#CikPia – Semalaman Di Kem PLKN

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin FS sebab sudi siarkan cerita pertama aku yang bertajuk #CikPia – Aku, Dewi dan Fiksyen Shasha.

Pada mereka yang dah baca cerita pertama aku, ingat lagi tak Dewi ada hutang aku satu cerita seram? So inilah cerita seram yang Dewi ceritakan pada aku. Untuk memudahkan pembaca memahami cerita ini, aku akan cuba tulis dari sudut pandang Dewi.

—————————————————————–

Jumaat sehari sebelum cuti sekolah bermula aku dan rakan pasukan silat sekolah, akan mengikuti sebuah pertandingan silat bagi wakil sekolah kami. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada hari sabtu dan kami dijadualkan akan menginap semalaman di sebuah kem PLKN.

Seperti yang telah dirancang. Jumaat, jam 8 pagi kami bertolak dari sekolah menuju ke Pulau Pinang. Perjalanan kami ke sana memakan masa kira-kira 12 jam. Penat menderita 12 jam dengan pinggang yang hampir patah dan punggung yang sudah naik kematu akhirnya kami selamat sampai ke kem PLKN tersebut. Kami tiba di sana sekitar jam 7 setengah malam.

Setibanya kami di sana, kami terus terus dibawa ke dorm untuk membersihkan diri dan merehatkan diri. Sekitar jam 10 pula kami diminta untuk berkumpul di astaka. Banyak jugalah aku lihat wakil dari sekolah lain dan ada juga wakil dari IPT sewaktu kami berkumpul di astaka itu.

Aku lihat banyak pasukan yang berlatih untuk pertandingan hari esok dan tak kurang juga tukang sorak setiap pasukan yang juga sedang sibuk bermain berbagai jenis alat muzik. Memang gamat gilalah keadaan waktu itu. Aku yang tidak terlibat dengan apa-apa acara ini hanya duduk perhati dari jauh sajalah.

Dalam keadaan yang riuh rendah itu, tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara jeritan seorang perempuan. Rupanya suara itu datang dari seorang pelajar IPT yang baru balik dari tandas. Dia pergi seorang diri! Mereka terus dapatkan pelajar tersebut dan cuba untuk tenangkan beliau. Pelajar tersebut terus-terusan menjerit tanpa henti.

Pihak atasan mengarahkan pelajar tersebut di bawa ke surau dan selepas itu aku tidak tahu apa lagi yang terjadi padanya. Dan pada waktu aku angkat muka untuk pandang hadapan astaka, aku nampak ‘Chong’ berdiri dalam semak berdekatan dorm lelaki. Mengucap panjang aku dibuat. Aku terus tundukkan muka. Dengan badan yang dah mengigil dengan air mata yang dah meleleh habis. Walaupun dah biasa nampak spesis itu aku tetap rasa takut. Aku cuba baca apa yang patut tapi satu benda pun aku tak boleh nak baca sebab aku tengah ‘kotor’.

Kawan sebelah yang pelik dengan keadaan aku terus ditanyanya aku kenapa.
“Kau kenapa weh?”

Aku tarik tangannya supaya dekat dengan aku.

“Tolong baca ayat kursi. Aku tak boleh.”

Fahamlah dia dengan keadaan aku waktu itu. Sampailah jam merangkak ke angka 12 malam, aku tetap tundukkan muka. Sumpah aku tak berani nak angkat muka. Mahunya bila aku angkat muka, aku nampak ‘chong’ tu lagi, sah-sah aku join budak IPT tadi menjerit. Dari pertandingan silat jadi pertandingan high pitch siapa paling tinggi. Tak ke haru jadinya nanti.

Lepas pukul 12, kami dibenarkan masuk dorm. Bersihkan badan apa yang patut terus masuk dorm dan siap-siap nak tidur. Kalau boleh aku nak tidur secepat mungkin sementara masih ramai yang berjaga. Mungkin memang malang aku agaknya hari itu. Puas aku pejam mata tapi tak juga lelap. Aku pandang cikgu Lin dekat sebelah kiri. Lega bila dia masih belum tidur lagi. Aku cuba untuk tidur lagi sekali. Gila. Langsung mata ni tak nak tidur. Aku pandang cikgu Lin sekali lagi. Mak aihh cikgu dah tidur.

Aku tak tahulah waktu tu jam dah pukul berapa tapi apa yang aku tahu semua orang dah tidur sebab keadaan memang dah sunyi bererti semua orang dah tidur. Dia punya tahap sunyi tu, kalau sebatang jarum pun jatuh boleh bergemar satu dorm. Dalam kesunyian itu aku dengar bunyi almari. Siapa yang pernah duduk plkn tahulah almari besi yang kecik bunyi macam mana.

Krekk…. Krekk….

Ya Allah, waktu tu jantung aku berdebar bagai nak gila. Badan aku kembali mengigil seperti tadi. Dan sekali lagi air mata aku meleleh kalah paip bocor. Aku tahu selagi keadaan macam ni, sampai subuh nanti pun aku takkan lelap. Entah datang dari mana keberanian aku, aku bangun menuju ke katil Minah yang selang tiga katil dari katil aku tadi. Aku tengok katil Minah kosong. Rupanya dia tidur sekatil atas katil Senah dekat sebelah.

Harulah macam ni. Semua orang tidur berpasangan. Minah suruh aku tidur je atas katil dia yang kosong tadi. Dia janji dia akan tidur menghadap aku. Aku cuba tapi memang tak boleh nak tidur langsung. Sekali lagi aku beranikan diri. Aku bangun ke katil depan. Waktu berjalan tu, mata sehabis mungkin aku fokuskan ke depan. Tak berani nak pandang keliling. Buatnya aku nampak natang tu mahu rebah aku dekat situ juga. Aku pergi katil Bedah. Kebetulan dia tidur sorang. Tak fikir panjang, terus aku kejut dia nak tidur dengan dia. Bedah dengan mamainya benarkan aku tidur dengannya. Dengan susah payahnya aku paksa diri ini untuk tidur sehinggalah aku betul-betul lelap.

Tak tahulah pukul berapa aku berjaya tidur tapi aku rasa macam nak maki orang bila diaorang kejut subuh sebab rasanya macam baru lima minit aku tidur. Bangun pagi itu Bedah pelik tengok aku tidur atas katil dia.

Pagi itu terus kami bertolak pergi ke tempat pertandingan. Adalah beberapa orang yang bertanya pada aku, apa yang aku nampak semalam? Bila aku cerita, mereka bodohkan aku pula. Katanya aku menakutkan dia orang. Ketakutan korang tu tak setanding aku yang tengok secara live ni tau!

Selesai sudah pertandingan silat untuk tahun ni. Sedih pula bila kenangkan ini tahun akhir aku join team silat ni. Settle semua apa yang patut. Balik kem, packing barang dan petangnya kami betolak balik.

Waktu dalam perjalanan balik tu, aku pun tak ingatlah R&R mana kitaorang berhenti malam tu tapi rasanya masih dalam Pulau Pinang. Aku dengan kawan aku pun turunlah nak ke tandas. Ramai jugalah nak ke tandas waktu tu. Sewaktu aku sedang betulkan tudung dalam tandas tu, adalah juga budak-budak ni bersembang sesama sendiri pasal natang yang aku nampak semalam tu. Dan tak tahulah kenapa secara tiba-tiba aku rasa meremang. Dia punya feeling tu, rasa macam ‘dia’ ada aje dekat situ. Tapi tak tahulah ada ke tidak sebab Alhamdulillah aku tak nampak apa-apa waktu itu.

Ahad pagi, akhirnya kami tiba di sekolah dan dari sekolah aku terus balik ke rumah. Dengan pengalaman ‘indah’ semalaman di plkn itu telah membuatkan aku tidak putus-putus berdoa agar aku tak dapat panggilan plkn untuk tahun depan. Cukuplah hanya satu malam. Untuk tiga bulan? Oh tidak!

—————————————————————–

Sepanjang Dewi bercerita tu meremang aje tengkuk aku ni rasanya. Aku pandang Dewi. Tiba-tiba aku rasa curious sangat.

Aku : Kau tak bawak ‘dia’ balik kan?

Papp! Dewi baling bantal dekat aku. Hari ni kita orang advance sikit. Selalunya lepak dekat laman rumah tapi disebabkan Dewi takut, aku ajaklah dia lepak dalam ruang tamu rumah aku.

Aku : Yelah. Pelik je bila kau meremang dalam tandas tu. Kau pun cakap, rasa macam ‘dia’ dekat situ.

Dewi : Rasa je pun. Lepas tu aku tak rasa apa-apa dah.

Aku : Hah. Lagi satu. Apasal eh budak IPT tu menjerit? Histeria ke?

Dewi : Dia tak histeria pun. Cuma dia menjerit macam ketakutan gitu. Aku dengar² orang cakap dia nampak ‘benda’. Maybe dia nampak ‘Chong’ yang aku nampak tu kut. Sebab ‘Chong’ tu berdiri dekat semak dorm lelaki dan itulah laluan nak ke tandas. Wallahualam lah kan.

Aku : Macam mana rupa ‘Chong’ tu weh?”

Dewi : Ya Allah. Muka dia hodoh sangat. Hitam rentung hangus. Tak macam ‘chong’ yang aku nampak dekat ampai kain rumah k…..

Dengan sekuat hati aku jerit nama Dewi. Sikit lagi kalau Dewi habis ayat tu memang power bank dekat tangan aku ni hinggap dekat kepala dia. Tak kisahlah putus kawan pun asalkan dia tak ungkit pasal ampai kain tu. Aku TAKUT okey!

-TAMAT-

Anyeong ?

Cik Pia ✌

5 thoughts on “#CikPia – Semalaman Di Kem PLKN”

  1. Maaflaa awak. Kita baca post awak sebelum nie, ingatkan dewi tu india. Mungkin mamai kot masa baca haritu. Yelaa.. Nak handle anak nak bf lagi. Hahahaha. Maafkan saya ye…

    Reply
    • Bukan pertama kali org salah anggap yg Dewi tu india. Nama penuh Dewi ni unik sikit. Ala² keindonesiaan gitu. Tp nak kata dia ada darah sana tak langsung. Maybe parents dia tepengaruh dgn sinetron kut ?

      Reply
  2. Ini masalah klu tak dalami ilmu agama dgn betul. Sejak bila klu time period tak bleh nk baca ayat quran? Habis tu klu time period melangut je la xde pengisian hati? Boleh je baca, tapi niatkan sbgai zikir. Dpt juga pahala. Bkn jadikn alasan period tu xbleh nk baca. Btw best gk cerita ni. I can feel dewi. Sbb pernah join plkn dulu

    Reply
  3. salah tu dik…kalau tanggapan bahawa time kotor tak boleh nak baca ayatul kursi/ayat ayat al quran, bismillah pun x boleh nak baca la jugak…sbb bismillahirrahmanirrahim pun ayat al quran… sama2 kita kongsi ilmu ya. Apa2 pun cerita kau cenggini (y)

    Reply

Leave a Comment