Cleaner Pesawat di KLIA

Kisah ini terjadi awal tahun 2002.KLIA.Sering para senior baik petugas keselamatan hinggalah sesiapapun yang telah lama bekerja di Klia sering berpesan,Mulut jangan sesekali cabul.

Klia ini tempat baru.Klia masa itu masih di kelilingi pepohon rendang sawit membentang luas di sekitarnya.Aku punya kawan bernama Syairi.Ayuh kita ikuti kisah seramnya.Syairi bertugas sebagai penyelia di syarikat pembersihan kabin pesawat di KLIA.Dia telah bertugas lebih kurang 3 tahun.

Sepanjang dia bertugas,pelbagai pengalaman indah dia lalui…Bekerja dengan syarikat vendor dibawah kelolaan Syarikat Penerbangan Tanahair itu membuatkannya mengenal jenis2 pesawat besar milik Syarikat penerbangan itu seperti 747-400,777-200,A330,A320.Selain dari itu.Syarikat vendor pembersihan kabin pesawat tempatnya bekerja juga menyelia pembersihan pesawat2 penerbangan asing.Waktu itu Syairi baru berusia 24tahun.

Sepertimana sesetengah anak muda sebayanya yang lain,selesai SPM dia langsung memohon pekerjaan di syarikat itu kerana malas untuk memilih pekerjaan.Tugas2 yang dikendalikan adalah seperti membersih dalaman pesawat dibahagian kokpit,tandas,galley,tempat duduk barisan penumpang.Meja lipat di tempat duduk serta kompartmen ruang penyimpanan bagasi di atas duduk penumpang juga tidak ketinggalan untuk disanitasi.

Bahagian lantai pesawat berbahan permaidani kasar itu juga harus divacum dan sehinggalah tempat tidur rehat para crew.Tugas mereka lebih kepada housekeeping seperti di hotel2.

Hari itu,tugas dimulai..kumpulan dikendalikan hanya 5 orang untuk membersih pesawat yang tiba subuh pagi tadi dari Hong Kong.Waktu itu dunia baru sahaja digemparkan dengan virus SARS.Kendalian rapi harus dijalankan.Pesawat kabinnya harus disanitasi sebersihnya kerana ada penumpang yang dikuarantin dari pesawat melalui Hong Kong itu.

Pesawat itu tersadai megah di tengah bay lapangan.Terbiar seharian.Konsfigurasi pesawat yang boleh memuat 289 penumpang dan anak kapal itu harus dibersihkan sebelum tengah hari esok.Membersihkan dalaman pesawat itu,tugas2 pastinya agak sedikit lama kerana harus dibersihkan dan disanitasi sebersihnya agar tiada dijamin bebas virus di setiap penjuru kabin.Langkah2 keselamatan di setiap anak2 buah di bawah penyediaannya harus diambil kira.Memakai topeng muka dan sarung tangan diharuskan bagi mengelak sebarang kontiminasi.

Lagipun,virus itu adalah bawaan udara..Semua staff sudah menaiki tangga menuju ke dalam pesawat..tidak terlalu kotor kerana pesawat itu bukanlah penerbangan lama.Hong Kong ke Malaysia cuma mengambil Masa 3 jam lebih..Semua staff2 sudah masuk ke perut kabin dan memulakan pembersihan.Bekalan eletrik pada pesawat cuma mampu menjana power point untuk menghidupkan vakum hampagas.Lantai pesawat harus divacum sebersihnya tanpa meninggalkan sebarang sisa…

Lampu kabin pesawat tidak dibuka semua.Ada sebahagian dalam pesawat bergelap kerana pesawat diletak ditengah Lapangan bay..Syairi menuju ke belakang pesawat.Dia memeriksa belakang pesawat agar tiada sebarang tinggalan katering pada troli makanan…Clear….

“Ahhhh. Nak terkucil pula masa ni”bebel jantannya.Ketika mereka naik pesawat tadi sudah agak sedikit lewat malam kerana banyak pesawat yang harus dibersihkan kabinnya pada hari itu.Dari pesawat milik Syarikat penerbangan tanah air hinggalah pesawat penerbangan asing yang diam semalam di airport..Staff2 pun memulakan tugas bermula dari depan ke belakang…Syairi membuka pintu lavatori(toilet).Dia ingin melepaskan hajatnya secepat mungkin.Tupppp…lampu lavatori termati sendiri.. alah main2 pula …bisik Syairi.Selepas menunaikan hajatnya.Syairi pun membuka pintu lipat lavatori.ktakk2 . Hoii bukakkk sape memain2 ni jeritnya.

Dia terkunci dari dalam…sudah lah panas kerana kebiasaan bekalan elektrik bagi pesawat yang diletak dilapangan tidak akan dihidupkan aircond…bukakkk jerit Syairi sambil mengegar pintu lavatori..Di dalam gelap ruangan sempit itu.Telinganya mendengar sesuatu…seperti bunyi mendesah”grrrrrrr,….”telinganya dihembus lembut.

Syairi berusaha lagi dan tatkala itu pintu lavatori itu bagai ditolak dari luar sehingga dia hampir tersungkur ke belakang..”Tiada siapa…kelihatan staff2… memandangnya dari depan….

“korang xdengar ke aku terjerit2 kat dalam ni.”

Manalah kita orang dengar.ko xdengar ke bunyi vakum Ni dah sekian bising.ko dah kenapa”bentak Kak Ina wanita bertubuh gempal itu mencekak pinggang.

“Ahh xde ape.teruskan keja.cepat sikit…terhegeh2..”eh ko nak cepat ko pergilah bersihkan crew bunk kat bawah tu.(crew bunk adalah istilah tempat istirehat para crew) bentak Kak Ina.”ya lah.korang memain buat keja.ganggu aku bagai.aku tahu sapa kacau aku kat toilet tadi.siaplah..”marah Syairi…

sewaktu melangkah ke bahagian galley dimana letaknya pintu crew bunk.Sorot mata Syairi seakan melihat sesuatu.Seperti ada orang melintas di tepinya.Ahh memainlah bodoh…!Syairi merengus.Dia enggan terlalu lama di dalam pesawat itu.Syairi pun membuka satu pintu di balik galley dapur pesawat dimana pintu untuk kebawah tempat istirehat crew berada dibalik bawah lantai pesawat.

Tempat istirehat crew direka seperti tangga kecil menuruni.(sebenarnya ia adalah bahagian kargo dibawah dimana akses menghubungnya ada pintu kecil tersembunyi di balik lantai dalam pesawat) di dalamnya menempatkan  3 buah katil 2 tingkat.Syairi membuka cermat.

Gelap dan dia hanya di temani lampu dari atas kabin..Dia menuruni tangga crew bunk perlahan.Tiba2 di tangga akhir,kakinya bagai disentap sesuatu.zappppp!!!membuatkannya terduduk.”Syairi menjerit..Allahuakbar.jelas di depannya sekarang….berbekal lampu malap kabin diatas…di depannya ada satu susuk tubuh lelaki tua kurus tersenyum menyeringai memandangnya”kih kih kih kih kih”. mahkluk itu merangkak merapatnya..Tangan lelaki tua itu seperti mahu menyentuh mukanya..muka lelaki tua itu pucat..jika ditoreh pasti tiada darah yang mengalir …bola mata sepetnya juga kemerahan.

Dia merapat sehingga begitu rapat yang hanya menjarakkan beberapa inchi dari arah mukanya.”Kak Inaaaaaaaaaaaa” jerit Syairi…Wanita bertubuh gempal itu muncul dari atas menuruni anak tangga kecil itu.”kau dah kenapa.?”Muka Syairi berpeluh2..panas dalam kabin dan malap lampu kabin membuatkannya bagai hendak pitam….

Akhirnya,tubuhnya longlai…mukanya seakan akan ditepuk..

”Syairi bangun2”.

“aku kat mana? “

”Kau pengsan Kat atas kapal tadi. .”jawab Abang Fakri senior penyelia di tempatnya bekerja.

”Kau dah kenapa?”

“Entahlah abang.kapal tu semacam”.

”Ah ko jangan nak ngarut…satu keja lagi bawa kau turun tadi.Walkie talkie ko da lah mati.terpaksa suruh budak2 ramp bawa ko balik office.kau xmakan ke sampai pengsan kat atas..?”

Pagi itu Syairi ingin cepat2 pulang dari tugas kerana merasakan tubuhnya bagai diserang demam….Di rumah dia hanya mampu berehat Syairi terbaring lemah di atas sofa.Panadol soluble dilarutnya dua biji sedikit memberi kesan pada tubuhnya.Lega dan terasa kebah sedikit.

Ayahnya menyuruh Syairi untuk medical check up di hospital bimbang sekira badan anaknya tidak menunjukkan respond tidak sihat,kerana seluruh keluarga rumah bakal dikuarantin jika salah seorang ahli keluarga menunjukkan ciri2 suspect SARS.

Di atas meja,Syairi mencapai surat khabar…”LELAKI PERTAMA POSITIF VIRUS SARS MENINGGAL DUNIA”…Syairi khusyuk membaca perenggan baris demi baris dan matanya membaca sesuatu.”Lelaki berusia 72tahun itu baru pulang dari Hong Kong pagi semalam menaiki pesawat penerbangan ********…..telah meninggal dunia di HKL menjadikan dia korban pertama virus SARS..

Allah…..jerit kecil Syairi..kapal yang aku buat semalam…..Sekian terima kasih.Diceritakan semula kepada saya El…

19 thoughts on “Cleaner Pesawat di KLIA”

  1. Kisah saya dah post Kat FS ni semua berkaitan staff di Klia
    1/Klia 2002
    2/basement Klia
    3/landasan Klia
    4/korban MH17
    5/Kisah Karen si pramugari
    6/cleaner pesawat

    Reply
    • Asalamualaikum nk tanya ni staff AAS @Sinar jernih….klu AAS adakah ni Saidina org Sabah?…saya pernah kerja dgn Sinar Jernih …kapal dari Hong Kong adakah CX?

      Reply
  2. Bagusla el bagi exposure kisah2 seram di klia. Sy selalu naik flight kul -btu/miri.Sebulan 2 3 kali. Selalu terfikir.mcmmana flight dibersihkan? So skrg dah tau la cmana. Keep up good writing

    Reply
    • Tq awak…ha ah dalam kapal terbang asa Powee point di setiap penjuru di tepi tempat duduk penumpang…tersembunyi. …tapi dia xlah macam power point Kat rumah yg senang Kita cucuk alat peranti elektrik.dia guna plug mata nipis……so sebab tu vacum cleaner kapal kabin mata plug aje boleh di sesuaikan menggunakan kabin pesawat.segala najis penumpang Pula Ada org yang kendalikan.air dalam kegunaan pesawat juga sama.ada orang kendalikan….

      Reply
  3. Cerita best. tapi sebelum post, baca dulu. ayat agak lintang-pukang. btw, keep on wirting. bukan senang nak ada pengalaman macam ni. akak mmg suka cerita seram airport

    Reply

Leave a Comment