#cikyu : Kisah Aku dan Makhluk Halus (Part 2)

Terima kasih admin sebab sudi post cerita aku yang tak seberapa ni. Dalam post Part 1, ada orang komen tanya kenapa aku tutup hijab aku? Aku dapat anugerah ni sejak 12 tahun. Sekarang umur aku 28 tahun. Bayangkan 16 tahun aku dok nampak benda-benda yang tak sepatutnya aku nampak. Benda-benda tu pun satu. Bila dah tahu kita boleh nampak depa, lagi lah depa rancak lalu-lalang depan mata. Aku ni jenis kuat berfikir pulak tu. Kadang-kadang aku tak nampak, tapi dalam fikiran aku boleh bayangkan secara terperinci makhluk tu rupa bentuknya macam mana. Memang lama-lama akan terbiasa tapi disebabkan aku jenis kuat berfikir, aku rasa lebi elok kalau aku tutup je hijab aku..

Ustad yang berubat aku pun mengesyorkan supaya hijab aku ditutup buat sementara waktu.. Masa ustad nak tutup hijab aku, aku rasa bagaikan urat-urat kepala aku ditarik-tarik.. Agak sakit, tapi lepas tu rasa lega sangat. Kepala rasa ringan. Anyway, ni kali kedua aku mintak supaya hijab aku ditutup.. Sebenarnya, hijab/anugerah ni memang tak boleh buang pun, hanya sementara waktu sahaja. Okay jom aku sambung Part 2 pulak.

Kisah #4 : Kenapa merangkak kat situ?
Ada lah beberapa makhluk halus yang selain suka terbang, dia suka jugak merangkak. Selalunya makhluk halus yang suka merangkak ni semuanya dalam keadaan yang mengerikan. Lagi mengerikan dari dalam cerita-cerita hantu Korea atau Thailand yang korang pernah tengok. Dan this one particular demon aku takkan lupakan rupa bentuknya macam mana.

Dalam post aku yang lepas, aku ada cakap yang rumah mak ayah aku ni tepi hutan bergunung-ganang, dan di depan rumah kami tak ada lampu jalan. Walaupun sudah report kat majlis bandaraya, tapi tak dipasang jugak lampu jalan tu sampai sekarang. Bila waktu malam je, memang gelap gelita lah. Satu malam tu dalam pukul 9.30 malam aku dan suami aku nak balik ke rumah kami, baru lepas makan malam kat rumah mak ayah. Bukak je auto gate, aku nampak makhluk halus berupa perempuan, bajunya bercompang-camping, mukanya macam baru lepas kena minyak panas. Sebab kulitnya hancur, tengah duduk dalam keadaan merangkak. Kepalanya senget, dan bila dia menyeringai, nampak dua batang gigi yang tajam hampir mencecah lantai. Aku dah buat muka pelik.

Dalam banyak-banyak tempat, kat depan kereta ayah aku jugak dia nak posing macam tu. Aku tegur benda tu, aku cakap jangan kacau kami. Pergi jauh-jauh. Suami aku dah cukup masak dah dengan perangai aku. Kalau aku cakap macam tu, memang aku nampak benda lah. Seperti faham apa yang aku cakap, benda tu merangkak ke belakang dan lesap ke dalam semak samun depan rumah aku. Masuk je kereta, kena baca ayat pelindung diri. Khuatir benda tu ikut balik ke rumah. Tapi ada jugak makhluk yang ikut balik jugak, walaupun dah baca macam-macam. Kita pergi ke kisah #5.

Kisah #5 : Jangan pandang belakang
Aku amat setuju dengan tajuk jangan pandang belakang ni. Tapi kalau dah kita bawak kereta, takkan tak pandang cermin belakang kan? Huhu. Selalunya yang ikut aku balik ni mungkin niat mahu menumpang je. Sebabnya makhluk-makhluk halus yang menumpang kereta aku so far tak ada lah menakutkan sangat pun. Sekali tu aku balik dari Sunway Pyramid, nak balik ke rumah Along di Bukit Jelutong, biasalah kat area Bukit Jelutong tu ada kawasan yang sunyi. Bila tengok cermin belakang, ada nampak seorang nenek tua, rambut putih, tunduk bawah je. Dia pakai baju kurung lusuh masa tu. Nasib aku tak accident sebab terkejut. Bila tengok lagi sekali, nenek tu dah tak ada. Bila tengok depan, nampak nenek tu kat seberang jalan. Dalam keadaan terapung. Tak apa lah, janji jangan kacau aku sudah.

Kisah #6 : Wanita Bersanggul
Aku kerap jugak nampak makhluk halus yang dari segi pemakaiannya, datang dari era zaman dahulu. Masa aku study kat KPTM Cheras, aku dan keluarga Angah duduk kat Taman Cempaka. Rumah banglo teres dua tingkat. Rumah sewa. Rumah tu agak menakutkan, sebab dari luar pun nampak dah menakutkan. Apatah lagi belah dalam. Dan tangga dalam rumah tu jenis yang bila kau turun tangga, kau boleh nampak belah bawah. Aku nak explain tapi tak reti lagi. Harap sangat imaginasi korang tinggi. Huhu.

Aku duduk kat bilik nombor dua. Aku selalu nampak wanita bersanggul ni kat bilik nombor tiga. Kiranya bila aku keluar dari bilik aku, aku boleh terus nampak ruang di dalam bilik ketiga. Bilik ketiga ni pulak kat tepi tangga. Masa tu aku tengah rushing nak pegi kelas. Keluar je dari bilik aku, aku nampak wanita bersanggul tinggi, pakai baju kebaya pendek, makeup nya seperti zaman 70-an tengah duduk di tepi katil. Badannya menghala ke arah tingkap (membelakangi aku), tapi kepalanya menghala ke aku. Jadi maknanya badan ke depan, kepala ke belakang. Aku menjerit kat situ jugak la. Tunggu lagi.

Nasib masa tu aku tak berseorangan dalam rumah. Angah naik ke atas tanya kenapa. Aku cakap ada perempuan dalam bilik tu. Sudah tentulah Angah tak nampak. Wanita bersanggul tu bangun dari katil, pusingkan kepala dia ke arah soket yang betul, dan berjalan ke depan menembusi dinding. Dia lesap macam tu je. Kus semangat.. Ada beberapa kali jugak aku jumpa wanita bersanggul ni. So far tak ada ganggu aku dengan ekstrem. Cuma dia suka main-main dengan kepala dia je.

Kisah #7 : Hantu Budak
Aku sebenarnya tak berapa suka hantu budak ni. Sebab dia suka main lari-lari. Dan kejap dia ada kat dalam bilik, tiba-tiba pegi ke dapur, dia ada kat situ pulak. Bukan setakat ni je, dia suka gelak-gelak. Ni yang aku tak suka. Huhu. Walaupun aku pegi berubat untuk hijab aku ditutup, malang sekali aku masih mampu nampak benda-benda tu. Tapi tak sekerap dulu. Baru semalam aku nampak budak berumur dalam awal belasan tahun tengah seronok berlari-lari dalam rumah aku. Macam tengah main cilu cak. Okay fine, tak apa lah dia berlari then hilang macam tu je. Sekali dia mai jenguk muka dia kat pintu pulak.. Aduhh kalau aku ada penyakit jantung, dah lama aku kiokk. Hmmm.

Actually dalam family aku, abang aku ada kebolehan untuk nampak jugak. Tapi dia lagi teruk dari aku. Dia boleh berkomunikasi dengan mahkluk-mahkluk tu terus. Nasib dia jenis rock dan slumber. Tak kuasa aku nak pergi menyembang dengan makhluk-makhluk tu. Hee. Okay nanti aku sambung lagi dengan cerita lain. Ingat nak cerita pasal keadaan rumah mak ayah selepas kematian nenek. Til we meet again in the next post.

Assalamualaikum..

 

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

9 comments

  1. part hantu budak , kalauu cekmann pon cekmann bolee kiookk , hahaha kejap ada kejap takdea , kang tengok diaa hilang tetiba ada sebelah kita sambil gelak2.. adaa kene makan penampar satgii.. hahahahaa

  2. Salam member.. Ustaz sy ada bgtau, klu org yg blh nmpk ni, dlm bdn dia ada benda hlus yg stay. Maybe sbb kturunan atau mendatang. (maafkn sy jika mnyinggung) Tu sbb dia blh nmpk bnda2 ghaib. hakikat mnusia yg blh nmpk bnda ghaib cma nabi dn rasul. Itu pn bkn sllu, dgn izin Tuhan. Wallahualam.. maaf kn sy jika terslh ckp. Peace yo

    1. Fakta ttg ade lgi bende masih stay sbb dpt lihat sy kurg setuju..Kdg mereka yg pernah dirasuk(dah buang) pon Ade kelebihan mcm Ni..ujian trhadap mangsa rasuk..lebih 85% akan mendpt kelebihan ini..namun tidak lah kerap kali dpt melihat..akan tetapi akan Ade segelitir Dr 85% itu hijapnya akan kekal terbuka.. Waalahhualam..

    2. Btul la tu..mmg sape yg blh nampak bende ni mmg ad dlm badan die..tempatnya di mata..

      Note:
      Itu yg dipanggil anugerah???
      Ckp bodoh perasan kang terasa plak..pk logik la ye sekian…

  3. btw nak tanyeeee sangat sesapa yang bole nampak benda-benda nie , DALAM BILIK AIR DIA ADA JUGAK KEE? BANYAK KEE SEKOQ JEA?? HAHAHAHAHAHHA takutttt cekkkk nak pii jamban !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.