#CikPelik – Kerja Pertamaku

Terima kasih sekali lagi jika Admin sudi untuk post kan cerita saya kali ketiga ini.

Seperti biasa, nama saya ila. dan kisah2 yang saya akan cerita ini adalah pengamalan yang datang pada saya ataupun pada kawan2 saya. moga terhibur.

*******************************************

Aku bekerja sebagai khidmat pelanggan disalah satu “call centre” di kuala lumpur. pada minggu ini aku telah ditugaskan untuk bekerja diwaktu malam bersama teman2 satu kumpulan ku. dan kisah ini terjadi buat kali pertama dalam sejarah hidup ku.

Jam menandakan pukul 12 malam, menandakan lagi 2 jam lagi aku akan pulang daripada waktu kerja ku. ketika ini panggilan daripada pelanggan mulai berkurangan dan aku tersandar lemah di kerusi ku.

dalam keadaan agak mengantuk, aku bangun dan menuju ke tandas. “arif, nak pergi mane? smoking ke?” aida bertanya apabila melihat aku berlalu pergi ke leader aku. “taklah aida, nak pergi toilet sekejap.” sambil aku tepuk bahu leader memberitahu aku keluar sekejap ke toilet. “weh arif, nak aku teman kau tak? kau tahu kan toilet dekat floor kita ni rosak. en aidil dah pesan kalau pergi toilet bawah tu jangan sorang2. kau nak aku teman tak? kang japgi ade yang meneman kau balik sini pulak kang.” akim berkata sambil ketawa memerli.

aku dengan rasa tercabar sedikit terus bercakap “takpela akim, aku okay je. alaa takkan lah dia nak ikut aku balik. aku tak kacau dia. aku harap dia tak kacau aku lah.” aku terus berlalu pergi. tapi kalau nak diikutkan memang agak takut juga sbb memang dah banyak orang komplain pasal toilet bawah tu. tapi nak buat macam mana dah tak tahan sangat lebih baik terus jeh pergi. lagi cepat pergi lagi cepat balik.

*******************************************

setelah membuat pembuangan, aku terus menuju ke tempat cuci tangan. tengah dok sibuk cuci tangan tiba2 mata aku tertumpu dihujung tandas tu. aku nampak akim disitu dengan keadaan mencuci tangan jua. aku dengan agak tersengih menganjing terus bercakap.

“laa akim, tadi dok cakap aku penakut. ni dah kenapa tiba2 aku turun sekali ni? takut lah tu kan? tu lah tadi cakap aku penakut, sekarang kau yang penakut turun sekali dengan aku. tak bagitahu lak tu. taknak aku perli lah tu.” dan aku terus tergelak terbahak2 sambil keluar dari toilet itu.

seterusnya aku terus tekan simbol atas di lif tu sambil jerit “akim , berapa lama lagi kau nak cuci tangan tu. jom lah. aku gurau jeh.” sambil terjengah2 kepala aku melihat didalam toilet yang dimana hanya lihat rambut akim dan sisi badan akim sahaja. aku dok tekan punat lif banyak kali tapi aku terasa kali ni agak lama pulak lif nak sampai walhal kalau sebelum ni tak sampai 5 minit pun.

“cepat lah lif oi, lame sangat dah ni kang ade aku naik tangga kang.” aku terus mengomel. kalau nak ikutkan sebenarnya aku dah mula rase meremang tetibe. yang si akim dalam toilet tu masih ditoilet sambil tengok cermin tak sudah2. aku dengan rase marah nya, terus pandang ke pintu toilet dan jerit “akim oii, kau taknak naik ke? dah lah lif problem ni tak sampai2. jom lah naik tangga.”

dengan tiba lampu di floor tu terus berkelip2. kalau korang tanye pasal aku jangan cakap apelah. memang aku dah mula rase seram sejuk dengan bulu roma meremang tak sudah2. yang si akim nya dekat toilet tak keluar2. rase nak marah ade. rase takut pun ade. tetibe bila aku pandang toilet balik, si akim dah takde dkt cermin tu dah. aku mulai pelik. sebab aku rase baru sekejap aku tak pandang.

“akim kau masuk ke toilet ke? cepatlah weh. dah bpe lame dah ni.” aku terus mengomel. yang pelik nya kenapa lah kaki aku ni tak kuat nak melangkah ke toilet tu untuk tengok si akim tu. tapi bila aku rase yang tingkat tu sunyi gila walaupun bunyi air pun takde langsung, aku terus gigih masuk ke dalam toilet.

aku dok tolak satu persatu pintu tandas supaya memastikan memang tadi akim bukan “orang lain”. sampai lah pintu yang kedua terakhir aku dah mula rase berdebar. aku dah mula rase ade benda yang tak kena. bila aku buka pintu yang terakhir, lampu dekat bilik air terus terpadam. peluh jangan cakap berjurai jeh. aku seluk tangan aku ke dalam poket untuk mengambil phone aku dan nyalakan touchlight.

bergantung kan touchlight aku terus keluar dari toilet tanpa memikirkan “akim” tu. aku terus menuju ke tangga bila memandang kan lif pun rosak. sampai je ditangga dengan bekalkan lampu aku terus naik satu tapak ke satu tapak. lampu ku hanya ku sulur kan dibawah sahaja supaya aku dapat lihat tangga2 itu.

aku anggarkan sampai tangga ke 5, tiba2 aku nampak ade sepasang kaki berdiri tegak. kalau nak diikutkan cara pakaian tu sebijik macam akim. tapi aku tak berani nak suluh sepenuhnya sebab gelagat “akim” tu duduk ditangga sambil tutup mukanya. dalam nada yang perlahan aku dengar si “akim” tu menangis mendayu. walhal lelaki. korang pasti akan terfikir takkan lelaki boleh menangis mendayu sedemikian.

hati aku tak keruan. nak lari, rase kaki sudah digam dekat lantai. tapi aku gagahkan jua untuk naik tangga slow2 melintasi si “akim” itu. dalam hati aku mengomel kenapa lah aku tak ajak akim sebenar untuk teman aku tadi. sampai jeh ditangga satu lagi, tiba2 aku nampak lagi “akim” yang sama duduk dalam keadaan yang sama ditangga atas.

kelakian ku mula terbatas. cuba untuk baca segala surah tapi tunggang langgang. aku cuba tarik nafas dan baca surah dengan perlahan dan lancar. tiba2 si “akim” tu terus memandang aku. dengan mukanya sangat buruk. ibarat menggelupas terbakar. aku dengan agak terkejutnya aku cuba gagah diri untuk teruskan naik tangga sampai ke atas.

“nak pergi mane. tadi kau cakap kau nak tunggu aku?” si “akim” tu bersuara sambil nangis mendayu2. aku dengan rase takut ku dah paras memaksima, aku terus pecut berlari naik ke floor semula. sampai dekat sane aku dah tercungap. akim terus tepuk bahu aku tanye aku okay ke tidak. kalau ikutkan aku rase nak lempang muka akim sebab nak tahu tu akim betul ke tidak. tapi bila aku tengok muka dia handsome semacam jeh aku terus ia kan.

aku dok tanye dorang macam mana boleh blackout. dorang taktahu tengah jawab call tiba2 lampu terus terpadam. en aidil datang membawa lampu touchlight dan minta kitaorang untuk kemas barang dan turun ke bawah. jam ketika tu dah pukul 1 pagi. bila aku teliti jam telephone aku bru aku sedar rupanya aku dekat bawah dah nak hampir sejam.

“arif, kau pergi mane tadi. lame nya. kitaorang sebenarnya turun melalui tangga lepas blackout untuk cari kau. kitaorang dok panggil nama kau tapi kau tak nyahut.” tanya akim kepada aku walhal kalau diikutkan aku lama gila dekat area tangga tu sedang lawan ketakutan aku melihat “akim” itu.

tapi aku diam dan aku cakap “aku dalam tandas. aku takut aku tunggu jeh dkt situ. tapi bila aku fikir lame sgt. aku terus keluar dan berlari. aku dengar korang panggil tapi aku takut bukan korang.” aku berdalih untuk menghilangkan rasa takut yang takpernah turun lagi dari tadi.

en aidil datang sekali lagi memaksa kitaorang untuk segerakan kemas barang2 sebab minta kami turun ramai2 taknak ade sorang pun tinggal. kitaorang berkumpul di lif dan en aidil kira sorang2. kalau ikutkan dalam floor ada dalam lebih kurang 20 orang. tapi bila kitaorang kira kekurangan sorang.

jadi encik aidil minta aku dan akim teman dia untuk cari sorang lagi. manakala yang lain mulai turun beramai. aku dan akim berjalan dua manakala en aidil hanya berjalan sorang sahaja mencari sorang lagi member kitaorang.

kitaorang dok menyuluh2 dekat satu2 meja. tapi tak jumpa. sehingga kan kitaorang terbehenti dimeja yang berdekatan dengan bilik meeting dan pantry terus kitaorang tercegat kaku. mula2 nak jerit panggil en aidil. tapi kitaorang batalkan niat takut yang sebenarnya “seseorang” yang duduk dikerusi tu memang salah sorang kawan kitaorang.

kitaorang mulai menghampiri “seseorang” itu dan ingin menepuk bahu. tiba2 “korang jom gerak, dah jumpa dah. dah boleh balik dah ni.” en aidil datang dan memanggil kitaorang untuk gerak. aku dengan akim berpandangan sendiri dan akim pandang ke arah meja tu. malangnya takde orang langsung dekat meja tu.

kitaorang dengan keadaan yang taktahu nak cakap macam mana rasa takut nya tu terus bergegas lari keluar melintasi en aidil dan kawan kitaorang tu dan turun tangga dengan pantasnya.

sampai bawah kawan2 kitaorang tercengang tengok muka pucat kitaorang. en aidil turun dengan keadaan pelik kenapa kitaorang tinggalkan dia. selepas dari itu en aidil minta kita untuk beransur balik kerana blackout.

*******************************************

keesokkan hari nya aku datang kerja seperti biasa. aku dah pesan pada diri aku untuk mengelak daripada kejadiaan semalam. harini pulak aku dapat khabar berita yang akim demam panas dan ambil cuti selama beberapa hari. untuk pengajaran jangan terlampau yakin dan berlagak. kerana ada lagi alam lain yang menumpang kehidupan sama macam kita.

kalau korang nak tahu kenapa akim demam panas. sebab waktu kitaorang jumpa “seseorang” itu, akim memang dah pegang bahu si dia itu. waktu en aidil panggil kitaorang tu akim dah pandang dulu ke arah “seseorang” itu. dan untuk pengetahuan korang ape yang dia nampak tu same dgn ape yang aku nampak.

untuk aku, aku nampak muka akim. tapi ketika itu akim nampak muka en aidil. sebab tu dia boleh demam panas. waktu aku pandang memang dah takde dah “seseorang” tu. dan itu lah pengalaman kami bekerja disitu. almost 3 tahun juga aku kerja situ. pengalaman memang mengajar kita. harap terhibur. terima kasih.

Assalamualaikum, D.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cik Pelik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

21 thoughts on “#CikPelik – Kerja Pertamaku”

  1. 1st aku bca mcm dh penah baca nie, tp diubah sikit lah. Smpi aku scroll lelaju nk tgk btul ke cite aritu pny… Tp mcm ada yg beza so akhirnya bc full.. Pepun, best jgalh 👍

    Reply
  2. Sorry semua. Cerita ni memang dah pernah diceritakan. Tapi disebabkan tak dapat login, ingat cerita haritu tak dihantarkan. So tu yang buat balik cerita yang lagi details. Tapi bila check rupenya ada. Dah email dekat fiksyen shasha minta cerita ni tak disiarkan sebab cerita ni hampir sama. Cume lebih details dari sebelum ni. Minta maaf ye pada yg membace. Akan ade lagi cerita lain.

    Reply
  3. seram woo..terbayang masa naik tangga kat mall kat ampang dlu..mall kat situ tangga mmg gelap giler weii..haha..seram woo

    Reply
  4. “Seperti biasa, nama saya ila. ”

    “dalam keadaan agak mengantuk, aku bangun dan menuju ke tandas. “arif, nak pergi mane? smoking ke?” aida bertanya apabila melihat aku berlalu pergi ke leader aku. “taklah aida, nak pergi toilet sekejap”

    ni kompom seram… kejap die Ila.. kadang2 jd Arif.. .. hmmm..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.