Cik Wan Meryam

Assalamualaikum semua pembaca fiksyen shasha..Aku MrDD ( bukan nama sebenar ), Selama ni hanya menjadi pembaca tegar sahaja, tetapi hari ini terasa nk berkongsi cerita yang mungkin kita
boleh jadikan tauladan dan pengajaran…

Zaman dahulu ramai orang2 lama yang suka akan benda2 tahyul atau suka akan membela saka dan sebagainya, aku tak pasti samada dia orang “suka” atau terpaksa untuk mengambil@membela saka ini.. Jadinya , termasuklah nenek aku ni .. nama dia Wan Meryam.. Dia adalah nenek tiri aku.. Banyak kisah2 seram yg sering dicerita oleh ibu dan arwah ayah kepada aku..

Dulu arwah tokki (Musa) aku berbini dua, Wan Meryam ni adalah bini nombor dua.. Nenek aku ( Zaharah ) mempunyai 5 orang anak dan Wan Meryam pula 2 orang anak.. Tetapi nenek aku meninggal semasa melahirkan anak nya yang kelima, jadi nya Wan Meryam lah yang akan menjaga anak2 tiri nya.. Usia mereka adik beradik masing2 masih muda , yg sulong baru awal 15tahun dan yang nombor 4 adalah berumur 10tahun.. Anak2 Wan Meryam pula berumur 13tahun dan 14 tahun..

Diawal kehidupan 5 adik beradik ini harmoni , dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana.. Tetapi selepas adik paling bongsu berumur 5tahun, kehidupan mereka berubah.. sering sekali dimarah , dipukul dan dihina oleh ibu tiri nya dan ayah meraka hanya berdiam diri tanpa ada apa2 perasaan.. Kadang2 ayahnya juga menjadi mangsa isterinya.. Disimbah air panas, dipukul, semua tu makanan untuk mereka semua.. Lagi 2 adik beradik yang lain hidup seperti raja di dalam rumah, mereka berdua kesian akan adik beradik tirinya tetapi tidak boleh buat apa2 dek kerana takutkan ibunya sendiri.

Satu malam, abang sulong terbangun tengah malam untuk ke tandas, dia ternampak ibu tiri nya sedang melakukan sesuatu di dapur dengan periuk nasi berada dibawah kelangkangnya. Perkara
itu menjadikan perasaan abg long berdebar dan perasaan ingin tahu membuak2. Tetapi malangnya nasib abg long kerana ibu tiri mendapat tahu yang abg long sudah ternampak. Serta merta keadaan didalam rumah itu seperti ditiup angin dan lampu rumah berkelip2.. Abg long yang dalam keadaan ketakutan terus larikan diri ke bilik nya.. Mencuba untuk lelapkan mata tetapi itu semua sia2.. Tidak lama selepas itu, Keadaan menjadi reda tiada lagi angin dan lampu yg berkelip2..

Keesokan paginya, ibu tiri nya seperti sangat marahkan abg long, apa sahaja abg long cuba bantu di dalam rumah, sudah semesti akan menjadi kesalahan yang sangat besar untuk abg long sehinggakan kesemua anak2 tiri nya tidak diberikan makanan. Biskut dan roti sahaja lah menjadi makanan asasi mereka.. Ayahnya bekerja sebagai pemandu lori balak, jarang sekali berada dirumah..Mereka akan merasa kenikmatan makanan hanya apabila ayahnya pulang cuti di rumah tetapi itu tidak lama.. Adik beradik ayah sering datang ke rumah untuk melihat dan bertanya khabar mereka lima beradik.

Setiap kali adik beradik ayah datang untuk bermalam disana, setiap kali tu lah mereka akan dikacau.. Kaki ditepuk, selimut ditarik, nampak ibu tiri di dua tempat dalam waktu yang sama. Paksu ayah pernah bercerita , ada satu hari paksu hendak bermalam di rumah.. Malam itu paksu terlambat sedikit sampai atas sebab pergi jumpa kawan2nya dahulu, ketika paksu hendak ke tandas, paksu ada terdengar bunyi bising didapur seperti orang bertukang.. Alangkah terkejut nya paksu apabila terlihat Wan Meryam sedang makan ayam mentah dengan tersangatlah rakus..
Serta merta paksu meninggalkan rumah itu.. Perkara ini ada paksu cuba bercerita kepada adik beradik ayah yang lain dan apabila adik beradik ayah cuba untuk melakukan sesuatu mesti semua perkara yang hendak dilakukan itu terbatal.. akan ada sahaja halangan untuk dilaksanakan..

Teruk ayah kena dengan isterinya.. Jika di ubat, akan baik sementara sahaja, lepas tu akan jadi balik bahkan lagi teruk.. ayahnya ni diberi makan makanan yang kotor, dan dah sebati didalam badan.. 10tahun keadaan dibiarkan macam itu dan umur ayahnya tidak panjang.. Dia pergi buat selamanya.. Tinggal lah ibu Wan Meryam , anak2 tiri dan anak2 kandungnya.. Masing2 sudah besar panjang dan ada kehidupan sendiri, yang masih tinggal disana ibu tiri bersama anak2 kandung nya sahaja..

Hari demi hari, tahun demi tahun ibu tirinya sudah boleh menerima baik anak2 tiri nya.. Tetapi belaan ibu tirinya masih ada.. Ada satu tahun tu, hari raya aidilfitri , kesemua anak2 kandung dan tiri tidak dapat balik awal dan masing2 akan balik pada pagi raya.. Alangkah terkejutnya semua apabila melihat menu untuk dimakan pada pagi raya tersusun penuh di atas meja.. Cakap sahaja nak apa, semua tersedia di atas meja.. Masing2 pelik siapa yang mampu masak kesemua tu bila ibunya sudah berumur 80tahun..

Wan Meryam sudah ada cucu 7orang, pernah juga cucu nya di usik dengan belaan nenek nya sendiri.. Disangkakan neneknya sedang gosok baju, bila ditegur diam sahaja.. Tiba2 nampak nenek keluar daripada dapur.. Menangis cucu nya apabila dimain2kan oleh belaan nenek.. Bermacam2 kejadian yang berlaku didalam rumah dan hampir kesemua nya pernah ditegur dan ternampak belaan ibunya dalam jelmaan ibunya sendiri.. Umur 85tahun , ibu Wan Meryam sakit dan tidak mampu untuk berjalan tetapi selera ibunya seperti orang yang sihat walafiat.. hampir 7 bulan lama nya sakit..

Kesemua anak2, baik kandung atau tiri bersetuju untuk memanggil ustaz bagi tujuan berubat ibu nya.. Menurut ustaz, belaan ibu ni sudah sebati didalam badan ibarat nya sudah jadi d***h dan daging.. Sukar untuk ustaz itu berubat seorang diri.. Akhir nya berkat usaha ustaz dan kawan2 ustaz berubat ibunya, belaan nya dapat dihapuskan dan menurut ustaz ibu wan meryam sudah lama meningal dunia.. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan..

Sekian …

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

AbgJanggut

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.