#CikPelik – Tiga Sekawan & Warden

Terima kasih FS jika menyiarkan kisah saya untuk yang kedua kali. Maaf untuk kisah “teringat kisah ini” jika membosankan. Saya baru menulis dan sebenarnya saya hanya menceritakan sahaja. Jadi saya harap yang kedua ini tak membosankan untuk anda semua ya.

Seperti biasa nama aku Ila (bukan nama sebenar) akan menceritakan serba sedikit kenangan yang mula aku teringat satu persatu.

***************************************

Ketika satu petang yang membosankan, aku, Nini dan Zizi terbaring di atas katil dan memikirkan apa aktiviti yang ingin kami lakukan.

Tiba-tiba Nini bersuara, “Weh Ila, Zi. Apa kata kita buat aktiviti, kita pergi dorm ke dorm dan minta baju kotor untuk kita basuh? Baju dan seluar jela. Barang kecik dorang takyah lah kita sibuk nak cuci.”

Aku dan Zizi ketawa terbahak2 kerana memikirkan pendapat Nini yang begitu baik sehingga sanggup untuk membantu semua orang di waktu lapang ini.

Zizi pula bersuara, “Baik sangat ah kau ni. Dah bosan sangat ke sampai takde aktiviti lain selain dari tu?”

Aku mulai terdiam dan menganggap pendapat itu adalah sewajarnya untuk menghilangkan kebosanan di petang tu. Ketika itu, “Weh Zi! Okay juga pendapat Nini tu. Jom jela lagi pun kita memang bosan ni.”

Seterusnya, bermula la episod di mana kami pergi dorm ke dorm untuk mengambil baju kotor mereka dengan baik hatinya. Setelah dapat semua baju-baju itu, kami turun ke bawah sekali ke tempat cuci baju yang paling besar pada pukul 6.30 petang.

Kalau diikutkan tempat tu la di mana senior kami terlanggar anak jin yang sedang leka menghisap “darah kotor” jika kita tak membersih secara elok. P/s: Maaf kalau ayat agak kasar.

Seketika di bawah, Nini dan Zizi ketawa mengejek sesama sendiri kerana terlampau baik untuk membasuh baju semua orang. Ketika itu aku bersuara, “Korang yang nak kan? So kita buat sama-sama.”

Aku, Zizi dan Nini mengagihkan sama rata baju-baju itu sesama sendiri. Pada ketika itu Zizi menyanyikan satu lagu (maaf tidak ingat lagu tu). Masa itu aku dan Nini turut mengalunkan lagu tersebut sambil ketawa kerana Zizi mengalunkan lagu dan sambil menari zapin.

Sedang kami ketawa, tetiba Nini meminta kami untuk diam seketika. Masa itu lah kami terdengar “hihihi” satu helaian tawa yang halus tapi panjang ibarat dia menyertai juga perbualan kami itu. Zizi pula boleh terlepas cakap dan tanya, “Siapa tu? Kakak senior ke? Jangan main-main!”

Padahal bila tengok jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7 petang lebih. Tiba-tiba Zizi bernada pelik, “Kau ni, mana ada orang kat asrama. Kita je kat sini kan. Semua orang pergi surau untuk menunaikan solat seperti biasa kan?”

Zizi menjawab pulak, “Laa mana la tahu ada orang lain. Kak Den (warden asrama) bukannya naik cek satu-satu pun.

Sudahlah! Mungkin kakak senior sibuk kacau. Kau ni penakut lah.

Kami pun teruskan mencuci baju tu sampai habis. Sekarang masa untuk menyidai baju-baju tu semua di ampaian pula. Aku berkata pada mereka, “Kita mandi siap-siap, naik atas solat sama. Lepas solat kita sidai sama-sama baju ni. Zizi dan Nini setuju cadangan aku tu. Kami pun mandi dan naik atas untuk menunaikan solat maghrib.

Jam menunjukkan pukul 8 malam.  Waktu ini sepatutnya waktu prep untuk ke kelas dan buat ulang kaji. Tapi kitaorang menyorok dalam asrama sebab kitaorang nak sidai semua baju yang banyak tu. Kalau buat time balik prep dah pukul 11 malam. Lampu akan tutup dengan secara auto pukul 11.30 malam. Jadi, kami lagi sanggup tak pergi prep malam.

Senior dan kawan-kawan lain berjalan ke arah kelas. Kami pulak hanya menyorok di sebalik loker bilik aku kerana takut warden cek bilik. Dalam pukul 8.30 malam kami keluar dari bilik dan turun ke bawah.

Tiba-tiba seorang warden nampak kami berlari di tingkat bilik kami dan terus jerit memanggil kami untuk turun ke bawah.

Biasalah kalau dah tak pergi prep , confirm kena rotan. Sampai dekat depan warden, Kak Den melihat kami dan hairan seterusnya bertanya dengan nada marah, “Mana kawan kamu lagi sorang?”

Aku, Zizi dan Nini dah pelik dan pandang satu sama lain, “Kami bertiga je ni kak. Dari petang tadi memang kami bertiga je”

Tapi Kak Den tu masih marah dan cakap, “Waktu korang lari menunduk tu, ada sorang budak belakang kamu tapi dia tak tunduk. Sebab tu saya nampak korang.”

Kami dah meremang dan pandang satu sama lain. “Kak, seriously kitaorang bertiga je kak. Takda orang lain dengan kitaorang.” Aku bersuara untuk pertahankan dan hilangkan takut kitaorang.

Muka kakak warden tu dah pelik dan dah lain. Disebabkan dia nak hilangkan takut dia, dia bersuara, “Takpe la, aku temankan korang sidai baju tu. Tapi ingat ni last warning. Kalau korang buat lagi sekali. Korang tidur dekat padang asrama.”

Aku, Zizi dan Nini menarik nafas lega. Kitaorang terus bergegas ke ampaian dan menyidai kesemua baju itu. Selepas itu kakak warden tu menyuruh kami naik ke bilik masing2, ambil beg dan pergi juga ke prep malam.

********************************************

Esok harinya kami dipanggil oleh kak warden ke bilik dia.

“Ila, Zizi dan Nini. Semalam kenapa korang tinggalkan akak?” Kak Den tanya pada kami.

“Kak, kitaorang dah panggil akak then akak cakap takpe korang pergi dulu. So kitaorang pun pergi jela prep”, balas aku sambil membuat kerja sekolah yang masih belum habis dibuat.

“Ya kak, kitaorang memang dah panggil. Kitaorang dengar akak jerit. Tapi akak takde pulak mengintai dari atas. So kitaorang terus blah”, kata Nini dan Zizi serentak yang ketika itu sedang main tutup botol.

Kak Den mulai pelik dan menggosok tangannya yang tiba-tiba meremang itu. “Akak tak dengar korang panggil. Sebab masa tu akak tengah alert masuk bilik 12.”

Aku, Zizi dan Nini pelik sebab kami semua dah turun. Aku di bilik 12 tetapi aku adalah orang pertama yang bergegas ambil barang dan pergi ke bilik Nini dan Zizi. Masa itu kami tak nampak Kak Den di tingkat 3 dan kitaorang turun sebab ingat Kak Den di tingkat lain.

“Akak semalam akak ada terkena apa-apa ke?” Zizi mula bertanya.

“Semalam akak naik ke tingkat 3, akak memang dengar korang dalam bilik tengah berborak sebab kena pergi prep lepas akak marah tu. Lepas itu akak jalan sampai depan bilik 12. Akak dengar ada seorang budak bercakap juga. Akak tak tahu korang bilik berapa. So akak ingat mungkin salah sorang dari korang dalam bilik tu. Tapi masalahnya apa yang akak dengar orang yang dalam bilik tu marah sangat. Akak buka la sebab akak rasa marah kenapa dia nak marah sangat sampai macam tu. Akak takde pun denda korang kan.” Kak Den cuba terangkan.

Aku, Zizi dan Nini mula meneliti cerita yang Kak Den cuba sampaikan dan aku mula menutup buku aku. Lepas tu bila akak buka pintu, takde orang pun dan takde loker yang terbuka ataupun katil yang mempunyai buku pun. Kosong! Tapi dihujung katil, akak nampak ada sepasang mata yang memandang akak. Dia menyorok dari akak. Akak pun tanya, “Siapa itu?” tapi dia tidak jawab malah dia makin ke belakang ke arah dinding. Akak terus cakap “Akak tak marah. Dah cepatlah siap-siap pergi prep. Akak tunggu awak dan kawan2 lain dekat bawah.” Akak pusing ke pintu, akak dengar bunyi katil bergerak ibarat macam sepasang mata itu bangun dari katil.”

“Akak ingat mungkin dia nak ke loker, akak terus jela berjalan keluar dan akak tutup pintu bilik tu tanpa menoleh semula. Akak turun ke bawah dan menunggu korang. Lama gila! Pintu bilik 12 tu memang akak tengok dari bawah dibuka dan ditutup semula ibarat korang keluar dari bilik tu. Akak dengar bunyi tapak kaki tapi hanya sampai di tingkat 1 sahaja.” Kak Den bercerita sambil meneguk air.

“Lama gila akak tunggu sampai rasanya tinggal lagi sejam nak korang balik. Bila akak dah tak tahan sangat akak just jerit dan cakap, “Nanti turun ni kunci pagar ya”, akak terus gerak ke kelas. Tapi bila sampai dekat kelas akak tengok korang ada.

Akak terus berdebar dan tanya so sape yang akak tunggu tadi. Sebab tu akak panggil korang ni. Akak taknak tanya korang malam tadi sebab takut korang takut. Sebab tu akak panggil harini.” Kak Den mengangkat kening menandakan dia bertanya pada kami.

“Taklah kak. Saya memang duduk di bilik 12. Nini dan Zizi di bilik 10. Tapi saya tak nampak pulak akak dekat tingkat 3. Kitaorang dengar orang berjalan di tingkat 2 dan buka salah satu pintu, jadi kitaorang ingat tu akak lah so kitaorang turun dulu ke bawah. Habis yang menyahut suruh kitaorang pergi prep dulu tu macam mana pula? Betul tak Nini dan Zizi?” aku bertanya sambil garu kepala.

“Betul kak, kitaorang pun dengar.” Nini dan Zizi mengiakan apa yang aku cakap

“Akak pun tak tahu. Sebenarnya akak banyak je kena kacau. Tapi akak ingat adik-adik asrama yang menyakat. Tapi bila part malam semalam akak betul-betul terkejut.” Kak Den dah mula mencuka mukanya.

Aku, Nini dan Zizi duduk berdekatan dengan Kak Den dan kami meminta maaf.

Kak Den peluk kami bertiga sambil berkata, “Takpe la, nak buat macam mana. Itu lah lumrah duduk asrama. Akak bercerita dan dalam masa yang sama tanya juga sebab takut korang ada kenakan akak ke kan.”

Kami pun senyum sambil menggelengkan kepala menidakkan kami tak kenakan Kak Den sekali pun. Akhirnya kami berlalu keluar dari bilik kerana dah sampai waktu untuk prep petang.

###############################

Terima kasih. Assalamualaikum, D.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

19 thoughts on “#CikPelik – Tiga Sekawan & Warden”

  1. Wah bagus da byk improve…seram gakla terbyg msa duk asrma dlu di Temerloh, mcm2 kisah misteri…pelik korg ni baik sngguh tlf bsuh bju org smpi xpg prep

    Reply
  2. cerita pasal kak den ni pun dh tau dia jenis berani.sbb selalu kene sakat tp rilek cm x der ape2 jer.dok bajet adik2 sakat.steadylah kak den!

    Reply

Leave a Comment