CHAPTER 3 : PONTIANAK.

Pontianak itu masih lagi mengejarku. Dia terus mengilai – ngilai terbang di udara. Aku terpekik – terlolong sambil berlari menuruni blok Alpha. Entah mengapa, blok itu terlalu sunyi, sehingga tiada sesiapapun yang mendengar jeritanku.
” Ashantyyyy … Hi hi hi hi … ” pontianak itu mengilai – ngilai di angkasa.
” Arghhhhhh!!!! Pergi! Jangan ganggu aku! Tolongggg!!! Tolonggg!!! ” aku menjerit – jerit meminta tolong. Tetapi malangnya tiada sesiapapun yang mendengar jeritanku.
Sekali lagi aku menoleh ke belakang, melihat pontianak yang terus terbang di udara. Aku terus berlari hingga masuk ke dalam hutan di belakang blok. Sememangnya blok Alpha sangat dekat dengan hutan. Hanya terdapat tembok besar yang memisahkan universiti dan kawasan hutan. Tetapi entah kenapa, tembok itu tiada pada malam itu.

Hutan tebal itu aku redah dengan berkaki ayam. Hormon adrenalinku saat itu begitu memuncak, hingga aku tidak terasa sakit walau sedikitpun saat aku memijak batu dan daun – daun berduri yang terkena pada tapak kaki dan betis.
” Ashantyyyy!!! Mana kau!!! Hi hi hi … ” jerit si pontianak sambil ketawa saat aku menyorok di balik sebatang pokok besar. Di tepi pokok besar itu, terdapat pokok – pokok kecil yang merimbun, jadi pokok – pokok kecil itulah yang melindungi aku dan lebih menyukarkan pontianak itu untuk melihat aku.
” Mana kau?! “
Aku menutup mulut supaya tidak mengeluarkan apa – apapun suara. Air mata terus sahaja mengalir tanpa henti. Aku genggam tanganku yang semakin kuat menggeletar saat pontianak itu terbang di atas pokok – pokok tempat aku menyorok.

Ketika itu, pelbagai cerita dan kisah yang pernah aku dengar satu persatu menjelma di ingatan aku. Kisah yang paling terkenal adalah kisah mengenai perkampungan bunian yang memang sudah hangat diperkatakan oleh setiap pelajar di universiti ini, tidak kiralah pelajar senior mahupun pelajar baru. Masing – masing ada cerita mereka. Ada yang pernah ternampak sosok wanita cantik berkebaya putih yang sering muncul pada waktu maghrib dan dinihari. Ada yang ternampak anak kecil yang sedang bermain bola sendiri di kolej perempuan. Malah, bagi ada di antara mereka yang sixth sense, mereka pernah ternampak perkampungan bunian di sini!.

Tidak kurang juga kisah tentang kubu tentera jepun. Kononnya setelah Jepun mengaku kalah dan bersedia berundur dari Tanah Melayu, askar – askar Melayu telah membakar kubu pertahanan jepun yang dibina di atas tapak universiti ini. Mereka semua dibakar dan askar – askar Jepun yang berusaha keluar dari kubu akan dipancung hidup – hidup. Tapak universiti ini menjadi sejarah kematian mereka.

Ramai pelajar berkata, mereka terdengar bunyi derapan kaki askar – askar ketika tidur. Tak kurang juga yang mendengar bunyi tembakan dan bom yang kedengaran sayup – sayup. Ada juga yang bercerita bahawa mereka diganggu hantu Jepun ketika mandi.
” Dah m**i, kan? Buat apa nak kacau hidup orang, jadi hantu? Setahu aku, orang yang dah m**i semuanya kembali ke alam barzakh.”
” Alah. Kalau askar Jepun tu datang kacau, kita pasang je lagu negara dia. Konfem dia berdiri tegak je kat situ.”
Begitulah kata – kataku apabila mereka bercerita kisah – kisah seperti itu. Bagi aku, ia ibarat bedtime stories yang selalu dibualkan oleh pelajar – pelajar di sini sebelum tidur. Tidak lebih dari itu. Bagi aku antara hantu dan manusia, manusia yang paling kita perlu takuti.

Tapi yang peliknya cuma satu, tiada sesiapapun di sini yang pernah bercerita bahawa mereka pernah dikejar pontianak yang menyamar menjadi roomate. Tiada sesiapa yang pernah bercerita tentang perempuan berambut gerbang dan panjang, punya kuku dan taring yang tajam. Seluruh wajahnya penuh diurung cacing yang masing – masing sedang memakan isi daging mukanya, dan lidah dan giginya yang penuh dengan d***h merah pekat. Dan tiada sesiapapun yang pernah digigit oleh pontianak.

” Keluar kau, manusia! ” jerit pontianak itu lagi. Kini dia betul – betul bertenggek di dahan atas kepalaku. Aku yang sedang mencangkung di bawahnya terus memeluk tubuh dan menunduk ke bawah. Tidak mahu melihat dia yang sedang meninjau – ninjau di sekitar kawasan itu. D***h dan air liur yang mengalir dari mulutnya langsung jatuh ke kepala dan mukaku. Aku hampir – hampir sahaja muntah kerana tidak tahan akan baunya yang busuk dan hamis! Bagaimana kalau dia memakan aku dengan mulutnya yang busuk itu? Dan taring – taringnya yang tajam itu menikam – nikam kulit dan dagingku. Lantas aku dimamah dan diratah hidup – hidup olehnya. Kalau benar itu takdirku, alangkah malangnya nasibku!.

Oh, tidak mungkin! Aku tidak akan biarkan nasibku seperti ini! Ashanty m**i dimakan oleh pontianak? Itu adalah satu berita yang paling tidak cool untuk universiti aku. Manusia yang paling tidak pecaya dengan hantu, atau mungkin oleh aku katakan tidak pernah takut dengan makhluk yang bernama hantu, akhirnya m**i kerana dimakan oleh pontianak. Dan orang yang mengenaliku akan mengatakan bahawa itu adalah balasan untukku kerana tidak pernah percaya dengan perkara ghaib seperti hantu itu. Aku menggelengkan kepala berkali – kali.
Tiba – tiba aku mendapat satu idea. Segera aku menoleh kanan dan kiri, mencari sesuatu objek yang boleh aku jadikan sebagai umpan. Ahh, akhirnya aku terjumpa sebiji batu sebesar penumbuk yang berada dekat dengan tempat aku bercangkung.

Aku terus membaling batu itu kuat – kuat ke arah satu rimbunan pokok buluh yang agak jauh dari tempat aku menyorok. Pontianak itu terus terbang ke arah pokok – pokok buluh itu. Perlahan – lahan, aku bangun dan terus melarikan diri ke arah yang lain.
________________________________________________________________________
” Sah! Memang aku sesat!” desis hatiku.
Aku meraup wajah berkali – kali, mencari kembali segala kekuatan diri dan semangat yang memang dari tadi tercicir entah ke mana.

Dua jam yang lepas, aku masih berada di dalam bilik di blok Alpha selepas pulang dari dewan professional. Selepas aku habis mandi, makhluk ghaib itu menyamar menjadi kawanku dan mengajak aku untuk tidur bersama. Selepas itu, dia bertukar menjadi pontianak dan mengejar aku hingga ke dalam hutan.
Dan sekarang, aku tersesat ke dalam hutan yang tebal dan gelap ini.

Aku tidak tahu arah mana jalan pulang ke universitiku. Aku tidak tahu aku berada di mana sekarang. Dan yang paling penting, aku memang keseorangan tanpa apa – apa pun yang aku bawa dari bilik. Kalau aku bawa handphone, sekurang – kurangnya aku boleh hubungi kawan – kawan atau ahli keluarga aku.
Sekali lagi aku meraup wajah. Mungkin ini adalah nasib paling celaka dalam hidup aku.
Semakin lama, aku berasa semakin lemah. Walaupun kesan luka akibat gigitan pontianak itu telah aku balut dengan kain yang aku carik dari baju tidurku, tapi d***h masih mengalir hingga membasahi bajuku. Mungkin sebab aku ada penyakit anemia, jadi darahku susah untuk berhenti keluar. Aku semakin kekurangan d***h dan mula rasa pitam. Tetapi aku usaha juga untuk gagahi diri melangkah setapak demi setapak. Kalau aku lemahkan diri, mungkin aku akan pengsan di sini.

Tidak boleh jadi, kalau aku pengsan di sini, mungkin pontianak itu akan terjumpa aku dan aku akan diratah hidup – hidup! Tidak boleh! Aku tidak mahu m**i lagi!.
Tatkala aku terus berjalan tanpa arah, aku terlihat sesuatu dibalik dedaunan pokok – pokok yang tinggi. Pada mulanya aku berfikir itu adalah bulan, tapi semakin aku berjalan mendekati cahaya itu, semakin cahaya itu jelas dan besar.

Rupanya, cahaya itu datang dari sebuah menara. Aku mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukur. Sekurang – kurangnya, ada tempat untuk aku meminta bantuan.
Aku terus berlari ke arah menara itu. Datang sepintas lalu fikiran di mindaku. Menara apakah itu? Siapakah yang duduk di tengah – tengah hutan begini? Dan mengapa di hutan yang tebal dan gelap ni, yang ada cuma satu menara itu sahaja? Tiada rumah orang lain. Dan kenapa si pemilik menara itu duduk di sini sendiri?.
Tapi, dalam keadaan genting begini, perlukah aku berfikir semua itu?.
… BERSAMBUNG

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur

2 thoughts on “CHAPTER 3 : PONTIANAK.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.