar dari hospital. Nasib memyebelahi merekai kerana mereka diberi persetujuan. Namun, Celestine tetap mengunakan kerusi roda kerana kakinya yang terluka. Sesampainya dirumah yang sepatutnya disewa oleh Celestine, seperti sudah lama ditinggalkan. Kerosakkan dianggarkan 60% akibat dari kebakaran. Sekitarnya penuh dengan rumput lalang dan kubur yang tidak bernama. Remey menjadi penasaran bagaimanakah rupa rumah yang dilihat tempoh hari berlainan dengan yang dia lihat waktu itu. Dalam mencari kesimpulan, mereka didatangi seorang nenek tua.

“Cu, kenapa masuk kerumah ni cu? Tempatnya tidak selamat. Sudah lama ia terbiar.”

“Kami cuma ingin melihat keadaan didalam rumah tersebut nek.” Balas Igat.

“Hati hati cu. Setiap yang masuk tidak akan dapat menemu jalan keluar.”

Nenek tadi meneruskan perjalanan. Namun mereka berempat sudah sepakat untuk menghancurkan cermin pada hari tersebut. Mereka masuk kedalam dan ternyata cermin antik tersebut masih dalam keadaan bagus.

“KELUAR KAU PONTIANAK!!” Celestine berteriak.

Dengan serta merta langit menjadi gelap seperti hendak hujan. Bumi bergetar bagaikan gempa bumi. Mereka bertiga saling berpelukan kerana ketakutan. Namun Celestine tabah menghadapi saat genting. Kelihatan kedua dua tangan mula keluar dari cermin. Celestine ketakutan namun dia pantas menikam kacip kearah cermin. Kacip sempat ditangkap oleh pontianak tersebut yang sudah menayangkan wajahnya yang hodoh. Celestine bergegas kehadapan dan memukul cermin tersebut menggunakan batu bertubi-tubi. Akhirnya cermin tersebut pecah dan kelihatan rumah tersebut hampir seperti roboh. Mereka bertiga bergegas menolak kerusi roda menyorong Celestine keluar. Akhirnya rumah tersebut roboh dan hancur. Seluruh penduduk keluar melihat suasana tersebut. Mereka berempat berpelukkan dan mengucapkan syukur kerana masih diberi nyawa untuk bernafas. Celestine mengambil keputusan untuk tinggal dengan Majeng semula. Dia tidak mahu lagi mencari rumah lagi. Selepas kejadian tersebut, jiran-jiran tidak lagi diganggu oleh bunyi pelik dan sebagainya. Hiduplah mereka seperti biasa

6 thoughts on “Cermin Antik 3: Final”

Leave a Comment