Assalamualaikum. Sekali lagi nama pena aku Rose. Ini adalah nukilan ku yang kedua di FS selepas “Kawanku Musuhku” tempoh hari. Terima kasih FS kerana sudi menyiarkan kisah tersebut. Terima kasih juga kepada kalian kerana sudi membaca.
Cerita yang akan ku ceritakan adalah kisah benar yang berlaku kira- kira 18tahun lepas iaitu tahun 2000. Kisah ini diceritakan oleh mak dan makcik aku. Unsur seram tidak lah sangat.
Sebelum tu aku terangkan dahulu watak utama dalam kisah ini. CikNeng adalah sepupu emak aku. Waktu kisah ni berlaku usia CikNeng dalam 28 tahun dan mempunyai teman lelaki berusia lebih kurang sebaya. Mereka dalam perancangan nak mendirikan rumah tangga ketika itu. CikNeng ni putih orangnya, sedikit chubby dan berambut pendek bahu. Kalau ikutkan dari cerita mak aku, CikNeng di peramah, kelakar dan tak kedekut langsung. CikNeng rapat dengan makcik aku. Aku gelarkan makcik aku ni CikMawar lah ye bagi mudah sesi penceritaan. CikMawar ni adik kandung emak aku.
CikNeng bekerja sebagai operator kilang di salah sebuah kilang di Ampang. Bagi pekerja kilang mereka telah disediakan dengan kemudahan asrama dan bas kilang untuk pergi balik kerja. Asrama CikNeng ada 3 tingkat. Level 1 untuk bilik air, ruang tamu dan dapur. Manakala, level 2 dan level 3 pula adalah asrama pekerja. Setiap level ada 2 bilik asrama. CikNeng menetap di level 3. Dia tinggal di dalam bilik seorang diri kerana tidak mempunyai roommate. Sudah menjadi rutin harian bagi CikNeng dan rakannya setiap hari untuk bangun awal solat subuh dan sarapan barulah pergi kerja. Tapi tidak pada hari tersebut kerana CikNeng tidak pergi ke kerja. Puas sudah kawan-kawannya memanggil CikNeng dari luar bilik untuk pergi kerja tapi tiada sahutan. Ada jugak yang menjenguk dari pintu CikNeng. Dilihat CikNeng elok baring atas katil membelakangi pintu bilik tidur nya.
“Nyenyak betul tidur tu mungkin tak sihat”. Kata salah seorang daripada mereka. Sudahnya mereka terus ke kerja dan sempat berpesan kat CikNeng untuk makan nasi dan ubat. Pintu bilik CikNeng tak ditutup rapat.
Seharian bekerja pulang ke asrama pun dah maghrib. Pelik lah mereka ni bila melihat pintu bilik CikNeng masih dalam posisi yang sama. Hebat tak hebat nya mereka berkawan ni. Kedudukan pintu bilik pun mereka perasan sama ke tak. Haha. Jadi mereka panggil CikNeng berkali- kali langsung tiada sahutan. Risau lah mereka dengan kawan baik mereka sorang ni. Cepat-cepat mereka kuak pintu bilik CikNeng, alangkah terkejutnya mereka tengok CikNeng masih dalam posisi tidur yang sama. Makanan yang mereka hidangkan atas meja sebelah katil pagi tadi sebelum kerja pun tidak terusik.
Masa tu barulah mereka pegang dan palingkan badan CikNeng kebelakang. Bertambah terkejut mereka, wajah CikNeng lebam kebiruan seolah baru lepas ditumbuk dan kaki CikNeng diikat. Terus mereka call bos untuk maklumkan. Tak lama kemudian polis datang nak buat siasatan setelah bos mereka buat aduan.
Menangis lah seisi rumah tu melihat kejadian tersebut. Menurut siasatan polis ada penceroboh yang masuk ke bilik CikNeng pada malam kejadian dan belasah CikNeng. Kemudian suspek ikat kaki CikNeng sebelum muka ditekup dengan bantal hingga mangsa meninggal dunia. Maksudnya malam tu CikNeng dah meninggal. Patutlah bila kawan-kawan CikNeng panggil tak menyahut pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Padahal CikNeng ni biasanya orang paling awal bangun tidur. Macam biasalah prosedur polis. Kawan-kawan CikNeng dan majikan disoal siasat untuk cari bukti dan saksi. CikNeng dibedah siasat di hospital. Tak sure hospital apa. Teman lelaki CikNeng dan keluarga lain tergesa datang ke hospital termasuklah ayah aku.
Malang tidak berbau untuk CikMawar sebab keluarga aku lupa nak inform awal mengenai kematian CikNeng dekat dia. Kebetulan pula CikMawar tinggal kat asrama kilang juga. CikMawar kerja kilang elektronik di Subang. Zaman tu mana lah ada handphone sgt. Kalau ada pun handphone besar botol air tu. Telefon rumah je lah ada. Kes bunuh CikNeng ni sampai masuk surat khabar masa tu. Bila CikMawar dapat tahu kematian kawan baik dia ni menangis teruk dia. Takde lah lewat sangat dorang inform CikMawar. Sehari selepas laporan polis dibuat, family aku baru call CikMawar. Tu pun dalam tengahari. Emak aku cerita waktu dorang dapat panggilan mengatakan CikNeng meninggal adalah malam lepas laporan polis dibuat oleh kawan kilang CikNeng. Esok pagi tu ayah aku dah bergegas ke hospital. Emak aku tak ikut sebab aku dengan adik aku kecik lagi takde siapa jaga.
CERITA CIKMAWAR:-
Benda ni jadi pada hari yang sama CikNeng tak pergi kerja (dah meninggal,macam mana nak kerja. Heheh)
CikMawar bangun pagi nak siap pergi kerja. Masa CikMawar dalam tandas syok mandi, terdengar pintu bilik air CikMawar diketuk berkali-kali. Tapi ketukan lembut lah. CikMawar ingatkan kawan dia nak masuk bilik air. Maklum lah bilik air kena kongsi ramai. Bilik air CikMawar ni pulak dalam bilik tidur je. Jadi kalau keluar bilik air memang jelas terpampang lah katil. Boleh tahu lah sape yang dah bangun ke belum.
“Kejap. Nak siap dah ni!” Jerit CikMawar bila ketukan masih ada. Terkocoh- kocoh lah CikMawar keluar bilik air. Buka je pintu bilik air takde sape yang dah bangun. Kawan- kawan semua atas katil masing-masing tengah layan mimpi. Kepelikan lah disitu CikMawar tapi diignorekan segera memikirkan dia ni penakut. Nanti terlebih fikir kang lagi penakut lah beliau. Dipendekkan cerita CikMawar nak solat subuh. Bilik CikMawar ni kat level2. Biasanya CikMawar solat di tangga je sebab bilik padat. Takde ruang nak solat. Tangga asrama CikMawar ni macam tangga sekolah tu. Turun sikit lepastu ada ruang lapang, barulah turun tangga lagi. Ha CikMawar solat di ruang lapang tangga tu lah. Boleh imagine tak? Semasa CikMawar solat tu, ada kelibat orang jalan sebelah dia menuruni tangga. Lega sikit hati CikMawar sebab kawan dia dah bangun.
Selesai je solat laju CikMawar jenguk kat tingkat bawah nak tahu sape yang turun tangga tadi. Takde sape! Uish ni bukan main- main dah ni. CikMawar jerit nama kawan- kawan dia. Manalah tahu mungkin mereka nak bergurau. Tapi tiada siapa sahut. Laju CikMawar mengorak langkah ke tingkat atas. Dengkuran kawan- kawan dia yang kedengaran. Complete semua kawan ada atas katil. Maksudnya tiada sape yang bangun lah. Jadi sape yang lalu sebelah CikMawar masa solat tadi. Bingung CikMawar. Bulu romanya dah meremang memikirkan hal tersebut. Dia sangat-sangat pasti memang ada orang yang lalu sebelah dia untuk turun tangga. Punya tak puas hati CikMawar ni, terus dia gerakkan semua kawan- kawan dia dan marah.
“Sape yang kacau akak ni. Korang jangan bergurau lebih-lebih. Sape yang turun bawah tadi masa akak solat?!” Lantang suara CikMawar bertanya. Maka, blur lah kawan-kawan dia sebab mamai baru bangun tidur. Melihat reaksi mereka CikMawar agak dah ni bukan kerja mereka, tapi kerja “tu”. Ha sudah. Pertama kali dia diganggu. Sebelum ni takde pulak kes-kes makhluk halus ni. Sudahnya CikMawar terfikir- fikir kejadian tu sampai lah esoknya dapat panggilan.
“Mawar! Balik rumah akak sekarang. Neng dah meninggal!”
Terkedu seketika. Airmata tak usah cakap lah dah mengalir. Bagi CikMawar mungkin yang kacau dia semalam adalah CikNeng. Yelah mereka bff. Kemungkinan tu buatkan airmata CikMawar mengalir lagi.
Selang beberapa minggu kemudian, penjenayah kematian CikNeng dapat diberkas. Mudah kan? Memang lah mudah, penjenayah tu sendiri serah diri setelah solat hajat dilakukan setiap hari oleh orang kampung. Hehe. Kuasa Allah tiada sape boleh lawan. Hati manusia Allah yang pegang. Penjenayah tu pun orang yang paling tak disangka-sangka sekali oleh semua orang.
Teman lelaki CikNeng adalah penjenayah tersebut. Menurut keterangan punca dia membunuh CikNeng kerana jatuh hati dengan adik kandung CikNeng tu sendiri. Lelaki tu taknak kahwin dengan CikNeng. Mereka ni bercinta bukan pilihan keluarga pun. Sama-sama yang jatuh hati lepastu plan nak kahwin dalam waktu terdekat. Lelaki tu pulak jatuh hati kat adik CikNeng dah kenapa sampai nak membunuh. Mintak putus je kan senang. Contoh lah mungkin CikNeng taknak putus. Lari lah atau hilangkan diri ke. Tak perlu nak membunuh. CikNeng bukan garang pun. Selama ni mereka bercinta, CikNeng yang banyak bantu lelaki tu dari segi kewangan. CikNeng pun selalu jugak kena pukul dengan teman lelaki dia tu. Pukul macam mana aku tak pasti lah pukulan manja ke apa. Ni aku dengar daripada makcik- makcik aku je. Tapi cinta punya pasal CikNeng hadap je lah.
Akhirnya, lelaki tu dipenjarakan. Tak pasti berapa lama sebab kami pun dah tak ambil peduli mengenai dia. Cuma doakan arwah CikNeng dalam kalangan orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat ye. Al-Fatihah.
Sekian. Assalamualaikum.
YeAy first!
haritu tak dapat jumpa ig akk ah ðŸ˜
Akak dah tukar id ig akak kelmarin. Kalau cari skrg komfem tak jumpe lah dek oii.
ape ig
Al-fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama hambaNya yang bertaqwa. Sedihnya😢
allahu…..semoga arwah tenang disana….Al-Fatihah….
sedih rasa dihati bila org baik2 teraniaya. semoga arwah tinggal dalam kalangan org2 yang beriman amin.
thanks for sharing.
best cerita akak ni..kalau ada sharing lagi yer.
Are you blackpink rose?😂